Pages

Showing posts with label lamar. Show all posts
Showing posts with label lamar. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Lamar kekasih dengan cara unik


SEBAHAGIAN rakan-rakan Pang Kun memakai kostum lobak merah di Qingdao pada Sabtu lalu.


QINGDAO, China - Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian.
Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya.
Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah.
Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya.
Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan.
"Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan," kata suara itu.

PANG KUN melutut di depan kekasihnya, Zhao Xinyu di Qindao pada Sabtu lalu.


"Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang."
Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya.
Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut.
Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41). - Agensi, kosmo

Saturday, May 21, 2011

Melamar kekasih dengan filem sendiri




MATT STILL melutut di depan Ginny Jioner untuk melamarnya di dalam sebuah pawagam di Atlanta baru-baru ini.


ATLANTA - Seorang lelaki, Matt Still dari sini melamar kekasihnya di dalam panggung wayang yang menayangkan filem yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Kekasih Still, Ginny Joiner pada awalnya dikatakan ingin menonton filem Hangover 2 di sebuah pawagam.
Dia tidak tahu bahawa reaksinya terhadap lamaran akan dirakam secara rahsia, selain ahli keluarga dan rakan-rakan mereka berada dalam panggung yang sama.
Dalam filem itu, Still berbual dengan bapa Ginny bagi memberitahu dia mahu berkahwin dengan anaknya itu.
Ginny berasa terkejut apabila melihat adegan tersebut.
Still kemudian melutut di hadapan Ginny sebelum menyarungkan cincin di jarinya.
Semua yang ada di dalam pawagam itu bersorak dan menangis kegembiraan.
Rakaman itu yang bertajuk Greatest Marriage Proposal EVER!!! yang dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube berjaya menarik setengah juta tontonan dalam tempoh hanya dua hari. – Agensi, kosmo

Wednesday, April 27, 2011

Melamar menggunakan teka silang kata




Inilah teka silang kata yang lengkap dengan lamaran yang digunakan oleh Corey Newman.


WASHINGTON - Seorang lelaki, Corey Newman menggunakan teka silang kata sebagai satu cara unik untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein, lapor sebuah akhbar semalam.
Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.
Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.
Epstein yang namanya diambil daripada pembayang nama watak dalam filem Shakespeare in Love dan penulis layar filem Casablanca itu menerima lamaran tersebut.
Washington Post yang melihat lamaran tersebut sebagai satu cerita yang bagus telah merakamkan semua detik itu, sebelum memasukkan ke dalam laman webnya. - Agensi, kosmo