Pages

Sunday, December 11, 2011

1.8 tan air beradio aktif mengalir keluar dari loji nuklear Genkai

TOKYO: Kira-kira 1.8 tan air mengandungi bahan radio aktif mengalir keluar daripada sistem penyejukan loji nuklear membimbangkan lagi kerajaan Jepun.
Kebocoran itu yang ditemui semalam, akan memberi impak kepada alam semula jadi kerana sebelum ini ia berada dalam loji nuklear Genkai di Saga yang terletak di bahagian selatan Kyushu.
Pasukan pekerja masih cuba mengatasi krisis di loji nuklear Fukushisma nombor satu yang disebabkan oleh gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, Mac lalu.

Pengendali loji Genkai, Kyushu Electric Power brkata, satu daripada pam air yang bersambung dengan reaktor nombor tiga dimatikan selepas penggera berbunyi menandakan suhu naik.

Namun, tiada amaran mengenai kebocoran dilaporkan oleh pengendali, waktu itu.

Air akan dibiarkan berada di pam dan kemudian diambil semula, menurut pegawai Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear.

Mereka tidak perlu melaporkan mengenai kebocoran itu tetapi Datuk Bandar bandar Genkai merasa bimbang dengan kejadian itu.

“Kebocoran itu sepatutnya dilaporkan,” kata Datuk Bandar Hideo Kishimoto. - AFPmyMetro1.8 tan air beradio aktif mengalir keluar dari loji nuklear Genkai:

Palestin mati terkena kanister gas

BAITULMAQDIS: Seorang aktivis Palestin yang cedera parah akibat ditembak gas beracun oleh tentera Israel ketika menunjuk perasaan di Tebing Barat, meninggal dunia, semalam.
Mustafa Abelrazek al-Tamimi, 28, menyertai protes itu di Tebing Barat di penghadang Nabi Saleh, kira-kira 190 kilometer di utara Ramallah apabila dia ditembak dengan kanister gas di muka, menurut pegawai perubatan.
Dia mengalami kecederaan parah dan dihantar menggunakan helikopter ke hospital berdekatan Tel Aviv di Israel.

Jurucakap Hospital Beilinson di Petah Tikva, mengesahkan kematian Mustafa.

Seorang aktivis Israel veteran, Jonathan Pollak yang turut hadir di perhimpunan tunjuk perasaan itu berkata, Mustafa ditembak dari kenderaan yang bergerak dari jarak dekat.

“Dia ditembak dari jarak dekat, kira-kira 20 meter dengan senapang gas pemedih mata yang terkena tepat pada matanya,” katanya.

Katanya lagi, tiga orang lagi mengalami kecederaan di kepala ketika demonstrasi itu yang diadakan setiap minggu pada hari Jumaat sebagai memprotes penghadang yang dibina di situ.

Jurucakap ketenteraan Israel berkata, beratus-ratus warga Palestin mengambil bahagian dalam ‘demonstrasi haram’ dan membaling batu ke arah pengawal keselamatan yang cuba menyuraikan mereka.- AFPmyMetroAktivis Palestin mati terkena kanister gas:

Britain mahu keganasan di Homs dihenti serta-merta

myMetroBritain mahu keganasan di Homs dihenti serta-merta:

LONDON: Britain mahu Syria menarik semula angkatan tenteranya dari bandar Homs dan sekali lagi mahu kerajaan Damsyik menghentikan tindakan keras ke atas kumpulan pejuang.

Menurut aktivis, kira-kira 24 orang terbunuh di seluruh negara dan di Homs saja, 10 terbunuh.

Satu kumpulan pembangkang memberi amaran, serangan berdarah akan berlaku di bandar di tengah Syria yang mempunyai 1.6 juta penduduk itu.

“Kami bimbang dengan laporan Syria yang meningkatkan bilangan ketenteraan dan kereta berperisai di bandar yang dikepung itu,” kata Menteri Luar Britain, Alistair Burt.


Tambahnya: “Kerajaan Syria harus menarik semula angkatan tenteranya dari Homs dan hentikan serangan.”


Itu yang telah dipersetujui oleh Syria dalam rancangan Liga Arab yang diadakan 2 November lalu, katanya lagi.

Rancangan itu termasuk berjanji menghentikan semua keganasan, “menarik balik angkatan tentera dari bandar dan pekan, membebaskan tahanan dan memberi laluan kepada Liga Arab untuk memantau dan juga kepada media antarabangsa,” katanya.

Menurut Burt, serangan ke atas bandar Homs menjadikan ia bandar yang mengerikan kebelakangan ini.

“Kami mengutuk keganasan yang dilakukan terhadap orang awam secara berterusan ini dan menyeru kerajaan Syria supaya tidak meningkatkan keganasan lagi.

“Keganasan ini tidak boleh diterima lagi dan mesti dihentikan segera,” katanya. - AFP

Perancang serangan berani mati didakwa

Faruq Khalil Muhammad โ€˜Isa
Faruq Khalil Muhammad ‘Isa

NEW YORK: Seorang lelaki yang ditahan di Kanada didakwa di mahkamah tinggi di New York atas kesalahan merancang serangan berani mati yang mengorbankan lima anggota tentera Amerika Syarikat di Iraq pada 2009.

Faruq Khalil Muhammad ‘Isa, 38, didakwa di hadapan barisan juri atas kesalahan membunuh, konspirasi untuk membunuh warga Amerika di luar negara dan menyokong konspirasi pejuang untuk membunuh warga Amerika di luar negara, menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya AS.

Dia ditahan di Kanada. Sebelum ini, dia telah didakwa di Amerika, dan pihak pendakwa sedang mendapatkan perintah ekstradisi.

Perintah ekstradisi akan didengar di Kanada pada 30 Januari hingga 1 Februari - AFPmyMetroPerancang serangan berani mati didakwa:

Pakistan, Taliban berdamai

Berita Harian Online | Pakistan, Taliban berdamai:
Tindakan berani bakal keruhkan lagi hubungan Washington, Islamabad

PESHAWAR: Timbalan Komander Taliban Pakistan, yang melancarkan perang terhadap kerajaan selama empat tahun, mengesahkan kedua-dua pihak terbabit dalam rundingan damai, usaha yang dilihat bakal mengeruhkan lagi hubungan Amerika Syarikat dan Pakistan.

“Rundingan kami berjalan lancar. Jika rundingan berjaya dan kami menandatangani perjanjian di Bajaur, kerajaan dan Taliban di kawasan lain seperti Swat, Mohmand, Orakzai dan Waziristan Selatan juga akan menandatangani perjanjian.
Bajaur akan menjadi model kepada kawasan lain,” kata komander Taliban Pakistan di Bajaur, dan tokoh nombor pergerakan itu secara keseluruhan, Maulvi Faqir Mohammad. Penghujung September lalu, kerajaan Pakistan berikrar memberikan peluang kepada keamanan dan berunding dengan militan di negara itu. Tiada komen yang diperoleh daripada kerajaan sama ada rundingan itu sedang dijalankan.

Amerika Syarikat, sumber bantuan penting bernilai berbilion-bilion dolar kepada tentera dan ekonomi Pakistan, tidak menunjukkan rasa senang berhubung dengan dengan kumpulan Tehrik-e-Taliban Pakistan (TTP), yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas.

Faqir berkata, kerajaan menyedari tindakan ketenteraan tidak akan membawa penyelesaian kepada konflik di Pakistan.

“Kami tidak berhasrat memerangi tentera sendiri dan memusnahkan negara kami. Ada perkembangan dalam rundingan tetapi kerajaan perlu menunjukkan fleksibiliti dalam pendirian dan mengembalikan kepercayaan Taliban dengan membebaskan tahanan serta menghentikan tindakan ketenteraan ke atas mereka,” katanya.
Faqir berkata, Pakistan membebaskan 145 anggota kumpulan itu sebagai tanda muhibah dan militan berjanji mengadakan gencatan senjata. Dia menambah, Pakistan dan Afghanistan perlu bersatu menentang apa yang disifatkannya pencerobohan oleh orang bukan Islam.

TTP, yang bersekutu dengan Taliban di Afghanistan memerangi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diketuai Amerika, berkubu di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Ia berikrar untuk menumbangkan kerajaan Pakistan selepas tentera memulakan operasi terhadap TPP. – Reuters

Fenomena gerhana bulan penuh

Kosmo! Online - Negara:



PEMANDANGAN gerhana bulan yang dirakam pada pukul 9.54 malam tadi di Johor Bahru.


KUALA LUMPUR - Fenomena gerhana bulan penuh yang bermula dari pukul 7.34 malam tadi telah menarik perhatian ramai termasuk kira-kira 3,000 pengunjung untuk bersama-sama menyaksikan kejadian itu di Planetarium Negara, di sini.

Ada yang telah berkumpul seawal pukul 6.30 petang untuk menyaksikan fenomena itu yang berlanjutan sehingga 1.30 pagi ini.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 20 teleskop untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan fenomena ini, namun kemunculan awan tebal di ruang udara ibu kota mengehadkan pandangan.

"Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh itu secara langsung, mereka boleh melihatnya menerusi laman sosial Facebook di Malaysia Lunar Eclipse,'' katanya.

Azreena memberitahu, fasa penumbra iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah boleh dilihat di sesetengah lokasi pada pukul 7.34 malam manakala kesan maksimum gerhana kelihatan mulai 10.32 malam.

Jatuh sakit selepas gigit testis biri-biri

Kosmo! Online - Dunia:



SEORANG pengembala mengasi seekor biri-biri menggunakan giginya dalam program realiti Amerika Syarikat (AS), Dirty Jobs.


CHEYENNE, Amerika Syarikat (AS) - Dua gembala jatuh sakit selepas menggigit hingga putus testis (buah zakar) beberapa ekor biri-biri dalam satu acara mengasi haiwan ternakan di negeri Wyoming, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Mereka yang mengalami cirit-birit, muntah, perut memulas dan demam dimasukkan ke sebuah hospital tempatan baru-baru ini dan disahkan mengalami radang usus akibat jangkitan bakteria kampilobakter jejuni.

Jabatan Kesihatan Wyoming yang menyiasat kes tersebut mendapati jangkitan itu berpunca daripada perbuatan menggigit testis anak biri-biri yang mendedahkan mereka kepada kuman dan kotoran.

Seramai 12 pengembala mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang melibatkan mereka membuang ekor, menanda telinga 1,600 ekor anak biri-biri selain mengasi sejumlah anak biri-biri jantan.

Hanya dua gembala terbabit menggunakan gigitan untuk mengasi haiwan itu manakala rakan-rakan lain berbuat demikian dengan pisau tajam.

Beberapa pengembala tempatan memberitahu, perbuatan menggunakan mulut untuk mengasi anak biri-biri merupakan perkara biasa di Wyoming.

Mulut digunakan untuk mendapatkan cengkaman lebih baik sekali gus memastikan testis yang licin itu tidak bergerak sebelum ia dibuang. - Agensi

Ibu 19 anak keguguran

Kosmo! Online - Dunia:



MICHELLE Duggar (kiri) bersama suami (kanan belakang) dan sebahagian daripada 19 anak mereka.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu yang memiliki 19 orang anak di negeri Arkansas, Michelle Duggar kelmarin menyatakan dia keguguran anak ke-20.

Keluarga besar itu popular selepas menyertai beberapa program realiti di AS.

"Kami mendapati anak kami yang ke-20 meninggal dunia semasa menjalani pemeriksaan kehamilan pada minggu ke-19 baru-baru ini," kata Michelle dan suaminya, Jim Bob di laman web mereka.

Baru sebulan lalu pasangan itu mengumumkan kepada dunia bahawa mereka tidak sabar menantikan kelahiran anggota baharu dalam keluarga mereka.

Keluarga berkenaan tinggal di bandar Little Rock selatan AS. Selain menyertai program realiti terbitan stesen televisyen TLC, 19 kids and counting pasangan itu menjual buku dan cakera video digital mengenai pengalaman mereka memiliki ramai anak.

Pasangan suami isteri itu dikurniakan 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan. - AFP

Mercedes berhias emas, delima untuk dijual

Kosmo! Online - Dunia:



SEORANG model bergaya dalam kereta Red Gold Dream SLR yang dihiasi emas dan batu delima.


GENEVA, Switzerland - Seorang usahawan Switzerland, Ueli Anlicker mahu menjual sebuah kereta Mercedes-Benz SLR McLaren miliknya yang berhias emas dan delima pada harga AS$11 juta, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Kerja pengubahsuaian kereta unik itu yang dinamakan Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream, mengambil masa 30,000 jam dengan kos AS$4.3 juta.

Menurut Anlicker, dia menerima tawaran daripada beberapa pembeli dari Asia Barat dan China untuk kereta tersebut.

Kenderaan itu turut dihias dengan emas 14 karat dan 500 butir batu delima sekali gus menjadikan ia unik.

Setiap rim tayar kereta itu bersadur emas 24 karat, begitu juga kerangka lampu dan bahagian ambang pintu.

Kereta itu dijana enjin berkapasiti 5.4 liter yang diubah suai untuk menjana 999 kuasa kuda. Ia memiliki kelajuan lebih 336 kilometer sejam. - Agensi

13 maut pesawat terhempas di kawasan setinggan

Kosmo! Online - Dunia:

DUA anggota bomba mengangkat atap zink di sebelah mayat-mayat yang ditemui.


MANILA, Filipina - Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk dua kanak-kanak maut manakala 20 lagi cedera apabila sebuah pesawat kargo terhempas dan mengenai sebuah sekolah di bandar Paranaque di sini semalam sejurus selepas berlepas, kata beberapa pegawai.

Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe berkata, pesawat dua enjin itu terbakar selepas ia mengenai bangunan Sekolah Rendah F. Serrano.

Menurutnya, ketika kejadian, bangunan tersebut kosong kerana cuti hujung minggu.

Seorang pegawai polis Inspektor Dennis Sirilan berkata, api merebak dengan cepat ke penempatan setinggan di sekeliling sekolah berkenaan.

Seorang lagi pegawai polis, Ketua Inspektor Enrique Sy berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang terbabit terkorban manakala mangsa yang lain terdiri daripada penduduk penempatan setinggan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang anggota polis di sini Rogen Rodriguez berkata, dia bergegas pulang untuk membantu jiran-jirannya selepas mendapat berita kebakaran itu tanpa menyedari bahawa saudara perempuannya, Maricel Garado adalah antara yang terkorban.

"Dia baru keluar rumah untuk mencari anaknya. Sebahagian serpihan pesawat yang meletup itu mengenainya dan dia terbunuh," kata Rodriguez.

Seorang jurugambar AFP di lokasi kejadian memberitahu, kebakaran itu memusnahkan kawasan seluas 2,000 meter persegi di kawasan setinggan berkenaan.

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina, Ramon Gutierrez memberitahu, juruterbang terbabit membuat panggilan kecemasan sebelum kejadian tetapi pesawat itu tidak sempat mendarat di sebuah lapangan terbang di sini.

Menurutnya, pesawat itu berpatah balik selepas berlepas untuk mengambil kargo di Pulau Mindoro.

Punca nahas masih disiasat.

- Agensi