Pages

Showing posts with label gaddafi. Show all posts
Showing posts with label gaddafi. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Ejen Perancis bunuh Gaddafi

GADDAFI ditahan oleh pemberontak Libya sebelum ditembak mati di Sirte pada 20 Oktober 2011.
GADDAFI ditahan oleh pemberontak Libya sebelum ditembak mati di Sirte pada 20 Oktober 2011.
PARIS: Seorang anggota perisik Perancis yang bertindak atas arahan Presiden Nicolas Sarkozy disyaki membunuh bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Dia didakwa menyusup masuk ke dalam kumpulan yang menahan Gaddafi tahun lalu sebelum menembaknya di kepala.
Motifnya, menurut sumber di Libya ialah untuk menghalang Gaddafi daripada disiasat mengenai hubungan rapatnya dengan Sarkozy, Presiden Perancis ketika itu.

Bekas pemimpin Barat lain, termasuk Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga rapat dengan pemimpin Libya itu.


Dia sering mengunjungi mereka dan membantu untuk memudahkan urusan perniagaan berjumlah berbilion dolar.

Sarkozy yang pernah menyambut Gaddafi sebagai ‘saudara pemimpin’ ketika lawatan pemimpin Libya itu ke Paris, dikatakan menerima jutaan dolar daripadanya untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007.

Teori konspirasi itu sudah pasti menjadi kebimbangan besar kepada Britain yang mengerahkan jet untuk mengebom Libya tahun lalu dengan matlamat ‘untuk menyelamatkan orang awam.’

Mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan serangan itu dengan jelas menyatakan, Barat tidak boleh mencampuri urusan dalaman Libya.

Sebaliknya, pengeboman hampir setiap hari itu berakhir dengan penggulingan Gaddafi sementara penasihat tentera Perancis dan Britain dikatakan membantu pemberontak Libya di darat.

Mahmoud Jibril yang menjadi Perdana Menteri sementara selepas penggulingan Gaddafi memberitahu televisyen Mesir semalam: “Ejen asing menyusup ke dalam briged revolusi untuk membunuh Gaddafi.”

Sementara itu, sumber diplomatik di Tripoli memberitahu akhbar Itali, Corriere della Serra, pembunuh asing itu mungkin rakyat Perancis.

“Sejak Nato mula menyokong revolusi Libya, yang mendapat sokongan kuat daripada kerajaan Nicolas Sarkozy, Gaddafi secara terbuka mengancam mendedahkan hubungannya dengan bekas Presiden Perancis itu, termasuk wang berjuta-juta dolar yang diberikan untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007,” lapor akhbar itu.

Satu sumber di Tripoli berkata: “Sarkozy mempunyai banyak alasan untuk menutup mulut Gaddafi dan ia perlu dilakukan secepat mungkin.”

Pandangan itu disokong oleh maklumat yang dikumpulkan oleh penyiasat di Benghazi, bandar kedua terbesar Libya dan tempat revolusi ‘Kebangkitan Arab’ menentang Gaddafi bermula pada awal 2011.

Bekas Ketua Perhubungan Awam Majlis Peralihan Libya, Rami El Obeidi berkata, dia tahu Gaddafi dijejaki menerusi sistem telekomunikasi satelit ketika pemimpin itu berbual dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pakar Nato berjaya mengesan komunikasi antara mereka dan menjejaki Gaddafi di bandar Sirte, tempat dia dibunuh pada 20 Oktober 2011.

Jet Nato menyerang konvoi Gaddafi sebelum pemberontak mengheretnya keluar dari sebuah longkang, tempat dia bersembunyi dan kemudian menjadi sasaran serangan ganas. - DM

Monday, March 19, 2012

Perancis, ICC mahukan orang kanan Gadhafi

myMetro | Perancis, ICC mahukan orang kanan Gadhafi:NOUAKCHOTT (Mauritania): Perancis dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) meminta Nouackchott mengekstradisi bekas ketua perisik rejim Muammar Gaddafi, Abdullah Senussi.
Sumber berkata, buat pertama kali Mauritiana menerima dua permintaan dariapda dua pihak, dengan setiap satu dari Perancis pada kelmarin dan ICC (semalam).
“Kami belum menerima khabar dari Libya tetapi menunggu delegasi dari Majlis Peralihan Kebangsaan - yang kini berkuasa di Libya - untuk datang ke sini tetapi kami tidak diberitahu bila tarikhnya.

Libya berusaha untuk mengadili orang kanan bekas pemimpin Muammar yang juga dikehendaki oleh ICC untuk diadili di The Hague atas jenayah yang dilakukan ketika pemberontakan rakyat, tahun lalu.


Menteri Kehakiman, Ali Hmeida Ashur, berkata mahkamah mereka, terutama di Tripoli, mampu mengadili dengan baik dan mengikut standad antarabangsa.

Senussi ditahan malam Jumaat lalu di lapangan terbang antarabangsa Nouakchott ketika tiba menaiki pesawat biasa dari Casablanca di Maghribi dengan menggunakan pasport palsu Mali.

Sabtu lalu, jurucakap kerajaan Libya, Nasser al-Manaa, berkata ketua pendakwa raya menghantar permintaan ekstradisi kepada Mauritania melalui Interpol dan meminta Senussi dihantar kembali ke Tripoli.

Libya dan Mauritinia tidak ada perjanjian dua hala untuk ekstradisi, tetapi sumber diplomatik berkata negara itu mungkin bergantung kepada bantuan perjanjian kehakiman yang menghubungkan negara Liga Arab.

Senussi berhadapan waran tangkap antarabangsa selepas mahkamah di Paris menjatuh hukuman “in absentia” seumur hidup kerana terlibat dalam merancang nahas pesawat Perancis pada 1989 yang membunuh 170 orang.

Pesawat UTA itu dalam perjalanan dari Brazzaville ke Paris melalui N’Djamena apabila ia meletup pada 19 September, 1989 di Niger. - AFP

'via Blog this'

Sunday, December 25, 2011

Buat pemuja Gaddafi : Baca penghinaan manusia ini terhadap Allah, Rasulullah dan ajaran Islam


Sejak 1969, Gaddafi adalah penguasa Libya. Semua ucapan, tindakan, dan kelakuannya selama memerintah diliputi oleh TV, radio, dan surat khabar secara meluas, baik dalam skala tempatan, regional, mahu pun antarabangsa.

Dia dengan bangga, berani, dan tanpa malu mempamerkan ucapan, tindakan, dan kelakuannya selaku pemimpin revolusi dan ‘musuh’ Barat.

Alhamdulillah, dengan semua dokumentasi tersebut, para ulama Islam dan Persatuan-persatuan Islam antarabangsa memiliki data yang sangat lengkap tentang kekafiran dan kemurtadan Gaddafi.

Berkali-kali para ulama Islam dan persatuan Islam antarabangsa menempuh dengan cara dialog, nasihat, teguran, dan ajakan kepada Qaddafi untuk bertaubat dan menarik kembali semua kekufurannya tersebut.

Namun Qaddafi tetap angkuh mempertahankannya, tanpa sekalipun mahu bertaubat dan memperbaiki dirinya. Walhasil, vonis kafir-murtad untuk Qaddafi tetap disandangnya sampai saat nyawanya berpisah dengan jasadnya.

Sama seperti para taghut diktator lainnya di negeri-negeri berpenduduk majoriti muslim, pada awal revolusinya Gaddafi mempamerkan dirinya sebagai pahlawan revolusi, pejuang Islam, pembela kaum muslimin, pengusir penjajah kristian Barat, dan pendukung kuat perjuangan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman zionis Yahudi.

Setelah ia berhasil menarik simpati kaum muslimin dan kekuasaannya telah kukuh, maka ia mulai menunjukkan jati dirinya sebagai agen zionis-kristian dan kekafiran yang sangat kuat memusuhi Islam.

Berikut ini beberapa ucapan, tindakan, dan kepandaian Qaddafi yang merupakan kekafiran yang nyata, sehingga para ulama dan persatuan Islam antarabangsa menghukumnya sebagai seorang kafir murtad.

Syirik (menyekutukan Allah dengan selain-Nya) dan mempermainkan Allah SWT

  • Bagi Gaddafi, Allah Pencipta tidak jauh berbeza dengan parti politik pembangkang. Gaddafi menuduh Allah berbuat zalim. Dalam pertemuan dengan para pemimpin politik membahas proses ‘Teori Internasional Ketiga’ di ibukota Tripoli pada 9 Ogos 1975, Qaddafi mengatakan: “Revolusi tidak secara automatik mesti selalu berwarna ‘putih’. Ia juga boleh berwarna ‘merah’ terhadap lawan-lawannya. Musuh haruslah dibinasakan. Saya katakan kepada anda semua, agama-agama juga membinasakan para lawannya. Allah juga membinasakan para lawannya, padahal Allah juga yang telah menciptakan mereka. Jadi setiap orang membinasakan para lawannya.”

    Gaddafi mempermainkan Allah dan menyamakan dirinya dengan Allah. Dalam Al-Qur’an (QS. Al-Haj (22): 73), Allah menentang tuhan sembahan kaum musyrik untuk bersatu demi menciptakan seekor nyamuk. Dalam pidato kenegaraan pada 1 Oktober 1989 untuk memperingati terusirnya penjajah Itali dari bumi Libya, Gaddafi mengatakan: “
    Aku menentang anda semua sebagaimana Dia berfirman kepada mereka; ‘Buatlah untukku seekor nyamuk saja!’ Dia menentang mereka yang mengatakan ‘Allah bukanlah apa-apa.’ Dia menentang mereka ‘Buatlah untuk Kami seekor lalat!’ Maka aku tentang anda semua: ‘Buatlah untuk kami Pepsi saja!’

    Gaddafi membandingkan Allah dengan manusia. Jika Allah menjadi tuhan di langit, maka rakyat juga menjadi tuhan di bumi. Dalam pidato kenegaraan pada 1 Oktober 1989 tersebut, Gaddafi juga menyatakan: “
    Rakyat itu seperti Allah…Allah di langit, dan rakyat di bumi. Dia tidak memiliki sekutu. Jika Allah memiliki sekutu, Dia akan berfirman ‘Mereka akan mencari jalan untuk naik kepada Pemilik ‘Arsy’. Jika ada tuhan-tuhan selain Dia, niscaya setiap tuhan akan mengatakan ‘Aku ingin menjadi Tuhan.’ Jika Dia berada di Arsy, niscaya tuhan-tuhan lain akan melakukan kudeta untuk menjatuhkan-Nya…Rakyat di atas bumi juga harus seperti ini, menjadi tuhan di atas buminya.”
Dalam pidato kenegaraan pada 27 Disember 1990, Qaddafi mengatakan, “Rakyat adalah penguasa di atas muka bumi. Rakyat menentukan apapun di bumi yang ia kehendaki. Adapun Allah berada di langit. Maka tiada penengah antara kita dengan Allah.” Inilah prinsip sekularisme yang dipraktikkan Gaddafi di Libya.

Seluruh ajaran Al-Qur’an dan as-sunnah dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, dan lainnya dicampakkan. Ajaran Islam hanya diakui dalam urusan ibadah ritual semata-mata.

Sebagai gantinya, di bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, dan lainnya Gaddafi menerapkan undang-undang positif yang ia karang sendiri. Ia menamakannya al-kitab al-akhdar, Kitab Hijau (Green Book).

Terbit dalam bahasa Arab, Kitab Hijau menggariskan tiga dasar, iaitu “Demokrasi berdasarkan Kekuasaan Rakyat,” “Ekonomi Sosialisme” dan “Teori Internasional Ketiga.” Perkara itu lalu menjadi panduan bagi sistem demokrasi ala Khadafi, sekaligus panduan politik luar negeri Libya.Tidak aneh jika Qaddafi sangat kuat menerapkan sekularisme dan menolak penerapan syariat Islam dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. Ia sangat mengagumi bapa sekularisme Turki, Musthafa Kamal Ataturk.

Ia bekerja sangat kuat demi menerapkan sekularisme ala Turki di Libya. Dalam dialog dengan para ulama dan penghafal Al-Qur’an pada tanggal 3 Julai 1978, Qaddafi menyatakan para ulama Turki yang fanatik, bodoh, dan lugu menolak memberi fatwa kebolehan sekularisme.

Qaddafi mengatakan : “Ataturk adalah orang yang dizalimi…saya katakan perkara ini kepada sejarah. Hal itu kerana orang-orang yang bodoh, lugu, dan fanatik (maksudnya para ulama Islam di Turki, edt) memaksanya (maksudnya Musthafa Kamal Ataturk, edt) untuk kafir(maksudnya menghukum Ataturk Kafir kerana menerapkan sekularisme di Turki, edt).Mestinya mereka menyatakan kepadanya ‘ya, boleh’ sehingga mereka tetap sebagai muslimin. Namun mereka menjawab ‘tidak, tidak boleh, haram’. Siapa yang berkata kepada anda semua? Mereka memakai serban di kepala, lalu mengatakan ‘tidak boleh, haram’. Ataturk bertanya kepada mereka, “Apakah sama sekali tidak ada fatwa ulama yang menyatakan kita tetap sebagai kaum muslimin, dan pada masa yang sama kita memisahkan agama dari negara?’ Mereka menjawab, “Tidak, sama sekali tidak ada fatwa.

Sebagai seorang penguasa sekular, Qaddafi menegaskan fungsi masjid terhad membahas urusan peribadi; syurga, neraka, pahala, siksa, dan ibadah ritual. Adapun urusan politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, dan aspek kehidupan masyarakat yang lainnya tidak boleh dibahas di masjid.

Ia menekankan urusan awam adalah hak penguasa semata, sedangkan urusan peribadi adalah urusan setiap hamba dengan Tuhannya.

Dalam khutbah Jum’at di masjid Jado, 11 Julai 1980, Qaddafi mengatakan: “ Pokok dari khutbah Jum’at adalah masyarakat meninggalkan kesibukan-kesibukan dunia dan masalah mereka di luar masjid, lalu mempergunakan waktu yang singkat untuk solat (Jum’at), mereka mendengarkan firman Allah tentang kematian, kehidupan, syurga, neraka, kebangkitan, perhitungan amal, dan balasan. Adapun masalah kehidupan harus dibahas di luar masjid.”

Mempermainkan Nabi SAW

  • Kebencian Qaddafi terhadap Nabi SAW dan sunahnya tidak boleh ditutupi, bahkan ia mengumumkannya di depan awam dengan berbangga diri dan penuh keangkuhan. Tidak hairan apabila ia memerintahkan membakar kitab-kitab hadits dengan alasan kitab kuning yang telah usang dan ketinggalan zaman. Lebih dari itu, Qaddafi mengingkari As-sunnah sebagai sumber kedua ajaran Islam. Qaddafi mencampakkan kalender hijrah. Sebagai gantinya, ia menetapkan sistem kalender baru yang dimulai dengan wafatnya Nabi SAW.

    Berdalih atas tindakannya itu, Qaddafi mengatakan, “
    Ada banyak peristiwa sejarah yang saya yakini lebih penting dari hijrah Nabi… di antaranya adalah kewafatan Nabi SAW. Wafatnya Rasul SAW setara dengan kelahiran Isa AS… Jika kita harus membuat kalender dengan berpandukan kepada peristiwa-peristiwa sejarah, maka yang lebih utama adalah dengan berpandukan kepada kewafatan Nabi SAW. Di antara peristiwa penting adalah kewafatan Nabi, sehingga kita boleh menetapkan kalender atau menuliskan untuk umat manusia suatu sejarah sampai setelah berlalu jutaan tahun, bahawasanya ada seorang rasul penutup para nabi yang wafat pada tahun sekian, atau telah berlalu kewafatannya sejak sekian tahun atau sekian abad.” (Khuthab wa Ahadits al-Qaid ad-Diniyah, hal. 290)

    Qaddafi juga menyatakan alasan tersebut dengan mengatakan, “
    Jadi Umar bin Khatab adalah orang yang menyatakan ’Tahun ini tahun hijrah’. Itu adalah pendapatnya peribadi. Namun kita juga punya pendapat sendiri. Kita berpendapat…kita boleh menyatakan bahawa peristiwa hijrah tidaklah memiliki erti sepenting itu. Hal yang lebih penting darinya adalah penaklukan Mekah. Dan yang lebih penting lagi adalah wafatnya Nabi SAW.” (Khuthab wa Ahadits al-Qaid ad-Diniyah, hal. 300-301)
Sungguh ganjil. Wafatnya Rasulullah SAW dianggap sebagai mukjizat yang sama dengan keajaiban kelahiran nabi Isa AS. Siapakah yang merasa gembira dengan wafatnya Rasulullah SAW, sehingga merayakannya dan menjadikannya sebagai permulaan kalender?

Tiada orang yang bergembira dan merayakan wafatnya Rasulullah SAW dengan cara seperti itu selain orang Yahudi, Nasrani, Majusi, dan musyrikin yang memendam kebencian terdalam terhadap diri Rasulullah SAW!

Rasulullah SAW bersabda, “
Wahai manusia! Siapapun seorang mukmin yang ditimpa oleh sebuah musibah, maka hendaklah ia berdukacita dengan musibah (kehilangan)ku sebagai ganti dari berdukacita kerana kehilangan orang lain. Sesungguhnya tiada seorang pun dari umatku yang tertimpa musibah yang lebih berat dari musibah kehilanganku.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan syaikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir no. 7879)

Bekas ibu pengasuh Nabi SAW, Ummu Aiman menangis di hadapan Abu Bakar dan Umar. Keduanya bertanya kepada Ummu Aiman tentang sebab ia menangis, maka ia menjawab, “
Aku tidak menangisi peribadi beliau SAW, kerana aku mengetahui balasan di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah SAW. Namun aku menangis kerana wahyu Allah telah terputus (dengan meninggalnya Rasulullah SAW).” Maka Abu Bakar dan Umar ikut menangis. (HR. Muslim)

Bekas pembantu Nabi SAW, Anas bin Malik berkata, “
Pada hari Rasulullah SAW tiba di Madinah, segala sesuatu bersinar terang. Namun pada hari beliau SAW wafat, segala sesuatu di Madinah menjadi gelap.” Anas berkata lagi, “Tangan-tangan kami telah selesai menimbun jenazah Nabi SAW, namun hati kami seakan mengingkari (kewafatan)nya.” (HR. Ibnu Majah dan Ahmad. Dinyatakan shahih oleh imam Ibnu Katsir dan syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah no. 1631)

Penghinaan dan kebencian Qaddafi kepada Rasulullah SAW tidak berhenti setakat urusan sistem tarikh kalendar kontroversi ini. Dalam khutbahnya pada acara perayaan maulid Nabi SAW di masjid Maulaya Muhammad, ibukota Tripoli pada 19 Februari 1978, Qaddafi mengatakan: ”
Jika aku mengatakan kepada anda semua, Rasulullah, maka kalian semua menjawab Shallallahu ‘alaihi wa salam. Namun jika aku mengatakan kepada anda semua, Allah, ternyata anda semua tidak mengatakan apa-apa. Ini merupakan sebuah bentuk penghambaan (bertuhankan Nabi SAW, edt) dan paganism yang kita jalani…Jika sekarang saya mengatakan Allah sebanyak seribu kali, ternyata keadaannya biasa saja. Namun ketika saya mengatakan Rasulullah, setiap orang di antara kita mengatakan Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Seakan-akan perkara itu berarti kita lebih takut kepada Rasulullah melebihi takut kita kepada Allah. Atau seakan-akan kita merasakan Rasulullah lebih dekat kepada kita melebihi dekatnya Allah kepada kita. Ini sepenuhnya sama dengan orang-orang Masehi (Nasrani, edt) yang mengatakan: ‘Isa lebih dekat kepada kita daripada Allah’.

Di dalam Al-Qur’an tidak ada ayat yang menegaskan: ‘Sesungguhnya Nabi bersabda: Anda semua wajib mengikuti semua ucapan yang aku katakan!’ Jika ada ayat seperti itu, maka dimana gerangan perkataan yang ia ucapkan selama 40 tahun sebelum diangkat menjadi nabi? Telah dipastikan bahawa ia juga berbicara sebelum diangkat menjadi nabi. Jika Nabi mengatakan ‘Ikutilah hadits (sabda)ku!’, maka itu ertinya haditsnya akan diberlakukan sebagai pengganti dari Al-Qur’an. Namun secara terus-menerus ia menegaskan kewajiban berpegang teguh dengan Al-Qur’an semata. Seandainya ia menganggap suci haditsnya dan menempatkannya dalam kedudukan yang sangat segera seperti Al-Qur’an, tentulah ia sudah membuat kitab lain yang akan menggantikan kedudukan Al-Qur’an.”katanya lagi



Qaddafi jelas-jelas mengingkari perintah Al-Qur’an dan hadits sahih kepada umat Islam untuk banyak membaca salawat atas Nabi SAW. Qaddafi juga secara terang-terangan menolak hadits Nabi SAW, dan mengingkari ayat-ayat Al-Qur’an, hadits-hadits Nabi SAW, dan ijma’ ulama yang memerintahkan berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta menempatkan As-sunnah sebagai sumber kedua ajaran Islam setelah Al-Qur’an.

Qaddafi juga mengingkari ayat-ayat Al-Qur’an, hadits-hadits shahih, dan ijma’ ulama yang menyatakan Nabi SAW diutus kepada seluruh umat manusia dan jin.

Dalam pertemuan dengan para pensyarah universiti pada 9 Februari 1982, Qaddafi mengatakan, “ Jasad bangsa Arab adalah nasionalisme Arab dan ruh mereka adalah Islam, kerana Muhammad diutus kepada bangsa Arab semata-mata! Al-Qur’an datang untuk bangsa Arab dan dengan bahasa Arab, ditujukan kepada bangsa Arab saja.Siapa pun orang selain bangsa Arab yang memeluk agama Islam, pada hakikatnya adalah sukarela saja (bukan wajib, edt). Urusannya terserah Allah, namun sebenarnya ia tidak dimaksudnya (sebagai objek dakwah Al-Qur’an dan Islam, edt).”

Dalam pertemuan Sekretariat Jenderal Sementara Konferensi Internasional Bangsa-bangsa Islam pada 19 Disember 1989, Qaddafi mengatakan kebencian dan penghinaannya kepada Nabi SAW dan para sahabat.

Qaddafi menyatakan, “ Ketika para sahabat Rasul SAW menjadi para penguasa, maka mereka diinjak-injak dengan kaki dalam kapasiti mereka sebagai para penguasa awam. Usman dibunuh dalam kedudukannya sebagai ketua negara republik atau raja. Umar dengan keadilannya menjadi seorang penguasa, dan menaklukkan Parsi dan Rom. Ali diperangi oleh kaum muslimin. Orang-orang terdekat, pengikut-pengikut, dan kawan-kawannya telah memisahkan diri darinya. Kenapa? Kerana ia berkeinginan kekuasaan dan ingin menjadi ketua negara republik. Seandainya Muhammad SAW menjadi ketua negara republik, niscaya orang-orang akan meninggalkannya.”

Pejuang MudaTulahan: Buat pemuja Gaddafi : Baca penghinaan manusia ini terhadap Allah, Rasulullah dan ajaran Islam:

'via Blog this'

Tuesday, November 1, 2011

Gaddafi memang mahu mati di Libya



MISRATA - Tertekan dan bimbang, bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu mati di Libya daripada berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata salah seorang konconya.

Monday, October 31, 2011

Bekas tentera Kanada bantu anak Gaddafi



MONTREAL 30 Okt. - Seorang bekas tentera Kanada mengaku membantu anak lelaki Muammar Gaddafi, Saadi melarikan diri dari Libya pada bulan lalu selepas pemberontak menguasai Tripoli.
Bekas tentera itu yang menjadi pengawal keselamatan Saadi, Gary Peters berkata, dia merupakan sebahagian daripada kumpulan yang membawa anak ketiga Gaddafi itu lari ke selatan sempadan Libya untuk memasuki Niger.
''Saya bukan askar upahan. Saya hanya bertugas melindungi seseorang. Apabila kami ke luar negara, saya tidak terlibat dalam sebarang konflik. Itu kerja askar upahan.
''Melindungi? Ya. Menembak? Ya. Tetapi saya hanya melindungi 'bos' saya,'' katanya.
Peters, yang memiliki status penduduk tetap Kanada, kembali ke Toronto pada September lalu.
Dia mengalami kecederaan di bahu kiri akibat terkena tembakan ketika konvoinya cuba memasuki semula Libya selepas membawa Saadi keluar.
Baru-baru ini, Interpol mengeluarkan notis merah kepada Saadi berdasarkan dakwaan dia menggelapkan harta dan terlibat dengan 'ugutan menggunakan senjata' ketika mengetuai Persekutuan Bola Sepak Libya.
Saadi juga berdepan sekatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) kerana mengarahkan unit tentera terlibat dalam tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Libya.
Peters berkata, dia mula bertugas dalam perkhidmatan keselamatan ahli keluarga Gaddafi sejak 2004.
Katanya, dia juga ditugaskan mengawal anak-anak Gaddafi yang lain termasuk Saif al-Islam dan Hannibal.
''Saya juga membantu mengawal Hannibal dan Aisha ketika mereka melarikan diri ke Algeria,'' ujarnya.
Peters turut memberi amaran konflik di Libya tidak akan berakhir walaupun selepas kematian Gaddafi. - AFP

Thursday, October 27, 2011

Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu.. (2)



Mengapa Saya Tidak Kutuk Gaddafi - Tukar Tiub


Tuan yang saya muliakan: [TT] Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya.



Tuan yang saya muliakan, Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya.


Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70’an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano.


Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi.


Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas.


Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika.


Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa.


Tuan yang saya hormati, Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita.


Tuan yang saya hormati,


Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika.


Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi.


Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ‘ budak jahat’ dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya.


Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi.


Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi.


Pertama: Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun.


Kedua: Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini.


Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika.


Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato.


Ketiga: Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa.


Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan.


Tuan yang saya hormati, Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa.


Tuan yang saya hormati, Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul?


Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi?


Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini. Saya akan sambung lagi minggu hadapan.(TT)


Tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terbaru
Addin: Rahsia Gaddafi Yang Kita Tidak Tahu.. (2):

'via Blog this'

'Golongan yang gembira Gaddafi mati akan menyesal'



CHICAGO 26 Okt. - Ketua pergerakan Nation of Islam, Louis Farrakhan (gambar) menempelak sikap sesetengah pihak yang 'bergembira' dengan kematian Muammar Gaddafi dan memberi amaran mereka akan menyesal dengan apa yang dilakukan itu.
Katanya, kematian bekas pemimpin Libya itu adalah satu pembunuhan yang dirancang Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis.
Beliau yang merupakan rakan baik Gaddafi berkata, negara-negara berkenaan bertanggungjawab dalam membantu rakyat Libya menghancurkan pemerintahan Gaddafi, di samping mahu memperoleh 'jalan mudah' untuk mengaut kekayaan sumber minyak Libya.
''Mereka mencipta satu pembunuhan yang berjaya terhadap Gaddafi.
''Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak boleh dipercayai kerana badan dunia hanyalah alat Barat,'' katanya ketika ditemu bual stesen radio Chicago, WVON-AM.
Farrakhan berkata, dia mula mengenali Gaddafi sekitar 70-an dan bekas pemimpin Libya yang dibunuh minggu lalu itu pernah memberikan pinjaman sebanyak AS$5 juta (RM15.5) kepada pertubuhannya.
Malah jelasnya, pemimpin Nation of Islam sebelum ini, Elijah Muhammad pernah diberikan pinjaman sebanyak AS$3 juta (RM9.3 juta) oleh Gaddafi bagi menukar sebuah gereja di Chicago menjadi masjid.
''Ia bukan sekadar wang tetapi prinsip hidupnya yang membuatkan kami seperti saudara,'' ujarnya.
Katanya, ketika pemerintahan Gaddafi, hasil minyak Libya digunakan untuk membina sekolah serta universiti bagi meningkatkan kadar celik ilmu dan Gaddafi juga telah berjaya memperbaiki perkhidmatan kesihatan yang dilihat terbaik di kalangan negara ketiga. - AP

Sunday, October 23, 2011

40 wanita jaga Gaddafi


BERANI... Gaddafi berjalan bersama dua pengawal wanitanya.
BERANI... Gaddafi berjalan bersama dua pengawal wanitanya.



MUAMMAR Gaddafi yang maut dibunuh pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Sirte, bandar kelahirannya di Libya adalah antara pemimpin paling lama memerintah di dunia iaitu selama 42 tahun.
Gaddafi memegang tampuk pimpinan Libya sewaktu berusia 27 tahun dalam rampasan kuasa pada 1969, menggulingkan Raja Idris, dan paling lama dalam sejarah dunia Arab.

FotoPERCAYA... Galyna doktor peribadi Gaddafi.
Sepanjang pemerintahannya, bekas pemimpin Libya itu dikatakan banyak mengamalkan perbuatan pelik antaranya dengan memilih wanita yang masih dara sebagai pengawal peribadinya.
Gaddafi memilih sendiri 40 wanita yang disukainya yang kemudian dilatih menjadi pembunuh yang sangat cekap sebagai pelindung dirinya.FotoBERSEDIA... sebahagian daripada pengawal Gaddafi.
Sebagai menghormati semua pengawal peribadinya itu, Gaddafi mensyaratkan mereka untuk memakai perhiasan seperti barang kemas, menggunakan kasut bertumit tinggi, menghias kuku serta mengenakan mekap.FotoMEWAH... salah sebuah aset Gaddafi di luar negara asing.

Malah, sebelum pemberontakan berlaku, kesemua 40 wanita berkenaan dikatakan langsung tidak pernah meninggalkannya dan setia menanti di sisinya termasuk ketika lawatan ke luar negara.FotoLENGKAP... Gaddafi suka tinggal di dalam khemah berhias mewah.
Dalam satu serang hendap pada 1998, salah seorang pengawal peribadinya terbunuh apabila menggunakan dirinya untuk melindungi bekas pemimpin Libya itu daripada puluhan peluru yang ditembak ke arahnya.

Ketaksuban Gaddafi terhadap wanita bukan setakat itu saja, malah beliau dikatakan turut membawa sekumpulan jururawat yang diketuai oleh seorang wanita Ukraine dikenali sebagai Galyna Kolotnytska bagi menjaganya.
Dilahirkan dalam khemah puak Badawi pada 1942, Gaddafi lebih suka memakai jubah selain menggayakan uniform tentera dengan pelbagai imej yang pelik.

Walaupun menentang segala bentuk aktiviti termasuk sukan yang dikatakan bersumberkan Barat dan melalaikan, Gaddafi dikatakan turut pernah membeli pegangan dalam kelab bola sepak Juventus pada 2002.

Antara sifat peliknya juga adalah tidak akan sesekali menginap di mana-mana hotel sewaktu di luar negara. Dia akan memilih untuk tinggal di dalam khemah yang diperlengkapkan dengan pelbagai kemudahan dan dihias indah seperti mahligai.

Malah, dalam kebanyakan perbincangan bersama pemimpin negara lain, Gaddafi lebih selesa melayan mereka di dalam khemah berbanding di rumah penginapannya.

Dalam satu kenyataan, Gaddafi mendakwa itu adalah cara bagaimana masyarakat Badawi menjalankan kehidupan dan tetamunya perlu menghormati adat dan budaya mereka yang tinggal di dalam khemah.

Selain itu, Gaddafi juga menggelar dirinya sebagai Raja segala Raja di Afrika. Malah dia sendiri menggelar dirinya sebagai ‘Anjing Gila daripada Timur’ sebagai amaran kepada kuasa Barat mengenai kekuasaannya.

Kerana itu juga, beliau pernah menyuarakan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara kesatuan Afrika apabila cuba menggabungkan Libya, Syria dan Mesir pada 1972 tetapi ia ditentang dan tidak mendapat persetujuan.

Walaupun usahanya itu gagal, pada 1974, sekali lagi Gaddafi menyuarakan hasrat untuk mewujudkan negara Republikan Arab dengan cuba untuk bergabung dengan Tunisia tetapi akhirnya gagal kerana tidak dipersetujui oleh pemimpin negara berkenaan.

Di segi kekayaan pula, Gaddafi dikatakan memiliki aset bernilai lebih RM500 bilion.

Walaupun lebih gemar duduk dalam khemah mewahnya, Gaddafi sebenarnya memiliki lebih tujuh rumah mewah yang setiap satunya bernilai jutaan ringgit dan didaftarkan atas nama anaknya, Saif Al-Islam.

Kebanyakan aset yang dimiliki itu bukan saja terdapat di negara Arab, sebaliknya membabitkan hartanah di Amerika Syarikat, Kanada, Austria dan Britain yang antaranya dilengkapi kolam renang serta set studio.

Namun, selepas pemberontakan menentangnya berlaku hingga mendapat sokongan NATO, semua harta kekayaannya di negara asing disita.

Walaupun kini Gaddafi hanya tinggal nama, kebanyakan penduduk, khususnya di Libya, bersetuju bahawa sejarah kepimpinannya tidak akan padam.

Biarpun sebahagian penduduk meraikan kematian Gaddafi, ada antara mereka masih bersedih berikutan kematiannya yang agak tragis dan tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya sebagai seorang tawanan.
myMetro40 wanita jaga Gaddafi:

'via Blog this'

Saturday, October 22, 2011

Tembakan di kepala punca kematian


GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya.
GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya.

MISRATA: Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.

Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun ia tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap.

Sementara itu, terdapat tanda-tanda pertelagahan antara pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan pejuang dari Misrata mengenai tempat pengebumian Gaddafi.

Tidak dapat dipastikan sama ada pejuang di Misrata merasakan mereka mempunyai kata putus untuk menentukan pengebumian bekas pemimpin Libya itu memandangkan mereka yang berjuang untuk menggulingkannya dan kemudian memburunya hingga kepada kematiannya.

“Mereka tidak bersependapat mengenai tempat pengebumian,” kata seorang pegawai NTC yang enggan namanya disiarkan.


“Menurut Islam, Gaddafi sepatutnya dikebumi segera tetapi sehingga ini masih belum ada persetujuan dicapai sama ada mayatnya akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain,” katanya.

Gaddafi masih hidup ketika ditangkap tetapi kemudian mati di tangan pemberontak dalam keadaan yang masih tidak jelas.
Pegawai NTC, Ali Tarhouni yang juga Menteri Minyak dalam kerajaan sementara berkata, keputusan mengenai tempat pengebumian masih belum dicapai. “Saya mengarah mereka menyimpan mayat itu dalam setor beku selama beberapa hari bagi memastikan semua orang tahu Gaddafi sudah mati,” katanya kepada Reuters.

Ketika ditanya mengenai urusan pengebumian, termasuk di mana bekas pemimpin itu akan dikebumikan, dia berkata: “Belum ada keputusan lagi.” Ali juga memberitahu, satu keputusan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri kerajaan sementara Libya akan ditentukan, kemungkinan minggu depan. — Reuters

7 perangai pelik Gaddafi


CARA HIDUP LUAR BIASA...selain sentiasa dikawal sehingga 40 anggota keselamatan khas terdiri daripada anak dara
CARA HIDUP LUAR BIASA...selain sentiasa dikawal sehingga 40 anggota keselamatan khas terdiri daripada anak dara

TRIPOLI: Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar.
Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.
Laman sesawang ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan Gaddafi.



  • Khemah kalis peluru: Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri.


    Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai.

    Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi.

    Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.
  • Pengawal anak dara: Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa.

    Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.

    Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.
  • Jururawat seksi: Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi.

    Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit.

    Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.
  • Jatuh hati kepada Condoleezza Rice: Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.”

    Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.

    Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli.

    Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.
  • Takut menaiki pesawat dan lif: Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel.

    Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam.

    Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal.

    Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.
  • Bunga Bunga: Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi.

    Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.
  • Pakaian aneh: Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain.

    Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika. - ABC
  • Monday, September 26, 2011

    Gaddafi, anak-anak didakwa rogol wanita

    VALLETTA, Malta 25 Sept. - Seorang pakar psikologi mendakwa bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi dan anak-anak lelakinya telah melakukan jenayah rogol terhadap wanita ketika Libya dilanda konflik.
    Pakar psikologi terbabit dari Benghazi, Seham Sergewa mendakwa terdapat bukti Gaddafi dan anak-anak lelakinya melakukan jenayah terebut.
    Seham berkata, beliau akan meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Gaddafi dan anak-anak lelakinya berhubung dakwaannya itu.
    Dakwanya, lima wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan Gaddafi telah bersetuju untuk memberi keterangan bahawa mereka telah dirogol oleh Gaddafi dan anak-anak lelakinya.
    "Sebagai pihak kepada wanita-wanita ini dan rakyat Libya, saya gembira kerana ICC telah bersedia menerima saya," katanya.
    Pada 27 Jun lalu, ICC telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Gaddafi, anak lelaki sulungnya, Saif al-Islam dan bekas ketua perisikan tentera, Abdullah al-Senussi atas dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan.
    "Anak lelaki Gaddafi yang mengetuai jenayah rogol bergilir-gilir itu," dakwanya merujuk kepada bukti yang menunjukkan beribu-ribu wanita telah dirogol sepanjang Libya berhadapan dengan konflik.
    Sergewa mendakwa mangsa pada awalnya dirogol oleh Gaddafi sebelum diserahkan kepada anak-anak lelakinya dan kemudiannya kepada pegawai-pegawai berpangkat tinggi dan dibebaskan. - dpa

    Sunday, September 25, 2011

    Niger enggan hantar pulang anak Gaddafi





    2011/09/18

    SEKUMPULAN penentang  Gaddafi dengan bersenjata memijak sebidang permaidani yang tertera gambar bekas pemimpin Libya itu, semalam.
    SEKUMPULAN penentang Gaddafi dengan bersenjata memijak sebidang permaidani yang tertera gambar bekas pemimpin Libya itu, semalam.
    Pemimpin negara jiran Libya mahukan jaminan perbicaraan adil

    NIAMEY: Kerajaan Niger menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menghantar pulang anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Saadi, kembali ke negara asalnya selepas beliau melarikan diri berikutan keruntuhan rejim pemerintahan bapanya di Tripoli. 

    Jurucakap kerajaan yang juga Menteri Kehakiman Niger, Marou Amadou berkata: Tidak. Demi tanggungjawab antarabangsa (kami), kami tidak boleh menghantar Saadi pulang kerana yang pasti beliau tidak berpeluang menghadapi perbicaraan adil dan akan berdepan hukuman mati.
    Dalam erti kata lain, jika lelaki ini atau mana-mana orang dikehendaki oleh sebuah mahkamah bebas untuk dibicarakan dengan adil, Niger akan menunaikan tanggungjawabnya.
    Niger adalah sebuah kerajaan berdaulat dan kami perlu mempertimbangkan permintaan atau tuntutan apabila mereka menerimanya, katanya. 

    Dalam satu lawatan ke Libya pada Khamis bersama Perdana Menteri British, David Cameron, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata beliau yakin Niger akan bekerjasama dalam perkara ini. 

    Kami tidak mempunyai alasan untuk meragui komitmen pemimpin Niger dalam keadilan antarabangsa, kata Sarkozy. 

    Saadi Gaddafi tersenarai sebagai orang paling rapat dengan rejim Gaddafi yang menjadi sasaran sekatan perjalanan Majlis Keselamatan PBB. 
    Beliau yang berusia 38 tahun adalah anak ketiga daripada tujuh anak lelaki Gaddafi, bekas seorang pemain bola sepak yang menamatkan karier di Itali pada 2004 untuk menyertai tentera sebelum mengetuai satu unit elit. 

    Beliau tiba di Niger, Ahad lalu bersama sebuah konvoi yang turut disertai anggota lain rejim yang ditumbangkan itu. 

    Niger mengesahkan bahawa seramai 32 penyokong Gaddafi berada di negara itu termasuk tiga jeneral dan mereka dibenarkan masuk atas alasan kemanusiaan. 
    Niamey secara rasmi mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu sebagai kepemimpinan sementara Libya. 

    Niger menegaskan bahawa Gaddafi sendiri tidak berada di wilayahnya dan mengisytiharkan bahawa pihaknya akan mematuhi perjanjian antarabangsa sekiranya pemimpin Libya yang dikehendaki itu merentasi sempadan negara terbabit. 

    Niger tidak akan teragak-agak untuk menghormati perjanjian ini sebagai satu demokrasi dan sebuah negara mempunyai undang-undang, kata Amadou. 

    Penyokong Gaddafi adalah di bawah kawalan kami, pemantauan kami dan perhatian kami dan kerajaan akan memastikan bahawa mereka menjauhi semua aktiviti politik, katanya. 

    Amadou berkata bahawa satu delegasi NTC dijangka berada di Niamey dan pada masa ini sentiasa menghubungi pihak berkuasa terbabit. AFP 

    Friday, September 23, 2011

    Gaddafi tinggalkan ribuan peluru berpandu




    BEBERAPA pejuang anti-Muammar Gaddafi duduk 
    di atas sebuah peluru berpandu Scud di luar sebuah kampung dekat Sirte, Libya kelmarin.


    PARIS - Ribuan peluru berpandu darat ke udara yang ditinggalkan rejim Muammar Gaddafi yang tumbang di Libya tidak mendatangkan ancaman besar seperti yang dibimbangi kerana kebanyakan kumpulan militan di Afrika kurang ilmu pengetahuan dan peralatan untuk melancarkan senjata itu, kata beberapa pakar.
    Peluru berpandu mudah alih SA-7 buatan bekas negara Kesatuan Soviet (USSR) yang dilengkapi peledak kuat dan alat pengesan infra merah itu boleh mencetuskan ancaman serius di Sahel yang merupakan lokasi tempat sekutu kumpulan Al-Qaeda aktif beroperasi.
    Beberapa orang bimbang peluru berpandu itu akan digunakan untuk menyerang pesawat komersial jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.
    Namun, beberapa pihak lain menyatakan, ia sukar digunakan dan jika tidak dijaga dengan baik, ia akan menjadi besi sekerap.
    beberapa sumber menyatakan, kebanyakan peluru berpandu itu ditemui dalam pasaran gelap di rantau Sahara Afrika yang mungkin ditawarkan kepada kumpulan-kumpulan seperti Al-Qaeda.
    "Kami menerima maklumat mereka sedang mencari buku panduan (untuk menggunakannya) dalam bahasa Arab," kata seorang pakar antikeganasan Perancis kepada agensi berita AFP.
    Peluru-peluru berpandu itu ditinggalkan oleh rejim Gaddafi yang tumbang menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. - Agensi

    Aset RM72.7b milik Gaddafi ditemui




    Beberapa orang beratur di sebuah bank di Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.


    TRIPOLI, Libya - Pemerintah sementara Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menyatakan, pihaknya mendapat durian runtuh apabila menemui aset berjumlah AS$23 bilion (RM72.7 bilion) di bank pusat Libya yang tidak digunakan oleh bekas pemimpin negara berkenaan, Muammar Gaddafi, lapor akhbar Financial Times semalam.
    Penemuan tersebut yang dilaporkan Financial Times dapat membantu usaha NTC dalam membangunkan semula negara berkenaan.
    Seorang pegawai kewangan NTC, Wafik Shater memberitahu wartawan di Dubai, bank pusat itu menyimpan wang kertas dinar Libya berjumlah beberapa bilion.
    Satu bilion dinar Libya bersamaan sekitar AS$820 juta (RM2.58 bilion).
    "Wang berkenaan mencukupi untuk membolehkan NTC mentadbir negara ini selama enam bulan," kata Shater.
    "Kami berada dalam kedudukan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan kami sebelum ini," tambahnya.
    NTC sebelum ini merayu masyarakat antarabangsa supaya memansuhkan sekatan ke atas Libya serta membebaskan aset berjumlah sekitar AS$170 bilion (RM536.1 bilion) yang disimpan di luar negara.
    Gaddafi kini dalam buruan askar-askar NTC selepas rejimnya tumbang menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lalu selepas bertempur sejak Februari lalu. - Agensi

    Wednesday, September 21, 2011

    Gaddafi didakwa guna Mercedes canggih




    KERETA Mercedes ML yang merupakan model sama yang dimiliki Muammar Gaddafi.


    PARIS - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berjaya melarikan diri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda paling canggih yang telah dibekalkan oleh Presiden Nicolas Sarkozy (gambar kecil), lapor sebuah akhbar kelmarin.
    Presiden Perancis tersebut memberikan lampu hijau kepada Gaddafi untuk menerima kenderaan jenis Mercedes ML berharga £3.5 juta (RM17.2 juta) yang telah diubah suai itu pada 2008.
    Kenderaan kalis peluru dan kalis bom itu dilengkapi sistem komunikasi canggih yang membolehkan Gaddafi sentiasa berhubungan dengan tenteranya tetapi pada masa yang sama, ia mampu mengelak daripada dikesan sistem radar pemberontak.
    "Pada 2007, Sarkozy yang ketika itu merupakan Menteri Dalam Negeri meluluskan penjualan kenderaan tersebut kepada Gaddafi," kata laman web tempatan, Mediapart
    Mengulas mengenai laporan Mediapart, sumber tentera menyatakan, pendedahan itu boleh menjejaskan kredibiliti Sarkozy yang selama ini dianggap pemimpin dari Eropah yang mahu Gaddafi berundur daripada jawatannya.
    Gaddafi kini diburu tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) selepas rejimnya yang berkuasa selama 42 tahun berjaya ditumbangkan menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu. - Agensi

    Sunday, September 18, 2011

    Niger enggan hantar pulang anak Gaddafi





    2011/09/18

    SEKUMPULAN penentang  Gaddafi dengan bersenjata memijak sebidang permaidani yang tertera gambar bekas pemimpin Libya itu, semalam.
    SEKUMPULAN penentang Gaddafi dengan bersenjata memijak sebidang permaidani yang tertera gambar bekas pemimpin Libya itu, semalam.
    Pemimpin negara jiran Libya mahukan jaminan perbicaraan adil

    NIAMEY: Kerajaan Niger menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menghantar pulang anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Saadi, kembali ke negara asalnya selepas beliau melarikan diri berikutan keruntuhan rejim pemerintahan bapanya di Tripoli. 

    Jurucakap kerajaan yang juga Menteri Kehakiman Niger, Marou Amadou berkata: Tidak. Demi tanggungjawab antarabangsa (kami), kami tidak boleh menghantar Saadi pulang kerana yang pasti beliau tidak berpeluang menghadapi perbicaraan adil dan akan berdepan hukuman mati.
    Dalam erti kata lain, jika lelaki ini atau mana-mana orang dikehendaki oleh sebuah mahkamah bebas untuk dibicarakan dengan adil, Niger akan menunaikan tanggungjawabnya.
    Niger adalah sebuah kerajaan berdaulat dan kami perlu mempertimbangkan permintaan atau tuntutan apabila mereka menerimanya, katanya. 

    Dalam satu lawatan ke Libya pada Khamis bersama Perdana Menteri British, David Cameron, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata beliau yakin Niger akan bekerjasama dalam perkara ini. 

    Kami tidak mempunyai alasan untuk meragui komitmen pemimpin Niger dalam keadilan antarabangsa, kata Sarkozy. 

    Saadi Gaddafi tersenarai sebagai orang paling rapat dengan rejim Gaddafi yang menjadi sasaran sekatan perjalanan Majlis Keselamatan PBB. 
    Beliau yang berusia 38 tahun adalah anak ketiga daripada tujuh anak lelaki Gaddafi, bekas seorang pemain bola sepak yang menamatkan karier di Itali pada 2004 untuk menyertai tentera sebelum mengetuai satu unit elit. 

    Beliau tiba di Niger, Ahad lalu bersama sebuah konvoi yang turut disertai anggota lain rejim yang ditumbangkan itu. 

    Niger mengesahkan bahawa seramai 32 penyokong Gaddafi berada di negara itu termasuk tiga jeneral dan mereka dibenarkan masuk atas alasan kemanusiaan. 
    Niamey secara rasmi mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu sebagai kepemimpinan sementara Libya. 

    Niger menegaskan bahawa Gaddafi sendiri tidak berada di wilayahnya dan mengisytiharkan bahawa pihaknya akan mematuhi perjanjian antarabangsa sekiranya pemimpin Libya yang dikehendaki itu merentasi sempadan negara terbabit. 

    Niger tidak akan teragak-agak untuk menghormati perjanjian ini sebagai satu demokrasi dan sebuah negara mempunyai undang-undang, kata Amadou. 

    Penyokong Gaddafi adalah di bawah kawalan kami, pemantauan kami dan perhatian kami dan kerajaan akan memastikan bahawa mereka menjauhi semua aktiviti politik, katanya. 

    Amadou berkata bahawa satu delegasi NTC dijangka berada di Niamey dan pada masa ini sentiasa menghubungi pihak berkuasa terbabit. AFP