Pages

Showing posts with label gemok. Show all posts
Showing posts with label gemok. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Budak tiga tahun miliki berat 59.87kg



LU HAO didukung oleh bapanya di wilayah Guandong, China baru-baru ini.


BEIJING, China - Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg.
Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.
Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan.
Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.
Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun.
Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.
Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.
Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.
Yuncheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali.
Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.
Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.
"Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti," jelas ibunya. - Agensi
kosmo

Tuesday, December 28, 2010

Wanita 292.1 kg makan 30,000 kalori


DONNA SIMPSON makan makanan 30,000 kalori pada Sabtu lalu



NEWARK - Seorang ibu yang mempunyai dua anak di negeri New Jersey, Amerika Syarikat (AS), Donna Simpson memakan makanan mengandungi 30,000 kalori yang boleh mengenyangkan lebih 12 orang, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia mengambil masa dua jam dan membelanjakan AS$231(RM717) untuk menghabiskan dua ayam belanda seberat 11.3 kilogram (kg), sejumlah daging, 6 kg kentang, lima buku roti, 2.2 kg herba, 1.8 liter kuah, 1.8 liter sos kranberi dan 9 kg sayur ketika makan malam Hari Krismas pada Sabtu lepas.
Simpson yang seberat 292.1 kilogram dan tinggi 1.57 meter itu merupakan ibu paling gemuk di dunia tetapi dia mahu menambahkan berat badannya sehingga 453.6 kilogram untuk bergelar wanita paling gemuk di dunia. - Agensi, kosmo

Friday, December 10, 2010

Wanita 317.51kg berusaha kurangkan berat badan



TERRI SMITH kini cuma berbaring di rumahnya di Shaker Heights, Ohio.


COLUMBUS, Amerika Syarikat - Seorang wanita seberat 317.51 kilogram (kg), Terri Smith mula berusaha mengurangkan berat badan supaya dia boleh menjalani pemeriksaan otak dengan menggunakan mesin imbasan bagi mengesan tumor, lapor sebuah akhbar semalam.
Terri, 49, yang dipercayai wanita paling gemuk di dunia kini hanya berbaring di rumahnya di Shaker Heights, Ohio kerana dia tidak boleh berdiri dan bergerak.
Dia bergantung kepada suaminya, Myaron, 55, dan anak perempuannya, Najah untuk membantunya mandi, memakai pakaian dan makan.
Semasa umurnya tujuh tahun beratnya ialah 50.80kg dan ketika berusia 20 tahun, berat badannya meningkat lebih 113.39kg.
Dia bekerja sebagai pekerja kesihatan mental selama 20 tahun.
Selepas berkahwin dengan suaminya pada 1986, berat badannya semakin meningkat.
Dia berasa bertuah kerana mempunyai suami yang masih mahu menjaganya.
Berat badannya perlu diturunkan kerana mesin pengimbas otak tidak sesuai untuk wanita yang memiliki saiz besar sepertinya. - Agensi

Thursday, December 2, 2010

Air India tawar bekas kru gemuk kerja

NEW DELHI: Selepas memecat pramugarinya kerana gemuk, Air India semalam mempelawa wanita terbabit kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan syarikat penerbangan itu.
Jurucakap Air India berkata, mereka menghubungi sembilan atau 10 bekas pramugari yang dipecat lebih setahun lalu kerana gagal mematuhi syarat berat badan ketat ditetapkan syarikat berkenaan.

“Tiga daripada mereka membayangkan kemungkinan bersedia menerima pelawaan kami,” katanya.

Bagaimanapun, syarat ketat mengenai berat badan itu masih diguna pakai dan bekas pramugari terbabit mesti mematuhinya jika memohon bekerja semula.

Air India terpaksa menghadapi kemarahan penumpang sejak beberapa minggu lalu kerana sering terlewat berlepas.

Selain menghadapi kekurangan kru serius, masalah itu turut disebabkan sikap pekerja yang gemar ponteng. - AFP

Friday, November 19, 2010

Wanita gemuk jadi kurus 18 bulan


BENTUK badan Harriet Jenkins ketika ini.


SOUTHAMPTON, Britain - Seorang wanita, Harriet Jenkins yang berusia 25 tahun dari sini berjaya menguruskan badannya sebanyak 95.2 kilogram (kg) kepada 73.3kg selepas dia menerima pelawaan rakannya agar menyertai satu kumpulan menguruskan badan, lapor sebuah akhbar semalam.
Jenkins yang bercita-cita menjadi seorang guru sebelum ini mempunyai berat badan lebih 165kg.
Graduan yang menganggur itu juga sering disindir oleh sejumlah orang yang tidak dikenali kerana kegemukannya.
Hanya selama 18 bulan, Jenkins yang enggan menjalani pembedahan untuk mengubah bentuk badannya berjaya mengurangkan lebih separuh berat badan asalnya selain mendapat tawaran kerja sebagai seorang guru sebuah sekolah rendah.
Dia berjaya mengurangkan berat badan melalui pemakanan yang sihat dan bersenam.
"Hidup saya benar-benar berbeza sekarang dan saya dapat melakukan perkara yang saya fikir mustahil untuk dilakukan sebelum ini. Saya juga lebih yakin dan gembira dengan diri sendiri," katanya. - Agensi

Friday, July 16, 2010

Si gemuk malang

LONDON: Wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler, mendakwa dia terlantar di atas katil dan terbiar sementara menunggu mati selepas doktor enggan menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawanya.

BERBEZA...keadaan Sharon sekarang (kiri) dan 20 tahun lalu.
BERBEZA...keadaan Sharon sekarang (kiri) dan 20 tahun lalu.
Sharon, 40, mempunyai berat 285.8 kilogram dan kini terpaksa menghabiskan masa setiap hari di atas katil hospital dicipta khas untuknya.
Katil itu diperkukuhkan bagi menampung berat Sharon.

Pada asasnya, tubuh Sharon agak kecil dengan ketinggian hanya 1.5 meter.

Kegemukan melampau menyebabkan berlaku tekanan ke atas jantung dan paru-paru Sharon, memaksa dia menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas.

Suaminya, Tyler, berada di sisinya hampir setiap masa untuk membantu.

Ketika berkahwin kira-kira 20 tahun lalu, Sharon memiliki tubuh normal.

Bagaimanapun, dia menjadi kemaruk kepada makanan selepas mengalami kemurungan pascanatal melampau tidak lama kemudian.

Pada 2007, doktor menjangkakan dia hanya mampu hidup beberapa bulan saja.

Ketika itu berat badan Sharon adalah 266.7 kilogram.

Kini ditempatkan di Hospital Broomfield yang terletak berhampiran rumahnya di Chelmsford, Essex, Sharon berkata, doktor enggan menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawanya kerana terlalu gemuk.
“Saya dibiarkan di sini untuk mati.

“Jika saya sukar bernafas, memang hospital memberi bantuan tapi nampaknya tiada siapa yang bersimpati kepada orang gemuk,” katanya.

Sementara itu, pentadbiran hospital berkata, Sharon dijadual menjalani pembedahan bernilai RM147,489 tidak lama lagi. - Agensi

Wednesday, March 3, 2010

The most known fat people of the world



Victim fast food, a victim of a medical negligence, a victim of neurosises, a victim of circumstances. These people daily absorb kgs of hamburgers and drink on five-seven litres coca cola. Receiving in day to 20 thousand kcals at daily requirement in 2 500 - 3 000. They, of course, struggle with the weight and even try to live a high-grade life, but. The majority of the most known fat people planets has died aged till fifty years.





















For all history of mankind John Brouer Minnok living in Washington was the heaviest man on the earth. It was growth of 183 sm and weighed 630 kg when has arrived in hospital at the age of 37 years with stagnant warm insufficiency. There were in hospital 2 years and received a diet with caloric content of 1200 kcal... At an extract its weight was 150 kg.

The heaviest woman was Mrs. Persi the Pearl Washington which growth was 180 sm, weight of 400 kg. She has died in 1972.