Pages

Monday, November 10, 2014

Lelaki bina trak terbalik



SULLIVAN bersama trak terbalik yang dibina di bengkel miliknya di bandar Clinton, Amerika Syarikat. - Agensi


CLINTON, Amerika Syarikat – Seorang mekanik di sini mengubahsuai sebuah trak miliknya supaya ia kelihatan seperti sebuah kenderaan yang terbalik ketika dipandu.
Mekanik tersebut, Rick Sullivan berkata, dia mendapat idea untuk membina kenderaan berkenaan selepas seorang pelanggan menghantar sebuah trak yang terbalik akibat terlibat dalam satu kemalangan untuk dibaiki.
“Selepas melihat trak tersebut saya terfikir untuk membina sebuah kenderaan yang kelihatan terbalik dan boleh dipandu di jalan raya.
“Saya mengambil masa selama enam bulan dan membelanjakan hampir AS$6,000 (RM20,076) untuk membina trak istimewa ini,” katanya.
Menurutnya, trak terbalik tersebut dibina daripada gabungan dua buah trak iaitu jenis Ford Ranger dan Ford F150.
“Saya berasa sangat seronok kerana setiap kali saya memandu trak ini di jalan raya ramai pemandu yang terkejut,” ujarnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3IcDcS2zL 
Hakcipta terpelihara 

Kereta elektrik terpantas di dunia

Grimsel merupakan kereta lumba mini terpantas di dunia. – Agensi
Grimsel merupakan kereta lumba mini terpantas di dunia. – Agensi
DELFT 9 Nov. - Sekumpulan saintis dari sebuah universiti di Switzerland berjaya mencipta sebuah kereta lumba mini terpantas di dunia menggunakan kuasa elektrik.
Mail Online melaporkan, kereta lumba itu diberi nama Grimsel, kelihatan seperti sebuah kereta permainan berbanding sebuah mesin berteknologi tinggi, yang berjaya memecahkan rekod dunia dengan mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 1.785 saat dalam jarak 30 meter.
Kereta yang diperbuat daripada gentian fiber itu mempunyai berat 168 kilogram dan mengeluarkan kuasa kuda 200hp (147 kW).
Pada perlumbaan yang dilakukan oleh pasukan pelajar Formula di Akademi Club Motor Zurich (AMZ), kenderaan itu berjaya menewaskan rekod sebelum ini pada catatan 2.134 saat yang dilakukan oleh sebuah kereta elektrik yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi Delft.
Rekod terbaru itu dicatatkan di lapangan terbang tentera di Dubendorf apabila kenderaan itu membuat pecutan selaju 100 km/j pada jarak kurang 30 meter.
Kereta itu dibina dalam tempoh tidak sampai setahun oleh 30 pelajar Jurusan Sains Gunaan dan Kesenian di ETH Zurich dan Universiti Lucerne.
Grimsel merupakan kereta elektrik kelima yang dibangunkan AMZ dan kejayaan itu adalah hasil kerja-kerja pembangunan yang berterusan.
Kereta pacuan empat roda itu direka dengan empat hub roda khas yang isteimewa serta mampu menghasilkan tujahan keseluruhan 1630Nm.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-elektrik-terpantas-di-dunia-1.22790#sthash.ORRAx10y.dpuf

Ibu kulit hitam lahir 3 anak albino

de Andrade, yang kini tinggal bersama pasangan Robenilson, kiri,
de Andrade, yang kini tinggal bersama pasangan Robenilson, kiri, tahu bahawa anak-anaknya juga mungkin mempunyai zuriat yang mengalami masalah albino. – Agensi
OLINDA, Brazil 9 Nov – Seorang wanita kulit hitam di Brazil menggemparkan dunia sains apabila dianugerahkan tiga orang anak berkulit putih dan tiga orang lagi berkulit hitam.
Ketika anak perempuan pertamanya dilahirkan, ibu itu, Rosamere Fernanda de Andrade menyangka ia merupakan satu kesilapan apabila anaknya itu berkulit putih, berambut perang dan bermata biru.
Mail Online melaporkan, Rosamere, 31, dan bekas suaminya, Alexandrino Barbosa de Sobral, 63, seorang lelaki berketurunan Afrika Brazil dan berkulit hitam, tetapi anak pertamanya bersama Alexandrino dilahirkan berkulit putih kerana bayi itu mengalami masalah genetik, albinisme.
Anak itu, Ruth yang kini berusia 14 tahun dilahirkan tanpa pigmen kulit dan kelihatan berbeza daripada keluarganya.
Selepas melahirkan anak pertamanya itu yang mengalami masalah albino, Rosamere melahirkan dua cahaya mata ;agi yang turut mengalami masalah yang sama yang diberi nama Estefani, 12, dan Kauan, 9 tahun.
Ibu yang berasal dari Recife, Brazil itu yang kini menjalin hubungan dengan teman lelaki baharunya Robenilson, 37, berkata, apabila dia bersama anak-anaknya, mereka pasti akan menjadi perhatian ramai kerana keadaan mereka yang kelihatan berbeza.
“Pada suatu hari ketika saya hendak keluar dari sebuah pusat membeli-belah bersama Ruth dan Estefani, seorang pengawal bertanya kepada saya tentang ibu kepada kedua-dua anak albinonya itu.
“Selalunya keadaan itu akan membuat saya marah, namun saya mula berlajar bahawa orang ramai perlu dididik mengenai albino yang sebenar,” katanya.
Rosamere yang memiliki tiga orang anak lagi yang diberi nama Joao, 13, Rebeca, 5 dan Maria, 2, yang dilahirkan normal berkata: “Memiliki anak-anak dalam keadaan ini memberi saya banyak masalah.
Pesakit albino dilaporkan tidak cukup pigmen melanin yang memberi warna gelap pada kulit, rambut dan mata serta melindungi badan daripada sinaran matahari.
“Saya bimbang mereka dijangkiti barah kulit kerana saya tidak mempunyai wang untuk membeli ubat perlindungan yang mereka perlukan,” kata ibu itu sedih.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ibu-kulit-hitam-lahir-3-anak-albino-1.22795#sthash.s5tOzQwT.dpuf