Negara aktif buru paus
Norway
Negara aktif buru paus
Iceland
Negara aktif buru paus
Jepun
Jepun
Negara Matahari Terbit tetap berdegil dan meneruskan operasi penangkapan paus. Secara luaran, mereka seolah-olah akur dengan pengharaman IWC, tetapi hakikatnya, melancarkan pula program penyelidikan paus secara saintifik. Tangkapan paus dilakukan dua kali setahun. Biasanya pada November, di mana mereka membunuh sehingga 935 ekor paus minke dan 50 paus jenis sirip.

Norway
Negara itu hanya menghormati undang-undang IWC sehingga 1993. Kemudian, mereka kembali semula kepada aktiviti asal dan terus memburu paus minke. Mereka menetapkan kuota sendiri untuk bilangan paus ditangkap dan dibunuh atas sebab komersial. Daripada 671 paus dibunuh pada 2000, ia meningkat kepada 1,000 ekor pada hari ini. Norway kini memburu dalam kadar lebih tinggi tanpa sedikit pun rasa belas kasihan dan dijangka paus minke di Atlantik Utara ini bakal mengalami kepupusan.

Iceland
Iceland turut menggunakan alasan menjalankan program penangkapan ikan paus secara saintifik. Pada 1992, negara ini menarik diri daripada IWC. Pada 2006, Iceland menjalankan penangkapan paus secara komersial. Mereka menyasarkan paus minke dan paus sirip. Diikuti 2010, Iceland menangkap dan membunuh 148 ekor paus sirip iaitu spesies terancam dan 60 paus minke.

Daging paus pada pandangan syarak
Mengikut pandangan Islam, semua binatang dalam air seperti ikan, sotong dan ketam, hukumnya halal dimakan selagi ia tidak mengandungi racun atau mendatangkan mudarat. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Laut, airnya suci dan boleh dibuat bersuci. Manakala bangkainya adalah halal." (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Jenis paus
1.Bowhead
2.Atlantik Utara
3.Pasifik Utara
4.Selatan
5.Kelabu
6.Biru
7.Sirip
8.Bryde
9.Minke
10.Minke Antartik
11.Humback
12.Sperm