Pages

Showing posts with label ceroboh. Show all posts
Showing posts with label ceroboh. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Masjidil Aqsa diceroboh




         
RAMALLAH: Puluhan anggota perisikan dalaman Israel, ejen Shin Bet dan penganut Yahudi semalam menceroboh halaman Masjidil Aqsa, kata pihak berkuasa Palestin.

Ketua Majlis Wakaf Islam Baitulmaqdis, Sheikh Abdulazeem Salhab berkata, 30 pegawai Shin Bet dan sekumpulan 40 Yahudi diketuai anggota Parlimen Parti Likud pimpinan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Moshe Feiglin, memasuki kompleks masjid berkenaan melalui pintu Al-Magharebah.


Sheikh Abdulazeem berkata, Feiglin yang mengetuai puak Kepemimpinan Yahudi dalam Likud dan mencabar kepemimpinan Netanyahu memasuki Al-Musalla Al-Marwani, Al-Musalla Al-Qibli dan Kubah Batu. Beliau berkata, Feiglin ‘mula membangkitkan kemarahan umat Islam yang beribadat dengan ejen Shin Bet mengawalnya.” Hampir 3,000 penduduk Yahudi dan 2,000 polis Zionis menceroboh kompleks masjid itu sejak awal tahun ini.

Menurutnya, pencerobohan harian ke atas tempat suci ketiga umat Islam itu adalah sebahagian usaha Israel untuk meyahudikan apa yang masih tinggal di Baitulmaqdis ‘dengan meningkatkan kehadiran masyarakat Yahudi di situ.’ Israel menjajah Baitulmaqdis Timur pada Jun 1967, menjadikannya sebahagian wilayahnya pada 1980 dan membina kediaman untuk 300,000 penduduk Yahudi.


Kelmarin, Parti Demokratik AS mengubah dasarnya untuk menyokong Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Media Israel berkata, perubahan detik terakhir itu dibuat ekoran kritikan semakin meningkat daripada anggota Demokrat di Kongres yang berang bahawa pengisytiharan dasar 2008 menyokong Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel telah dipinda daripada teks 2012.


Dasar 2008 menyuarakan bahawa ‘Baitulmaqdis sentiasa dan akan kekal sebagai ibu negara Israel.” Bagaimanapun, Speaker Knesset, Reuven Rivlin berkata, penambahan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kepada dasar parti Demokrat tidak menepati tujuan asalnya. - Agensi

Wednesday, August 1, 2012

Wanita minta ditangkap semasa panjat pagar penjara di AS

HAMILTON, Ohio - Polis di sini bingung memikirkan punca seorang wanita, Tiffany R. Hurd (gambar) cuba menceroboh masuk ke dalam sebuah penjara.
Hurd turut memberitahu anggota-anggota pihak berkuasa supaya menangkapnya semasa dia cuba memanjat pagar penjara itu.
Beberapa anggota pejabat Syerif daerah Butler menangkap wanita itu, Hurd, 36, pada pagi Ahad lalu selepas dia dilihat cuba memanjat pagar untuk masuk ke dalam sebuah penjara tersebut di Hamilton, dekat Cincinnati, Amerika Syarikat (AS).
Kejadian berlaku selepas seorang staf penjara meminta Hurd supaya meninggalkan kawasan tersebut tetapi dia memberitahu mereka supaya menangkapnya.
"Kami tidak dapat memujuknya supaya meninggalkan kawasan penjara," kata seorang anggota polis, Sarjan Monte Mayer.
Menurutnya, wanita itu ditangkap selepas dia kembali cuba memanjat pagar penjara selepas diminta tidak melakukan perbuatan tersebut.
"Impiannya menjadi kenyataan," kata Mayer.
Beberapa anggota polis menyatakan, Hurd didapati berada dalam keadaan mabuk.
Ketua Polis Hamilton, Syerif Richard Jones berkata, dia terkejut dengan tindakan Hurd.
"Saya tahu ekonomi negara kini teruk tetapi saya tidak fikir ia begitu teruk sehingga seseorang tergamak untuk masuk ke dalam penjara secara sukarela," katanya.
Hurd ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$2,500 (RM7,831). - Agensi

Saturday, August 6, 2011

Penjual burger terima padah


KUALA LUMPUR: Gara-gara memiliki senjata dan menceroboh sebuah rumah hujung bulan lalu, seorang penjual burger didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Sharizad Abd Rashid, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dia boleh dipenjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, Sharizad didakwa menceroboh masuk rumah Mohamad Jahir di belakang Masjid Jamek, Sungai Besi, Cheras, antara jam 9.30 malam hingga 10.30 malam, pada 31 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, di tempat sama, dia didakwa membawa senjata berbahaya iaitu dua pisau ketika ditangkap pada jam 5 pagi, 1 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Sharizad yang diwakili peguam bela, Nur Ain Jaafar memohon anak guam dikenakan hukuman ringan memandangkan dia sudah insaf.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Fitril Hakim Ab Jalil memohon hukuman setimpal.hmetro

Wednesday, June 1, 2011

Penceroboh jatuh kondo



TINGGI...kondominium tempat suspek terjatuh di Damansara Damai, semalam.
TINGGI...kondominium tempat suspek terjatuh di Damansara Damai, semalam.


PETALING JAYA: Seorang lelaki yang menceroboh masuk sebuah kondominium di Damansara Damai, di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat lapan ketika cuba melarikan diri, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, penghuni kondominium berkenaan yang berusia 22 tahun terkejut selepas terdengar bunyi orang cuba memecahkan pintu rumahnya sebelum menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata pihaknya yang menerima maklumat menghantar sebuah kereta peronda polis bagi menjalankan siasatan dan tiba di rumah mangsa kira-kira jam 6.50 pagi.

Menurutnya, sebaik diperiksa didapati jeriji besi dan pintu rumah berkenaan berkunci.

“Polis yang membuat pemeriksaan lanjut terlihat mangsa berlumuran darah cuba keluar dari tingkap tandas sebelum mereka memecahkan jeriji besi dan pintu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa.


“Mangsa yang diselamatkan memberitahu suspek masih berada di dalam rumahnya dan bersenjatakan sebilah pisau yang digunakan untuk mencederakan mangsa,” katanya.

Meor Hamdan berkata, polis memecahkan pintu rumah dan mencari suspek di dalamnya, namun gagal.

“Bagaimanapun pihaknya menerima maklumat daripada pengawal keselamatan kondominium itu yang memberitahu ada orang terjatuh dan mati di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK) dan kematian suspek diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.myMetro | Penceroboh jatuh kondo

Thursday, May 5, 2011

Pakistan tuduh Amerika Syarikat menceroboh



Penduduk Pakistan membakar bendera Amerika semasa protes anti-as atas kematian Osama di Multan, Pakistan, semalam. - AP


ISLAMABAD 4 Mei - Pakistan menuduh Amerika Syarikat (AS) menceroboh negaranya ketika melancarkan serbuan ke atas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di negara ini awal Isnin lalu dan mengingatkan AS supaya berhenti menceroboh negara ini.
Kementerian Hal Ehwal Luar Pakistan dalam satu kenyataan media berkata, laporan mengenai helikopter AS berlepas dari Pangkalan Udara Ghazi adalah tidak benar.
"Helikopter AS memasuki ruang udara negara ini melalui kawasan berbukit yang tidak boleh dikesan oleh radar.
"Helikopter AS itu turut dilengkapi teknologi terbaru serta terbang menggunakan teknik nap of the earth supaya ia tidak boleh dikesan," kata Kementerian itu, semalam.
Menurut kenyataan itu, perkara itu turut disahkan oleh Penasihat White House, John Breman yang menyatakan bahawa AS tidak memaklumkan kepada Pakistan mengenai operasi itu sehinggalah semua pesawat dan anggota tentera AS terbabit keluar dari ruang udara negara ini.
"Kami turut bimbang jika Pakistan memutuskan untuk mengarahkan jet-jet pejuangnya untuk melakukan pemantauan kerana mereka tidak tahu siapa kami.
"Jadi kami memastikan semua anggota dan pesawat kami keluar dari ruang udara Pakistan. Saya bersyukur tidak berlaku sebarang pertembungan di udara dengan tentera Pakistan," katanya ketika ditanya berhubung insiden serbuan yang mengorbankan Osama bin Laden itu.
Sementara itu, kerajaan Pakistan dengan keras mengecam tindakan AS melancarkan operasi dan memasuki ruang udara dan wilayahnya tanpa memaklumkan dan mendapatkan kebenaran negara ini terlebih dahulu.
"Operasi yang tidak mendapat kebenaran ini sepatutnya tidak boleh dilakukan dan kami dengan tegas mengingatkan supaya tindakan seperti ini tidak dilakukan lagi oleh mana-mana negara, termasuk AS, pada masa depan.
"Tindakan ini akan merosakkan kerjasama dan mungkin mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa," ujar kementerian itu.

Sunday, April 10, 2011

Malaysia bantah Indonesia tahan bot

BAGAN DATOH 9 April - Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada kerajaan Indonesia berhubung penahanan tiga buah bot nelayan dari Hutan Melintang, Perak oleh pihak berkuasa republik itu semalam, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar).
Beliau berkata, bantahan itu akan dibuat melalui Kementerian Luar dan ia akan disampaikan oleh Duta Malaysia di Jakarta kepada kerajaan negara jiran itu.
Menurutnya, penahanan bot itu dilaporkan berlaku di perairan Selat Melaka kira-kira 25 batu nautika dari sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan 45 batu nautika barat daya Pulau Pinang.
"Nota bantahan itu meminta supaya pihak berkuasa Indonesia menghentikan tindakan menahan bot nelayan negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan anugerah kecemerlangan Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk menangani masalah seperti itu secara semangat kejiranan demi menjaga hubungan baik.
''Dalam perbincangan saya dengan Menteri Pertahanan dan Menteri Perikanan dan Kelautan Indonesia baru-baru ini, kita telah mencapai kata sepakat menangani masalah itu secara telus.
"Tetapi kita tidak faham mengapa kejadian ini masih berlaku di peringkat bawahan yang sanggup merosakkan hubungan baik dengan mengadakan tindakan provokasi," katanya.
Menurutnya, sebelum ini enam buah bot nelayan yang ditahan tiga bulan lalu juga belum dibebaskan walaupun selepas proses perundangan dijalankan.
"Saya dapat tahu peralatan menangkap ikan, alat perhubungan canggih telah dirampas, yang tinggal hanya badan bot dan enjin saja," katanya.
Ahmad Zahid berkata, jika Malaysia melakukan tindakan yang sama ke atas bot negara jiran, media cetak dan elektronik republik itu akan menghentam negara dengan pelbagai tuduhan.
"Kita berharap kedua-dua negara menghormati keputusan yang telah dicapai kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dan kita minta pihak berkuasa Indonesia supaya menghormati undang-undang negara ini," tambahnya. - Bernama
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Sunday, December 19, 2010

Tentera Israel Ceroboh Masjid al-Ibrahimi, Menangkap Seorang Wanita Palestin



HEBRON, 18 Disember – Laporan awal dari bandar Tebing Barat selatan Hebron melaporkan bahawa tentera Israel telah  memasuki Masjid al-Ibrahimi (Masjid Abraham) dan menahan seorang wanita Palestin berusia 31 tahun bernama Ramya Hasan Abu Samira.
Abu Samira adalah isteri kepada Abu Amjad Samira dari desa Yatta, selatan Hebron, yang saat ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara tentera Israel.
Penduduk tepatan yang melihat kejadian itu mengatakan pasukan tentera Israel telah masuk ke dalam masjid saat mereka sedang solat, lantas tentera Israel menangkap Ramya Hasan, dan membawanya ke lokasi yang tidak diketahui. (pnn)
sumber http://haluanpalestin

Sunday, October 24, 2010

Helah nelayan asing gagal





LUMUT 23 Okt. - Helah sekumpulan nelayan asing yang cuba memperdaya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak daripada menahan mereka kerana memasuki perairan negara secara haram gagal apabila kedudukan bot berjaya dibuktikan melalui sistem penentu kedudukan global (GPS).
Pegawai Memerintah KM Gagah Maritim Malaysia Perak, Leftenan Komander Mohammad Rosli Kassim berkata, tekong terbabit pada mulanya berkeras mendakwa mereka tidak memasuki perairan Malaysia sebaliknya menangkap ikan di perairan Indonesia.
"Tekong berusia 52 itu turut mendakwa mereka sering memukat di kawasan itu dan ini kali pertama ditahan pihak berkuasa Malaysia.
"Apabila pihak berkuasa menunjukkan lokasi mereka mengikut sistem GPS yang dipasang di dalam bot mereka, akhirnya tekong berkenaan mengakui telah memasuki perairan tanpa kelulusan," katanya di sini hari ini.
Semalam, Maritim Malaysia Perak menahan dua buah bot nelayan asing bersama 16 awak-awak berusia antara 18 hingga 53 tahun, dipercayai menjalankan tangkapan ikan secara haram dalam dua tangkapan berasingan.
Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Maritim 3, Kapten Maritim Ang Eng Hwa berkata, dalam tangkapan pertama kira-kira pukul 11 pagi itu, pasukan diketuai Mohammad Rosli berjaya menahan sebuah bot nelayan yang sedang menangkap ikan pada kedudukan 28 batu nautika berhampiran Kuala Bernam, Hutan Melintang.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, bot itu yang berasal dari Tanjung Balai, Indonesia tidak mempamerkan nama dan nombor pendaftaran bot serta gagal menunjukkan permit menangkap ikan di negara ini.
"Tangkapan kedua pula dilakukan pada pukul 12 tengah hari pada kedudukan 25 batu nautika, tidak jauh daripada kawasan tangkapan pertama.
"Bot yang mempamerkan nama KM Mitra Jaya berasal dari Tanjung Balai itu juga gagal menunjukkan permit menangkap ikan di negara ini," katanya.
Kedua-dua bot, kata Eng Hwa, didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan secara tidak sah di negara ini.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan, tekong terbabit boleh didenda tidak melebihi RM1 juta dan RM100,000 bagi setiap awak-awak.
Kesemua mereka ditahan reman selama 15 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes.

Saturday, July 24, 2010

Wartawan Norway didakwa



2010/07/24

RHINEBECK: Dua wartawan Norway berdepan dakwaan menceroboh selepas mereka ditahan di sebuah bangunan di New York di mana Chelsea Clinton dijangka berkahwin. 

Polis negeri New York mendakwa Thomas Bjorn Nilsson dan Kjerste Sortland kerana kesalahan berkenaan Rabu lalu.Polis berkata mereka berada di Astor Estate di bandar sepanjang Sungai Hudson terletak 145 kilometer utara Bandar Raya New York.
Laporan media menyatakan Chelsea Clinton, anak perempuan bekas Presiden Bill Clinton dan Setiausaha Negara Hillary Rodham Clinton akan berkahwin dengan Marc Mezvinsky pada 31 Julai ini di Astor Estate. 

Helje Solberg, pengarang pengurusan untuk Verdens Gang di Oslo, berkata polis terlebih reaksi apabila Nilsson dan Sortland cuba mengambil gambar pintu pagar dan berkata mereka bukan berada di dalam kawasan itu. 

Polis negeri New York, Mejar Michael A Kopy berkata kedua-duanya berada dalam kawasan larangan terbabit. – AP