Sakari Momoi
Sakari Momoi
SAITAMA - JEPUN. Seorang lelaki Jepun yang diiktiraf sebagai lelaki paling tua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness menyambut hari lahirnya yang ke-112, semalam.

Agensi berita Kyodo News melaporkan, Sakari Momoi menyambut hari lahirnya di sebuah hospital di Tokyo.

Menurut cucunya, Hiro, 66, datuknya dalam keadaan sihat, kekal aktif dan mengamalkan seni khat.

Momoi dilahirkan pada 5 Februari 1903 di Fukushima.

Dia berhijrah ke Saitama, tempat dia menghabiskan sisa hidupnya dengan berkhidmat kepada masyarakat.

Tahun lalu, dia disahkan sebagai lelaki paling tua di dunia berikutan kematian Alexander Imich pada usia 111 tahun.

Imich, pesara dari Amerika Syarikat memegang gelaran itu sejak 8 Mei 2013.

Rekod wanita tertua di dunia pula milik Misao Okawa dari Jepun yang berusia 116 tahun. - dpa