Pages

Sunday, February 22, 2015

Harga rumah satu bilik RM1.2 juta?


Harga rumah satu bilik RM1.2 juta?
LONDON - BRITAIN. Bunyi macam mustahil namun, hakikatnya, harga rumah dengan satu bilik di tengah kota London ketika ini berharga £280,000 (RM 1.2 juta).

Bagaimanapun, dengan harga itu, adalah perkara biasa bagi mereka yang membeli rumah di bandaraya itu, lapor Metro.uk.

Bonus bagi pembeli rumah ini, mereka memiliki kediaman yang terletak di kawasan sedang membangun di Forest Hill, Tenggara London.

Menurut ejen hartanah, Kinleigh dan Folkard, binaan rumah ini disifatkan sebagai 'terang dan lapang dengan satu bilik tidur‎ dibina di antara Honor Oak and Peckham Rye’.‎

Pembinaan rumah kecil ini juga dikatakan telah mendapat kebenaran dan perancangan penuh dari Majlis Southwark.

Selain ruang tamu, rumah ini turut dilengkapi keperluan asas lain termasuk bilik tidur, bilik mandi dan taman di bahagian depan serta belakang rumah.

5 warga Timur Tengah disenarai pendek


5 warga Timur Tengah disenarai pendek
AMSTERDAM - BELANDA. Kira-kira 100 permohonan termasuk lima individu dari Timur Tengah telah disenarai pendek dalam pusingan ketiga untuk menyertai pengembaraan sehala ke planet Marikh.

Misi yang dianjurkan oleh syarikat bukan berasaskan keuntungan di Belanda, Mars One itu bertujuan untuk membuka penempatan manusia di planet merah tersebut menjelang 2023.

Difahamkan, lebih 200,000 permohonan telah diterima sejak tawaran itu dibuka pada April 2013.

Kesemua calon tersebut bakal berdepan satu lagi ujian saringan yang akan menyenarai pendek 24 nama calon akhir di mana mereka dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menjalani latihan selama lapan tahun.

Pada Februari tahun lalu, Majlis fatwa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan larangan kepada umat Islam daripada mempromosi atau terlibat dalam misi tersebut kerana ia disifatkan sebagai berbahaya dan sama seperti 'membunuh diri'.

Kajian terbaharu Institut Teknologi Massachusetts (Mit) mendapati kumpulan angkasawan yang menyertai misi tersebut mungkin dapat bertahan hanya selama 68 hari. - Al-Arabiya