Pages

Thursday, May 12, 2011

Pakistan tidak akan kongsi rahsia helikopter AS: Duta


WASHINGTON: Pakistan menyatakan ia tidak akan berkongsi dengan China rahsia helikopter yang digunakan komando Amerika Syarikat dalam serangan yang membunuh Osama bin Laden selepas spekulasi serpihan pesawat itu mengandungi teknologi rahsia. 


“Pakistan tidak akan berkongsi sebarang teknologi dan saya tidak fikir China menunjukkan minat untuk berbuat demikian," Duta Pakistan ke AS, Husain Haqqani, memberitahu CNN.
Foto bangkai helikopter itu yang rosak ketika serangan berkenaan dan sengaja diletupkan komando AS, menimbulkan spekulasi di kalangan pakar dan peminat bahawa ciri baru ditambah bagi mengurangkan bunyi bising atau mengelak dikesan radar.
Malah ada yang mengandaikan helikopter itu yang dinyatakan pegawai AS sebagai Blackhawk, adalah pesawat "stealth" baru . - AFP 

PERINGATAN KEPADA ANDA SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI



Jawab telefon dengan telinga  
KIRI                     
cid:1.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Jangan minum kopi  DUA KALI sehari
 cid:2.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com

Jangan telan pil ubat dengan air  SEJUK
 cid:3.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Jangan makan  BANYAK makanan selepas 5 petang
 cid:4.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Kurangkan minum TEH
 cid:5.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Kurangkan makan makanan yang Berminyak
cid:6.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Minum banyak  AIR waktu pagi,kurangkan waktu malam 

cid:7.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Jauhkan diri dari CHARGER telefon
cid:8.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Jangan guna headphones/earphone untuk masa yang LAMA
 cid:9.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Masa tidur yang terbaik dari10 malam - 6 pagi
cid:10.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Jangan terus baring bila ambil ubat sebelum tidur
 cid:11.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Bila bateri telefon lemah  LAST grid/bar, jangan jawab telefon kerana radiasi 1000 kali lebih kuat
ˆcid:12.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Hantar pesanan ini kepada orang yang anda Sayangi

Kebocoran radioaktif di Jepun berjaya ditampal


TOKYO 12 Mei - Pengendali loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak akibat tsunami mengatakan mereka telah memateri kawasan yang bocor dan membebaskan radioaktif ke dalam air laut.

Jurucakap Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata, pekerja loji berjaya menghentikan kebocoran yang ditemui sebelum ini di luar reaktor No. 3 dan beberapa meter dari laut.
Loji di reaktor No. 2 dikatakan mengalami masalah kebocoran yang sama dimana pengendali loji itu berjaya mematerinya bulan lalu menggunakan cecair kaca dan bahan-bahan lain. - Reuters

Al-Qaeda Yaman laung amaran


AQAP ikrar perang 'jihad baru' balas dendam selepas Osama dibunuh 


WASHINGTON: Kumpulan al-Qaeda di Yaman (AQAP) memberi amaran kepada Amerika Syarikat mengenai 'perang jihad baru' bagi membalas dendam berikutan pembunuhan Osama bin Laden oleh komando SEAL.
Amaran dari al-Qaeda di Semenanjung Arab itu dibuat selepas Senator Amerika Syarikat, John Kerry mengumumkan satu lawatan untuk membaiki hubungan dengan Pakistan, tempat Osama ditembak mati, selain meminta jawapan bagaimana pengasas al-Qaeda boleh ada di sana.
Pemimpin AQAP, Nasser al-Wahishi dalam satu kenyataan disiarkan melalui sebuah laman web bahawa ‘kemungkinan akan berlaku perang jihad (baru)’ berikutan kematian Osama 2 Mei lalu, kata laman SITE yang memantau kumpulan berkenaan. 

AQAP memberi amaran kepada Amerika supaya tidak menganggap mereka bodoh atas alasan ‘kempen jihad sudah berakhir’ dengan pembunuhan Osama, dalang serangan 11 September 2011 (9/11). 

“Jangan fikir pertarungan itu keterlaluan. Apa yang akan datang adalah lebih besar dan buruk dan apa yang menanti anda adalah lebih teruk dan berat,” kata Nasser yang dipetik SITE. 

“Kami berjanji kepada Allah bahawa kami akan jadi lebih kuat dan kami akan teruskan gerakan dan kematian Sheikh Osama hanya akan menyemarakkan lagi tentangan terhadap Yahudi dan Amerika bagi membalas dendam.” 
Amerika memberi amaran bahawa mengenai ancaman oleh pergerakan militan itu di Yaman, tanah asal bapa Osama dan memberi amaran kemungkinan negara itu menjadi tempat baru al-Qaeda melaksanakan rancangannya. 

AQAP dilahirkan pada Januari 2009 gabungan antara cawangan al-Qaeda Arab Saudi dan Yaman. Mereka gagal dalam cubaan mengebom pesawat ke Detroit Amerika pada Disember 2009 dan didakwa pada Oktober lalu menghantar bungkusan bom dialamatkan ke tempat ibadat Yahudi di Amerika yang didaftarkan sebagai pencetak komputer. 

Empat hari selepas Osama dibunuh dalam serbuan Amerika itu di tempat persembunyiannya, dua jam kemudian, Amerika mensasarkan guru agama Amerika-Yaman, Anwar al-Awlaqi dilakukan di selatan negara itu. 

Guru agama terbabit yang disifatkan Washington mempunyai hubungan kuat dengan al-Qaeda selamat dalam serangan itu tetapi dua anggota AQAP terbunuh. 

Dalam mesej terakhirnya yang dirakam seminggu sebelum beliau dibunuh, Osama memberi amaran, Amerika tidak akan selamat selagi penduduk Palestin juga tidak selamat. 

“Amerika tidak akan terjamin keselamatannya sehingga kami tinggal di Palestin dengan selamat. Adalah tidak adil kamu hidup aman tetapi saudara kami di Gaza tidak selamat.” – AFP 

INFO: Al-Qaeda di Yaman (AQAP) 


  • Pemimpin AQAP ialah Nasser al-Wahishi, bekas setiausaha peribadi Osama bin Laden manakala pemimpin kedua ialah Said Ali al-Shihri, bekas tahanan Guantanamo 

  • Strategi utama AQAP ialah menyekat program negara Barat yang menyokong Israel daripada bertapak di negara Islam 

  • Bertanggungjawab menyerang kapal perang Amerika, USS Cole pada 2000 di pelabuhan Aden menyebabkan 17 kelasi maut manakala 10 orang awam terbunuh dalam serangan terhadap kedutaan Amerika di Sana'a, September lalu 

  • Nasser memberi amaran kepada Amerika bahawa serangan lebih dahsyat akan dilakukan terhadap kepentingannya dalam mesej di laman web.

  • bharian

  • Lelaki tak dapat cuti terjun bangunan


    PANDANGAN di laluan pintu masuk ke Burj Khalifa di Dubai, lokasi cubaan bunuh diri, kelmarin.
    PANDANGAN di laluan pintu masuk ke Burj Khalifa di Dubai, lokasi cubaan bunuh diri, kelmarin.

    DUBAI: Seorang lelaki Asia membunuh diri dengan terjun dari tingkat ke 147, bangunan pencakar langit tertinggi dunia Burj Khalifa di Dubai kelmarin kejadian kali pertama sejak menara itu dibuka tahun lalu, menurut pemilik bangunan dan laporan media tempatan.

    Akhbar Gulf News dan 7 Days menyebut lelaki itu membunuh diri kerana tidak diberi cuti oleh majikannya.
    Emar Properties, pemilik Burj Khalifa dalam satu kenyataan berkata kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan ia dilaporkan berlaku jam 9 pagi waktu tempatan.
    “Pihak berkuasa mengesahkan ia kejadian bunuh diri dan kami masih menanti laporan akhir,” kata Emaar. Beliau tidak mengulas lanjut.

    Laporan media memetik pegawai keselamatan berkata lelaki itu jatuh dari tingkat 147 pada ketinggian 828 meter dan terhempas di dek pada tingkat 108. Ia adalah kejadian bunuh diri pertama daripada menara mercu tanda yang dibuka pada pada Januari 2010. – AP/ Agensi,bharian

    Remaja miliki kaki kanan terbalik



    KINI Dugan Smith yang berusia 13 tahun selesa menggunakan kaki kanannya yang terbalik.


    FOSTORIA, Ohio - Seorang budak berusia 13 tahun, Dugan Smith memiliki kaki kanan yang terbalik, lapor beberapa buah akhbar semalam.
    Dia menjalani satu pembedahan semasa berumur 10 tahun untuk menyambung kakinya dalam keadaan terbalik di sebuah hospital.
    Doktor-doktor membuat keputusan untuk memotong kakinya dari atas lutut dan menyambung dalam keadaan terbalik.
    Tujuan kaki itu disambung dalam keadaan terbalik adalah bagi mengelak dia kehilangan terus kakinya akibat penyakit kanser.
    Walaupun dalam keadaan terbalik, Smith kini masih boleh bermain besbol. - Agensi, kosmo

    Budak magnet miliki kuasa sembuh penyakit




    IVAN STOILJKOVIC menunjukkan alat senaman pengangkat berat melekat pada tubuhnya.


    KOPRIVNICA, Croatia - Seorang budak berusia enam tahun, Ivan Stoiljkovic yang tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit, lapor sebuah akhbar semalam.
    Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya.
    Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang.
    Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.
    Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya. - Agensi, kosmo

    Kereta sport paling mahal kini milik Lamborghini




    KERETA Lamborghini Sesto Elemento.


    LONDON - Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam.
    Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).
    Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali.
    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu.
    Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.
    Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.
    Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina.
    Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis. - Agensi, kosmo