Pages

Sunday, March 15, 2015

Itali larang pembinaan masjid


Itali larang pembinaan masjid
Pengkritik percaya Mahkamah Perlembagaan Itali akan membatalkan undangundang diskriminasi tersebut kerana ia melanggar beberapa kandungan Perlembagaan.
ROM - ITALI. Kerajaan Itali memutuskan untuk mengemukakan undang-undang 'antimasjid' di wilayah Lombardy ke Mahkamah Perlembagaan negara itu.

Keputusan itu diumumkan pentadbiran Perdana Menteri Matteo Renzi, kelmarin susulan daripada bantahan awam terhadap peraturan baharu yang didakwa akan menyukarkan orang Islam untuk membina masjid di wilayah utara tersebut.

Pada Januari lalu, Majlis Wilayah Lombardy mengesahkan undang-undang yang mengenakan sekatan lebih ketat ke atas pembinaan rumah ibadat melibatkan agama bukan rasmi di wilayah tersebut.

Difahamkan, undang-undang baharu itu mewajibkan agama minoriti supaya mengikut piawaian khas dengan mengambil kira ukuran bangunan dan kawasan parkir kenderaan.

Beberapa pengkritik berpendapat sekatan tersebut secara tidak langsung menyasarkan lebih sejuta penduduk Muslim di negara itu memandangkan agama Islam tidak diiktiraf secara rasmi di negara Eropah. - Press TV

Gagal jawab soalan matematik, majlis perkahwinan dibatal

SEORANG gadis di India enggan berkahwin selepas bakal suaminya
SEORANG gadis di India enggan berkahwin selepas bakal suaminya gagal menjawab soalan matematik mudah. – AGENSI
UTTAR PRADESH 14 Mac – Seorang pengantin perempuan enggan meneruskan majlis perkahwinan selepas pengantin lelaki gagal menjawab soalan matematik mudah yang diajukan oleh keluar­ganya.
Laman web Mirror.uk melaporkan, pengantin perempuan yang digelar sebagai Lovely oleh Portal Times of India itu mengajukan soalan ‘15 tambah 6 sama dengan berapa’ kepada bakal suaminya, Ram Baran selepas curiga dengan tahap pendidikan lelaki itu.
Baran kemudian dengan yakin menjawab 17, tindakan yang menyebabkan Lovely membatalkan majlis perkahwinan ber­kenaan serta-merta.
“Mana-mana murid darjah satu pasti boleh menjawab soalan itu dengan mudah. Ahli keluarga pengantin lelaki sebelum ini begitu berahsia tentang tahap pendidikan anak mereka.
“Ini satu perkara yang memalukan. Kami sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. Tapi malangnya kami telah ditipu,” kata bapa pe­ngantin perempuan, Mohar Singh.
Polis berkata, mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pengantin perempuan selepas kedua-dua buah keluarga bersetuju menyelesaikan masalah ber­kenaan dengan cara baik.
“Kes ini sudah selesai. Kedua-dua buah keluarga juga bersetuju untuk memulangkan semula barangan kemas dan segala hadiah yang telah diberi,” jelas polis ber­kenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gagal-jawab-soalan-matematik-majlis-perkahwinan-dibatal-1.69347#sthash.r0mUXivZ.dpuf