Pages

Showing posts with label taiwan. Show all posts
Showing posts with label taiwan. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

Ribuan penduduk dipindah

KAOHSIUNG: Taiwan memindahkan ribuan penduduknya, menutup sekolah dan menghentikan perkhidmatan kereta api sedang Taufan Nanmadol melanda negara itu semalam.

Taufan tesebut yang sebelum itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terkorban di Filipina, melanda berdekatan bandar Taitung di timur Taiwan awal semalam.Kawasan itu merupakan antara daerah yang paling padat penduduk di Taiwan.Pegawai Biro Kaji Cuaca Taiwan ditukil sebagai berkata:'Ini adalah taufan terburuk yang melanda Taiwan sejak (Taufan) Morakot.


'Taufan Morakot telah menyebabkan lebih 700 orang terkorban atau hilang apabila ia melanda negara itu pada 2009.Taufan Nanmadol mempunyai kederasan angin sehingga 137 kilometer sejam.Pihak berkuasa telah memindahkan lebih 8,000 penduduk ke tempat lebih selamat.Kementerian Pertahanan pula telah mengerahkan ribuan askar membantu dalam pemindahan itu.


Rakaman televisyen menunjukkan askar memasuki kampung di daerah Pingtung di selatan Taiwan, memindahkan para penduduk yang dijangka terjejas oleh banjir apabila taufan itu melanda.Para penduduk dipindahkan menggunakan lori tentera.Kementerian Pertahanan juga telah menghantar dua pesawat pengangkutan C-130 bagi menyelamatkan 140 pelancong yang terkandas di Pulau Matsu.


Sementara itu, Pentadbiran Pengangkutan Taiwan telah menggantung dua perkhidmatan kereta api dari Taitung ekoran taufan itu.Lebih 300 kawasan juga diberi amaran akan berlaku tanah runtuh akibat taufan itu.Sementara itu, Taufan Irene telah menyebabkan sekurang-kurangnya 21 orang terkorban apabila ia melanda wilayah pantai timur Amerika Syarikat.


Semalam, datuk bandar New York, Encik Michael Bloomberg, telah mengizinkan 370,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah kembali ke rumah masing-masing.Perkhidmatan kereta api New York dijadualkan kembali beroperasi sementara bursa saham turut dibuka semula.Kesan taufan itu bagaimanapun tidak seburuk yang dijangkakan.Taufan Irene menyebabkan banjir dari North Carolina hingga ke Delaware ekoran ombak setinggi dua meter yang membadai ke pantai.Taufan yang kini reda dan dikategorikan sebagai ribut dilaporkan sedang menuju ke Canada. -- AFP, AP, Reuters.

Monday, June 13, 2011

Peluru berpandu di Spratly


TAIPEI - Taiwan merancang untuk mengerahkan pasukan bot peluru berpandu dan kereta kebal ke Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang dituntut beberapa negara termasuk Malaysia berikutan ketegangan di perairan berkenaan terus memuncak, kata seorang jurucakap tentera semalam.
Selain Malaysia, keseluruhan atau sebahagian Kepulauan Spratly yang kaya dengan simpanan minyak mentah itu juga dituntut oleh Taiwan, Vietnam, Brunei, Filipina dan China.
Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan memberitahu, negara itu bimbang pasukan pengawal pantainya yang ditempatkan di kepulauan berkenaan dan gugusan pulau Pratas tidak memiliki senjata berat sekiranya berlaku konflik.
"Pada masa ini, pasukan pengawal pantai kami di Nansha (Spratlys) dan Tungsha (Pratas) cuma dilengkapi senjata ringan," jelas jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan, David Lo kepada agensi berita Associated French Press (AFP).
Kosmo! Online - Negara