Pages

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Ribuan ikan mati di tasik Brazil




BANGKAI ribuan ekor ikan mati kelihatan di Tasik Rodrigo de Freitas, Rio de Janeiro kelmarin.


RIO DE JANEIRO - Ribuan ekor ikan ditemui mati di Tasik Rodrigo de Freitas di sini sejak Isnin lalu, lapor agensi berita Reuters kelmarin.
Menurut pihak berkuasa alam sekitar Rio de Janeiro, lebih 12 tan ikan itu mati selepas ribut yang melanda awal minggu ini telah membawa bahan-bahan organik ke dalam tasik tersebut.
Ikan-ikan tersebut juga mati disebabkan kekurangan oksigen di dalam tasik berkenaan selepas pencemaran bahan-bahan organik itu.
Menurut pihak berkuasa itu, situasi itu akan berakhir apabila air laut pasang sekali gus membawa masuk air baharu ke dalam tasik tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2NZsHMlwD 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, February 9, 2013

Gempar jumpa ikan 100kg

Garut: Orang ramai gempar apabila satu bangkai ikan besar ditemui tersadai berhampiran Sungai Cimanuk di Sukamentri, Garut, semalam.

Menurut penduduk, ikan dipercayai jenis kancra hitam itu berukuran 170 sentimeter panjang mempunyai berat 100 kilogram (kg).


Media melaporkan, penduduk tempatan bernama Wahidin orang pertama melihat ikan itu di sungai berkenaan, kelmarin.

Bagaimanapun, kata Wahidin, disebabkan saiznya yang besar, dia tidak berani menangkapnya sendirian.


“Saya memberitahu penduduk kampung dan kami sama-sama mencarinya, tetapi ikan itu gagal dikesan,” katanya. Semalam, kata Wahidin, dia dan penduduk kampung sekali lagi mencari ikan berkenaan di Sungai Cimanuk.


Bagaimanapun, katanya, mereka terkejut menemui bangkai ikan itu di tepi sungai. Sementara itu, penduduk kampung percaya ikan berkenaan mati kerana air sungai dicemar sisa industri kraftangan berasaskan kulit di kawasan berhampiran. - Antara News

Wednesday, December 19, 2012

Ikan air tawar boleh 'berjalan' ditemui di Vietnam




IKAN kecil yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm ditemui di Surat Thani, selatan Thailand baru-baru ini.


HANOI - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.
Maklumat tersebut terdapat di dalam laporan baharu WWF yang memperincikan penemuan pada 2011 itu.
Kawasan Mekong Besar merangkumi sebahagian Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di selatan China.
Ikan air tawar itu hidup di beberapa batang sungai di Pulau Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah Kien Giang di Vietnam.
Dikenali dengan nama saintifik, Clarias gracilentus, spesies itu mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti seekor ular.
Antara spesies baharu yang unik di kawasan berkenaan termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm panjang dan katak yang boleh 'menyanyi' di utara Vietnam.
Ikan kecil itu ditemui di Surat Thani, selatan Thailand. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2FRbhXRWv 
Hakcipta terpelihara 

Friday, January 27, 2012

Ikan spesies baharu



IKAN spesies Pseudacanthicus yang hidup bersama ikan piranha.


PARAMARIBO, Surinam - Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus.
Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.
Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang.
Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. - Reuters

Thursday, December 22, 2011

Pancing haruan, dapat ikan bergigi manusia


Pancing haruan, dapat ikan bergigi manusia

ALOR SETAR - Seorang pekerja swasta terkejut setelah mendapati seekor ikan yang dipancing di Tasik Beris, Sik, minggu lalu, mempunyai gigi seakan-akan gigi manusia.

Abdul Ghafar Md Nasir, 44, berkata, kira-kira jam 3 petang, 11 Disember lalu, dia bersama abangnya, Mustafa, 48, adik, Mohd Asri, 35, dan anak saudaranya, Farizul Akmal Mustafa, 22, memancing di Tasik Beris.

Dia yang kini bekerja di Maran, Pahang, sering memancing bersama-sama saudaranya setiap kali pulang bercuti di kampung.

“Sasaran kami ialah untuk memancing ikan haruan dan berbekalkan umpan katak, kami berjaya menaikkan kira-kira 10 ikan haruan.

“Bagaimanapun, inilah kali pertama saya melihat ikan yang memiliki gigi seakan-akan gigi manusia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Ghafar berkata, ikan ganjil itu dipancing anak saudaranya, Farizul malah ia yang paling awal menyambar umpan.

“Pada mulanya kami menyangka ia adalah ikan lampam namun kulitnya pada bahagian dada berwarna kemerah-merahan, malah sisiknya juga halus.

“Sebaik tiba di rumah, ikan itu disiang dan digoreng. Saya dan adik-beradik yang lain menjamah hidangan itu walaupun pada mulanya timbul rasa takut kalau-kalau ada kesan sampingan,” katanya.

Menurutnya, rasa isi ikan seberat hampir 600 gram itu sangat manis dan sedap, malah tiada alahan mahupun kesan sampingan yang dirasai mereka sekeluarga.

“Rasa isinya seakan-akan isi ikan kaloi tetapi lebih sedap,” katanya. Pancing haruan, dapat ikan bergigi manusia - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Thursday, July 21, 2011

Bertarung nyawa selamat lembu


TUMPAS...Faizul (kanan) dan Mohammad Ean  bersama bangkai buaya berusia dua tahun.
TUMPAS...Faizul (kanan) dan Mohammad Ean bersama bangkai buaya berusia dua tahun.


SARATOK: Operasi besar-besaran pihak berkuasa memburu buaya di Sungai Sebelak di sini, sejak dua hari lalu mengembalikan ingatan seorang penduduk, Rashid Abu, 45, kejadian dia berdepan maut apabila terpaksa bertarung kira-kira setengah jam dengan haiwan itu, dua tahun lalu.
Menurut penduduk Kampung Emplam itu, pertarungannya dengan reptilia sepanjang kira-kira empat meter di tebing Sungai Sebelak berlaku ketika dia cuba menyelamatkan lembu peliharaan daripada dibaham seekor buaya.

“Meskipun peristiwa itu sudah dua tahun berlalu, ia tetap segar di ingatan saya,” katanya yang ditemui Harian Metro, semalam.

Rashid berkata, ketika kejadian itu dia langsung tidak menyangka sedang ‘berebut’ dengan reptilia ganas yang menjadi ketakutan penduduk di sepanjang sungai berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia berusaha membawa keluar ternakannya dari kandang yang dimasuki air sungai yang melimpah ke tebing akibat air pasang besar.


Katanya, pada awalnya, dia menyangka kaki lembu jantannya itu tersangkut pada celah akar pokok menyebabkan dia nekad masuk ke dalam air untuk menarik haiwan terbabit.

“Saya cuba memeluk tengkuk lembu dengan harapan dapat dibawa ke atas namun gagal. Tarikan buaya itu cukup kuat dan saya mencuba sekali lagi termasuk menarik kaki lembu itu.

“Selepas beberapa kali mencuba, tetapi masih gagal sebelum saya menggunakan tali dan akhirnya berjaya membawanya naik ke atas dan ketika itu saya ternampak kelibat seekor buaya sedang menggigit kaki lembu,” katanya.

Rashid berkata, menyedari buaya terbabit cuba menarik lembunya kembali ke dalam air, dia nekad ‘bertarung’ bagi menyelamat haiwan itu sehingga berlaku tarik menarik selama beberapa minit.

“Saya tidak tahu apa lagi perlu dilakukan bagi menyelamatkan lembu saya melainkan menariknya sedaya upaya sehingga menyebabkan reptilia terbabit mengalah dan melepaskan gigitan sebelum menghilangkan diri,” katanya.


Mengimbau kembali tindakannya memasuki kandang lembu yang digenangi air paras dada, dia langsung tidak terfikir bahawa reptilia itu turut berada di dalam air dan menanti saat membaham lembunya itu.


“Memang saya tidak akan masuk ke kandang itu jika saya tahu ada buaya di dalam air,” katanya.


Rashid berkata, dua kejadian sebelum ini menyebabkan empat lembu peliharaannya menjadi habuan reptilia ganas itu yang menyebabkannya kerugian kira-kira RM14,000.


“Kejadian pertama berlaku pada 2002 apabila dua lembu saya dibaham. Kali terakhir kejadian sama berlaku iaitu dua tahun lalu,” katanya yang memiliki 14 lembu.


“Oleh kerana lembu yang diselamatkan itu cedera teruk pada paha kirinya, saya mengambil keputusan menyembelihnya sebagai hidangan kenduri kesyukuran kerana saya terselamat daripada menjadi korban buaya berkenaan,” katanya.


Sementara itu, operasi besar-besaran digerakkan pihak berkuasa yang masuk hari kedua semalam, dipercayai hanya berjaya membunuh seekor anak buaya yang bangkainya ditemui terdampar di tepi Sungai Sebelak di sini.


Bangkai haiwan berusia lebih dua tahun itu ditemui penduduk kira-kira jam 2.30 petang, tidak jauh dari jeti pusat operasi, dipercayai ditembak pada malam pertama operasi dijalankan.


Penduduk, Mohd Faizul Abu Bakar, 25, berkata dia menemui bangkai buaya itu ketika menaiki sampan menyusuri sungai berkenaan.


“Berdasarkan saiz bangkai buaya berkenaan dipercayai berusia dua tahun atau lebih dan kami yakin buaya ini bukan yang sering membaham penduduk,” katanya.


Bangkai buaya berkenaan dibawa menaiki sampan sebelum diangkat ke jeti menyebabkan penduduk berpusu-pusu mahu melihat reptilia yang didakwa menimbulkan ketakutan selama ini.


Sungai Sebelak terus menjadi tumpuan berikutan operasi besar-besaran pihak berkuasa memburu reptilia yang didakwa menyebabkan beberapa penduduk menjadi mangsa, termasuk kejadian terkini dua bulan lalu.

myMetro | Bertarung nyawa selamat lembu

Monday, May 30, 2011

800 tan ikan mati mengejut


TALISAY: Lebih 800 tan ikan mati dan busuk di sebuah kolam ternakan berhampiran Manila ekoran penurunan suhu secara mendadak.


Pegawai perikanan kerajaan, Rose del Mundo, berkata insiden kematian mengejut itu bermula minggu lalu di Tasik Taal di wilayah Batangas namun sudah berkurangan.
Permukaan tasik di kawasan itu yang dikhususkan untuk ternakan ikan, dipenuhi ikan bandeng yang sudah busuk. Ikan bandeng adalah sebahagian diet biasa rakyat Filipina.
Del Mundo berkata, siasatan awal mendapati kematian itu mungkin disebabkan perubahan drastik suhu berikutan musim hujan selepas musim panas membahang, yang turut mengurangkan paras oksigen tasik.

Pihak berkuasa mengharamkan jualan ikan busuk itu yang ditanam selepas dipunggah trak pengangkut ikan. – AP
Berita Harian Online | 800 tan ikan mati mengejut

Monday, May 9, 2011

Tangkap ikan dengan tangan




SEKUMPULAN nelayan menangkap ikan dengan menggunakan tangan di Tasik Xiannv, China baru-baru ini.


TASIK XIANNV, China - Sekumpulan nelayan tidak menggunakan pukat untuk menangkap ikan tetapi hanya menadah tangan bagi mendapat haiwan itu di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Keadaan itu berlaku kerana musim panas yang melanda di wilayah Jiangxi sekali gus menyebabkan paras air menjadi cetek, baru-baru ini. - Agensi, kosmo

Monday, April 25, 2011

Ikan lumba-lumba melompat tinggi




BEBERAPA ekor ikan lumba-lumba membuat lompatan yang tinggi di Lautan Atlantik dekat Pulau Pico 
baru-baru ini.


PULAU PICO - Seorang jurugambar Britain, Anthony Pierce, 30, dari Leeds merakamkan gambar beberapa ikan lumba-lumba melompat tinggi dari laut, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan ikan lumba-lumba itu melompat setinggi 4.57 meter ke udara setinggi bas dua tingkat di perairan pulau ini di Lautan Atlantik.
"Amat sukar untuk membuat rakaman gambar kerana ikan-ikan itu berada di atas permukaan air dalam tempoh beberapa saat," kata Pierce baru-baru ini. - Agensi