Pages

Monday, January 25, 2010

Wanita ke-19 dibayar RM1.7j

2010/01/25 FLORIDA: Bintang golf Amerika Syarikat (AS), Tiger Woods membayar AS$500,000 (RM1.7 juta) untuk menutup mulut seorang wanita Britain yang menjalin hubungan seks dengannya selama 18 bulan.


EMMA kenal Woods di kelab Blue Martini, Orlando
Ibu dua anak, Emma Rotherham, 42, menerima bayaran itu selepas berjanji tidak akan mendedahkan hubungan sulit mereka.

Wanita ke-19 yang pernah ditiduri Woods, 34, menerima bayaran itu dalam bentuk wang tunai daripada seorang daripada pengawal peribadi bintang golf itu.


Tindakan itu dibuat bagi memastikan tiada lagi wanita didedahkan sebagai wanita pelampias nafsunya.

Namun, sumber rapat berkata, Emma adalah wanita simpanan terbarunya.

"Hubungan mereka intim dan Emma menerima puluhan sms dan e-mel, ada di antaranya ketika Woods berusaha memulihkan hubungan dengan isterinya, Elin Nordegren.


"Andai berita ini didedahkan, pasti nasib Woods menjadi lebih buruk. Hakikatnya, beliau memuja Emma, begitu juga Emma.

"Emma sentiasa mudah dihubungi kerana menetap berhampiran rumah Woods di Isleworth, Florida.

"Wang itu menyebabkan Emma yang menandatangani kontrak merahsiakan hubungan itu berdiam diri.

"Yang pasti beliau gembira dengan bayaran yang diperolehnya," katanya.

Woods didakwa sentiasa berhubung dengan Emma meskipun ketika mengumumkan kepada dunia cuba menjadi suami lebih baik kepada isterinya.

Woods memastikan Elin tidak mengetahui hubungannya dengan Emma yang memiliki anak perempuan berusia 16 dan 25 tahun.

Emma pindah ke Florida empat tahun lalu dan bertemu Woods pertama kali di kelab Blue Martini, Orlando pada Mei 2008.

Sumber mendakwa Woods tertarik dengan tubuh Emma dan selepas pertemuan pertama di kelab, mereka bertemu lagi di pejabat Woods di Windermere.

"Woods tertarik dengan tubuh Emma dan sentiasa meminta gambarnya dengan hanya memakai pakaian dalam dikirim kepadanya."

Woods turut didakwa merungut mengenai isterinya dan menceritakan jadual hariannya kepada Emma.

"Woods cuba bertemu Emma sekurang-kurangnya sekali seminggu, termasuk ketika Elin hamil anak kedua mereka," kata sumber itu lagi. - Agensi

Sindiket bekal anak dara tumpas

2010/01/25 PHNOM PENH: Polis di sini menangkap dua lelaki tempatan dan seorang warga Amerika Syarikat berhubung sindiket pelacuran kanak-kanak.


Sindiket itu yang sudah beroperasi sejak tujuh tahun lalu menawarkan gadis bawah umur yang masih dara kepada pelancong dengan bayaran AS$3,000 (RM10,000) semalam.

Pemandu teksi, Mey Sovann, 36, dan rakan wanitanya, Sek Vy, 47 ditangkap kerana membekalkan kanak-kanak bawah umur untuk perkhidmatan seks, kata Ketua Unit Anti Penyeludupan Manusia, Bith Kimhong.

Warga Amerika, Carl Craig, 58, ditangkap atas tuduhan mencabul tiga gadis bawah umur yang dibekalkan pasangan itu.


Kegiatan Mei Sovann yang menawarkan kanak-kanak untuk kegiatan seks menerusi Internet dibongkar oleh polis Kemboja dengan polis Perancis. - AFP

Angkara Osama

2010/01/25 DUBAI: Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden (gambar) mendakwa bertanggungjawab terhadap cubaan meletupkan pesawat di Amerika Syarikat (AS) pada Krismas lalu.


Kenyataan ringkas yang disiar stesen televisyen Al-Jazeera itu turut menyatakan, serangan turut dirancang ke atas kepentingan AS di masa akan datang.

Osama memberi amaran, serangan itu bertujuan menyampaikan mesej sama dengan serangan 11 September 2001.


Beliau turut memuji warga Nigeria, Umar Farouk Abdulmutallab yang didakwa cuba meletupkan bom dibawanya di atas pesawat Syarikat Penerbangan Northwest di Detroit 25 Disember lalu tapi berjaya dihalang penumpang yang menyerangnya.

"Serangan terbaru ini ialah untuk menekankan mesej yang disampaikan wira-wira yang terbabit dalam serangan 11 September.

"Hakikatnya, AS tidak sepatutnya berasa selamat hinggalah kemerdekaan dikecapi warga Palestin," katanya.


Bagaimanapun, tiada pihak mampu mengesahkan suara di dalam rakaman audio itu miliki Osama.

Beliau menegaskan, jika AS sedia bertindak selepas menerima aduan daripada masyarakat dunia, pastinya tindakan seperti itu tidak perlu dilaksanakan.

"Tidak adil kerana AS hidup gembira setiap hari sedangkan warga Gaza menderita dan hidup sengsara.

"Atas sebab itulah, serangan ke atas AS akan tetap diteruskan selagi Washington menyokong Israel," tegasnya.

Kumpulan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Penganalisis mendakwa kenyataan terbaru itu menekankan beliau masih bertanggungjawab terhadap seluruh rangkaian kumpulan pengganas itu di seluruh dunia. - AFP

Presiden Mesir pertahan pembinaan tembok besi

2010/01/25 KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak mempertahankan tindakan menanam tembok besi di sepanjang sempadannya dengan Gaza, semalam.


Beliau mendakwa tindakan itu diambil demi keselamatan negaranya.

Menurutnya, tembok itu mula ditanam selepas kawasan percutian yang terletak berhampiran Gaza diserang pengganas.


Bagaimanapun, terowong yang dibina penduduk Palestin di bawah sempadan digunakan untuk menyeludup makanan, ubat dan keperluan asas lain.

Hamas kini mendesak masyarakat Arab dan Islam mendesak Mesir menghentikan pembinaan itu. - AP

Hukum bedah punggung

2010/01/17 SOALAN

SAYA seorang yang dilahirkan berpunggung agak leper. Jadi saya bercadang untuk menjalani pembedahan menambahkan saiz punggung agar menjadi besar sedikit.

Dalam proses pembedahan itu, dua implan berisi silikon atau berisi cecair saline (yang dibuat dari bahan halal) akan dimasukkan ke dalam punggung saya bagi menambahkan saiznya (ia sama seperti proses menjalani pembesaran buah dada).

Adakah ia diharamkan?

SHASHA

Kuala Lumpur

JAWAPAN

Islam menitik beratkan soal kebersihan dan kesihatan. Proses pembedahan seumpama ini jika mengundang kemudaratan adalah dilarang.

Tujuan puan mahu melakukannya juga harus jelas. Jika sekadar mahu kelihatan cantik saja eloklah dihindarkan perkara yang shubhah ini.


Jika ia kehendak suami demi menjaga keharmonian rumah tangga yang sudah dibina dapatkan dulu nasihat doktor pakar islam untuk menjamin kesihatan supaya tidak mudarat.

Jual melebihi harga beli

2010/01/24 SAYA penuntut pusat pengajian tinggi di luar negara. Ketika pulang ke tanah air untuk bercuti baru-baru ini, kawan-kawan mengirim untuk dibelikan sesuatu seperti baju atau lain-lain barang.

Saya ingin tahu, jika barang dibeli dengan harga RM30, adakah boleh saya menjualnya kepada kawan-kawan dengan harga RM40. Adakah perbezaan harga (RM10) itu halal hukumnya? Adakah saya dikira menipu? ZAM Ada dua keadaan dalam hal ini. Jika saudari berniat untuk menjual tidak salah untuk menjual dengan harga yang lebih dari modal yang dikeluarkan sebagai untung yang halal. Perniagaan adalah sesuatu yang halal di sisi agama. Halal makan dari duit lebihan berkenaan.


Jika saudara berniat membantu saja kerana Allah, saudari beroleh pahala menolong kawan-kawan yang tinggal jauh. Jika perlu menambah sedikit harga kerana duit minyak dan penat lelah yang berpatutan juga tidak salah. Tepuk dada tanyalah diri apa yang saudari mahukan.

Pekak, bisa mampu tunai ibadat

2010/01/24 SAYA ada ibu saudara yang bisu serta pekak. Ibu saudara lain mengatakan ibu saudara saya ini tidak perlu berpuasa, bersolat dan ibadat wajib yang lain serta mengatakan orang OKU seperti ini adalah ahli syurga.

SAYA ada ibu saudara yang bisu serta pekak. Ibu saudara lain mengatakan ibu saudara saya ini tidak perlu berpuasa, bersolat dan ibadat wajib yang lain serta mengatakan orang OKU seperti ini adalah ahli syurga. Bagaimanapun, saya dapati ibu saudara saya bukan cacat akal serta masih seperti orang normal lain kecuali bercakap dan mendengar. Mohon penjelasan atas perkara ini kerana mengikut pengamatan saya dalam masyarakat yang mempunyai keluarga OKU ramai yang berpendapat begini.


Mereka mengabaikan asuhan agama kepada anak-anak OKU kerana berpendapat mereka memang sudah ahli syurga. Mohon penjelasan Datuk. CHE MAT
Kota Bharu
Orang yang bisu dan pekak masih boleh berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Tidak mustahil bagi mereka untuk belajar selama mana mereka masih berakal. Mereka masih boleh belajar tuntutan agama seperti solat melalui bahasa isyarat. Melalui kaedah yang ada hari ini orang bisu dan pekak boleh berkomunikasi sesama sendiri bahkan berkahwin dan menjalani hidup seperti orang lain kerana mereka juga mempunyai nafsu sama seperti orang lain cuma tidak dapat mendengar dan berbicara sahaja.


Kecacatan pekak dan bisu tidak menghilangkan taklif dan kewajipan. Akal mereka masih waras dan selama mana mereka waras, mereka mempunyai tanggungjawab seperti orang lain. Soal siapa akan menjadi ahli syurga bukan kita yang menentukannya. Hanya amalan dan rahmat Allah saja dapat menempatkan manusia itu di syurga atau sebaliknya.

Ditimpa masalah kerana abai nazar

2010/01/24 SAYA ingin bertanya mengenai bernazar. Saya baru mendirikan rumah tangga pada awal bulan lalu. Dulu saya pernah bernazar untuk menjemput anak-anak yatim jika saya melangsungkan majlis perkahwinan.

SAYA ingin bertanya mengenai bernazar. Saya baru mendirikan rumah tangga pada awal bulan lalu. Dulu saya pernah bernazar untuk menjemput anak-anak yatim jika saya melangsungkan majlis perkahwinan.


Namun, akibat terlalu sibuk, saya terlupa nazar berkenaan. Selepas berkahwin, saya sering ditimpa masalah. Sudah dua kali beg tangan saya diragut. Adakah ini balasan atau peringatan supaya saya menunaikan nazar berkenaan secepat mungkin? WANITA RUNSING
Kuala Lumpur
Nazar ialah janji manusia kepada Tuhan kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita misalnya. Janji ini wajib ditunaikan. Jika puan tidak melaksanakannya kerana terlupa, sekarang apabila sudah ingat eloklah segera dilaksanakan, walaupun sudah terlepas masa perkahwinan tetapi puan masih boleh memberi makan kepada mereka.


Jika puan ingin membatalkan nazar itu puan perlu membayar kafarah membatalkan dengan memberi makan fakir miskin. Masalah dan bala yang menimpa puan adalah ujian dari Allah SWT.


Ada kemungkinan ia peringatan pada puan mengenai janji puan. Alhamdulillah sekurang-kurangnya puan sudah ingat mengenai janji puan dan bersedia melaksanakannya.

SKMM siasat penulis blog hina Raja

2010/01/25 BANGI: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.

Beliau yang memandang serius perkara itu berkata beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.

"Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

"Kita mahu rakyat menghargai mereka yang sudah memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas ketua negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang diPertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Serantau Seabad Buya Hamka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan terhadap seorang penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna yang mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Lemas ketika mahu ikut bapa menjala

2010/01/25 BERA: Saya tidak sangka tindakan arwah yang bersungguh-sungguh untuk mengikut pergi menjala petanda yang kami sekeluarga akan kehilangannya buat selama-lamanya, demikian kata Khanudin Abdul Manan, 49, bapa kepada mangsa lemas, Mohd Khalil Khanudin, 23, dalam kejadian di Sungai Batu Bor, Kuala Bera, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dari Kampung Kening, Maran, dikatakan mengekori bapanya dari belakang sambil memegang jaring berjalan di tepi sungai berkenaan sebelum tergelincir ke dalam sungai.

Bapa mangsa hanya menyedari kejadian itu apabila memalingkan kepalanya ke belakang dan mendapati anak kedua daripada tujuh beradik itu hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Mayat mangsa kemudian ditemui terapung kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian pada jam 11.15 pagi semalam.


Khanudin berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang perlakuan aneh sebelum kejadian itu tetapi begitu bersungguh-sungguh mengikutnya pergi menjala ikan bungkus di sungai itu.

Katanya, mereka berdua sering menjala di kawasan itu, namun pada hari kejadian, arwah begitu teruja untuk pergi menjala.

Saya yang tidak menyangka tindakan itu adalah permintaan terakhirnya.


Walaupun sedih, saya syukur kerana mayatnya ditemui dan dapat dikebumikan dengan sempurna biarpun meninggal dunia dengan cara demikian, katanya.

Penghormatan terakhir Ghazali di Masjid Negara

2010/01/25 KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie boleh berbuat demikian di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara mulai 11.30 pagi ini, menurut Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam satu kenyataan.

30 pengganas al-Qaeda dibunuh di Yaman

2010/01/25 SANA'A: Kira-kira 30 orang dipercayai ahli kumpulan pengganas Al-Qaeda dibunuh oleh pihak keselamatan Yaman, baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Yaman, Mutahar al-Masri berkata, penguatkuasa keselamatan berjaya mengesan dan menyerang lokasi kumpulan pengganas itu.

Menurut beliau, ramai ahli kumpulan terbabit ditangkap dan operasi memburu masih diteruskan di seluruh negara berkenaan.

"Yaman berhadapan dengan tiaga cabaran utama iaitu puak pemberontak Houthi, kumpulan pergerakan selatan dan al-Qaeda," tambah Mutahar sambil menegaskan pihak berkuasa Yaman mampu menangani ketiga-tiga kumpulan terbabit. - AFP

Pesawat Ethiopian terhempas ke laut

2010/01/25 BEIRUT: Sebuah pesawat penumpang Ethiopian Airlines dengan 92 penumpang dipercayai terhempas ke dalam Laut Mediterranean sebaik berlepas dari lapangan terbang Beirut, hari ini.

Agensi berita Xinhua yang memetik media tempatan sebagai berkata, pesawat Boeing 737 itu terhempas ke dalam laut selepas beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut kira-kira jam 2.10 pagi waktu tempatan (0010 GMT).

Penerbangan ET409 dari Addis Adaba itu membawa 83 penumpang dan sembilan kru.

Lima puluh penumpang adalah rakyat Lebanon sementara yang lain adalah rakyat Ethiopia.


Keadaan cuaca buruk dipercayai punca nahas kerana pesawat itu dikatakan berlepas ketika ribut kencang.

Bangkai pesawat dapat dilihat dari pantai berhampiran dan pasukan keselamatan sudah dikejarkan ke tempat kejadian.

Bagaimanapun tiada laporan lagi mengenai sebarang kematian atau kecederaan di kalangan penumpang. - AFP

Hukum sertai Facebook

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Terpaut Islam kerana sempurna

PADA usia 36 tahun, Jaclyn atau dikenali dengan nama Islamnya Suria mengucap dua kalimah syahadah. Syukur kerana hidayah daripada Allah SWT tidak pernah mengenal masa dan wanita itu yang pernah bertugas sebagai penyampai kandungan kitab Injil dan pastor di gereja akhirnya menerima cahaya-Nya.


Kisah Suria bukannya yang pertama sebaliknya sudah banyak dilaporkan sama ada di negara kita atau di luar dengan masing-masing punya sebab tersendiri mengapa mereka akhirnya menyembah Allah SWT yang Esa.


Apakah sebab mereka sanggup meninggalkan agama asal dan memeluk Islam walaupun terpaksa menempuh ranjau dan duri selepas menjadi penganut bahkan ada pula yang sanggup menyampaikan Islam kepada individu lain.


Berdasarkan kajian dibuat beberapa pihak, ada dua punca utama iaitu hilang kepercayaan terhadap agama asal dan terpaut kepada kebenaran Islam.


Perkembangan terkini menunjukkan Islam semakin diberi perhatian besar di Barat dan ramai di kalangan masyarakat negara berkenaan menganutnya kerana kesempurnaan yang terdapat di dalam Islam tidak terdapat dalam agama asal mereka.


Antara komen mereka terhadap Islam ialah ia agama yang mudah diamal, rasional dan praktikal. Mereka mendapati Islam adalah agama yang tidak dicampuri dengan unsur karut, ajarannya pula senang difahami dan mempunyai alasan kukuh untuk diamalkan selain ia benar-benar agama daripada tuhan.


Dalam masalah ketuhanan, tiada unsur paksaan bahkan Islam memberi hak kepada akal untuk memikirkan kebenaran kewujudan dan keagungan tuhan. Mereka mendapati al-Quran membentangkan kepada manusia terlebih dulu bukti kekuasaan Allah SWT supaya akal dapat membuat pertimbangan tentang kewujudan-Nya.


Islam juga tidak memisahkan antara keperluan jasmani dan rohani. Pengkaji Islam di Barat melihat Islam menunjukkan jalan ke arah kesempurnaan rohani tetapi bukan dengan jalan menjauhi kehidupan duniawi. Firman Allah SWT: “Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat hitungnya.” Islam menunjukkan jalan kehidupan yang sempurna. Pengkaji Islam di Barat turut melihat Islam memberikan bimbingan untuk setiap langkah kehidupan individu mahu pun masyarakat secara keseluruhan.


Risalah Islam juga dilihat untuk dan sesuai bagi seluruh umat manusia. Tuhan dalam ajaran Islam adalah tuhan yang Esa bagi seluruh alam.


Segala ajaran dalam Islam turut terpelihara daripada perubahan serta apa yang terdapat di dalam al-Quran pula tetap atas dasar juga nas yang sama tanpa ada perubahan sejak dulu, kini dan selamanya.


Semoga segala keterangan itu menambahkan minat kita untuk terus bersama Islam dan menyampaikannya kepada seluruh manusia dengan penuh keyakinan serta kebanggaan.


Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 5: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.


“Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikannya).”


Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Sumber ilmu ghaib

SAYA menerima satu soalan menarik iaitu: “Apakah hukum amalan menggunakan nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorang contohnya mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun yang dianalisis dan pelbagai lagi,”.


Perlu difahami isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, perkara akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu mengenai makhluk halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti disumberkan kepada tiga sumber saja iaitu al-Quran, hadis sahih dan Hasan serta fitrah kejadian alam (sunnatullah) Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Naml ayat 65 yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT.”

SUNNATULLAH (HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat daripada satelit maka didapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan. Alah SWT menyatakan: “Andai kata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, nescaya akan rosaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya,” (al-Mu’minun: 71).

Inilah yang perlu dimaklumi bahawa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti. Ini sebagaimana dinyatakan al-Quran dalam beberapa ayat, antaranya: “Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti,” (Fathir: 43). Hasil daripada kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan akidah. Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mengetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagainya amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah’ atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana, analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti saintifik dan fizikal seperti ramalan cuaca melalui maklumat lengkap daripada kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden serta visual dari satelit. Begitu juga khasiat kayu-kayan tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya. Kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian akan datang akan jadi kaya atau terus miskin dan sebagainya bukan daripada sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.

NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB Nabi Muhammad SAW datang dan ditemuinya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara ghaib baik masa lalu mahupun akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya. Justeru, baginda mengisytiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syarak. Rasulullah SAW membacakan kepada mereka wahyu Allah SWT yang berbunyi: “Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah SWT semesta,” (an-Naml: 65).

Bukan malaikat, jin dan manusia yang mengetahui perkara ghaib. Rasulullah SAW juga menegaskan mengenai dirinya dengan perintah Allah SWT sebagai berikut: “Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, nescaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah, tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mahu beriman,” (al-A’raf: 188).


Oleh kerana itu, barang siapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah SWT, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia.




JANGAN JADI BOMOH TIDAK RASMI Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Rasulullah SAW. Mereka menganggap baginda seorang yang mengaku mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada baginda: “Tahukah tuan apakah ini?” Rasulullah SAW menjawab dengan tegas: “Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka.” Inilah yang dilakukan oleh bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal di mana boleh ditemui orang hilang, meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah ada kalanya menyalahgunakan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka. Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita mengenai perkara akan datang. Biasanya dakwaan itu bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan pembohongan dan manusia mempercayai ramalan bomoh terbabit.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini kerana bomoh kadang kala menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah SWT tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan maka tidak diterima solatnya selama 40 hari,” (Riwayat Muslim).


Rasulullah SAW bersabda lagi: “Barang siapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW,” (Riwayat al-Bazzar dengan sanad yang kuat; berkata al-Haithami perawinya sahih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117; Muntaqa, 2/791).


Semoga kita semua terselamat daripada kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat di sini, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka’ juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.

Ghazali Shafie meninggal dunia

Ghazali Shafie meninggal dunia
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya dekat sini kira-kira 7.45 malam ini.

Kematian Ghazali, 88, disahkan oleh cucunya, Farah ketika dihubungi.

Ghazali dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, meninggalkan dua orang anak lelaki, Bachtiaer dan Sheriffudin.

Isteri beliau, Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008. – BERNAMA

Dialog SYAITAN KURUS DAN SYAITAN GEMUK

Dialog SYAITAN KURUS DAN SYAITAN GEMUK
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dengan syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir
ketika itu berminyak, gemuk dan berpakaian manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan bertelanjang.
Lantas syaitan si kafir bertanya : "Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?" Jawab syaitan orang mukmin : "Aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama Allah, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut nama Allah sehingga aku selalu kehausan. Kalau dia berpakaian selalu menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu menyebut nama Allah hingga aku tetap kusut masai."
Lantas berkata syaitan orang kafir: "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama Allah dalam semua perbuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian."
Dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela. Jika syaitan datang kepada seseorang, bukan disebabkan syahwat tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah. Apabila hati ingat kembali kepada Allah, maka mundurlah syaitan laknat itu.

Cara Syaitan Pengaruhi Wanita

Syaitan memiliki berbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.



II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.


III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Syaitan

HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.

"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.



Cerita asal : Ustaz Haron Ibrahim

Dialog Bersama Syaitan

Dialog Bersama Syaitan
Seorang insan telah dirasuk syaitan. Aku ditugaskan bertanya si
syaitan. Sebelum sesi dialog berlangsung kami telah membacakan bebarapa
ayat suci Al-Quran sebagai melemahkan si syaitan yang merasuk tersebut.

Aku: Hai syaitan ke jin… siapa namamu kenapa kamu menganggu si polan.
Syaitan: Hai bodoh! Syaitan dan jin samalah…hey bodohnya kamu ni…
Nama ku Saragon
Aku: Oh…syitan dan jin sama sahaja.. Jadi yang jin Islam tu siapa?
Syaitan: Jin Islam tu sama bodoh macam kamu.
Aku: Patutnya kamu masuk Islam beriman kepada Allah.
Syaitan: Mana ada (marah)….patut kamu sembah Iblis. Dia yang berkuasa.
Aku: Berapa umur kau syaitan?
Syaitan: Umurku 60,000 tahun.
Aku: Oh …60,000 dah tua lah kau ni…
Syaitan: Aku masih muda lah macam kamu. 60,000 itu baru macam umur kamu.
Aku: Kalau macam ni aku bacakan ayat Quran..
Syaitan: Jangan (takut) ..sakittt
Aku:
Tahu pun sakit. Kalau macam tu keluar lah kamu dari tubuh si polan.
Kalau tidak kami akan bacakan ayat Al-Quran. (membaca
Bismillahirahamanirrahim)
Syaitan: Jangan sakit..sudahlah
bodoh..pergilah tengok bola..pergilah..jangan ganggu aku. Aku bukan
kacau kamu. Bodoh lah kamu ni..buang masa saja..pergi baliklah.
Aku: Tahu pun sakit. Kenapa kalau kita baca ayat Al-Quran apa yang kau nampak.
Syaitan: Kamu penipu…. kamu ramai.
Aku: Ramai macammana?
Syaitan: Ramai..penuh satu rumah
Aku: Berapa ramainya….ratus…ribu ?
Syaitan: Banyak..ramai…
Aku: Macamana rupa bentuknya?
Syaitan: macam cahaya bersinar.
Aku: Dia datang macam mana?
Syaitan: Dia datang bersama setiap huruf ayat yang dibaca?
Aku: Kalau azan macammana ? apa yang kamu takutkan?
Syaitan: Itu lagi ramai yang datang macam hujan.
Aku: Kemana kamu lari?
Syaitan: Kami cuba lari sedaya upaya tapi tiada tempat lari ..
Aku: Masuk dalam tanah macam mana?
Syaitan: Dalam tanah pun ada (takut)
Aku: Dalam laut?
Syaitan: Dalam laut pun banyak. (takut)…kami masuk dalam lubang najis dan longkang.
Aku: Jadi apa tunggu lagi keluarlah kau syaitan lahnattullah..
Syaitan: Aku tak mau. Aku mau tinggal di sini. Aku tak ada rumah. Biarlah aku di sini. Jangan ganggu aku.
Aku: Kau mesti keluar. Kau menyakiti diri si polan. Keluar kau segara.
Syaitan: Aku kuat. Aku tak mahu keluar.
Aku: OK. (baca Ayt Kursyi)
Syaitan: Jangan (merayu)…Aduh!..ahhh……Kamu jahat…aghh
Aku: (diam seketika)…
Aku: Hai syaitan …tak mau keluar lagi?
Syaitan: Baliklah kamu….buang masa saja..pergi tengok bola. Pergilah (memujuk)….Kau tahukah Kamu ni manusia jahat.
Aku: Kenapa kami jahat?
Syaitan: kamulah menyebabkan kami kena buang dari syurga.
Aku: Siapa bagi tahu kau macam tu.
Syaitan: Iblis tuhan kami
Aku:
Sebenarnya Iblislah yang telah menggoda manusia. Engkar printah Allah.
Kamu dilaknat. Dibakar dalam neraka di akhirat kelak. Tunggulah dunia
kiamat nanti.
Syaitan: Mana ada kiamat.
Aku: Allahuakhbar!
Syaitan: Aduhhh!
Aku: Hai syaitan…kamu kah yang membawa angin ahmar?
Syaitan: Itu senjata kami yang hebat..(senyum)..
Aku: Macam mana kamu gunakan? Siapa yang akan kena?
Syaitan: Bila manusia lalai…
Aku: Bagaimana dengan penyakit HIV, AIDS, SELESMA burung?
Syaitan: Itu semua kami punya (senyum)
Aku: Bukan kah kerana makanan? (saja bertanya)
Syaitan: Makanan itu sebab sahajalah bodoh!…
Aku: (Sabar) (Berastagafar)
Syaitan: hei! sudah lah bodoh…buang masa saja.! Pergilah kamu balik..Tengok mata iblis merah sudah tengok aku.
Aku: Kenapa pulak dengan iblis.
Syaitan: Dia marahlah bodoh!.Dia tu tuan aku.
Aku: Dalam sembahyang kau mengoda juga kah.
Syaitan: Dalam sembahyang kami goda..kalau kamu lalai.
Aku: Kalau kami baca ayat al Quran sebelumnya.
Syaitan:
kami pergi jauh..lepas tu kami balik..perhati kalau kamu lalai kami
masuk lah dalam hati dan lalaikan kamu. Kami senang hati kalau
sembahyang kamu tak sempurna.
Aku: Kamu nampak kah kalau sembahyang tak sempurna.
Syaitan: Sembahyang tak sempurna akan dilempar. Tapi kami sedih kalau sembahyang yang sempurna.
Aku: Macammana rupanya sembahyang sempurna?
Syaitan: Kami nampak dia naik keatas langit.
Aku: Oh begitu. Bagaimana dengan orang yang tak sembahyang. Kamu tak goda.
Syaitan: Buat apa goda orang tak sembahyang. Mereka pun macam kami. Bodohlah kamu!

Ini
hanyalah sebahagian dailog yang berlansung dan dapat dikongsi bersama.
Dalam dailog ini alhamdulilah syaitan akhirnya menyerah kalah setelah
tidak tahan dengan kekuatan kalimah-kalimah Allah serta ayat suci yang
telah dibacakan kepadanya.

Dailog ini benar berlaku dan disaksi oleh bebarapa rakan seperjuangan.Bahasa di perbaiki agar mudah difahami.
Sentiasa
lah ingat kepada Allah dengan mengerjakan perintahNya dan Sunnah
RasulNya.Senitasa beristagafar, bertaubat serta menjauhi laranganNya.
InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungiNya.
Belajar Tentang Keikhlasan

*
*

Keihlasan merupakan sebuah proses dimana kita berusaha untuk ‘mencintai apa yang kita lakukan’, bukan sekedar ‘melakukan apa yang kita cintai’.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Q.S. Al-Baqarah: 216)
Ya, itulah makna dari keikhlasan. Sudah menjadi keharusan bagi seorang muslim untuk selalu mencintai apa yang Allah perintahkan, bukan sekedar melakukan apa yang dicintainya, yang belum tentu Allah juga mencintai hal tersebut.

Baca,Sebut dan Forward

Baca,Sebut dan Forward

*
*

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya)";Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit .