Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar konsulat AS.
Sunday, September 16, 2012
Enam maut protes filem anti-Islam di seluruh dunia
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar konsulat AS.
Thursday, February 23, 2012
6 terbunuh protes bakar al-Quran di Afghanistan
KABUL - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera di Afghanistan berikutan protes berhubung insiden membuang dan membakar kitab suci al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) Bagram, utara Kabul.
Beberapa naskhah dilaporkan dibakar, Isnin lalu.
Menurut laporan BBC, seorang terbunuh di Kabul, seorang lagi di bandar raya timur Jalalabad dan sekurang-kurangnya empat orang di wilayah Parwan.
Pegawai-pegawai AS memohon maaf kelmarin atas kejadian secara tidak senjaga meletakkan al-Quran dalam alat membakar di pangkalan udara itu.
Pegawai-pegawai di Bagram dilaporkan mengesyaki banduan Taliban menggunakan al-Quran untuk menghantar mesej antara satu sama lain.
Beberapa naskhah dengan kesan bakar ditemui oleh pekerja-pekerja tempatan.
Protes yang bermula di Bagram tersebar ke seluruh Afghanistan.
Protes yang serupa pernah diadakan tahun lalu ekoran tindakan seorang pastor dari Florida membakar kitab suci orang Islam itu.
'via Blog this'
Friday, January 20, 2012
Laman web protes tapisan di internet
| LAMAN Wikipedia menunjukkan mesej di web hitam putih memberi amaran mengenai dunia tanpa ilmu pengetahuan percuma. |
Wikipedia, Google gusar alam siber tak lagi percuma
WASHINGTON: Beratus-ratus laman web termasuk Wikipedia dan enjin carian popular, Google melancarkan bantahan online kelmarin kerana menentang satu perundangan yang dicadangkan oleh Kongres Amerika Syarikat untuk menghapuskan cetak rompak di internet.
Twitter, Facebook dan Craigslist enggan menutup operasi tetapi turut menyatakan protes terhadap SOPA dan PIPA.
Google pula menggelapkan logo di laman web Amerika dengan warna hitam dan menyiarkan gesaan kepada pengguna supaya ‘Beritahu Kongres: Tolong Jangan tapis Web!’
Mengikuti jejak langkah Wikipedia termasuk laman berita sosial reddit yang menggesa pengunjung menghubungi ahli perundangan mereka atau menandatangani petisyen membantah rang undang-undang berkenaan di Dewan Perwakilan dan Senat.
“Rang undang-undang itu membawa kepada penguatkuasaan hak cipta yang akan mengehadkan inovasi dan mengancam kewujudan laman web dengan menetapkan
kandungannya mesti daripada pemiliknya,” kata laman web berkenaan.
Blog kebudayaan dan teknologi, Boing Boing, turut menghentikan operasi bagi membantah apa yang digelarnya ‘perundangan yang pasti membunuh kita semua selama-lamanya.’
Reporters Without Borders pula menutup laman web bahasa Inggerisnya selama 24 jam dan memberi amaran rang undang-undang akan mengorbankan kebebasan bersuara secara online atas nama memerangi cetak rompak.
Blog WordPress.com turut menutup laman webnya dengan warna hitam sambil menyatakan bantahan terhadap ‘penapisan’. Begitu juga dengan majalah teknologi, Wired.
Rangkaian web komedi popular, Cheezburger, menyiarkan mesej membantah rang undang-undang itu pada semua 58 lamannya termasuk ‘icanhascheezburger.com’, ‘FAIL Blog’ dan ‘The Daily What’.
Draf perundangan berkenaan, bagaimanapun, mendapat sokongan Hollywood, industri muzik dan Persatuan Pengeluar Kebangsaan, Dewan Perniagaan Amerika dan beberapa kumpulan berkaitan. – AFP
Saturday, December 24, 2011
Pemilik kereta mayat tunjuk perasaan
| AP SEBUAH kereta mayat yang menyertai tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai jalan dipandu di bandar Thessaloniki kelmarin. |
THESSALONIKI, Greece - Para pemilik kereta mayat kelmarin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di dua buah bandar utama di Greece bagi membantah kenaikan cukai jalan tahunan.
'via Blog this'
Monday, October 31, 2011
Gadis Palestin protes zionis melalui lagu
| PEJUANG SENI...Mai (kiri) bersama Amane merakam lagu di sebuah studio di Nazareth, semalam. |
NAZARETH (Israel): Dua remaja Arab yang menetap di Israel menggunakan lagu rap untuk menyampaikan pelbagai mesej, termasuk politik.
Damar adalah bahasa Arab bermaksud “kemusnahan.” Kumpulan itu ditubuhkan selepas Mai dan Amane bertemu dan berkongsi minat memperjuangkan hak warga Palestin di sekolah di Nazareth pada 2009.
Kedua-dua remaja terbabit enggan menganggap diri mereka sebagai warga Israel berbangsa Arab, sebaliknya penduduk Palestin yang menetap di Nazareth - bandar didiami kira-kira 72,000 orang.
Melalui lirik yang berterus terang, Mai dan Amane menyampaikan mesej melalui seni, seperti dalam lagu Generasi Ketiga: “Adakah anda fikir generasi ketiga menjadi Israel? Masa tidak akan membuat mereka lupa, sebaliknya akan menambah sejarah. Kami tak mahu kesenyapan anda, kami tak mahu penjara dan sempadan.” Ketika ini ada kira-kira 1.6 juta masyarakat Arab di Israel yang membentuk 20 peratus daripada keseluruhan populasi negara Yahudi itu.
Pelacur pakai topeng tengkorak
Tuesday, September 20, 2011
46 penunjuk perasaan maut ditembak tentera Yaman
Menurut kenyataan pegawai perubatan, kebanyakan yang terbunuh dan cedera adalah akibat terhidu gas pemedih mata selain terkena tembakan peluru hidup.
Daripada jumlah yang tercedera, 25 orang kini dilaporkan kritikal.
Antara yang terbabit adalah Ahli Majlis Kebangsaan Yemen, sebuah kumpulan sayap pembangkang, Mohammed al-Shaheri serta anggota kanan parti pembangkang Al-Islah, Ahmed al-Qumairi.
Sementara itu, para saksi memberitahu, anggota keselamatan terdiri daripada tentera 1 Briged Armor kemudiannya mengatur kedudukan di sekitar Dataran Pembaharuan.
Saksi menambah, tentera berkenaan dilaporkan berbalas tembakan dengan mereka yang setia terhadap Presiden Ali Abdullah Saleh.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mendakwa penunjuk perasaan telah mencederakan empat anggota keselamatan selain mengebom beberapa penjana elektrik menggunakan bom petrol dan membakar kenderaan milik pegawai kerajaan. - AFP
Wednesday, August 17, 2011
Penggodam komputer tunjuk perasaan
BEBERAPA anggota polis menghalang sekumpulan penggodam komputer daripada cuba menyekat pergerakan sebuah kereta api di Stesen Sivik, San Francisco, California kelmarin.
|
SEORANG wanita yang merupakan anggota penggodamkomputer memegang poster dalam tunjuk perasaan menuntut kebebasan bersuara di Stesen Sivik, San Francisco, California kelmarin.
|
Monday, August 1, 2011
62 korban protes di Syria
Seorang doktor berkata, sejumlah 62 mayat dibawa ke hospital-hospital Badr, al-Horani dan Hikmeh di bandar di tengah Syria itu.
Lebih 100 lagi cedera dan hospital mengalami kekurangan bekalan darah, katanya menerusi telefon dari Hama, yang mempunyai kira-kira 700,000 penduduk.
"Kereta kebal menyerang dari empat arah, melepaskan tembakan mesingan berat secara rambang dan merempuh sekatan jalan yang didirikan oleh penduduk," kata doktor itu.
Seorang penduduk berkata, banyak mayat bergelimpangan di jalan raya dan penembak curi tentera memanjat ke bumbung bangunan syarikat elektrik kerajaan dan penjara utama.
Tembakan meriam kereta kebal kedengaran pada kadar empat seminit di sekitar utara Hama manakala bekalan elektrik dan air ke kawasan kediaman utama diputuskan, taktik yang biasa digunakan oleh tentera apabila menggempur sesebuah bandar untuk menghancurkan protes, kata penduduk.
Bashar yang sudah memerintah selama 11 tahun sedang berusaha untuk menghancurkan pemberontakan yang meletus pada Mac lalu dan kini merebak ke seluruh negara ini.
Pihak berkuasa Syria sudah mengusir kebanyakan wartawan bebas, menjadikan sukar untuk mengesahkan laporan mengenai pertempuran.
Hama menjadi medan pembunuhan beramai-ramai pada 1982 apabila bapa Bashar, bekas Presiden Hafez al-Assad mengerahkan tentera untuk menghancurkan pemberontakan puak berhaluan Islam.
Askar Hafez menyerang kawasan kediaman dan membunuh 30,000 penduduk dalam episod paling berdarah dalam sejarah Syria moden.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dahulunya antara sekutu utama Bashar, pada Mei lalu memberi amaran, 'kita tidak mahu melihat berlaku lagi pembunuhan beramai-ramai di Hama'. - Reuters
http://www.utusan.com.my
Sunday, July 31, 2011
Ramadan boleh cetus revolusi
| ORANG ramai berarak membawa bendera besar Syria ketika protes terhadap Presiden Bashar al-Assad selepas solat Jumaat, kelmarin. |
Bulan mulia rangsang remaja bantah terhadap ketidakadilan, penindasan
DUBAI: Kerajaan di Asia Barat bersiap sedia berdepan dengan suasana tegang pada Ramadan yang bermula esok berikutan tercetusnya bantahan rakyat sejak beberapa bulan lalu di rantau itu.
“Saya berpendapat kedatangan bulan yang mulia itu akan merangsang golongan remaja di rantau Arab untuk menyempurnakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan penindasan,” katanya.
Amadi berkata, peningkatan terhadap tunjuk perasaan bagi mendapatkan demokrasi kemungkinan memuncak pada 10 hari terakhir Ramadan bantahan, tempoh yang dianggap paling mulia.
Pihak berkuasa di Syria bimbang solat jemaah Tarawih yang diadakan setiap malam akan menjadi seperti solat Jumaat yang menyaksikan bantahan tercetus setiap minggu selepas penduduk meninggalkan masjid.
Kumpulan Facebook ‘The Syrian Revolution 2011’ yang mendorong pergerakan bantahan menulis:
“Rejim Syria bimbang terhadap kedatangan Ramadan dan solat Tarawih,” berikutan beberapa aktivis siber mendesak bantahan diadakan setiap malam selepas solat Tarawih.
Di Libya pula, pemberontak yang sejak beberapa bulan lalu bertempur dengan tentera kerajaan Muammar Gaddafi berjanji akan meneruskan perjuangan mereka pada Ramadan.
“Jika kami sedang bertempur dan rasa keletihan kami akan berbuka puasa. Tetapi jika kami sedang berkawal, kami tetap berpuasa,” kata Hatem al-Jadi seorang pejuang pemberontak berusia 24 tahun.
Presiden Ali Abdullah Saleh dari Yaman yang berdepan dengan bantahan sejak Januari lalu dan kini dirawat di Arab Saudi berikutan serangan bom terhadapnya, akan menyaksikan peningkatan bantahan terhadap rejimnya pada Ramadan.
“Kita akan membawa perubahan pada bulan Ramadan, terutama ketika Ali Abdullah Saleh tidak berada di Yaman,” kata Walid al-Omari seorang aktivis dari kumpulan Revolusi Remaja.
Negara Arab lain turut mengambil sikap ‘baik berhati-hati daripada menyesal kemudian’ dengan memastikan harga barang pada bulan mulia itu dikawal rapi agar tidak mencetuskan bantahan rakyat.
Di Mesir, kerajaan mengambil langkah untuk mengekalkan sistem subsidi yang menjamin harga bahan makanan asas seperti roti kekal rendah. – AFP http://www.bharian.com.my
Saturday, June 11, 2011
Helikopter Syria tembak penunjuk perasaan: Saksi
Penggunaan helikopter itu berlaku sehari selepas tunjuk perasaan di seluruh negara terhadap Presiden Bashar al-Assad ketika tiada tanda-tanda kekacauan akan reda walaupun pihak berkuasa menggunakan kekerasan bagi mengekangnya.
Kumpulan pemantau hak asasi Syria menyatakan helikopter terbabit melepaskan tembakan di sebuah bandar di barat daya negara itu.
"Sekurang-kurangnya lima helikopter terbang di ruang udara Maarat al-Numaan dan melepaskan tembakan mesingan bagi menyurai ribuan penunjuk perasaan," kata seorang saksi menerusi telefon.
Televisyen Syria sebaliknya melaporkan keganasan di wilayah itu berpunca daripada kumpulan antikerajaan. Ia menyatakan helikopter ambulans ditembak ketika terbang di Maarat, menyebabkan anak kapal cedera. - Reuters
Ada polis, askar Syria enggan tembak pemberontak
Ketika lebih 2,400 orang rakyat negara itu menyeberang masuk ke sempadan Turki kelmarin selepas melarikan diri dari kediaman yang dikepung askar bersama kereta kebal, mereka juga membawa bersama kisah sebenar dalam tempoh seminggu pemberontakan dan kekacauan di Jisr al-Shughour.
Walaupun selamat di khemah perlindungan sementara di Turki, kira-kira 20 kilometer dari sempadan Syria, pelarian berkata mereka tetap bimbang pihak tentera akan menceroboh masuk dan enggan memberitahu nama sebenar kepada wartawan.
Seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Rami, 22, berkata pasukan keselamatan Syria berselisih pendapat mengenai cara menangani dan menyuraikan penunjuk perasaan.
“Segalanya bermula apabila dua penunjuk perasaan dibunuh seminggu lalu, menyebabkan anggota polis yang enggan menerima arahan ketua mereka dari puak Alawiyyin agar menembak orang awam, bergaduh sesama sendiri di balai polis Emin Asqari.
“Kemudian sekumpulan askar juga disingkirkan selepas enggan menembak penunjuk perasaan. Mereka menanggalkan pakaian seragam, meninggalkan senjata dan melarikan diri bersama keluarga masing-masing,” kata Rami, seorang pelajar di sebuah universiti di Jisr al-Shughour.
Beliau berkata, dua helikopter juga melepaskan tembakan rambang ke atas orang awam dan rumah penduduk yang dicurigai.
Rami berkata, beliau tidak dapat menghubungi ramai rakannya. – AP
Tuesday, June 7, 2011
80 polis Syria maut bertempur dengan penunjuk perasaan
DAMASCUS 7 Jun - Sekurang-kurangnya 80 orang pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di barat laut Syria ketika protes menentang rejim Presiden Bashar al-Assad, lapor stesen televisyen tempatan hari ini.
Menurut aktivis di sana, bilangan rasmi mereka yang terkorban di bandar Jisrash Shugur dimana pasukan keselamatan telah beroperasi di sana selama tiga hari adalah tidak tepat.“Kumpulan bersenjata melakukan pembunuhan beramai-ramai. Mereka mencacatkan mayat dan membalingnya ke dalam sungai Assi,” katanya. s- AFP
Sunday, June 5, 2011
Presiden Yaman mahu bertindak balas
Beribu-ribu penunjuk perasaan anti Presiden Ali Abbullah Saleh mengadakan tunjuk perasaan di Sanaa selepas solat Jumaat kelmarin menggesa Presiden Yemen itu meletakkan jawatan. – AFP |
SANAA 4 Jun – Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh hari ini memberi amaran akan bertindak balas, selepas beliau cedera dalam serangan yang dilancarkan pemberontak ke atas Istana Presiden, semalam.
Yemen kini berada di ambang perang saudara dengan Kesatuan Eropah (EU) semalam menggerakan mekanisme untuk memindahkan rakyatnya dari Yemen dan menggesa ‘gencatan senjata segera’ dikuatkuasakan, menurut Ketua Hal Ehwal Luarnya, Catherine Ashton.
Ali yang mengetuai parti pemerintah, Kongres Agung Rakyat (GPC) mengalami cedera ringan apabila pemberontak melancarkan serangan roket ke arah Istana Presiden ketika pegawai-pegawai menunaikan solat Jumaat di masjid dalam kawasan istana itu, semalam.
Ali mengalami cedera ringan di bahagian belakang kepalanya.
Rejim Ali menuduh kabilah pemberontak, Sheikh Sadiq al-Ahmar bertanggungjawab melakukan serangan itu setelah anggota kabilah itu terlibat dalam pertempuran dengan tentera kerajaan di Sanaa, ibu negara Yemen sejak usaha damai gagal Selasa lalu.
“Kabilah Ahmar telah melampaui batas,’’ kata Jurucakap GPC, Tariq al-Shami.
Ali turut mengeluarkan kenyataan audio lewat semalam menyatakan beliau berada dalam keadaan selamat.
“Jika anda sihat, saya juga sihat. Semoga rakyat kita terselamat daripada krisis ini,” katanya dalam kenyataan audio itu yang disiarkan di televisyen kerajaan Yemen.
Ali turut mengesahkan tujuh pengawal peribadinya terbunuh dalam serangan itu.
Pemimpin lain yang cedera termasuk Perdana Menteri Ali Mohammed Mujawar yang terbakar di bahagian muka dan Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Rashad al-Alimi yang kini berada dalam keadaan kritikal. – AFP
Tentera Yaman lancar serang balas, 10 terbunuh, 35 cedera
SANAA 5 Jun - Seramai 10 orang terbunuh manakala 35 yang lain cedera selepas tentera Yemen melancarkan serangan meriam ke atas rumah tokoh kabilah yang berpengaruh, Sheikh Hamid al-Ahmar di selatan Sanaa, kata pegawai perubatan hari ini.
Sheikh Hamid, seorang ahli perniagaan terkenal, merupakan ketua kepada parti pembangkang terbesar di negara ini, Parti Islam al-Islah (pembaharuan).
Serangan yang dilancar menggunakan senjata berat dan peluru berpandu mensasarkan rumah pemimpin pembangkang itu, yang merupakan abang kepada ketua kabilah berpengaruh, Sheikh Sadiq al-Ahmar, yang ditahan dalam pertembungan dengan tentera setia Presiden Yemen di utara Sanaa.
Serangan meriam turut dilancarkan ke kawasan berjiran, Hada yang terletak di selatan Sanaa, menyerang rumah dua adik-beradik Sheikh Hamid yang lain, Hemyar dan Mizhij. - AFP
Saturday, June 4, 2011
Tentera Syria didakwa tembak penunjuk perasaan
NICOSIA: Tentera Syria dilapor melepaskan tembakan ke arah kira-kira 50,000 penunjuk perasaan di bandar Hama, menyebabkan beberapa orang terbunuh.
Tunjuk perasaan itu adalah yang terbesar pernah diadakan untuk memaksa perletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad sejak kebangkitan rakyat bermula pertengahan Mac lalu, kata jurucakap kumpulan hak asasi manusia Syria di London. Hama ialah bandar di tengah Syria yang menyaksikan pembunuhan 20,000 orang apabila anggota Ikhwanul Muslimin negara itu bangkit menentang bapa Bashar, Hafez al-Assad.
Dalam versi berbeza mengenai perkembangan di Hama, agensi berita rasmi Syria, Sana, melaporkan, beratus-ratus orang berhimpun selepas solat Jumaat sambil melaungkan slogan menyokong Bashar.
Menurutnya, anggota tentera dan polis tidak dikerah ke kawasan berkenaan. - AFP
Friday, June 3, 2011
Tentera Syria tembak mati 41 orang
ANTALYA, Turki 2 Jun - Tentera Syria dilaporkan membunuh seramai 41 orang awam dalam usaha mematahkan protes prodemokrasi di negara ini, kelmarin.
Insiden itu berlaku sehari sebelum pemimpin pembangkang mengadakan pertemuan di bandar Antalya, Turki untuk berkomplot menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad, semalam.Peguam daripada kumpulan hak asasi manusia, Razan Zaitouna berkata, seramai 41 orang terbunuh di Rastan, termasuk kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ketika tentera kerajaan melepaskan tembakan di tengah bandar itu, kelmarin.
"Lima daripada mangsa yang terkorban itu dikebumikan di bandar itu, semalam," katanya kepada Reuters melalui panggilan telefon dari Damsyik, semalam.
Tentera Syria dilaporkan turut membunuh sembilan lagi penduduk awam di bandar Hirak kelmarin, menurut seorang pejuang hak asasi, Ammar Qurabi.
Sembilan mangsa itu termasuk tiga doktor, seorang doktor gigi dan seorang budak perempuan berusia 11 tahun akibat terkena tembakan penembak hendap ketika serbuan ke atas sebuah rumah oleh tentera.
Menurut kumpulan hak asasi manusia Syria, setakat ini kira-kira 1,000 penduduk awam telah terkorban sejak Presiden Assad berusaha mematahkan revolusi rakyat itu.
"Revolusi telah di umumkan di Syria. Rakyat mahu menggulingkan rejim dan mangsa yang terkorban hanya boleh dibayar dengan kemerdekaan," kata tokoh kanan kumpulan pembangkang Damascus Declaration, Abdelrazzaq Eid kepada satu persidangan di bandar Antalya, Turki.
Perhimpunan itu adalah mesyuarat rasmi pertama aktivis dan tokoh pembangkang yang hidup dalam buangan sejak protes tercetus di negara ini kira-kira 10 minggu lalu. - REUTERS
Ibu kota Yaman berada dalam keadaan tegang
Saturday, May 28, 2011
Gencatan senjata dilaksanakan di Sanaa
SANAA 28 Mei - Satu gencatan senjata dilaksanakan antara kumpulan kabilah Yaman dengan pegawai keselamatan Presiden Ali Abdullah Saleh di Sanaa.
Pertempuran yang berlaku di ibu negara itu telah mengorbankan hampir 100 nyawa minggu ini sahaja dan mendesak rakyat untuk melakukan perang saudara.“Kami kini menjadi pengantara dan berlaku gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak. Namun jika Ali Abdullah Saleh kembali bertempur, kami juga sudah bersedia,” Saddeq Al-ahmar. - Reuters
Friday, May 27, 2011
Yaman kian kacau bilau
| KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah Sadeq. |
SANAA: Perang saudara mungkin meletus di Yaman selepas pertempuran besar berlaku antara puak bersenjata dengan Pengawal Republikan yang memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ditutup dan semua penerbangan dialihkan ke Aden di selatan negara itu, kelmarin.
Puak Arhab diketuai Abdul Majid Al-Zindani terbabit dalam pertempuran dengan tentera itu. Majid dikategorikan sebagai penyumbang kewangan pengganas oleh Amerika Syarikat dan sekatan dikenakan ke atasnya.
Akhbar Arab News turut melaporkan bahawa pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan dengan puak pembangkang yang setia kepada Sadeq Al-Ahmer sejak tiga hari lalu.
Saksi berkata, puluhan puak bersenjata itu terbunuh semalam dalam pertempuran dengan angkatan Pengawal Republikan yang terlatih di kawasan Al-Hasbah, berdekatan rumah Sadeq.
Kelmarin, penyokong Sadeq menawan bangunan Kementerian Perdagangan dan Pelancongan serta bangunan agensi berita kerajaan, Saba.
Beberapa ketua puak turut diserang ketika menguruskan gencatan senjata antara pasukan Sadeq dan kerajaan.
Pengawal Republikan bertindak menutup ibu negara itu dalam usaha menghalang puak bersenjata memasuki bandar itu.
Presiden Ali Abdullah Saleh berdepan desakan antarabangsa supaya berundur. Tetapi, pemimpin itu enggan bertolak ansur mahupun menerima sebarang tawaran.
“Kami akan berdepan dengan pihak menimbulkan kekacauan dengan apa saja cara,” katanya kepada wartawan asing. – Agensi Berita Harian Online | Yaman kian kacau bilau