Pages

Showing posts with label AMERIKA SYARIKAT. Show all posts
Showing posts with label AMERIKA SYARIKAT. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Jepun, 10 negara EU dikecualikan daripada sekatan AS


       
WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam mengecualikan Jepun dan 10 negara Kesatuan Eropah daripada sekatan kewangan kerana mereka telah memotong belian minyak Iran secara ketara.

Pada masa sama, pelanggan utama Iran, China dan India, mungkin terdedah kepada sekatan berkenaan.


Keputusan itu dianggap “kemenangan” kepada 11 negara terbabit yang bank mereka diberi tempoh enam bulan untuk bertindak sebelum bantuan kewangan AS dihentikan mengikut peruntukan sekatan baru diambil Washington. - Reuters

Sunday, May 16, 2010

Perang Konspirasi Dajjal : Iran dan Hezbullah (Bahagian 4)



 

FASA MEMPROVOKASI IRAN

Tanda-tanda bahawa Israel bersedia melancarkan serangan menghadapi Iran sudah kelihatan sejak sebelum kejatuhan Lehman Brothers dahulu lagi. Kejatuhan ini memang dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi seluruh dunia di atas beberapa faktor tertentu.
Pada 6 Januari 2009, dunia dikejutkan dengan bedilan roket dari selatan Lubnan. Kejadian ini disahkan oleh seorang polis Israel yang bertugas di Bandar Nahariya yang terletaknya 8km dari sempadan Lubnan.
Menurut polis tersebut, Mickey Rosenfeld, beliau melihat beberapa roket jenis Katsuya telah mengenai beberapa bahagian di banda tersebut pada pagi Selasa. Kejadian itu juga disahkan oleh seorang wartawan Al-Jazeera, Rula Amin yang berkebetulan bertugas di situ.
Umum mempercayai bahawa serangan roket tersebut adalah dilakukan selepas pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah memberikan ucapan bahawa pihaknya akan sentiasa menyokong tindakan Hamas dan mereka tidak teragak-agak untuk membantu perjuangan rakyat Palestin.
Tindakan Yang Ditunggu-tunggu Israel
Kemungkinan besar, kami percaya tindakan menyerang dan menekan rakyat Palestin dalam konflik Gaza adalah suatu bentuk umpanan. Menekan rakyat Palestin bermaksud akan membangkitkan pembela-pembela berani rakyat tersebut iaitu Hezbollah dan Iran.
Jangkaan ini adalah berdasarkan beberapa faktor yang tidak masuk akal dalam konflik Gaza.
  1. Israel memulakan perang ke atas Palestin pada 27 Disember 2008 berasaskan alasan serangan roket – sedangkan sebelum itu, beribu-ribu roket telah dilancarkan oleh Hamas dan kemungkinan hampir setiap hari. Jika hendak ditafsirkan, Israel sudah mampu menyerang Hamas sejak dari dulu lagi. Tetapi Israel tidak berkehendak demikian, mereka tahu masa yang sesuai.
  2. Israel telah menguasai seluruh pentadbiran Palestin melalui tali barutnya Parti Fatah sejak tertubuhnya kerajaan campuran – apabila telah menguasai Palestin, Israel tidak melancarkan serangan keras tetapi mendiamkan diri untuk tempoh yang lama. Sedangkan serangan mampu dilakukan ke atas Hamas sejak dahulu lagi.
  3. Israel melakukan persediaan ketenteraan besar-besaran sejak 2 tahun dahulu dan kemuncaknya ialah selepas kejatuhan Lehman Brothers – sedangkan dengan bilangan tentera, kapal terbang, kereta kebal dan pelancar roket, Israel mampu menghadapi Hamas.
Di atas ialah 3 faktor utama yang pelik dan mencurigakan tambah-tambah lagi faktor yang ketiga. Israel menggunakan serangan secara sedikit demi sedikit ke atas Palestin seolah-olah ingin ‘menaikkan marah’ pemimpin-pemimpin Islam tertentu.
Persoalannya Israel mampu mengeluarkan jet-jet pejuangnya beratus-ratus buah sekali gus. Tambahan pula, Hamas tidak mempunyai kelengkapan-kelengkapan tersebut.
Situasi ini kami jangkakan ia sebagai umpanan kepada peperangan yang lebih besar yakni menghadapi Iran.
Teori Perang Israel vs Hamas, Hezbullah & Iran
Sejak tertabalnya Mahmood Ahmadinejad sebagai Presiden Iran, dilihat tanda-tanda mengumpan Iran agar terjun ke kancah peperangan telah dilakukan. Semua akhbar-akhbar rasmi Israel telah memainkan peranan yang cukup sistematik dalam menjalankan umpanan ini.
Berikut merupakan faktor-faktor yang dijangka Israel akan berperang dengan Iran disamping menggunakan Hamas dan Hezbullah sebagai faktor penyebab.
Faktor 1 : Strategi propaganda media Israel
Boleh dikatakan berita tentang Iran tiada cuti di akhbar-akhbar Israel. AkhbarJerusalem Post sendiri mengambil langkah drastik dengan meletakkan kolum khusus iaitu “Iranian Threat” dalam akhbarnya.
Manakala akhbar Haaretz juga meletakkan kolum “Iranian Threat” di internet tetapi kolum tersebut dibuang secara tiba-tiba pada pertengahan Disember 2008 atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Faktor 2 : Kenyataan Duta Amerika di PBB
(Gambar) John R. Bolton
Antara yang paling memungkinkan keterlibatan Iran ialah pada Jun 2008, duta Amerika di PBB iaitu John Bolton mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menjangkakan Israel akan menyerang kemudahan nuklear Iran sebelum Presiden Bush menamatkan perkhidmatannya pada awal 2009.
Faktor 3 : Persediaan Kewangan Dalam Kementerian Pertahanan
Ini berdasarkan artike kami yang bertajuk Perang Konspirasi Dajjal : Persediaan Israel (Bahagian 3)
Faktor 4 : Peningkatan Sistem Pertahanan Berkomputer IAF
Pada 16 Oktober 2008, bahagian pertahanan udara Israel iaitu Israel Air Force (IAF) telah melancarkan suatu sistem berkomputer yang mampu mengesan roket-roket yang sedang dalam pelancaran. Sistem ini berfungsi memberi maklumat tempoh pelancaran, jarak dilancarkan dan jangkaan waktu terhempas.
Peranan sistem ini ialah memberi maklumat sepantas yang boleh kepada suatu unit khusus di Israel yang diberi nama Home Front Command (HFC).
HFC bertindak sebagai suatu pasukan khusus yang bertanggungjawab mengarahkan penduduk-penduduk Israel ke kubu perlindungan yang disediakan. Setakat ini, HFC bergerak dalam 10 daerah utama dan kemungkinan akan dipertingkatkan ke 100 daerah lagi apabila sistem IAF itu benar-benar siap sempurna.
HFC ditubuhkan pada Februari 1992 iaitu sejak tercetusnya Perang Teluk. Ia merupakan salah satu unit yang terpenting dan diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan Israel.
Faktor 5 : Latihan perang skala besar oleh Israel
Antara sebab-musabab yang paling meyakinkan ialah suatu program latihan peperangan secara besar-besaran telah dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Israel pada awal Ogos 2008.
Menurut Channel 10 (TV Israel), para tentera dilatih untuk menghadapi serangan-serangan roket anti-kapal terbang yang dimiliki Iran, Hezbollah dan Syria. Latihan itu dimulakan dengan melancarkan serangan roket palsu milik tentera Syria.
Apa yang mencurigakan kami, Channel 10 telah menyiarkan suatu kenyataan misteri dari penganalisis-penganalisis perang Israel. Kenyataan itu mengandaikan bahawa mereka benar-benar sudah tahu perang akan dilancarkan.
Penganalisis-penganalisis tersebut menyatakan bahawa latihan serangan itu dilakukan bagi menghadapi serangan-serangan roket dari pelbagai negara. Menghairankan hanya 3 roket dari 3 negara yang dipilih seolah-olah mereka tahu roket-roket itu akan mengenai dahi mereka kelak.
Latihan ini telah dijalankan 5 bulan sebelum Palestin diserang.
Iran sedar konflik Gaza adalah umpanan Israel
Pada 28 Disember 2008, sehari selepas Gaza dibedil tentera Israel, Ayatollah Ali Khomenei telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang turut serta di dalam perjuangan membela rakyat Palestin, mereka adalah syahid.
Kesan dari ucapan itu ialah dilaporkan lebih 70,000 warga Iran yang kebanyakan golongan belia telah mendaftar untuk berjihad di bumi Palestin bersama pejuang-pejuang Hamas.
Namun begitu, seminggu selepas ucapan itu, Khamenei telah mengeluarkan ucapan yang berbeza sekali. Beliau menegaskan dalam ucapannya bahawa penghantaran sukarela-sukarela jihad tidak perlu kerana terdapat tanda-tanda Israel sedang memasang perangkap.
Oleh itu, kebenaran untuk melepaskan sukarela-sukarela jihad ke Palestin terpaksa ditarik balik. Khamenei dilihat meneruskan agenda menekan secara politik negara-negara barat dalam isu konflik Gaza.
Dalam konteks ini dapat kita lihat bahawa pihak Iran telah mengenalpasti akan tujuan sebenar konflik Gaza dicetuskan oleh Israel. Iran tahu, mereka tidak boleh terus melatah dengan sebarang reaksi kejam yang dilakukan Israel.
Mereka sudah mempunyai pengalaman dalam Perang Iran-Iraq 1980 yang mana negara-negara Arab telah menjadi mangsa hasutan agen-agen elit Zionis yang berwajah Islam. Pasti kali ini tindakan lebih berhati-hati diambil agar tidak tercetus peperangan yang bakal meragut lebih banyak nyawa Muslim.
Israel Menggunakan Hezbullah Sebagai Umpanan
Untuk mengheret Iran ke kancah peperangan bukanlah suatu jalan mudah. Ianya sama susahnya seperti Presiden Amerika mengheret Jepun ke kancah peperangan pada 1941.
Israel kelihatan amat bersungguh-sungguh ingin mewujudkan perang yang besar. Pada 8 Januari 2009 lalu, lima roket telah dilancarkan ke Selatan Lubnan. Serangan itu sebagai suatu tindak balas serangan Hezbullah ke atasBandar Nahariya.
Bukan setakat itu sahaja, beberapa jet pejuang Israel juga telah kelihatan berlegar-legar memasuki kawasan Selatan Lubnan.
Apa yang menghairankan ialah jurucakap Hamas di Lubnan, iaitu Raafat Moratelah menafikan bahawa mereka membantu Hezbullah dalam serangan roket tersebut.
Malah jurucakap Hezbullah juga melaporkan kepada wartawan Press TV bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas serangan itu.
Kesimpulan
Kami percaya keengganan Iran memberi kebenaran kepada sukarela dari negaranya menyertai perjuangan jihad Hamas telah membuatkan pelan konspirasi Israel berubah.
Israel tahu Iran di bawah pimpinan ulama adalah berbeza dari pimpinan sekular dahulu. Mereka sudah matang dan masak dengan taktik-taktik provokasi antarabangsa yang dilakukan Israel. Namun begitu, kelihatan Israel cuba mencari ruang mengumpan dengan cara lain.

Perang Konspirasi Dajjal : Tugasan Obama (Bahagian 2)


oleh Ibnuyaacob

FASA PENYERAHAN TUGASAN PERANG

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.
Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.
Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis-penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.
Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.
Presiden Baru Dengan Misi Baru
Walau bagaimana pun, kami melihat perkembangan kemenangan ini dengan tanggapan yang berlainan. Sesungguhnya kami memandang negatif kepada setiap langkah politik Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Ini kerana tiada suatu pun perkara baik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat semenjak ia ditubuhkan.
Perkara baik yang kami maksudkan ialah dasar-dasar terhadap negara Islam.
Conspiracy Theorist terkenal iaitu Texe Marrs pernah memberi komen pada awal kempen Demokrat bahawa kedua-dua parti (Republikan & Demokrat) adalah dari rumah yang sama iaitu Illuminati. Pendedahan tentang rahsia di sebalik kedua-dua parti ini diterangkan dengan teliti oleh Texe Marrs dalam ceramahnya yang bertajuk “The Synagogue of Satan and the Dancing Marionettes of the Democrat and Republican Party.”
Kami percaya Barrack Obama adalah percaturan beberapa kelompok pelobi zionis Israel yang sudah berbusut di Amerika sejak sekian lama. Kumpulan-kumpulan ini adalah pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika.
Biasanya kumpulan percaturan ini dikenali sebagai kelompok Neo-Konservatif. Mereka terdiri dari ramai orang dan pelbagai organisasi. Ahli-ahli mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berfokus dan ianya dianggotai dari pelbagai jenis lapangan bidang ilmu.
Percaturan kumpulan Neo-Konservatif ini dijangka telah menemui capaian keputusan bersama bahawa Barrack Obama adalah individu paling layak menerima ‘tugasan baru’ selepas George Bush jika hendak dibandingkan dengan John McCain.
Sejarah Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam
  1. George H.W. Bush (1989 – 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
  2. Bill Clinton (1993 – 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 1998) dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
  3. George W. Bush (2001 – 2008): Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)
Daripada 3 orang presiden di atas, Bill Clinton adalah presiden paling tidak cemerlang dalam menjalankan operasi ‘menghentam’ Iraq. Operasi Desert Fox 1998 dianggap gagal dan Clinton dianggap gagal menjalankan ‘tugasan’ sebagai presiden Amerika.
Clinton dilihat hanya berjaya menjalankan operasi-operasi kecil ketenteraan sahaja. Kegagalan Bill Clinton diakui oleh bapa Neo-Konservatif Yahudi iaitu Dr. Henry Kessingger dalam satu temuramah dengan Margaret Warner pada 21 Disember 1998. Kessingger menyimpulkan Operasi Desert Fox itu sebagai gagal secara keseluruhan dalam menghapuskan Iraq.
Takrifan Tugasan Baru Obama
‘Tugasan baru’ yang dimaksudkan bukanlah portfolio-portfolio yang ditinggalkan oleh George Bush ketika menjadi presiden tetapi ia berupa bentuk misi sulit yang lebih kepada ‘terjahan’ kepada negara-negara Islam.
Misi Obama kali ini sudah pasti suatu bentuk peperangan versi baru yang terpaksa dipikulnya untuk kesinambungan tugasan kumpulan Neo-Konservatif yang bercabang di bawah organisasi Illuminati.
Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan yang bakal dimainkan oleh Barrack Obama dalam perang konspirasi Dajjal nanti. Adakah Obama akan membawa Amerika sebagai negara penyokong dana sahaja atau memastikan Amerika juga terlibat sama dalam peperangan ini?
 
(Kiri) Timothy F. Geithner (Kanan) Richard S. Fuld
Kami percaya Obama adalah penyambung kepada tugasan yang diberikan pemerintah Illuminati kepada Timothy F. Geithner dan CEO Lehman Brohters, Richard S.Fuld.
Geithner dan Fuld telah dilihat berfungsi sebagai penyumbang modal kepada Israel manakala Obama dilihat sebagai pelindung kepada operasi Israel melalui penggunaan kuasa veto di PBB.
Obama dan Israel
Kita harus teliti dalam hal peranan sebenar Obama ini terhadap negara-negara Islam. Kemenangan Obama disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Israel dan akhbar-akhbar utama Israel pula mendefinasikan kemenangan tersebut sebagai‘kepulihan demokrasi kaum’ di Amerika.
Namun, negro ini kemungkinan lebih memberi ancaman kepada negara-negara Islam kerana tanda-tanda ancaman itu telah pun dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.
Dalam ucapannya Obama ada menyebut;
“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”
“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”
“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”
“We should work – we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”
(Gambar) Obama ketika melawat tembok suci Israel.
Operasi Perang Di Bawah Obama
Kami tidak yakin negro ini bersikap positif terhadap negara -negara Islam. Semasa di persidangan AIPAC pada Jun lepas sahaja, Obama telah menghentam Iran dengan keras dan ucapannya tentang Iran hampir meliputi 60% dari teks ucapan keseluruhan.
Operasi perang yang mungkin tercetus di bawah regim Obama kemungkinan bersifat perlindungan politik terhadap Israel. Ini berdasarkan undian online yang dibuat oleh akhbar Haaretz mendedahkan 47% pembaca akhbar Yahudi itu mahukan Obama mengeluarkan tentera Amerika dari Iraq.
Kita tidak boleh pandang ringan keputusan undian secara online ini. Walaupun sistem ini kecil tetapi ia menggambarkan suara hati pembaca dan pelayar internet.
Kita kemungkinan boleh mengetahui pengaruh sistem undian online ini selepas 20 Januari 2009 apabila Obama membentangkan polisi ketenteraannya ke atas Iraq.
Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanjian politik palsu dengan Amerika kelak.  
Timothy F.Geighner dan Barrack Obama
Dalam artikel lepas iaitu Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1) telah kami terangkan bagaimana Geithner memainkan peranannya sebagai ‘penerima tugasan’. Kini kita lihat pula kenapa Geithner dan Obama dipilih untuk melaksanakan tugasan Illuminati itu.
Timothy F.Geithner (penggerak kejatuhan ekonomi dunia) adalah berketurunan Yahudi tulen dan pernah belajar di Sekolah Antarabangsa Bangkok. Semasa menuntut di Dartmouth Colleage, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Government and Asian Studies pada 1983.
Kemudian Geithner menyambung pula master di John Hopkhin Universitykhusus dalam bidang International Economics and East Asian Studies. Pengetahuan luas tentang ekonomi Asia yang dimiliki Geithner dilihat mencurigakan apabila beliau adalah orang pertama yang memutuskan mengadakan mesyuarat persediaan kejatuhan Lehman Brothers pada 13 September 2008.
Perlu kita ketahui juga Geithner adalah calon yang disebut-sebut akan menerajui sebagai Treasury Secretary dalam pentadbiran Obama kelak. Jika perlantikan Geithner kelak menjadi kenyataan, maka adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang.
Penilaian yang kami buat ini merujuk kepada latar belakang Geithner sendiri yang merupakan anak didik Dr. Henry Kissengger. Selain itu, Geithner juga merupakan ahli pertubuhan Yahudi paling berpengaruh iaitu Council on Foreign Relationship dan Bilderberg Group.
Wallahu’alam…