Pages

Showing posts with label oman. Show all posts
Showing posts with label oman. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Sultan Oman rombak Kabinet besar-besaran

Berita Harian Online


2011/03/08

MUSCAT: Sultan Qaboos, Oman semalam memecat Menteri Ekonomi dan Menteri Dalam Negeri dalam satu rombakan Kabinet besar-besaran selepas beberapa minggu protes anti kerajaan diadakan rakyat di negara Teluk itu.

“Sultan Oman mengarahkan rombakan dalam majlis menteri,' menurut satu pengumuman televisyen sebelum senarai Kabinet baru dibacakan.
Menteri Ekonomi, Ahmad Abdel Nabi Mekki dan Menteri Dalam Negeri, Saud Ibrahim al-Busaidi adalah antara menteri utama yang terkeluar, selain Menteri Perdagangan dan Industri, Maqbool Ali Sultan.

Kementerian yang dipegang Mekki dibubarkan manakala tempat Busaidi digantikan oleh ketua perkhidmatan awam, Faisal Said al-Busaidi, menurut agensi berita ONA.

Rombakan kebinet itu sememangnya dijangka selepas Sultan Qaboos memecat dua menteri pada Sabtu lalu sebagai reaksi terhadap bantahan rakyat yang mengaitkan gejala rasuah dan reformasi demokrasi yang perlahan di negara itu. - AFP"

Wednesday, March 2, 2011

Oman hantar tenteraatasi tunjuk perasaan




BEBERAPA askar yang berada di atas kereta perisai mengawal kawasan perindustrian Soha di Oman semalam.


MUSCAT - Kerajaan Oman semalam menempatkan pasukan tenteranya di utara Muscat dan berdekatan sempadan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tiga hari selepas bantahan antikerajaan berlangsung.
Negara itu yang diperintah oleh dinasti keluarga adalah negara di benua Arab terbaru terlibat dalam krisis kebangkitan rakyat di Asia Barat.
Para penunjuk perasaan itu berkumpul di Sohar, sebuah bandar pelabuhan 120 kilometer dari arah barat laut Muscat.
Mereka yang menuntut kenaikan gaji dan peluang pekerjaan telah bertempur dengan pihak polis di sini.
Media tempatan melaporkan beberapa bangunan kerajaan dan pasar raya telah dibakar kelmarin dan pada Sabtu lalu, polis telah membunuh seorang penunjuk perasaan selepas demonstrasi jalanan bertukar menjadi ganas.
Seorang jurucakap kerajaan berkata, kekacauan semakin teruk apabila kerajaan menghantar pasukan dan kenderaan tentera di sekitar ibu negara dan sempadan Oman.
Bantahan itu adalah sesuatu yang jarang berlaku di Oman dan pemerintahnya, Sultan Qaboos bin Said menawarkan pembaharuan dalam bidang pentadbiran untuk menenangkan penunjuk perasaan.
Pada Ahad lalu, baginda mengarahkan 50,000 peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam dan menawarkan gaji sebanyak 150 rial (RM1,183) sebulan.
Sehari sebelum itu, Sultan Qaboos telah merombak enam anggota Kabinetnya.
Pada 11 Februari lalu, Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden ekoran bantahan penunjuk perasaan yang menuntut beliau berundur selepas gagal membawa pembaharuan ekonomi di negara tersebut.
Pada Januari lalu pula, para penunjuk perasaan di Tunisia juga berjaya menyebabkan Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan setelah beliau yang memerintah selama 23 tahun gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda selain pentadbirannya dicemari skandal rasuah. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Monday, February 28, 2011

Polis lepas gas pemedih mata

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

MUSCAT 27 Feb. - Dua maut di Oman apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang melempar batu ke arah mereka di bandar perindustrian Sohar, hari ini.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menuntut pembaharuan politik ketika pergolakan di rantau Arab merebak ke negara Teluk yang diperintah oleh kesultanan ini.

'Satu pertempuran tercetus antara penunjuk perasaan dengan polis,' kata seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Mohammed.

Polis menggunakan gas pemedih mata dan belantan bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun di dataran utama, di Sohar.

Sultan Qaboos Said cuba meredakan ketegangan dengan merombak Kabinetnya semalam yang melibatkan penukaran enam menteri, seminggu selepas protes di ibu negara Muscat yang menuntut pembaharuan politik sebelum ini.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya 1,000 penunjuk perasaan berhimpun untuk hari kedua berturut-turut di Sohar hari ini sebelum pertempuran tercetus. - Reuters"