IMPHAL - INDIA. Aktivis hak asasi manusia India yang melancarkan mogok lapar selama 16 tahun terhadap undang-undang tentera akhirnya menikmati hidangan pertamanya, semalam.
Irom Chanu Sharmila, 44, juga dikenali sebagai Wanita Besi Manipur, merupakan simbol penentangan terhadap keganasan kerajaan di negeri timur laut itu.
"Saya adalah jelmaan sebenar revolusi dan berhasrat menjadi Ketua Menteri Manipur. Saya ingin menghapuskan undang-undang zalim ini," katanya memberitahu akan bertanding dalam pilihan raya tahun depan sebagai calon bebas.
Irom memulakan mogok lapar pada November 2000 selepas pasukan separa tentera membunuh 10 orang awam di sebuah perhentian bas di negeri tersebut. - Straits Times