Pages

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Kahwin

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa? www.familiazam.com
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert. 
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!! www.familiazam.com

Thursday, November 22, 2012

Pengantin budak







Pengantin budak

SEDIA...Mohd Fahmi dan Nor Fazira dapat restu keluarga.
SEDIA...Mohd Fahmi dan Nor Fazira dapat restu keluarga.
KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.


“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.

Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.

Saturday, September 29, 2012

Rayu batal tawaran kahwin

Hong Kong: Seorang wanita lesbian Hong Kong merayu bapanya seorang jutawan menarik balik tawaran perkahwinan bernilai $65 juta (RM199 juta) yang dibuat kepada lelaki yang berjaya memikat hatinya untuk berkahwin yang kini mendapat perhatian seluruh dunia.

Demi kesejahteraan keluarga, daddy tolong tarik balik notis berkenaan!!! tulis Gigi Chao, 33, dalam Facebooknya sambil menambah dia tidak lagi menerima sebarang permintaan untuk menjadi rakan Facebook. Entah dari mana mereka semua? Baitulmaqdis? Hab syah? Istanbul? semua tak masuk akal, tulisnya dalam Facebook.
100 calon hubungi bapa

Bapanya yang juga seorang jutawan, Cecil Chao memberitahu akhbar South China Morning Post, kira-kira 100 orang menghubungi pejabatnya sejak dia membuat tawaran secara umum Rabu lalu.

Orang ramai menghantar surat, e-mel dan faks. Saya belum ada masa membacanya. Saya perlu berbincang dengan Gigi.

Ada sesetengahnya berkata, mereka tidak mahu wang, hanya peluang untuk bertemu anak perempuan saya, katanya.
Seorang lelaki dari Perancis menulis: Saya amat serius walaupun lelaki, saya rasa boleh menjadikan wanita ini gembira. Saya lembut seperti seorang wanita.

Minta bantuan model

Seorang calon lain menawarkan: Saya akan memenangi hati anak perempuan beliau dan mengahwininya. Maid Marian, model Brazil akan membantu saya.
Gigi, yang berpendidikan dari Britain menyifatkan sikap ayahnya dan semua perhatian yang diterimanya amat mengganggu.

Saya berdoa semuanya gelap, jadi saya boleh rasa senyap dan aman, katanya kepada akhbar berkenaan ketika berita tawaran perkahwinan itu mendapat liputan meluas dunia dari Australia hingga ke India dan Amerika Syarikat.

Chao mengumumkan tawaran HK$500 juta selepas Gigi dilaporkan mengahwini pasangan sejenisnya di Perancis awal tahun ini.

Thursday, September 27, 2012

RM200j hadiah kahwin Gigi

HONG KONG: Seorang jutawan Hong Kong menawarkan HK$500 juta (RM200.3 juta) “tawaran perkahwinan” kepada mana-mana lelaki yang boleh memenangi hati anak perempuan lesbiannya, semalam.

Cecil Chao mengumumkan tawaran kewangan itu selepas anak perempuannya Gigi, mengahwini pasangan sejenisnya sejak tujuh tahun, di Perancis awal tahun ini, lapor akhbar South China Morning Post.
“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu kaya atau miskin. Yang penting dia pemurah dan berhati mulia,” kata Chao, 76 tahun.

Katanya, Gigi seorang wanita yang baik, mempunyai bakat dan cantik. Dia sangat menyayangi ibu bapa, pemurah dan sering melakukan kerja amal.

Chao yang mempunyai syarikat pembangunan hartanah Cheuk Nang yang disenarai di papan saham, tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.


Perkahwinan sejenis tidak diiktiraf di Hong Kong, bandar konservatif sosial di mana homoseksual dianggap sebagai jenayah pada 1991.

Chao seorang yang terkenal di kalangan sosial di Hong Kong dan sentiasa hadir di majlis awam bersama teman wanita terbarunya yang muda. - AFP

Saturday, September 22, 2012

Puteri Sultan Brunei kahwin staf Pejabat Perdana Menteri

SULTAN Hassanal Bolkiah menepung tawar Puteri Hafizah ketika majlis pernikahan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.
SULTAN Hassanal Bolkiah menepung tawar Puteri Hafizah ketika majlis pernikahan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.
BANDAR SERI BEGAWAN: Anak perempuan Sultan Brunei dinikahkan dengan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Pengiran Dr Mohd Yakub dalam majlis penuh meriah di istana, semalam.
Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, adalah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Pengiran Anak Saleha.
Foto
PUTERI Hafizah Sururul Bolkiah.
Foto
PENGIRAN Muhammad Ruzaini.
Pengiran Muhammad Ruzaini, 29, melafazkan ijab kabul di depan ahli keluarga dan tetamu jemputan.

Kedua-dua mempelai adalah kakitangan kerajaan dengan Puteri Hafizah - memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan - bekerja di Kementerian Kewangan, manakala suaminya di Pejabat Perdana Menteri.


Sultan Hassanal Bolkiah juga bertindak sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan di negara kecil tetapi kaya itu.

Baginda mempunyai 12 anak, termasuk lima lelaki, hasil tiga perkahwinan. - DM

Tuesday, September 18, 2012

70 ekor cacing tanah dikahwinkan

TAIPEI - Sejumlah 70 cacing tanah dikahwinkan pada majlis perkahwinan besar-besaran di selatan Taiwan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah, kata pihak penganjur semalam.
Semua cacing tanah itu tiba di Taman Takang di bandar Tainan kelmarin.
Persatuan Pembangunan Komuniti Takang yang menganjurkan perkahwinan tersebut menyatakan, haiwan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta yang dihias kain merah untuk disatukan dengan tanah-tanih di taman berkenaan.
"Upacara perkahwinan ini dilakukan menurut budaya tradisional Taiwan," kata ketua kumpulan persatuan itu, Huang Sen-nan.
"Kami mahu meningkatkan kesedaran orang awam berhubung keperluan untuk melindungi tanah tempat kita tinggal," katanya.
Hakisan tanah yang menyebabkan tanah runtuh apabila ribut taufan melanda merupakan antara masalah alam sekitar utama di Taiwan.
Kehadiran cacing tanah itu dapat membantu menghalang hakisan dengan meningkatkan struktur dan aliran air dalam tanah. - AFP

Thursday, August 30, 2012

Panjat gunung batu untuk gambar perkahwinan



PASANGAN pengantin, Bob Ewing dan Antonie Hodge merakamkan 
gambar perkahwinan mereka di puncak gunung batu Seneca Rocks di Virginia Barat.
CHARLESTON - Sejauh manakah anda sanggup lakukan untuk mengabadikan ikatan perkahwinan anda?
Di Amerika Syarikat (AS), sepasang pengantin baharu, Bob Ewing dan isterinya, Antonie Hodge bertindak mendaki sebuah gunung batu setinggi 275 meter dengan lengkap berpakaian pengantin.
Mereka berbuat demikian untuk merakam gambar perkahwinan yang unik dan luar biasa.
Walaupun berdepan kesukaran, usaha pasangan itu berbaloi apabila gambar perkahwinan mereka ditonton lebih 500,000 kali di internet.
Gambar perkahwinan yang dirakam itu menunjukkan lokasinya adalah di puncak Gunung Seneca di negeri Virginia Barat.
Idea untuk mendaki gunung yang curam dan sempit itu datang daripada pengantin perempuan ekoran ibunya, Evangeline Hodge merupakan seorang pendaki gunung.
Turut sama melakukan pendakian termasuklah ibu pengantin perempuan dan rakan-rakan mereka yang juga merupakan pendaki amatur.
"Saya perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya mampu mendaki gunung batu ini," kata Hodge.
Mereka melakukan pendakian tersebut baru-baru ini dengan bantuan tali dan abah-abah. - Agensi

Monday, April 16, 2012

Jacob Zuma kahwini isteri keempat minggu depan




         
JOHANNESBURG: Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang baru saja meraikan hari jadinya yang ke 70, minggu lalu, akan berkahwin kali ke enam minggu depan dengan tunangnya, Bongi Ngema, sebagai isteri keempat.

Poligami adalah sebahagian daripada budaya kaum zulu dan dibenarkan di Afrika Selatan.
Zuma, dari bangsa Zulu, mempunyai 21 anak, menurut laman web presiden itu.

Jurucakap Zuma, Mac Maharaj berkata: “Presiden Jacob Zuma akan merasmikan hubungannya dengan tunangnya itu dalam satu majlis tertutup minggu depan.”


Majlis itu akan diadakan di Nkandla di wilayah KwaZulu Natal, katanya.



Isterinya yang lain adalah Sizakele Zuma, Nompumelelo Ntuli-zuma dan Tobeka Madiba-Zuma.

Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Menteri Dalam Negeri, Nkosazana Dlamini-Zuma dan Kate Matsho-Zuma yang membunuh diri pada 2000.

Untuk majlis rasmi, Zuma biasanya akan membawa isterinya secara bergilir-gilir sebagai wanita pertama - Reuters

166 pasangan berkahwin




SEBAHAGIAN daripada 166 pasangan yang berkahwin di Kampung Naushehra Dhala, India kelmarin.


KAMPUNG NAUSHEHRA DHALA, India - Seramai 166 pasangan Sikh yang berpendapatan rendah berkahwin di sini yang terletak di sempadan India-Pakistan kelmarin.
Perkahwinan itu dianjurkan kerana pada kebiasaannya kos untuk berkahwin di negara ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi. - AFP

Friday, February 24, 2012

Lisa Surihani kini milik Yusry

YUSRY dan Lisa Surihani ceria selepas selamat
diijabkabulkan di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed kini sah menjadi isteri kepada pengarah, Yusry Abdul Halim setelah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya semalam.
Disaksikan lebih 250 ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan, Lisa, 26, dan Yusry, 39, dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.
Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Lisa meluahkan rasa syukur dan gembira kerana percintaan yang terjalin di antara mereka sejak tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya impian untuk mendirikan rumah tangga bersama Yusry telah termakbul.
"Walaupun gembira apabila sudah bergelar isteri tetapi saya agak sebak sebab arwah ayah tidak menyaksikan perkahwinan saya," ujarnya yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu.
Pada majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran, manakala Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan Nuratikah Songket menerima sembilan dulang hantaran.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Sunday, January 22, 2012

Kahwin dengan mayat


DEFF menyarungkan cincin pada jari mayat kekasihnya.
DEFF menyarungkan cincin pada jari mayat kekasihnya.


PATTAYA: Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.
Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.
Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.


Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.

Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.

Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. - Agensi

Thursday, January 19, 2012

Roslin Hashim mengaku berkahwin kali ketiga, enggan dedah isteri




Roslin Hashim dan Faizah Mohamed (duduk, dua dari kanan) yang hadir pada perbicaraan tuntutan ganti rugi perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim yang pernah dikaitkan atas dakwaan khalwat dengan penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, mengaku berkahwin buat kali ketiga pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Roslin enggan memberitahu siapa wanita yang menjadi isterinya itu walaupun berulang kali diasak dengan soalan tersebut oleh wartawan yang menemu ramah beliau di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Ketika ditanya mengapakah Roslin, 36, bertindak merahsiakan identiti isterinya, beliau hanya menjawab:
"Minta maaf, saya tidak boleh menceritakan lebih lanjut mengenai wanita itu bagi menghormati beliau dan keluarganya."
Pemain badminton itu berkata demikian selepas perbicaraan secara tertutup tuntutan ganti rugi perkahwinan yang dikemukakan beliau terhadap bekas isterinya, Faizah Mohamed, 35.
Selain Faizah yang dinikahi pada 30 Januari 2007, Roslin pernah berkahwin buat kali kedua dengan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Nurhayati Othman, 41, 9 Julai 2010.
Perceraian Roslin dan Faizah pernah mengejutkan banyak pihak bukan sahaja kerana ia berlaku dalam masa 12 hari selepas pernikahan tetapi lelaki itu ketika prosiding pengesahan perceraiannya bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin berlaku dalam tempoh tersebut.
Hubungan suami isteri antara Roslin dan Nurhayati juga bertahan dalam tempoh tidak sampai sebulan sebelum mereka disahkan bercerai dengan lafaz talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini, dua tahun lalu.
Nurhayati dalam keterangannya ketika prosiding untuk mengesahkan lafaz cerai itu, mendakwa Roslin mengucapkan, 'I cerai u lah' terhadapnya di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini pada pukul 8.32 malam, 7 Ogos 2010.
Pegawai Finas itu turut mendakwa dia bersama-sama ibu dan dua adik lelakinya telah pergi ke hotel berkenaan selepas mengetahui bahawa Roslin dan Raja Azmi berada di bilik hotel tersebut.
Pada Ogos tahun lalu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebaliknya mendapati Roslin dan Raja Azmi bebas daripada dakwaan khalwat setelah mereka didapati tidak bersama dalam satu bilik dalam satu serbuan dibuat oleh Nurhayati selaku pengadu dalam kes berkenaan.
Sementara itu, peguam syarie Ruslizam Rahim yang mewakili Roslin selaku plaintif memberitahu pemberita, perbicaraan tuntutan ganti rugi perkahwinan tersebut akan disambung semula di hadapan Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan pada 22 Mac ini.
Menurut Ruslizam, pada prosiding akan datang, pihaknya akan memanggil tiga saksi termasuk Raja Azmi.
Pada 12 Ogos 2009, Roslin memfailkan tuntutan ganti rugi perkahwinan terhadap defendan, Faizah yang merangkumi perbelanjaan ketika merisik dan berkahwin dengan wanita pertama dinikahinya itu.
Roslin antara lain menuntut semua perbelanjaan semasa merisik, bertunang dan berkahwin termasuk cincin risik bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).
Bagi perbelanjaan sewaktu perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080); bayaran juru nikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500); barang hantaran (RM11,465); baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750).
Turut dituntut adalah khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).
Faizah turut hadir ke prosiding hari ini dengan ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Amir Nazli Hussin.

Sunday, November 27, 2011

KALAU JODOH TAK KE MANA




MOHAMED Zulfazli Abdul Ghani dan Nurhafiza Anati Ab. Rahim menaiki sampan di hadapan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Nyatoh, Setiu, Terengganu, semalam. – MINGGUAN/SITI AIRUNNISA ALAUI



IBARAT pepatah ‘kalau jodoh tak ke mana’, pasangan pengantin Mohamed Zulfazli Abdul Ghani, 31, dan Nurhafiza Anati Ab. Rahim, 25, tetap melangsungkan perkahwinan mereka selepas rumah pengantin perempuan ditenggelami air.
Majlis akad nikah Mohamed Zulfazli, seorang juruteknik dari Perak, dan Nurhafiza, pengurus makanan segera, diadakan kelmarin manakala acara kenduri dan bersanding semalam di Masjid Kampung Penarik dekat Kampung Nyatoh, Setiu, Terengganu.
Pasangan itu gembira majlis perkahwinan mereka dapat dilangsungkan dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.
Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'

Thursday, November 17, 2011

‘Pilihan saya tepat’




BAHAGIA...Noor Mahayu di sisi suaminya, Mat
BAHAGIA...Noor Mahayu di sisi suaminya, Mat

myMetro | ‘Pilihan saya tepat’:

'via Blog this' TANAH MERAH: “Saya bahagia. Walaupun hanya mengenali suami ketika diijabkabulkan Jumaat lalu, dia kelakar dan mudah bertolak ansur,” akui Noor Mahayu Shamsuddin, 26, yang bertemu jodoh dengan warga emas berusia 64 tahun. Menurutnya, dia tidak mengenali Mat Ibrahim, imam Masjid Mukim Bechah Laut di sini, sebelum ini kerana semuanya diuruskan keluarga. “Semuanya keluarga yang aturkan dan saya hanya tahu bakal suami imam. Hanya dalam tempoh tiga minggu dirisik, saya selamat diijabkabulkan,” katanya. Menurut Noor Mahayu, keputusannya berkahwin dengan lelaki 38 tahun lebih tua daripadanya yang juga duda dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan sesiapa. “Nasihat ayah yang paling utama. Saya buat keputusan tepat (berkahwin dengan Mat) memandangkan dia mempunyai latar belakang agama yang baik dan perkahwinan ini juga sangat istimewa bagi saya. “Saya hanya melihat wajah suami ketika dinikahkan dan baru sedar saya pernah melihatnya di hospital ketika menjaga arwah ibu yang ketika itu sakit, dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui bersama suaminya di Kampung Baru, Bechahut, semalam. Noor Mahayu berkata, dia juga mahukan anak ramai seperti diinginkan suaminya bagi menyambung zuriat mereka. Sebelum ini, anak bongsu daripada tujuh beradik itu pernah bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit saraf. Ibunya bagaimanapun meninggal dunia, dua bulan lalu. Noor Mahayu turut berkorban menjaga bapanya yang cacat kaki akibat kencing manis. “Selain menjaga ayah, kini saya turut menjaga suami tercinta,” katanya ceria. Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan, perkahwinan Noor Mahayu dan Mat yang diibaratkan perkahwinan selebriti apabila bernikah pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11. Pasangan itu selamat dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11 di sini, dengan wang hantaran RM5,011. Majlis resepsi mereka diadakan kelmarin dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung selain diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Saturday, November 12, 2011

Ramai pilih tarikh 11.11.11


SEJUMLAH 77 pasangan pengantin meraikan kegembiraan mereka  di majlis perkahwinan pengantin 1Malaysia diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, sempena tarikh 11.11.11 semalam.
SEJUMLAH 77 pasangan pengantin meraikan kegembiraan mereka di majlis perkahwinan pengantin 1Malaysia diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, sempena tarikh 11.11.11 semalam.


10 pasangan kecewa tak dapat nikah, pejabat agama tutup

SONGKHLA (Thailand): Hasrat kira-kira 10 pasangan yang mahu mengabadikan tarikh 11.11.11 dengan bernikah di sempadan semalam, musnah apabila pejabat Majlis Agama Islam Songkhla di sini, ditutup seminggu sempena cuti Aidiladha.

Difahamkan, pejabat majlis agama itu, yang diwartakan sebagai pihak berkuasa tunggal yang diberi kebenaran menguruskan pernikahan di selatan Thailand, ditutup sejak Ahad lalu, menyebabkan beberapa pasangan pengantin tidak dapat bernikah pada tarikh 11.11.11 yang muncul hanya sekali.
Maklumat diperoleh Berita Harian mendapati, ada antara pasangan terbabit berusaha mencari jurunikah bertauliah di beberapa daerah lain di wilayah ini namun gagal berikutan arahan yang hanya membenarkan pernikahan dikendalikan di pejabatnya.
Sumber ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan kira-kira 10 pasangan tampil ke pejabat agama itu, dengan hasrat melangsungkan pernikahan, semalam.

“Kita percaya kebanyakan pasangan itu datang sendiri atau dibantu orang lain untuk bernikah tanpa menyiasat terlebih dulu operasi pejabat ketika cuti Aidiladha,” katanya, semalam.

Difahamkan, sepanjang tahun lalu, 3,260 pernikahan direkodkan Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla membabitkan pasangan Malaysia di sekitar wilayah ini. Malah, tahun ini saja, tidak kurang 200 pasangan dari negara ini dilapor melangsungkan pernikahan di pejabat ini setiap bulan.

Sementara itu, jurunikah bertauliah di Klongget, Shafie Kayem Manaf ketika ditemui mengakui menerima panggilan daripada beberapa pasangan yang meminta bantuan melangsungkan pernikahan, semalam.
“Saya hairan kenapa mereka terlalu memilih tarikh istimewa sedangkan aspek pemilihan pasangan jauh lebih penting. Kita tidak mahu kerana tarikh, mereka hanya berkahwin selama enam bulan, selepas itu datang kembali untuk menuntut fasakh atau cerai,” katanya.

Di PUTRAJAYA, ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, semalam mendaftarkan 111 perkahwinan dengan majoriti pengantin Cina serta lima pasangan India.

Jurucakap JPN berkata, pihaknya hanya menerima 111 pasangan untuk didaftarkan perkahwinan sebagai simbolik tarikh istimewa 11.11.11.

Tinjauan Berita Harian di kaunter pendaftaran JPN mendapati, ramai pasangan pengantin tiba seawal jam 8 pagi untuk mendaftarkan perkahwinan sambil diiringi keluarga serta sanak-saudara.

Seorang pengantin yang ditemui, Steve Raj, 29, berkata, tarikh 11.11.11 sangat istimewa dan hanya datang sekali.

“Saya sukar mengingati tarikh bersejarah seperti hari jadi. Jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang berkahwin hari ini (semalam) kerana tarikhnya senang diingati,” katanya yang mengahwini kekasihnya, Emily Koo, 32.

Di KUANTAN, tarikh 11.11.11 menjadi detik terindah kepada 11 pasangan termasuk anak sulung pelakon terkenal, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang diijabkabulkan pada majlis pernikahan beramai-ramai yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Masjid Negeri, di sini.

Dengan sekali lafaz, anak Ahmad Tarmimi, Ahmad Tarmizi, 33, bekerja sebagai penyunting rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sah menjadi suami kepada pasangannya, Siti Norasyikin Abd Rahman, 26, dari Tanjung Lumpur, di sini.

Di KUCHING, pasangan pengantin, Justin Kho, 34, dan Stephanie Chan, 34, sanggup menunggu lapan tahun untuk melangsungkan perkahwinan pada 11.11.11. Berita Harian Online | Ramai pilih tarikh 11.11.11:

'via Blog this'

Saturday, October 22, 2011

10 pasangan diijab kabul beramai-ramai



21/10/2011 9:03pm

KUALA TERENGGANU – Sepuluh pasangan yang menjadi peserta MyIdol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan selamat diijabkabulkan secara beramai-ramai di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.
Majlis akad nikah di hadapan hampir 1,000 tetamu termasuk anggota keluarga pengantin disempurnakan oleh bekas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Datuk Ismail Ali.
Kesemua pasangan itu akan disandingkan pada majlis khas di Dataran Shah Bandar, dekat sini malam esok, yang akan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika ditemui pemberita berkata, 10 pasangan itu adalah mereka yang terpilih daripada lebih 100 pasangan yang memohon untuk menyertai program yang bermula sejak Jun lepas.
"Kesemua kos perkahwinan pasangan ini termasuk wang tunai RM5,000 dan pakej berbulan madu ditaja sepenuhnya oleh penganjur yang disokong pelbagai agensi kerajaan dan swasta di Terengganu,” katanya.
Wan Ahmad Farid, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, berkata, berdasarkan sambutan hangat yang diberikan terhadap program tersebut kali ini, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan agar ia terus diadakan pada tahun depan. – Bernama

Tuesday, October 18, 2011

Puteri Raja Jawa kahwin rakyat biasa

Berita Harian Online | Puteri Raja Jawa kahwin rakyat biasa:


WIJERANI bersama bakal suami Ubaidillah.
WIJERANI bersama bakal suami Ubaidillah.



Jatuh cinta pandang pertama sejak 5 tahun

YOGYAKARTA: Puteri bongsu Raja Jawa, Sri Sultan Hamengku Buwono X, Gusti Raden Ajeng Nur Astuti Wijareni, 25, akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai kerajaan rakyat biasa, Kanjeng Pangeran Haryo Yudanegara Ahmad Ubaidillah, 30, mengikut adat istiadat Jawa esok.
Upacara pernikahan akan diadakan di Masjid Penenpen kira-kira jam 7.30 pagi waktu tempatan.
Ubaidullah yang dilahirkan di Jakarta, bekerja sebagai pegawai negeri di Sekretariat Wakil Presiden dan sejak Mac lalu ditugaskan di Bahagian Komunikasi Media Cetak, khusus mengendalikan isu politik.

Kedua-dua ibu bapanya berasal dari daerah Lampung, Sumatera.

Bapa beliau yang bertugas sebagai pegawai di Badan Pertahanan Nasional manakala ibu beliau pesara Kementerian Agama.

Media Indonesia melaporkan Ubaidillah dan Wijareni yang lebih dikenali sebagai Jeng Reni, menjalin hubungan hampir lima tahun sebelum mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan.
“Ia adalah cinta pandang pertama. Kali pertama saya terpandang Reni, saya terus jatuh hati, tetapi kami menunggu hingga lima tahun untuk berkahwin agar kami benar-benar bersedia.

“Reni seorang wanita sederhana, berbudi bahasa dan tidak meninggi diri. Beliau menerima saya seadanya dan kami serasi antara satu sama lain,” kata Ubaidillah.

Beliau berkata, sebelum pernikahan berlangsung, beliau dikehendaki menjalani beberapa upacara termasuk yang dikenali sebagai ‘nyantri’ iaitu adat menjemput pengantin lelaki ke istana dengan kereta kuda berikutan beliau bukan berdarah raja, upacara bersiram dan beberapa upacara tradisi lain.

Beliau juga menyifatkan bakal bapa mentuanya seorang yang baik dan berfikiran terbuka, terutama di dalam soal memilih calon menantu untuk anak perempuan mereka.

Sementara itu Reni yang juga finalis Miss Indonesia 2009, menyifatkan Ubaidillah sebagai seorang lelaki yang matang dan amat memahami dirinya selain seorang yang sederhana di dalam semua hal.

“Sikapnya yang tenang dan penyabar menarik perhatian saya,” katanya yang mengendalikan perniagaan sendiri.

Upacara perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama tiga hari, dengan kira-kira 4,000 tetamu diundang untuk majlis resepsi selepas upacara pernikahan. – Agensi
'via Blog this'

Tuesday, September 6, 2011

400 kahwin beramai-ramai

JEDDAH: Seramai 400 lelaki dan wanita akan bernikah dalam satu majlis besar-besaran yang ditaja oleh kerajaan Arab Saudi.
Acara itu dianjurkan bersama oleh Putera Khaled Al-Faisal, Pengerusi Kebajikan Masyarakat untuk Bantuan Perkahwinan dan Penjagaan Keluarga, Saeed Al-Naimi.
Menurut Saeed, pihaknya bukan bukan saja memberi bantuan pinjaman kewangan dan barang-barang, tetapi juga memastikan mereka mendapat diskaun ketika membeli perabot.

Pihak berkenaan turut menganjur program kesedaran untuk pasangan, sebelum dan selepas berkahwin.


Katanya, setakat ini 24,750 lelaki muda Arab Saudi telah membuat pinjaman yang jumlahnya bernilai SR149.5 juta (RM118 juta).

Menurutnya lagi, 875 lelaki dan wanita muda Arab Saudi turut mendapat kebaikan menghadiri program kesedaran yang dianjurkan mereka.

“Kami telah mengedar 180,000 buku tentang keluarga bahagia, 42 bahan audio, dan menganjurkan sesi orientasi yang dihadiri oleh 4,406 lelaki dan wanita,” katanya. - AN

Thursday, August 11, 2011

Noraniza kahwin terbuka




SIDANG MEDIA...Noraniza dan Jeffri ketika mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
SIDANG MEDIA...Noraniza dan Jeffri ketika mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.


 KUALA LUMPUR: Penyanyi etnik kreatif yang pernah popular dengan lagu Awallah Dondang, Noraniza Idirs, 43, memilih tarikh 29 September depan sebagai tarikh perkahwinan dengan bilal dari Singapura, Jeffri Hudi, 52.Menurut Noraniza, majlis perkahwinannya diadakan secara besar-besaran di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru jam 12 tengah hari, malah persandingannya itu boleh disaksikan orang ramai yang hadir. Sebenarnya, perkahwinan ini diadakan serentak dengan ‘Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011’,” katanya pada satu sidang media di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, kelmarin.Walaupun saya pernah berkahwin sebelum ini, tetapi majlis ini tetap akan diraikan secara besar-besaran dan bagi saya ia tidak salah kerana bertujuan meraikan perkahwinan saya bersama bakal suami,” katanya.Menurut Noraniza, pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumahtangga biarpun pernah kecewadengan dua perkahwinannya yang lalu dan memberitahu kesediaannya mendirikan rumah tangga kerana dia benar-benar mengenali hati budi bakal suaminya.Saya yakin Jeffri jodoh saya kerana dia suka berterus terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan,” katanya.Kata Noraniza, hubungan yang dibina mereka bermula sejak tahun lalu ketika bertemu pada satu urusan jualan amal anak yatim di bazar Ramadan.Selepas setahun berkenalan kami mengikat tali pertunangan pada 22 April lalu dan seterusnya hari ini (kelmarin) menetapkan tarikh perkahwinan kami,” katanya.Sementara itu, Jefri berkata, antara sebab dia memilih Noraniza sebagai isterinya adalah kerana melihat pada kewibawaannya.Saya senang dengan sikap ditunjukkan Noraniza dan perkara paling saya tidak dapat lupakan adalah memakan tat nanasnya. Saya bersyukur kerana semua merestui dan gembira dengan perkahwinan kami,” katanya.

Wednesday, August 10, 2011

Tidak Dapat Buat Keputusan, LELAKI KAHWIN Kedua-Dua BERADIK KEMBAR



Seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun telah berkahwin dengan pasangan beradik kembar semalam (8 Ogos) dan berjanji untuk menyayangi mereka berdua dengan 'adil'. Walaupun ramai yang mengatakan dia bertuah, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki ini mengundang masalah kerana 'terlalu banyak dalam pinggannya'.

Wichai, yang hidup dengan pendapatan daripada berniaga barangan lama, telah berkahwin dalam satu majlis dengan pasangan gadis kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan, dalam masa yang sama.

Wichai berkata bahawa dia telah berkawan baik dengan kembar tersebut yang juga merupakan jirannya sejak mereka kanak-kanak.

Beliau turut menambah bahawa "Sudah tiga tahun berturut-turut ketiga-tiga kami akan pergi untuk temujanji bersama-sama, sehingga pada satu hari apabila saya tidak dapat menanggung kekecewaan lagi dan memberitahu mereka 'Saya cintakan anda dan mahu mengahwini anda BERDUA' "

Adik-beradik kembar itu kemudiannya bersetuju dan mengakui bahawa mereka ingin berkahwin dengan lelaki yang sama.

Untuk aturan tidur, Wichai berkata, "Bagi tiga malam pertama setiap minggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga hari seterusnya bersama dengan Sirintara. Bagi setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama." webmarhaen