Pages

Showing posts with label Google. Show all posts
Showing posts with label Google. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Generasi Google hilang kreativiti

BAYLIS bimbang generasi hari ini terlalu banyak menghabiskan masa di depan komputer.
BAYLIS bimbang generasi hari ini terlalu banyak menghabiskan masa di depan komputer.
LONDON: Seorang daripada pereka cipta terkemuka Britain memberi amaran, “generasi Google” yang terlalu bergantung kepada Internet untuk sebarang maklumat berdepan kemungkinan mengalami “kematian otak.”
Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata kanak-kanak semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia bimbang generasi pereka cipta akan datang akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu.

“Namun, kanak-kanak boleh mengembalikan kemahiran penting itu jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti Meccano,” katanya.

Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli, skru dan nat.

Ia perlu digabungkan antara satu sama lain bagi membina pelbagai objek. Kata Baylis, kanak-kanak perlu diajar melakukan sesuatu dengan tangan, bukan bergantung kepada telefon bimbit atau komputer. “Memang mereka perlu menggunakan komputer dari semasa ke semasa, tetapi ada terlalu ramai yang menggunakan alat itu secara berlebihan.

“Mereka bergantung kepada carian Google dan ramai kanak-kanak akan menjadi seperti mati otak jika terlalu bergantung kepada Internet kerana mereka tidak mampu melakukan sendiri mengikut cara lama,” katanya. Mengenang semula bagaimana dia menjadi pereka cipta, Baylis berkata, dia bermula seawal usia lima atau enam tahun.


Ketika perang, katanya, dia tidak bersekolah dan sering merayau di kawasan rumahnya di Southhall, Middlesex, untuk mengumpul bahan terbuang. “Satu hari, saya bertemu seorang wanita yang menghadiahkan sekotak besar barang.

“Dalam perjalanan pulang, rasa ingin tahu mendorong saya membuka kotak berkenaan di pertengahan jalan dan mendapati ia adalah satu set besar Meccano,” katanya. - DM

Monday, October 22, 2012

Google perkenal komputer riba berharga murah

Sundar Pichai memperkenalkan komputer riba yang menggunakan perisian berasaskan Chrome dan tidak mempunyai cakera keras.- AGENSI
NEW YORK 21 Okt. - Syarikat perisian Internet popular, Google memperkenalkan komputer riba pada harga murah bagi menarik pengguna komputer tablet keluaran pesaingnya, Apple Inc. dan Microsoft.
Komputer riba yang dihasilkan dengan kerjasama Samsung itu akan dijual pada harga AS$249 (RM771.90) seunit.
Produk Google itu juga akan menggunakan perisian berasaskan Chrome.
Seperti produk komputer bimbit Google lain yang dipanggil Chromebook, komputer berkenaan tidak akan mempunyai cakera keras, sebaliknya data-data dan maklumat akan disimpan dalam pelayan internet Google.
Komputer bimbit terbaharu Google itu akan dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada minggu depan.
Naib Presiden Kanan Chrome dan Aplikasi, Google, Sundar Pichai berkata, pengenalan komputer bimbit itu membuka lembaran baru bagi syarikat itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121022/lu_06/Google-perkenal-komputer-riba-berharga-murah#ixzz2A2P3eBln
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, September 12, 2011

Kamera Google rakam wanita bogel




SEBUAH kamera Google Street View merakamkan gambar seorang wanita (dalam bulatan) berada dalam keadaan bogel di luar rumahnya di Florida.


MIAMI - Perkhidmatan Google Street View merakamkan seorang wanita yang berbogel di luar rumahnya di Florida, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu memegang sebotol air minuman semasa kelibatnya dirakamkan menerusi kamera tersebut.
Kelibat wanita tersebut dirakamkan menerusi kamera Google yang dipasang pada sebuah kereta yang melalui kawasan dekat dengan rumahnya.
Google Street View merupakan perkhidmatan yang menyediakan kemudahan kepada para pengunjung Internet untuk mengetahui sesuatu lokasi. - Agensi

Friday, December 17, 2010

Google cipta aplikasi gambar organ dalaman manusia




PENGGUNA akan dapat melihat bentuk dalaman organ manusia menerusi Google Body Browser.




NEW YORK - Enjin carian Internet, Google, sedang mencipta satu aplikasi tiga dimensi (3-D) yang membolehkan pengguna melihat anatomi tubuh manusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Dikenali sebagai Google Body Browser, aplikasi tersebut yang akan dilancarkan tidak lama lagi berfungsi seperti peta dunia Google dengan pengguna boleh melihat bahagian luaran, organ dalaman serta tulang manusia.
Pengguna boleh memanipulasi aplikasi untuk melihat gambar organ manusia.
Satu klip video pengenalan mengenai cara aplikasi tersebut berfungsi telah disiarkan di Internet baru-baru ini.


Seorang penulis blog yang menyaksikan klip video berkenaan berkata, dia teruja dengan potensinya.
"Kita dapat melihat bagaimana aplikasi ini dapat membantu pembelajaran anatomi manusia," katanya.
"Pada tahun lalu, saya dapat menggunakan satu aplikasi serupa dan ia memudahkan pelajar mempelajari sistem tulang manusia," tambah penulis blog tersebut. - Agensi

Monday, December 13, 2010

Google musnahkan komputer riba



IMEJ di laman YouTube menunjukkan komputer riba Chrome OS dirosakkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menggunakan alat pembakar roti yang dihempaskan ke arah papan kekunci komputer itu.


LOS ANGELES - Enjin carian Internet terkemuka, Google menyiarkan satu rakaman video di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan sebanyak 25 buah komputer riba Chrome OS keluarannya dirosakkan dengan pelbagai cara, lapor sebuah akhbar semalam.
Komputer riba itu dirosakkan bagi membuktikan bahawa data di dalamnya tidak akan hilang.
Antara kerosakan yang dilakukan ialah dengan melemparkan cawan kopi, terkena aiskrim dan dihempas ke dinding.
Data yang dihasilkan oleh pengguna tidak akan hilang kerana pendekatan yang diaplikasikan dalam komputer tersebut membolehkan data disimpan secara dalam talian.
Seorang pengguna YouTube menulis komen: "OK, saya faham. Saya tahu apa makna dalam talian, sila hentikan perbuatan membunuh komputer riba."
Sebahagian pengguna memuji tindakan Google menggunakan aplikasi itu walaupun keperluan sambungan Internet mungkin menjadi masalah utama. - Agensi