Pages

Showing posts with label batal. Show all posts
Showing posts with label batal. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Hakim arah Roslin fail afidavit


Faizah Mohamad (kiri) dan Muhammad Roslin Hashim.
Faizah Mohamad (kiri) dan Muhammad Roslin Hashim.


KUALA LUMPUR: Bekas isteri pertama Muhammad Roslin Hashim memfailkan permohonan dalam permohonan (interlokutori) di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam untuk membatalkan saman tuntutan ganti rugi berjumlah RM53,460 termasuk tuntutan perbelanjaan ketika berkahwin yang dikemukakan bekas pemain badminton negara itu, dua tahun lalu.

Faizah Mohamad, 34, yang diwakili peguam syarie, Mohd Amir Nazli Hussin mengemukakan permohonan itu pada 27 Mei lalu apabila Roslin, 36, dan peguam mewakilinya, Roslizam Rahim gagal hadir ke mahkamah dalam dua perbicaraan secara tertutup yang ditetapkan pada 23 dan 24 Mac 2011.

Berikutan itu, Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan memerintahkan Roslin memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Faizah itu dalam tempoh 14 hari bermula semalam dan menetapkan 6 Julai depan bagi kedua-dua pihak berhujah sebelum mahkamah memberi keputusan sama ada kes diteruskan perbicaraan atau dihentikan.
Pada 21 Oktober 2009, Roslin mengemukakan tuntutan perbelanjaan terhadap Faizah ketika merisik, antaranya cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).

Bagi perbelanjaan ketika perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080), bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500), barang hantaran (RM11,465), baju serta kasut pengantin perempuan (RM6,750).

Turut dituntut ialah khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).

Roslin dan Faizah bercerai secara talak ‘Bain Sughra’ dengan satu talak pada 12 Mei 2009 sebelum lelaki itu mengahwini Pengarah Pemasaran dan Promosi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Norhayati Othman pada 9 Julai 2009, namun perkahwinan itu juga tidak bertahan apabila mereka berpisah sebulan selepas itu.
Kes itu sebelum ini ditetapkan untuk perbicaraan dan prosiding secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah, tetapi ditangguhkan berikutan Faizah memfailkan bantahan.

Mahkamah sama menolak permohonan itu dan memerintahkan kes tuntutan ganti rugi selepas perceraian itu dibicarakan, tetapi kes itu sekali lagi tertangguh selepas Faizah memohon penangguhan bagi membolehkan notis rayuan dikemukakan terlebih dulu.
Berita Harian Online | Hakim arah Roslin fail afidavit

Wednesday, April 13, 2011

Pengasas Facebook berjaya batal saman Wingklevoss

SAN FRANCISCO 12 April - Mark Zuckerberg berjaya membatalkan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh rakan sekelasnya di Universiti Harvard yang menuduh beliau mencuri idea mereka untuk mencipta laman web terkenal, Facebook.
Rakannya Cameron dan Tyler Winklevoss yang merupakan pasangan kembar perlu menerima pampasan penyelesaian bernilai AS$65 juta (RM195 juta), berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) semalam.
Pasangan kembar itu mendakwa perjanjian tersebut tidak adil kerana Facebook menyembunyikan maklumat daripada mereka ketika itu.
''Bagaimanapun, pasangan kembar Winklevoss merupakan perunding sofistikated dibantu oleh satu pasukan peguam.
''Winklevoss bukan pihak pertama yang mencabar Zuckerberg dan kemudian mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,'' kata Hakim Alex Kozinki ketika membuat keputusan.
Peguam pasangan pasangan kembar itu tidak mengulas mengenai keputusan tersebut.
Pasangan kembar setinggi 1.96 meter itu merupakan pendayung perahu di Sukan Olimpik di Beijing pada 2008 dan kisah hidup mereka bersama Zuckerberg diceritakan dalam filem The Social Network.
Pasangan kembar itu bersama Divya Narenda menubuhkan satu syarikat dikenali sebagai ConnectU ketika di Harvard.
Mereka mendakwa Zuckerberg mencuri idea mereka, namun Facebook menyangkal dakwaan itu.
Mereka bertiga kemudian bersetuju dengan pampasan bernilai AS$65 juta, namun mereka mendakwa berdasarkan penilaian dalaman yang tidak dinyatakan oleh Facebook, mereka sepatutnya menerima lebih banyak saham Facebook sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, - Reuters