Pages

Showing posts with label curang. Show all posts
Showing posts with label curang. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Isteri curang belasah suami

KAJANG: Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki ketika ketiadaannya.
Pertanyaan itu menyebabkan wanita berusia lewat 20-an itu tiba-tiba melenting dan mencapai kaki meja yang sudah patah dan membelasah suaminya bertubi-tubi.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki berusia 31 tahun itu mempersoalkan tindakan isterinya membawa pulang seorang lelaki setiap kali ketiadaannya.

“Menyedari rahsia dirinya terbongkar, isteri mangsa cuba berdolak-dalik hingga berlaku pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu naik berang dan mencapai kaki meja di sudut rumahnya dan memukul mangsa tanpa belas kasihan,” katanya.hmetro

Monday, July 18, 2011

Isteri tukar kunci rumah diugut tetak


AMPANG: Hanya kerana isteri bertindak menukar kunci mangga jeriji rumah kondominium mereka di Bukit Indah, di sini, tanpa pengetahuannya, seorang suami sanggup memaki hamun dan mengugut mahu menetak isterinya itu dengan parang.
Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu menukar kunci pintu berkenaan selepas suaminya dipercayai tidak pulang ke rumah mereka sejak lebih enam bulan lalu.

Difahamkan, suaminya itu meninggalkan isterinya sendirian di rumah selepas dia bermain cinta dengan seorang wanita lain dan tinggal bersama wanita itu.

Malah, mangsa dikatakan mengalami tekanan perasaan berikutan tindakan suaminya yang sering memukulnya dan berlaku curang di depan mangsa tanpa segan silu sejak mereka berkahwin setahun lalu.

“Marah dengan kecurangan dan sikap tidak bertanggungjawab suaminya itu, mangsa dikatakan bertindak menukar kunci rumah mereka itu selain bimbang keselamatannya.


“Bagaimanapun, sebaik suami mangsa pulang ke rumah mereka kira-kira jam 4 petang Rabu lalu, lelaki itu gagal membuka kunci berkenaan dan tidak boleh masuk ke rumah,” katanya.

Sumber berkata, suami mangsa kemudian menghubungi isterinya itu yang sedang bekerja dan bertindak memarahi dan memaki hamun selain menyuruh mangsa pulang ke rumah membuka pintu.


“Mangsa yang sarat mengandung bimbang di apa-apakan suaminya itu enggan pulang ke rumah menyebabkan mereka bertengkar melalui telefon.

“Suami mangsa yang berang dengan tindakan itu mengugut mahu memukul dan menetak mangsa menggunakan parang,” katanya.

Menurutnya, berikutan ugutan suaminya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
myMetro | Isteri tukar kunci rumah diugut tetak

Monday, June 20, 2011

Isteri curang kaki belit


JITRA: Akibat tidak tahan sikap isterinya yang curang, seorang suami nekad menghubungi Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk menangkap teman hidupnya itu yang berdua-duaan dengan lelaki lain di sebuah hotel, di sini, pagi kelmarin.
Lebih mengejutkan, siasatan ke atas wanita berusia 29 tahun itu mendapati dia memiliki empat rekod jenayah menipu dan tujuannya menjalin hubungan intim dengan lelaki berkenaan termasuk menyewa bilik hotel dipercayai untuk menipunya.

Sumber PADKP berkata, pihaknya mendapat aduan daripada suami wanita itu yang curiga dengan tindak-tanduk isterinya selepas wanita terbabit tidak pulang ke rumah.

Menurutnya, bertindak berdasarkan laporan lelaki berusia 30-an itu, sepasukan anggota penguat kuasa PADKP membuat pemeriksaan di sebuah hotel murah, di pekan Jitra 3, di sini, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

“Sejurus kami mengetuk pintu bilik hotel yang disewa wanita terbabit, seorang lelaki berusia 29 tahun yang memakai baju-T serta berseluar pendek membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota PADKP,” katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan penguat kuasa PADKP menemui seorang wanita berbaju-T dan berseluar jeans bersembunyi dalam bilik air dan berpura-pura bersiap untuk pulang ke rumah.

“Ketika disoal siasat, wanita yang berasal dari Pauh, Perlis, itu mendakwa dia masih bujang dan menyewa di hotel berkenaan untuk sementara waktu.


“Wanita itu memberitahu dia dan lelaki yang berasal dari Padang Siding, Perlis, mengambil gambar kenangan di sebuah studio di pekan Jitra,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, selepas disoal siasat beberapa kali, wanita itu mengaku dia isteri orang.

“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya,” kata sumber itu, semalam.

Sumber itu berkata, soal siasat PADKP juga mendapati wanita terbabit baru mengenali lelaki yang menjadi pasangan khalwatnya kira-kira sebulan lalu, tetapi mengakui pernah empat kali terlanjur tanpa pengetahuan suaminya.

“Berdasarkan maklumat, wanita itu membawa pasangannya menyewa hotel berkenaan dengan motif untuk menipu dan dia terbabit dalam beberapa kes penipuan,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi berkata, pemeriksaan lanjut polis terhadap wanita terbabit mendapati dia memiliki empat rekod jenayah sejak 2004 bagi kes penipuan yang membabitkan kawasan Perlis, Alor Setar dan Changlun, tetapi sudah menjalani hukuman.
myMetro | Isteri curang kaki belit

Saturday, April 16, 2011

'Bermadu' anak sendiri

KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.

Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.


“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.


Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.

Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.

“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.

“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.

“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.myMetro | 'Bermadu' anak sendiri

Isteri lari ikut Mat Afrika

JOHOR BAHRU: Bukan sekadar memikat dan melarikan isteri seorang pemandu lori yang hamil tiga bulan, seorang pelajar ‘Awang Hitam’ didakwa berlagak sebagai suami wanita berkenaan sejak setahun lalu dan tinggal sebumbung meski pun mereka berdua tiada sebarang ikatan sah.
Lebih membimbangkan, penuntut Afrika di kolej swasta di Selangor dipercayai bukan Muslim dan sekiranya mereka bersekedudukan ia dikhuatiri menyimpang akidah wanita dan bayi yang dijangka lahir Disember lalu.

Tidak cukup dengan kejayaan melarikan wanita itu, Awang Hitam berkenaan dengan berani menghantar SMS kepada suami wanita itu mengugut mahu mengambil tindakan sekiranya masih mengganggu keluarganya.

Selain itu, Awang Hitam terbabit mendakwa suami wanita itu pernah merogol dan memukul wanita berkenaan, sebelum mengakui wanita itu kini isterinya.

Mangsa, Zakaria Hitam, 35, berkata, dia tidak sangka mahligai dibina sejak enam tahun lalu lenyap selepas isterinya, Jasnianih Japar, 31, berkenalan dengan lelaki Afrika berusia 20-an yang dipercayai menerusi rakan sekerjanya, awal tahun lalu.


“Hampir setiap hari saya melihat isteri berbalas SMS dan berbual di telefon tetapi tidak pernah menyangka ia perkara serius hingga menjadi punca kehancuran rumah tangga saya.

“Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas menghidu perbuatannya menerusi bil telefon yang mencecah ratusan ringgit sebulan.

“Saya pelik dengan perubahan isteri kerana mudah terpaut dengan kata romantis dan bentuk fizikal lelaki itu yang juga pelajar asing sebuah intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

“Selepas bersemuka, saya memberi peluang kedua dan memaafkan perbuatannya demi anak pertama di dalam kandungan yang berusia tiga bulan ketika itu,” katanya.

Zakaria berkata, isterinya hanya berubah buat seketika sebelum menjalin semula hubungan dengan lelaki berkenaan dan nekad menghilangkan diri dengan membawa pakaian dari rumah mereka di Taman Tampoi Utama, 20 Mac tahun lalu.


Selain itu, katanya, isterinya yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta di Kempas juga memohon cuti selama sebulan daripada majikan dengan alasan mahu berehat.


“Hati saya tersinggung dengan perbuatan isteri yang sanggup memburukkan nama saya di kalangan rakan sekerjanya sebelum menghilangkan diri.


“Selepas setahun saya berusaha mencari isteri, pada 24 Mac lalu saya menerima SMS daripada lelaki Afrika berkenaan yang mengakui dirinya sebagai Kenneth serta mengugut mahu membuat laporan polis dan mendakwa saya mengganggu isteri dan pernah merogolnya,” katanya.


Menurutnya, selain itu lelaki berkenaan menghantar 20 SMS termasuk dakwaan menyatakan dia berkahwin dengan wanita itu dan mereka kini hidup berkeluarga.


Katanya, berikutan kejadian itu, dia membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika berkenaan yang memporak-perandakan rumah tangganya di Balai Polis Skudai pada 28 Mac lalu (Isnin lalu).


“Dia datang ke sini menggunakan pas pelajar sepatutnya menuntut ilmu dan bukannya mengganggu rumah tangga orang lain. Selain polis, saya membuat laporan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ), namun hingga kini masih tiada sebarang maklumat diberikan,” katanya.


“Selain isteri, saya tidak tahu nasib zuriat sama ada isteri selamat melahirkannya kerana anak sepatutnya dilahirkan Disember tahun lalu.


“Saya bukan saja bimbang isteri dipergunakan untuk kesenangan lelaki Afrika berkenaan, malah anak dan isteri mungkin terjebak dengan ajaran bukan Islam.


“Berikutan itu, saya memohon dan merayu pihak berkuasa menyiasat perkara ini sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadap anak mahupun isteri,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Jasnianih diminta menghubungi talian 019-7400116.myMetro | Isteri lari ikut Mat Afrika

Saturday, April 9, 2011

Wanita Aceh pengsan disebat



IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.
Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.
Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.
"Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi
Kosmo! Online - Negara

Saturday, October 2, 2010

Laman web untuk si curang




NOEL BIDERMAN


LONDON - Satu laman web yang menggalakkan suami berlaku curang kini telah melanda Britain, lapor akhbar The Sun semalam.
Sebelum ini laman web itu, ashleymadison.com. telah mempunyai tujuh juta ahli di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia.
Pemilik laman web itu, Noel Biderman yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berharap, seramai sejuta orang di Britain diharap akan mendaftar menjadi ahli menjelang Krimas tahun ini.
Menurut Biderman: "Ashleymadison seperti satu laman temu janji tradisional tetapi ia hanya untuk orang yang telah mempunyai hubungan (dengan isteri atau kekasih)."
Dia berkata, lelaki yang mahu menipu pasangan mereka kini menggunakan laman tradisional seperti Facebook dan match.comtetapi menyembunyikan fakwa bahawa mereka sudah berkahwin.
"Penyelidikan saya menunjukkan 30 peratus daripada mereka menanggalkan cincin perkahwinan apabila menggunakan talian (Internet)," katanya.
"Justeru, saya tidak mewujudkan kecurangan tetapi saya mendapati saya boleh menggunakannya dengan menjauhkan orang dari laman temu janji tradisional dan membiarkan mereka mengetahui bahawa terdapat komuniti lain yang membolehkan kedua-dua pihak menjadi lebih jujur dengan apa yang mereka lakukan," tambahnya.
Laman itu yang mengggunakan slogan Hidup Ini Singkat telah mendapat liputan di AS dan rangkaian televisyen termasuk CNN danFox News.
Anggota-anggota laman itu dikenakan bayaran £49 (RM239) dan mereka boleh saling menghantar e-mel, bersembang di Internet, memasuki bilik tidur maya dan menghantar hadiah maya. - Agensi

Wednesday, August 18, 2010

Isteri bunuh suami jutawan kerana curang


SURREY - Seorang isteri di Britain sanggup membunuh suaminya yang merupakan jutawan dan peminat kereta Ferrari dengan sebuah tukul, menurut sumber seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.
Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun, Sally Challen dilaporkan menjerit: "Saya tidak dapat hidup dengan anda dan saya tidak dapat hidup tanpa mu." Dia kemudian memukul suaminya, Richard bertubi-tubi di rumah mereka yang berharga £1 juta (RM4.9 juta) di sini, England pada Ahad lepas.
Dia kemudian menelefon seorang sepupunya sebelum memandu sejauh 112 kilometer ke sebuah bukit yang terkenal sebagai lokasi bunuh diri dan mengancam untuk membunuh diri. Beberapa anggota polis pergi ke bukit itu selepas mendapat maklumat daripada sepupu wanita tersebut. Anggota-anggota polis berjaya memujuk ibu dua anak itu supaya menyerah diri.
Semasa berdepan dengan pihak polis, Sally mengaku melakukan pembunuhan tersebut. Polis seterusnya memecah masuk kediaman pasangan itu dan menemui mayat Richard sejurus selepas pukul 1 tengah hari waktu tempatan pada Ahad lepas.
Beberapa jiran pasangan itu memberitahu, perkahwinan mereka selama 31 tahun retak pada tahun lalu kerana Richard yang merupakan seorang ahli perniagaan menjalin hubungan sulit dengan beberapa wanita dan kerap mengunjungi pelacur.
Sally dan Richard makan malam romantik pada malam Sabtu lepas untuk cuba menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi wanita itu mengamuk pada keesokan harinya apabila mengetahui suaminya yang berusia 61 tahun masih curang.
Wanita itu yang memiliki dua anak, masing-masing dalam lingkungan usia 20-an, akan didakwa kerana membunuh. - Agensi

Sunday, July 25, 2010

Isteri curang bijak simpan rahsia




WANITA bijak menyimpan rahsia hinggalah kecurangan mereka terbongkar.

KISAH isteri curang atau suami menangkap isteri berkhalwat dengan lelaki lain semakin kerap dilaporkan media kebelakangan ini.
Kes terbaru berlaku di Kuantan, Pahang, 5 Julai lalu. Seorang suami, dikenali sebagai Muhammad yang mengesyaki isterinya bermain kayu tiga bertindak memasang perangkap dengan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Menurut Muhammad, pada mulanya beliau tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu sibuk dengan perniagaan butiknya.
Namun, saya sendiri yang menangkapnya ketika dia berdua-duaan dengan seorang lelaki lain di sebuah bilik sewa yang terletak di atas sebuah restoran, cerita beliau.
Bagi Halim (bukan nama sebenar) pula, dia tidak menyangka isterinya Halimah (nama samaran) yang berperwatakan baik sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
Sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikit pun saya meragui kesetiaannya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka, katanya dalam ruangan forum Internet.
Halim memberitahu, ketika dia bersusah payah membangunkan perniagaan, Halimah merupakan menjadi sumber inspirasinya.
Isterinya juga melayannya dengan penuh kasih sayang dan rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ada juga rakan memberitahu Halim mereka pernah melihat Halimah bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak diendahkan Halim.
Pada suatu hari, kereta yang dipandu Halim rosak dan beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil sebuah lagi keretanya.
Di rumah, Halim terkejut besar melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang. Dengan segala kudrat, Halim mengejar lelaki itu dan berjaya menangkapnya.
Meningkat
Tetapi apa yang menyedihkan, Halim mendapati isterinya berada dalam keadaan kusut dan memakai baju tidur tanpa coli di ruang tamu. Mereka berdua akhirnya bercerai.
Menurut seorang peguam syarie, Musa Awang, kes perceraian akibat isteri curang seperti yang dilalui Muhammad dan Halim itu meningkat 20 peratus setiap tahun.
Perkara ini cukup serius terutama bagi pasangan suami isteri yang menetap di bandar besar. Saya berpendapat antara puncanya ialah isteri banyak menghabiskan masa di tempat kerja.
Mereka kurang bersama suami dan jika ada masalah rumah tangga, mereka akan berkongsi dengan orang ketiga yang suka mengambil kesempatan, katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan kes cerai di mahkamah syariah.
Beliau berpendapat, perkara-perkara itu boleh menyebabkan hubungan suami dan isteri renggang, bergaduh dan akhirnya memilih cerai sebagai jalan untuk keluar daripada konflik rumah tangga.
Musa tidak menyalahkan isteri seratus peratus. Suami juga, katanya, mungkin menjadi punca isteri curang, misalnya suami tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin.
Selain itu, suami sendiri mungkin curang terlebih dahulu hingga menyebabkan isteri beralih cinta kepada orang lain. Begitu juga jika suami berpoligami tanpa kebenaran, berperwatakan kasar dan suka memukul isteri, terang beliau.
Musa memberitahu, dalam keadaan itu, perceraian dianggap penyelesaian terbaik.
Bagi Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWM), Linda Jamaluddin, masalah bermula apabila si isteri mengadu kepada orang lain yang tidak berkaitan.
Katanya, wanita lebih terdorong untuk berjumpa teman sepejabat atau jiran-jiran untuk meluahkan perasaan.
Cinta sepejabat
Daripada situlah timbul perasaan kasihan lebih-lebih lagi kawan lelaki hingga membibitkan cinta terlarang, katanya.
Linda berpendapat kecurangan berlaku disebabkan masalah komunikasi dalam rumah tangga. Suami tidak memahami isteri dan begitulah sebaliknya. Faktor lain ialah suami tidak mahu berkongsi kerja dan tugas menguruskan rumah tangga.

MEDIA akhir-akhir ini kerap melaporkan kisah suami menangkap isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain.

Kesilapan paling utama adalah apabila suami atau isteri berkongsi masalah rumah tangga dengan orang lain hingga menimbulkan masalah lain khususnya curang, hujah beliau.
Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali memberitahu, kecurangan merupakan salah satu punca perceraian di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan angka yang tepat berhubung kes cerai yang melibatkan isteri curang.
Kes cerai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ialah sebanyak 15 hingga 18 peratus berbanding jumlah perkahwinan yang didaftarkan setiap tahun, katanya.
Che Mat memberitahu, faktor kewangan suami yang tidak stabil selain cabaran kehidupan di bandar besar juga boleh mengakibatkan isteri curang.
Dahulu, rata-rata isteri menjadi suri rumah tetapi kini kebanyakan mereka bekerja. Pergaulan di pejabat juga menjadi sebab isteri bermain kayu tiga selain waktu yang singkat bersama suami sendiri.
Lagipun tempoh perkahwinan selama satu hingga lima tahun merupakan tempoh yang kritikal dan pasangan suami isteri yang dapat menghadapinya dengan baik mungkin perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat, katanya.
Pakar psikologi, Dr. Suradi Salim pula berpandangan manusia sebenarnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Manusia bukan malaikat. Seperti curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukannya, katanya. Namun, menurut Suradi lelaki lebih cenderung bersikap curang kerana sikap ego mereka.
Wanita dikenali dengan kesetiaan tetapi lebih berbahaya kerana mereka bijak menyimpan kecurangan mereka, terang beliau.
kredit : kosmo.com.my

Saturday, May 8, 2010

Wartawan digoda suami curang



LUCIE VAN DEN BERG


SYDNEY - Seorang wartawan Australia, Lucie Van Den Berg membongkar kisah rahsia ramai suami di negara itu sanggup curang dengan melayari laman web dirinya yang menyamar sebagai wanita kesepian, lapor sebuah akhbar semalam.
Dengan memakai nama samaran Sally Anne, wartawan akhbar Daily Telegraph itu berjaya mereka laman web sendiri dikenali sebagai Sexy Sally khusus disasarkan untuk lelaki berkahwin yang berhasrat untuk menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Antara pengirim itu ialah seorang lelaki yang menggunakan nama Chancer2 dari Melbourne yang mendakwa berusia 33 tahun dan berkata, dia memang suami yang curang dengan memberi alasan bahawa isterinya itu selalu kepenatan dan sering tidur.
Wartawan tersebut mendapati, ramai lelaki yang berkahwin itu sanggup menipu isteri kerana mendakwa kononnya kurang kepuasan ketika mengadakan hubungan seks menyebabkan mereka mencari sumber alternatif di laman web.
Menerusi penyamaran tersebut, wartawan itu terkejut kerana ramai lelaki terbabit sanggup berjaga lewat malam semata-mata untuk melayari beberapa laman web temu janji cinta menerusi Internet ketika isteri mereka sedang tidur. - Agensi

Wednesday, April 28, 2010

Bagaimana Cara Menghindarkan Suami dan Isteri dari Curang



1) Selalu Berpenampilan Menarik
Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.
Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.
2) Kehidupan Seks Yang Sihat
Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.
3) Persamaan
Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.
4) Waspada
Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.
5) Waktu Hanya Berdua
Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
6) Mencari Kaunselor
Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?
7) Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.
8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan
Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.
~ source: serikasih.blogspot ~

Thursday, April 15, 2010

Isteri curang



Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Pembalasan Isteri Curang



Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya,

Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi

wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Razali sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Razali sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Razali itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.
Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Razali menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Razali, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Razali dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Razali.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Razali akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Razali. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Razali terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Razali menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu.

Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.
Sejak Normah meninggalkannya, hidup Razali tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur , tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Razali belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Razali juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Razali ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Razali mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Razali yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.
Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Razali. Tambahan pula Razali mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awk di sana !” kata Razali menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana , bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Razali, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh

barang-barang. Sementara Razali tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Razali meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Razali tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut

Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua. “Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan ? Nak jadikan aku pak sanggup?” Razali melepaskan paku buah keras.

“Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah

menghabiskan cakap, Razali memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Razali menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Razali tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Razali buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal.. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik.. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana ,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya..

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya? ” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni.. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung. “Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu. “Yang sudah tu sudahlah Zali, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik,
mengandung.. .suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Razali melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Razali tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Razali supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya baca ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Razali
sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya
tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.
Sampailah hari Normah di bedah , Razali langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka.

Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.
Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Razali dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.
Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak
nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi
sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.
Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Razali. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri..

Haji Shafie sekali lagi menemui saya. “Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat airmata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Razali,” kata saya. Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Razali bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti
terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.
” Sudahlah Zali, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya, ” kata saya semasa Razali hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Razali datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.
“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar
dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat
tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat
membantu. “Yalah…”jawab Razali perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.
Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Razali semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Zali, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Razali.
Seminggu kemudian Razali datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Razali memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”
“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”
Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik
dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”
“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.” “Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Cukup menginsafkan, kan ? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain.

Wallahualam