Pages

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Arab Mesir benci Ramadan Mubarak

Ucapan sambut puasa cetus pelbagai pandangan rakyat terhadap bekas presiden disingkir
KAHERAH: Ketika umat Islam menjalani ibadat puasa bulan Ramadan, ada banyak ucapan ‘Ramadan Mubarak’ disebut. Pada hakikatnya, ia adalah ucapan tradisi di seluruh negara yang menjadi topik biasa Mesir dalam Twitter kerana menganggapnya ada kaitan dengan bekas Presiden Hosni Mubarak.Namun ketika beberapa orang menuding dalam laman mikro blog itu, frasa itu mempunyai kesan berbeza terhadap kebangkitan rakyat yang mengakibatkan pengunduran ketika pemberontakan Arab - namanya dan perkataan ‘berkat’ seperti cadangan terjemahan, pada hakikatnya sama makna.
“Jangan sebut Ramadan Mubarak kepada rakan Mesir anda, mereka benci dengan nama itu. Sebaliknya gunakan ucapan Ramadan Kareem,” kata pakar Asia Barat Turki Ufuk Ulutas menasihatkan, antara lain menyokong cadangan Jenan Moussa dari televisyen Al Aan.
Tulisan Twitter Gaza Youth Break Out menawarkan panduan sama: “Saya benci mengingati Mubarak, katakan Ramadan Kareem. Syukur tiada lagi pemimpin Arab lain digelar kareem.Mungkin semua ini menjelaskan mengapa Presiden Barack Obama memberi ucapan kepada umat Islam seluruh dunia satu ‘bulan diberkati’ dalam bahasa Inggeris dan ‘Ramadan Kareem’ dalam bahasa Arab.Anda akan fikir mereka akhirnya menganggap Mubarak sebagai ucapan biasa yang tiada kena mengena dengan mereka,” beliau menulis.Ramadan Mubarak seperti pada 2010. Kini kita mengucapkan Ramadan Tantawi,” tulis aktivis Mesir Hussein Allam, sebagai rujukan kepada Mohamed Hussein Tantawi, ketua majlis pemerintah Mesir.Tampar diri anda jika anda fikir Ramadan Mubarak merujuk kepada anak lelaki Hosni Mubarak,” kata penulis blog Kenya, Gidi O Gidi.Namun, tidak semua orang geli hati. “Saya, secara serius tidak akan mengikuti sesiapa yang menulis jenaka menghina mengenai Ramadan ‘Mubarak’ dan Eid ‘Mubarak’,” pengguna Twitter Mesir @sselhelw memberi amaran.Hari pertama Ramadan, pada hakikatnya agak tegang di Mesir. Sehari selepas satu gabungan parti politik dan aktivis pro-demokrasi mengumumkan mereka menunda bantahan di Dataran Tahrir dan akan mengadakannya semula selepas Ramadan. – Agensi bharian

Monday, August 1, 2011

Dunia Islam tegang sambut Ramadan

pix_gal0
Pertumpahan darah akibat keganasan, konflik dalaman 

MAKKAH: Umat Islam di seluruh dunia memulakan hari pertama menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini di dalam pelbagai suasana, dengan tunjuk perasaan, bantahan dan peperangan masih berterusan di beberapa buah negara.
Pada masa sama, kumpulan aktivis dan laman web berita Islamonline meramalkan tunjuk perasaan untuk mendesak pemulihan sistem demokrasi di sesetengah negara Islam semakin meningkat menjelang 10 hari terakhir bulan yang dianggap paling mulia di dalam kalendar Islam itu.
Di GHAZNI (Afghanistan) sekurang-kurangnya 10 pengawal dari sebuah syarikat keselamatan persendirian terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah konvoi yang membawa bekalan untuk tentera asing semalam. 

Jurucakap di pejabat gabenor wilayah, Maroof Ayubi, berkata pertempuran berlaku selepas konvoi terbabit diserang hendap kumpulan pemisah bersenjata di sini. 

Sementara itu, dalam satu serangan bunuh diri di luar ibu pejabat polis di bandar Lashkar Gah menyebabkan 12 anggota keselamatan dan seorang kanak-kanak terbunuh. 

Di HAMA (Syria) seramai 95 orang terbunuh apabila pasukan tentera menyerang penunjuk perasaan di bandaraya Hama di tengah, Syria, semalam. 
“Tentera dan anggota keselamatan memasuki Hama pagi ini dan melepaskan tembakan ke atas orang awam, menyebabkan ramai terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera,” kata aktivis kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman. 

Beliau berkata, lebih 1,500 orang awam dan 360 anggota keselamatan terbunuh, manakala 12,000 orang ditahan dan beribu-ribu lagi melarikan diri ke Turki sejak tunjuk perasaan tercetus di Syria pertengahan Mac lalu. 

Di XINJIANG (China) 10 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam serangan dilakukan dua lelaki etnik Uighur, menggunakan pisau di wilayah ini yang dilanda masalah ketegangan kaum. 

Laman web kerajaan tianshannet.com melaporkan, dua suspek merampas trak yang sedang berhenti di lampu isyarat di sebuah pasar di Kashgar dan membunuh pemandunya. Dalam serangan kedua, 10 lagi maut dan empat ditembak mati polis. 

Jurucakap kerajaan, Hou Hanmin, berkata dalam kejadian itu, seorang daripada penyerang berjaya dibunuh, manakala seorang lagi ditahan tidak lama kemudian. Punca serangan masih disiasat. 

Di ADEN (Yaman) sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dalam keganasan di Zinjibar yang kini dikuasai kumpulan al-Qaeda, kata tentera dan pihak berkuasa tempatan. 

Seorang pegawai tentera berkata, seramai 11 orang termasuk pegawai kanan tentera, terbunuh dalam pertempuran dengan militan di Dofas, 15 kilometer ke selatan Zinjibar. 

“Anggota kumpulan al-Qaeda yang berkubu di Dofas, menyerang tentera menggunakan mesingan semalam, menyebabkan dua pegawai dan empat askar terbunuh. Seramai sembilan orang lagi cedera dalam serangan itu,” katanya. 

Di RABAT (Maghribi) Raja Mohammed VI mengarahkan sempadan negara itu dengan Algeria dibuka semula dan meminta pilihan raya diadakan apabila 98 peratus rakyat bersetuju dengan pembaharuan politik yang disokong beliau.

Keadaan di Maghribi secara keseluruhannya dilaporkan tegang, manakala penunjuk perasaan meningkatkan desakan supaya proses pembaharuan di negara itu dilaksanakan dengan segera. 

Di ABUJA, kerajaan Nigeria akan mengadakan perbincangan terbuka dengan kumpulan Islam berikutan beberapa kejadian letupan bom dan tembakan di timur laut negara itu, kata satu kenyataan kerajaan semalam. 

Kenyataan itu menyebut, Presiden Goodluck Jonathan sudah menamakan tujuh anggota jawatankuasa yang akan menghadiri perbincangan termasuk menteri pertahanan, menteri buruh dan menteri Ibu Negara Persekutuan. 

Jawatankuasa itu akan mengadakan rundingan dengan puak Islam Boko Haram dan memastikan pasukan keselamatan yang pernah melancarkan kekerasan ke atas kumpulan itu bersikap lebih profesional pada masa depan. – AFP 
http://www.bharian.com.my

Wednesday, June 29, 2011

Ramadan mulai 1 Ogos

DUBAI: Umat Islam akan mula berpuasa sempena Ramadan pada 1 Ogos depan, kata ahli astronomi terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ebrahim Al Jarwan, pakar astronomi Sharjah berkata ‘hilal’ (anak bulan) Ramadan dijangka akan terbit pada 30 Julai dan berakhir pada 31 Julai.

“Ia kemudian akan terbentuk kira-kira 21 jam dan 23 minit selepas itu, sukar untuk melihat anak bulan dari UAE tetapi Ramadan akan bermula pada 1 Ogos,” katanya.
Ebrahim berkata, Ramadan pada tahun ini akan disambut umat Islam genap 30 hari.

“Ini bermakna Aidil Fitri akan disambut pada 31 Ogos,” katanya.

Kebiasaannya sepanjang bulan Ramadan, semua restoran di UAE dan negara Teluk lain akan ditutup pada waktu siang dan semua penduduk tanpa mengira agama dilarang makan dan minum di khalayak umum.

Sementara itu, purata suhu maksimum sepanjang bulan Ramadan di negara itu dijangka di antara 38 hingga 42 darjah Celsius. – Agensi
Berita Harian Online | Ramadan mulai 1 Ogos