Pages

Friday, January 21, 2011

Otak milik pendakwah



SEBERANG PRAI - Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.

Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Mas­jid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.
Othman Hassan (gambar), 67, yang mengaku piut Allahyarham berkata, selepas bermastautin di sini kira-kira lima tahun, Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat.

“Masjid berkenaan dibina daripada kayu hutan dan menjadi tumpuan pedagang sebelum diubah suai penduduk selepas beberapa tahun kemudian,” katanya.

Othman berkata, Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.

“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak," katanya.
Othman berkata, Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Beliau berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai tiga anak. Sebelum meninggal dunia sekitar tahun 1940-an beliau dikatakan berwasiat agar dikebumikan bersebelahan masjid kerana ingin ‘melihat’ masjid itu terus diimarahkan sepanjang masa.
Othman berkata, beliau meminta maaf jika terdapat kesilapan dari segi fakta kerana beliau hanya menceritakan apa yang didengarinya daripada waris yang terdahulu.

Padang pasir dilitupi salji





2011/01/21

PENDUDUK mengambil kesempatan bermain salji  di Tabuk, utara     Arab Saudi.
PENDUDUK mengambil kesempatan bermain salji di Tabuk, utara Arab Saudi.


Amaran berjaga-jaga di Tabuk 

RIYADH: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Tabuk, utara Arab Saudi berikutan salji turun sejak Isnin lalu di wilayah itu.
Pengarah jabatan itu di Tabuk, Sulaiman Al-Huwaiti, berkata rondaan keselamatan sudah dikerahkan di wilayah utara itu untuk memeriksa ketebalan salji.
Beliau menggesa pemandu kenderaan mematuhi had kelajuan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. 

Bulan Sabit Merah Arab Saudi juga sudah mengerahkan pasukannya ke kawasan bukit Allouz dan Alqan di wilayah itu yang jarang sekali ditimpa salji tebal. 

Tabuk mempunyai iklim padang pasir dengan musim panas yang bersuhu tinggi (27-46 celsius) dan musim sejuk yang bersuhu sederhana (4-18 celsius). 

Salji bukanlah asing di wilayah itu yang menyaksikannya turun setiap tiga atau empat tahun. 
Ketua Alam Sekitar dan Meteorologi berkata, suhu minimum di Tabuk diramal di bawah 0 darjah celsius. 

Sementara itu, di Riyadh, Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengumumkan penutupan sekolah di ibu kota itu kelmarin berikutan hujan lebat sejak Selasa. 

Penduduk terus terkurung di dalam rumah masing-masing di ibu negara Riyadh, terutama di wilayah Timur, Tabuk, Assir dan Baha. 

Keadaan cuaca turut menjejaskan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Syarikat elektrik terpaksa menutup bekalan kuasa untuk mengelakkan kemalangan maut. 

Pengarah kawalan di Jabatan Lalu lintas Riyadh, Mejar Hassan Al Hassan, berkata jabatan terbabit mencatatkan sejumlah 402 laporan kemalangan berikutan hujan lebat dan keadaan jarak pandangan yang rendah. 

Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. 

Al Hassan berkata, bilik operasi jabatan terbabit menerima sejumlah 1,373 laporan meminta bantuan lalu lintas dan 613 panggilan untuk perkhidmatan umum. 

Beliau berkata, pengawal lalu lintas mendapati banjir di 60 lokasi sambil menambah bahawa pihak berkuasa perbandaran dimaklumkan untuk mengepam air keluar. – Agensi 

Bapa jaguh F1 terlupa lokasi kereta sport Ferrari miliknya




KERETA Ferrari milik John Button yang ditemui tidak jauh dari hotel penginapannya di Riveria, Itali baru-baru ini.


ROM, Itali - John Button, 65, yang merupakan bapa pelumba kereta Formula Satu (F1), Jenson Button (gambar) malu besar kerana dia lupa lokasi kereta Ferrari bernilai AS$239,397 (RM730,998) diletakkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya, dia membuat laporan polis bahawa keretanya itu telah hilang.
Dia memberitahu polis, kereta itu diletakkan di luar sebuah hotel di Riveria.
Namun, jurucakap polis berkata, kereta sport itu ditemui diletakkan berdekatan hotel tersebut tanpa mengalami sebarang kerosakan baru-baru ini.
"Namun, pada hari keesokannya, polis peronda kami telah menemui kenderaan itu yang terletak lebih kurang satu kilometer di tepi laut dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan pada kunci atau cermin depan kereta," kata seorang jurucakap polis.
Polis kemudian mengesyaki John terlupa lokasi kereta itu diletakkan.
Kereta itu dikembalikan kepada John selepas ia diangkut dengan menggunakan sebuah trak pengangkut. - Agensi

Wang simpanan rahsia suri rumah Jepun merosot



TOKYO - Satu kajian yang dikeluarkan semalam oleh sebuah syarikat insurans Jepun, Sompo Japan Insurance Inc. menunjukkan simpanan rahsia suri rumah di Jepun jatuh pada tahun lepas kerana mereka perlu mengimbangi pendapatan isi rumah.
Kajian itu mengatakan wang ringgit dan pelaburan suri rumah yang disimpan secara rahsia tanpa memberitahu suami mereka secara purata hanya sebanyak AS$37,520 (RM114,567) pada tahun lalu.
Angka itu merupakan paras yang terendah sejak 2007. Kajian itu melibatkan 500 orang suri rumah di seluruh negara dengan purata umur 39.7 tahun.
Simpanan tanpa memberitahu suami itu merupakan amalan biasa di Jepun.
Di Jepun, wanita yang telah berkahwin cenderung menjadi suri rumah untuk menjaga keperluan domestik keluarga dan mengambil sebahagian kecil gaji suami mereka sahaja.
Namun, ramai wanita yang ditemui dalam kajian itu menyatakan mereka menggunakan wang itu untuk membayar bil utiliti pada tahun lepas memandangkan pendapatan keluarga serta pemberian bonus jatuh kerana ekonomi Jepun terjejas. - AFP

Wanita tunjukkan ciri kewanitaan mudah naik pangkat



RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian yang dilakukan para penyelidik Universiti George Mason di Virginia mendapati wanita yang menunjukkan ciri-ciri kewanitaan mudah dinaikkan pangkat, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian itu melibatkan personaliti 80 orang remaja lelaki dan wanita selepas lapan tahun mereka belajar dalam bidang sarjana pentadbiran perniagaan di universiti tersebut.
Para penyelidik itu mendapati wanita yang lebih bersifat kewanitaan mudah dinaikkan pangkat berbanding wanita yang bersikap agresif.
Menurut kajian itu, pengurus wanita yang mengawal diri mereka dengan baik lebih mudah dinaikkan pangkat.
Kajian itu diterbitkan oleh jurnal British Psychological Society. - Agensi

Penari gelek menangis isu Perdana Menteri Itali



KARIMA EL MAHROUG


MILAN - Seorang penari gelek, Karima El Mahroug berusia 18 tahun menangis semasa dia diwawancara oleh sebuah stesen televisyen berhubung skandal seks Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang semakin 'panas', lapor sebuah akhbar semalam.
Karima membuat pengakuan dalam temu ramah itu bahawa Berlusconi tidak pernah menyentuhnya walaupun terdapat dakwaan bahawa dia pernah memberitahu seorang rakan bahawa mereka pernah melakukan hubungan seks.
Sebelum ini seorang rakan Karima, Caterina Pasquino berkata, penari gelek itu memberitahunya bahawa mereka makan bersama, menari dan melakukan hubungan seks selain menerima wang dengan nilai besar daripada Berlusconi.
Namun, dalam temu ramah itu, Karima tidak bermalam di rumah perdana menteri tersebut dan beliau dibantu tanpa Berlusconi meminta balasan.
Karima menangis semasa menegaskan bahawa dia bukannya seorang gadis teman sosial dan memberitahu dia dirogol oleh bapa saudaranya semasa berumur sembilan tahun.
"Semasa saya berumur 12 tahun, bapa saya menuangkan minyak panas pada tubuhnya apabila saya memberitahunya saya memeluk agama Kristian dan saya masih mempunyai parut di kepada dan bahu saya," kata Karima.
Dia turut menafikan meminta wang sebanyak lima juta euro (RM20.57 juta) daripada Berlusconi untuk menutup mulut berhubung skandalnya dengan perdana menteri tersebut.
Berlusconi kini disiasat berhubung skandal seksnya dengan Karima semasa dia berumur 17 tahun oleh pihak pendakwa raya Milan.
- Agensi

Katy Perry promosi siri jelajah di pejabat Facebook



MARK ZUCKERBERG dan Katy Perry bergambar di ibu pejabat Facebook di Palo Alto, California semalam.


LOS ANGELES – Penyanyi lagu Firework, Katy Perry melawat pejabat laman sosial popular Facebook dan berkesempatan bertemu dengan pengasasnya, Mark Zuckerberg, lapor sebuah akhbar semalam.
Perry, 25, melawat pejabat itu di Palo Alto semalam untuk muncul di video langsung Facebook Live bagi menghebahkan mengenai siri jelajah terbarunya.
Gambar yang dirakamkan antara Perry dan Zuckerberg di pejabat Facebook itu dimuat naik oleh pengguna laman sosial Twitter yang mengandungi mesej: “Ya, hanya lepak di pejabat Facebook bersama CEOnya (Ketua Pegawai Eksekutif). Saya suka dia (Zuckerberg).”
Ditanya mengapa menggunakan Facebook sebagai platform untuknya membuat pengumuman, sambil bergurau Perry memberitahu: “Facebook bagaikan sebuah kerajaan.”
Penyanyi itu yang mempunyai 17 juta peminat di Facebook bekerjasama dengan syarikat laman sosial itu untuk siri jelajah California Dreams di Amerika Syarikat dan Kanada pada 7 Jun ini. – Agensi

Bursa Saham Dhaka cipta kejatuhan terpantas




BEBERAPA anggota polis menyuraikan penunjuk perasaan di depan bangunan Bursa Saham Dhaka di Bangladesh semalam.


DHAKA – Pihak berkuasa perdagangan saham di Bangladesh menghentikan dagangan di Bursa Saham Dhaka semalam selepas indeksnya jatuh 8.6 peratus dalam tempoh enam minit.
Penurunan itu merupakan yang terpantas dalam sejarah bursa tersebut.
Indeks bursa itu jatuh kepada 6,313.62 mata selepas dagangan bermula di Bursa Saham Dhaka pada pukul 1 petang waktu tempatan.
Ia merupakan penangguhan kali keempat dalam tempoh 10 hari.
Ekoran penangguhan itu, sejumlah pelabur kecil mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan bursa saham tersebut.
Pihak polis terpaksa bertindak dengan menyuraikan para penunjuk perasaan itu.
“Para penunjuk perasaan berkumpul di depan pejabat bursa saham itu tetapi kami berusaha untuk menyuraikan mereka,” kata seorang pegawai polis, Abdul Momin.
Kelmarin, dagangan turut dihentikan apabila indeks jatuh 225 mata atau 3.2 peratus sekali gus mencetuskan pertempuran di antara polis dan ribuan penunjuk perasaan.
Kebanyakan pelabur kecil membuat pinjaman untuk membeli saham di bursa tersebut. – AFP

Manfaat Sedekah di Dunia dan Akhirat


Sedekah yang dikeluarkan, baik banyak maupun sedikit akan mendapatkan ganjaran mulia baik ketika di dunia lebih-lebih di akhirat. Diantara manfaatnya di dunia.

Pertama, Membersihkan harta. Rasul bersabda, “Lindungi harta kamu dengan zakat, ubati sakitmu dengan sedekah, dan hadapi gelombang hidup dengan tawadhu kepada Allah dan doa.“ (Al Baihaqi).
Kedua, Membersihkan-badan.“Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan mensucikan mereka“ (Taubah 103). 
Ketiga, Menolak bencana dan penyakit. Rasul bersabda “Obatilah orang sakit di antara kalian dengan bersedekah.“ (HR.Baihaqi).


Hadist lain, Rasul menegaskan “Sedekah akan menutup tujuh puluh pintu keburukan“ (HR.Thabrani ). Tutur Ibnul Qayyim, “Sedekah mempunyai pengaruh yang luar biasa dalam menolak bencana, meskipun berasal dari orang yang suka berbuat maksiat atau kezaliman, bahkan dari seorang kafir sekalipun. Hal ini diketahui oleh semua orang. Mereka semua mengakuinya karena telah mencobanya.“
Keempat, Memberikan kegembiraan kepada orang-orang miskin dan meringankan kesusahan mereka. Rasul bersabda “Amal yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau masukkan dalam hati seorang Muslim, menghilangkan kesusahannya, melunasi utangnya, atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu hajat lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid ini selama sebulan.“ Sebagian ulama menyatakan, “Sedekah merupakan sarana pendekatan diri kepada Allah Ta’ala yang paling utama. Sedekah lebih utama daripada jihad, terlebih bersedekah di saat paceklik melanda,apalagi bersedekah kepada keluarga dan kerabat. Sedekah juga lebih utama daripada haji, karena haji bersifat individual, sedangkaan sedekah bersifat sosial.”


Kelima, Mendatangkan keberkahan harta dan kelapangan rezeki. “Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya.“ (Saba 39). 
Keenam, Mengundang rezeki. Setiap pagi malaikat berdoa, “Ya Allah berikan ganti kepada orang yang berinfak.“ Rasul bersabda “Undanglah rezeki kalian dengan bersedekah.“ Nabi memberi nasehat kepada Bilal, salah seorang sahabat yang tergolong miskin. “Nafkahkanlah, wahai Bilal, dan jangan takut dikurangi oleh Penguasa Arsy“ (HR.Al Bazzar). “Nafkahkanlah, maka Allah memberi nafkah kepadamu“ (HR.Thabrani). Juga dalam hadis lain Rasul menerangkan, “Sedekah tidak mengurangi harta. Tidaklah Allah menambah kepada seorang hamba dengan ampunan, melainkan kemuliaan. Dan tidaklah seseorang bertawadhu karena Allah, melainkan Dia meninggikan derajatnya“ (HR.Muslim).


Ketujuh, Menjadi orang yang beruntung. Allah berfirman “Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya,mereka itulah orang-orang yang beruntung“ (Al Hasyr 9). Rassul SAW bersabda “Memberi sedekah, menganjurkan kebaikan, berbaktti kepada orang tua, dan silaturrahmi dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan,menambah berkah umur, dan menolak kejahatan“ (HR.Abu Na’im). edelapan, Menolak kematian yang buruk. asul bersabda “ Sedekah itu dapat meredam murka Rabb dan menolak kematian yang buruk(HR.Tirmizi).


Manfaatnya di akhirat,antara lain. Pertama, Meringankan hisab. Kedua, Memberatkan timbangan kebaikan (Simak Al Hadid 18 dan al Baqarah 261). Ketiga, Menjadi naungan bagi orang yang melakukannya dari dahsyatnya panas hari kiamat. Rasul bersabda “Setiap orang berada dalam naungan sedekahnya hingga diputuskan perkara diantara manusia.” “Naungan Mukmin pada hari Kiamat adalah sedekahnya,“ kilah Putra Luqman al Hakim. “Keempat, Dimudahkaan melewati ash-shirath. Kelima, Menaikkan derajat di surga. Keenam, Menghapuskan dosa dan kesalahan. Rasul SAW bersabda, “Puasa adalah perisai, dan sedekah itu memadamkan kesalahan seperti air memadamkan api.” Nasehat Luqman al Hakim kepada anaknya, ”Jika engkau melakukan suatu kesalahan, maka bersedekahlah“


Ketujuh, Memadamkan murka Rabb. Rasul bersabda, “Sedekah secara diam-diam dapat meredam murka Rabb.“ Imam Zainal Abidin RA berkata, “Sedekah di malam hari akan memadamkan murka Rabb.“ Adi bin Hatim RA, ia berkata, ‘Aku mendengar Nabi SAW bersabda “Barang siapa diantara kalian mampu berlindung dari neraka walau hanya dengan separoh kurma, maka hendaklah ia melakukannya (bersedekah)“ (HR. Muslim). Rasul SAW berpesan pada kaum wanita, “Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan perbanyaklah beristighfar karena aku melihat kalian adalah yang paling banyak menghuni neraka“ (HR.Bukhari dan Muslim).


Kedelapan, Salah satu amal yang bisa mendatangkan manfaat setelah seseorang meninggal. Rasul SAW bersabda, “Jika anak Adam mati, maka terputuslah amalnya kecuali dari tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak shaleh yang senantiasa mendoakannya.“ (HR.Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi). Kesembilan, Mendapat pujian dari Allah. Kesepuluh, Mendapat rahmat Allah. Allah berfirman “Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat kebaikan.“ Wallahualam. **

Sumber: Pontianakpost.comManfaat Sedekah di Dunia dan Akhirat | Kumpulan Hadits dan Artikel Islam

Bentuk Kenikmatan Surga Dan Penghuninya, Neraka, Kiamat, Hisab


Di syurga terdapat sebatang pohon yang luas bayangannya tidak dapat ditempuh selama seratus tahun berkendaraan
Hadis riwayat Abu Hurairah, ia berkata: Dari Nabi, beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia. Bukti kebenaran itu terdapat dalam Alquran: Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Shahih Muslim No.5050)

Hadis riwayat Abu Hurairah : Dari Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bahwa beliau bersabda: Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat sebatang pohon di mana seorang pengendara (harus) menempuh luas bayangannya selama seratus tahun. (Shahih Muslim No.5054)

Hadis riwayat Sahal bin Saad : Dari Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam., beliau bersabda: Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat sebatang pohon di mana (jika) seorang pengendara berjalan di bawah bayangannya selama seratus tahun, ia tidak dapat menempuhnya. (Shahih Muslim No.5055)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam., beliau bersabda: Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebatang pohon di mana (jika) seseorang menunggang kuda terlatih yang berlarinya selama seratus tahun tidak dapat menempuh luas bayangannya. (Shahih Muslim No.5056)

2. Diturunkannya keridaan Allah kepada penghuni surga, maka dia tidak akan murka kepada mereka selamanya
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri : Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman kepada penghuni surga: Hai penghuni surga! Mereka menjawab: Kami penuhi seruan-Mu wahai Tuhan kami, dan segala kebaikan ada di sisi-Mu. Allah melanjutkan: Apakah kalian sudah merasa puas? Mereka menjawab: Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, karena Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun dari makhluk-Mu. Allah bertanya lagi: Maukah kalian Aku berikan yang lebih baik lagi dari itu? Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik dari itu? Allah menjawab: Akan Aku limpahkan keridaan-Ku atas kalian sehingga setelah itu Aku tidak akan murka kepada kalian untuk selamanya. (Shahih Muslim No.5057)

3. Penghuni surga saling melihat penghuni ghurfah (tempat yang tinggi di surga) seperti bintang yang terlihat di langit
Hadis riwayat Sahal bin Saad : Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya penghuni surga akan melihat ghurfah (tempat yang tinggi) di surga sebagaimana kalian melihat bintang di langit. (Shahih Muslim No.5058)

4. Rombongan yang pertama kali masuk syurga itu seperti bulan purnama, sifat mereka dan pasangan mereka
Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Abul Qasim Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya rombongan yang pertama kali memasuki surga itu bagaikan bulan purnama, kemudian rombongan berikutnya seperti bintang yang terang-benderang di langit. Masing-masing mereka berpasangan dua orang yang sumsum betisnya terlihat dari dalam daging dan di dalam surga tidak ada seorang pun yang tidak berpasangan. (Shahih Muslim No.5062)

5. Sifat kemah-kemah syurga dan anggota rumah tangga orang mukmin di dalamnya
Hadis riwayat Abu Musa Al-Asy`ari : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam., beliau bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin mempunyai sebuah kemah di dalam surga yang terbuat dari satu mutiara yang berlubang, panjangnya enam puluh mil, dan orang seorang mukmin juga memiliki keluarga di dalamnya yang akan ia kunjungi padahal sebagian mereka tidak pernah melihat sebagian yang lain. (Shahih Muslim No.5070)

6. Kaum yang akan masuk syurga, hati mereka seperti hati burung
Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan dengarkanlah apakah jawaban mereka karena itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: “Semoga keselamatan menyertai kalian”. Mereka menjawab: “Semoga keselamatan dan rahmat Allah menyertai kalian”. Mereka menambahkan “rahmat Allah”. Maka setiap orang yang memasuki surga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang. (Shahih Muslim No.5075)

7. Panas dan dalamnya neraka Jahanam serta bahagian tubuh yang dibakar api neraka
Hadis riwayat Abu Hurairah : Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Api kalian yang dinyalakan anak-cucu Adam adalah sepertujuh puluh dari panas api Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, bila sepanas ini saja sudah cukup wahai Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. Beliau bersabda: Sesungguhnya panas api tersebut masih tersisa sebanyak enam puluh sembilan bagian, panas masing-masing sama dengan api ini. (Shahih Muslim No.5077)

8. Neraka akan dihuni para penindas dan syurga akan dihuni orang-orang yang lemah
Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Neraka dan surga saling berdebat, lalu neraka berkata: Aku dimasuki oleh orang-orang yang suka menindas dan sombong. Surga berkata: Aku dimasuki oleh orang-orang yang lemah dan miskin. Lalu Allah berfirman kepada neraka: Kamu adalah siksa-Ku, Aku menyiksa denganmu siapa yang Aku kehendaki. (Atau Allah berfirman: Aku menimpakan bencana denganmu kepada orang yang Aku kehendaki). Dan Allah berfirman kepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku, Aku limpahkan rahmat berupa kamu kepada siapa yang Aku kehendaki. Dan masing-masing kamu memiliki penghuninya sampai penuh. (Shahih Muslim No.5081)

Hadis riwayat Anas bin Malik : Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Neraka Jahanam selalu berkata: Apakah masih ada tambahan? Sehingga Allah Maha Suci lagi Maha Tinggi meletakkan telapak kaki-Nya, lalu Jahanam berkata: Cukup, cukup! Demi keagungan-Mu! Dan sebagiannya dikumpulkan kepada sebagian yang lain. (Shahih Muslim No.5084)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Pada hari kiamat, maut akan didatangkan seperti seekor biri-biri yang berwarna keputih-putihan. (Abu Kuraib dalam periwayatannya menambahkan: Lalu dihentikan di antara surga dan neraka. Kemudian keduanya sepakat tentang isi hadis selanjutnya.) Kemudian diserukan: Wahai ahli surga, apakah kalian mengenal ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat ke arah sang penyeru, kemudian menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diserukan lagi: Wahai ahli neraka, apakah kamu sekalian mengenal ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat dan menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diperintahkan agar maut (kambing) itu disembelih, lalu diserukan lagi: Wahai ahli surga, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Wahai ahli neraka, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Kemudian Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. membacakan ayat: Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, yaitu ketika segala perkara telah diputus dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman. Kemudian beliau menunjuk dunia dengan tangan beliau. (Shahih Muslim No.5087)

Hadis riwayat Abdullah bin Umar : Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah memasukkan ahli surga ke dalam surga dan ahli neraka ke dalam neraka, kemudian seorang penyeru berdiri di antara mereka dan berseru: Wahai ahli surga, tidak ada kematian. Wahai ahli neraka, tidak ada kematian. Masing-masing kekal abadi di tempatnya. (Shahih Muslim No.5088)

Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Gigi geraham atau gigi taring orang kafir itu sebesar gunung Uhud dan kekasaran kulitnya adalah sejauh perjalanan tiga hari. (Shahih Muslim No.5090)

Hadis riwayat Abu Hurairah : Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Jarak antara kedua bahu orang kafir di neraka itu sejauh perjalanan tiga hari dengan kendaraan yang cepat. (Shahih Muslim No.5091)

Hadis riwayat Haritsah bin Wahab : Bahwa ia mendengar Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Maukah kalian aku beritahu tentang ahli surga? Para sahabat berkata: Mau. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Yaitu setiap orang yang lemah dan melemahkan diri, seandainya ia bersumpah demi Allah, pasti akan dilaksanakan. Kemudian beliau bertanya lagi: Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang ahli neraka? Mereka menjawab: Mau. Beliau bersabda: Yaitu setiap orang yang kejam, bengis dan sombong. (Shahih Muslim No.5092)

Hadis riwayat Abdullah bin Zam`ah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. pernah berkhutbah lalu menyebut seekor unta (milik Nabi Saleh) dan menyebutkan orang yang menyembelihnya kemudian membaca ayat: Ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka. Yang bangkit untuk membunuh unta itu adalah seorang yang terhormat di kalangan kaumnya, perusak dan kejam terhadap keluarganya, seperti Abu Zam`ah. Kemudian beliau juga menyebutkan kaum wanita dan memberikan nasihat untuk menghadapi mereka dan bersabda: Untuk apa seorang di antara kalian memukul istrinya. (Shahih Muslim No.5095)

Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Aku melihat Amru bin Luhai bin Qamaah bin Khindif, yakni nenek moyang Bani Kaab menarik ususnya di dalam neraka. (Shahih Muslim No.5096)

9. Kehancuran dunia dan manusia kelak akan dikumpulkan di hari kiamat
Hadis riwayat Aisyah , ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Pada hari kiamat manusia akan dikumpulkan dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhitan. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, kaum wanita dan lelaki semuanya akan saling memandang satu sama lain? Beliau bersabda: Wahai Aisyah, keadaan saat itu lebih menegangkan sehingga mereka tidak akan saling memandang satu sama lain. (Shahih Muslim No.5102)

Hadis riwayat Ibnu Abbas : Bahwa ia mendengar Nabi Shallallahu alaihi wassalam. berkhutbah dan berkata: Sesungguhnya kalian akan menemui Allah dengan berjalan kaki, tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhitan. (Shahih Muslim No.5103)

Hadis riwayat Abu Hurairah : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam., beliau bersabda: Manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok yang penuh harap dan rasa takut dan dua orang di atas satu unta, tiga orang di atas satu unta, empat orang di atas satu unta serta sepuluh orang di atas satu unta. Dan sisa mereka akan dikumpulkan bersama api neraka di mana setiap siang, malam, pagi dan sore hari selalu bersama mereka di mana saja mereka berada. (Shahih Muslim No.5105)

10. Sifat hari kiamat
Hadis riwayat Ibnu Umar : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam. tentang ayat: Yaitu hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta, beliau bersabda: Seorang dari mereka berdiri dalam air keringatnya yang mencapai pertengahan kedua telinganya. (Shahih Muslim No.5106)

Hadis riwayat Abu Hurairah : Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Pada hari kiamat nanti air keringat akan mengalir di tanah sepanjang tujuh puluh depa dan akan menggenang setinggi mulut atau setinggi telinga mereka. Tsaur (perawi hadis) meragukan mana yang disebutkan Nabi. (Shahih Muslim No.5107)

11. Orang mati akan diperlihatkan tempatnya kelak di syurga atau neraka, kepastian siksa kubur dan permohonan perlindungan dari siksa kubur
Hadis riwayat Ibnu Umar : Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya apabila seorang di antara kamu sekalian mati akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan sore. Jika ia termasuk ahli surga, maka akan diperlihatkan surga, kalau termasuk ahli neraka, maka akan diperlihatkan neraka, lalu dikatakan: Inilah tempatmu nanti bila Allah telah membangkitkanmu di hari kiamat. (Shahih Muslim No.5110)

Hadis riwayat Abu Ayyub , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. keluar ketika matahari telah terbenam, kemudian beliau mendengar sebuah suara dan bersabda: (Itu suara) orang Yahudi yang sedang disiksa di dalam kuburnya. (Shahih Muslim No.5114)

Hadis riwayat Anas bin Malik , ia berkata: Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sesungguhnya seorang hamba jika telah diletakkan di dalam kuburnya dan teman-temannya sudah meninggalkannya, ia akan mendengar suara sandal mereka. Kemudian ia didatangi dua malaikat lalu mendudukkannya dan bertanya: Apa pendapatmu tentang lelaki ini (Muhammad Shallallahu alaihi wassalam.)? Adapun orang mukmin, maka ia akan menjawab: Aku bersaksi bahwa dia adalah seorang hamba Allah dan utusan-Nya. Maka dikatakan kepadanya: Lihatlah tempatmu di neraka, Allah telah menggantinya dengan tempat di surga. Lalu Nabi Shallallahu alaihi wassalam. melanjutkan sabdanya: Maka ia dapat melihat keduanya. (Shahih Muslim No.5115)

Hadis riwayat Barra’ bin Azib : Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam., beliau membacakan firman Allah: Allah meneguhkan iman orang-orang mukmin dengan ucapan yang teguh. Kemudian beliau bersabda: Ayat ini turun mengenai siksa kubur. Ditanyakan kepada orang mukmin: Siapakah Tuhanmu? Ia menjawab: Tuhanku Allah dan nabiku Muhammad Shallallahu alaihi wassalam. Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah: Allah meneguhkan iman orang-orang mukmin dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat. (Shahih Muslim No.5117)

12. Penghitungan amal perbuatan (hisab)
Hadis riwayat Aisyah , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Barang siapa yang dihisab pada hari kiamat, maka ia akan disiksa. Aku bertanya: Bukankah Allah berfirman: Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah. Beliau menjawab: Yang demikian bukanlah hisab, tapi itu hanyalah sekedar berdiri di hadapan Allah karena barang siapa yang diperiksa perhitungan amalnya di hari kiamat, maka ia akan disiksa. (Shahih Muslim No.5122)

13. Perintah berbaik sangka terhadap Allah ketika hampir mati
Hadis riwayat Abdullah bin Umar , ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Jika Allah menghendaki siksaan untuk suatu kaum, maka siksaan tersebut akan menimpa orang-orang yang ada di tengah-tengah mereka, kemudian mereka akan dibangkitkan sesuai dengan amalnya. (Shahih Muslim No.5127)