Pages

Showing posts with label patung. Show all posts
Showing posts with label patung. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Patung disangka bayi lemas dalam kereta




GAMBAR menunjukkan patung yang disangka bayi di dalam sebuah kereta di Worksop, Britain baru-baru ini.


WORKSOP, Britain - Beberapa anggota polis memecahkan tingkap cermin sebuah kereta kerana menyangka satu patung di dalam kenderaan itu ialah bayi yang ditinggalkan berseorangan oleh keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku apabila seorang pejalan kaki menyangka patung tersebut ialah bayi yang mungkin akan mati kerana ditinggalkan keluarganya berseorangan manakala semua tingkap kereta ditutup.
Pejalan kaki itu kemudian bertindak menghubungi polis.
Beberapa anggota polis kemudian memecahkan tingkap kereta itu bagi menyelamatkan patung tersebut yang disangka bayi baru-baru ini.
Namun, mereka kemudian mendapati bayi itu hanya patung.
Polis terpaksa membayar ganti rugi sebanyak £200 (RM974) ekoran tingkap kereta itu dipecahkan.
Patung itu adalah milik seorang budak perempuan, Chanel Cristofis berusia lima tahun.
Polis memberitahu bapa budak itu supaya tidak lagi meninggalkan patung berkenaan di dalam kereta. - Agensi

Wednesday, January 26, 2011

Enam patung wanita silikon jadi teman




DAVE HOCKEY bersama salah satu daripada enam patung wanita silikon yang dibelinya untuk dijadikan hobi.


OTTAWA, Kanada - Seorang lelaki berusia 57 tahun, Dave Hockey membelanjakan wang sebanyak AS$25,600 (RM78,246) untuk mengembara ke seluruh dunia dengan enam patung wanita silikon, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia membawa patung silikon itu ke beberapa lokasi menarik di Stonehenge, Britain, Grand Canyon dan Niagara Falls di Amerika Syarikat (AS).
Bapa dua anak itu berkata: "Isteri saya memahami ia (patung-patung itu) merupakan satu hobi."
Hockey juga kini menghasilkan filem dokumentari pengembaraannya selama tujuh minggu dari rumahnya di Nova Scotia, Kanada ke San Diego, AS untuk berjumpa dengan pemilik patung lain.
Semasa pengembaraan itu, dia juga membawa patung silikon yang cantik Bianca yang dibeli dengan harga AS$ 3,246 (RM9,921) yang pernah muncul dalam filem Lars and the Real Doll. Patung itu turut dibawa untuk aktiviti terjun udara, menaiki kuda dan menjadi pembonceng motosikal Harley Davidson.
"Saya membeli patung pertama pada November 2006 kerana ia kelihatan menarik dan cantik. Lelaki yang menyatakan patung tidak cantik sebenarnya pembohong," katanya.
Dia sanggup berkelakuan sopan di depan patung wanitanya dengan mengungkapkan kata-kata meminta berjalan di depan patungnya selain membeli kasut dan aksesori lain untuk mencantikkan patung tersebut.
Beberapa patung itu seberat lebih 40.91 kilogram dan dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk membawanya memasuki hotel dan di kawasan tarikan pelancongan.
Hockey kini dalam proses terakhir untuk menyunting dokumentari yang dihasilkannya itu tetapi dia berharap akan dapat menyiapkannya dalam masa enam minggu lagi. - Agensi

Saturday, January 1, 2011

Budak 2 tahun seperti anak patung



ABBIE KING (kiri) yang memiliki tubuh seperti anak patung bergambar bersama ibunya.


KEPULAUAN SHEPPEY - Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar semalam.
Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti.
Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti kanak-kanak biasa.
"Apabila saya mengetahui bahawa tumbesaran Abbie terbantut, saya bimbang dia tidak akan dapat menjalani kehidupan normal," kata ibunya, Emma Smith, 29, seorang bekas pengasuh dari Kent dekat sini.
"Namun, saya kini lega selepas mendapati dia suka bergaul dan nakal seperti kanak-kanak lain," tambahnya. - Agensi
-kosmo

Thursday, December 23, 2010

Lelaki disangka terperangkap rupa-rupanya patung



PATUNG lelaki yang duduk di dalam sebuah sampan kerap disangka sebagai pemancing yang terperangkap di sebuah tasik beku di Glossop, Britain.


GLOSSOP, Derbyshire - Pasukan penyelamat yang terdiri daripada dua jentera bomba dan sebuah helikopter bertungkus-lumus untuk menyelamatkan seorang pemancing lelaki yang berada di dalam sampan yang terperangkap di atas ais di sebuah tasik baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, pasukan penyelamat itu kemudian mendapati lelaki tersebut sebenarnya patung yang digunakan untuk menakutkan burung-burung.
Patung itu dipakaikan dengan jaket berwarna cerah yang biasanya dipakai oleh pegawai perikanan untuk menghalau burung daripada mencuri ikan trout.
Pemilik penyedia perkhidmatan untuk menangkap ikan, Arnfield Fishery di Glossop, Derbyshire, Stephen Cuthbert mengakui bahawa patung itu kelihatan seperti manusia yang sebenar.
"Pada musim sejuk yang lalu, terdapat anggota-anggota polis yang datang menyelamat kerana menganggap ada mangsa terperangkap," katanya.
Dia menjelaskan bahawa adalah sesuatu menghairankan apabila ramai orang yang memikirkan terdapat seseorang yang kelihatan pucat duduk di dalam sampan pada waktu sejuk. - Agensi

Friday, December 17, 2010

Patung Rom berusia 2,000 tahun ditemui


SEORANG ahli arkeologi melakukan kerja-kerja pemindahan patung wanita tanpa kepala yang ditemui di tepi pantai Ashkelon, Israel kelmarin.


ASHKELON - Sebuah patung bersejarah ditemui di tepi pantai di sini selepas ribut selaju 96 kilometer sejam dengan ombak setinggi 12 meter melanda Israel pada minggu ini.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan patung wanita tanpa kepala yang memakai jubah, seberat 200 kilogram , ditemui pada Selasa lepas di sebuah lereng di tepi pantai di sini, kira-kira 32 kilometer ke selatan Tel Aviv kelmarin.
Artifak itu dipercayai diukir ketika Israel ditakluki oleh Empayar Rom kira-kira 2,000 tahun lalu.
Penemuan menakjubkan itu yang ditemui oleh seorang penduduk tempatan akan dipamerkan di sebuah muzium di Israel.
"Patung itu jatuh ke dalam laut apabila lereng bawah laut di sini runtuh dan ia dihanyutkan ke tepi pantai," kata seorang penyelidik tempatan, Yigal Israeli. - Agensi