Pages

Showing posts with label debat. Show all posts
Showing posts with label debat. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Ketua agama tolak debat anti-Muslim



KOMBINASI gambar (atas dari kiri ke kanan)   Ketua Paderi Gereja Ortodok, Emmanuel Adamakis, Kardinal Katolik dan Ketua Paderi Paris, Andre Vingt-Trois; Presiden Majlis Muslim Perancis (CFCM), Mohammed Moussaoui; Ketua Kesatuan Buddha Perancis, Olivier Wang-Genh; Presiden Persekutuan Protestan Perancis, Claude Baty dan Ketua Pendeta Yahudi Perancis, Gilles Bernheim
KOMBINASI gambar (atas dari kiri ke kanan) Ketua Paderi Gereja Ortodok, Emmanuel Adamakis, Kardinal Katolik dan Ketua Paderi Paris, Andre Vingt-Trois; Presiden Majlis Muslim Perancis (CFCM), Mohammed Moussaoui; Ketua Kesatuan Buddha Perancis, Olivier Wang-Genh; Presiden Persekutuan Protestan Perancis, Claude Baty dan Ketua Pendeta Yahudi Perancis, Gilles Bernheim


Tokoh Yahudi, Kristian dan Buddha desak Sarkozy batal program elak timbul kekeliruan

PARIS: Pemimpin Yahudi, Kristian dan Buddha di Perancis menyokong rakan beragama Islam ketika menuntut Presiden Nicholas Sarkozy membatalkan perdebatan mengenai Islam yang dirancang minggu depan.
Tuntutan itu terkandung dalam deklarasi bersama ketua pendeta Perancis Gilles Bernheim, ketua gereja Roman Katolik, Protestan dan Ortodoks Perancis, Presiden Majlis Islam Perancis, Mohammed Moussaoui dan ketua kesatuan Buddha Perancis, Olivier Wang-Genh.

Deklarasi itu menyatakan, perdebatan biasanya satu tanda sihat tetapi mempertikai kebijaksanaan parti pemerintah UMP (Kesatuan bagi Pergerakan Popular) hanya membincangkannya di kalangan mereka.

“Perdebatan itu mungkin menambah kekeliruan ketika masyarakat berada dalam detik sukar.” Perbincangan itu dijadualkan berlangsung Selasa depan, bertujuan meneliti peranan dan tanggungjawab Islam di negara sekular itu.

Deklarasi bersama itu mengulas dua laporan penting dan cadangan beberapa aspek berbeza hubungan antara orang awam, agama dan kerajaan meskipun memuji prinsip pemisahan gereja dan pentadbiran negara disebut ‘Laïcité.’

"Laïcité adalah satu daripada tonggak kontrak pentadbiran negara kita, menyokong demokrasi dan menjadi asas untuk harapan kita tinggal bersama,” katanya.
Ada sekurang-kurangnya lima juta penduduk Islam di Perancis, masyarakat Muslim terbesar dibandingkan negara lain di barat Eropah.

Pengkritik termasuk anggota parti UMP pimpinan Sarkozy, mengecam perdebatan Islam dan sekularisme akan datang kerana memberi ‘stigma’ terhadap penduduk Islam Perancis serta sekali gus mencetuskan kemunculan semula parti haluan kanan dan Barisan Hadapan.

Parti pelampau diketuai Marine Le Pen, berada di tempat ketiga dalam pilihan raya tempatan pusingan kedua hujung minggu lalu, memenangi 11 peratus undian.

Perdebatan di Perancis mencerminkan perbicaraan di Amerika Syarikat dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Peter King berhubung Islam radikal yang dilihat sebagai tidak adil kerana memberi anggapan seolah-olah semua Muslim adalah radikal.

“Penduduk Islam adalah musuh semula jadi mereka yang mempromosi keganasan pelampau,” kata Nihad Awad, pengarah eksekutif nasional Majlis Hubungan Islam-Amerika, dalam sidang media semalam di Washington ketika kemuncak perdebatan King.

Sejak mengumumkan perdebatan Disember lalu, King, 66, anggota Republikan New York, dituduh pejuang kebebasan awam dan kumpulan Islam cuba menghasut kebencian terhadap masyarakat Islam Amerika. – Agensi
Berita Harian Online | Ketua agama tolak debat anti-Muslim

Wednesday, February 2, 2011

Debat Professor ATHEIST dengan Pelajar Islam


Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.