Pages

Showing posts with label Cabul. Show all posts
Showing posts with label Cabul. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Bekas ketua IMF bayar AS1.5 juta tutup kes cabul

Kiri:STRAUSS-KAHN, Kanan:DIALLO

PARIS - Bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn membayar AS$1.5 juta (RM4.5 juta) sebagai penyelesaian luar mahkamah kepada seorang pengemas bilik hotel di New York yang mendakwa telah dicabul olehnya, lapor akhbar Perancis kelmarin.
Memetik sumber-sumber yang rapat dengan Strauss-Kahn, akhbar Le Journal du Dimanche berkata, wanita itu, Nafissatou Diallo telah menerima bayaran tersebut di bawah satu persetujuan rahsia sebagai penyelesaian saman Diallo ke atas dirinya.
Akhbar berkenaan menyatakan, Diallo mendapat 70 peratus wang tersebut selepas membayar pasukan peguamnya.
Diallo tuurt menerima bayaran daripada akhbar New York Post yang disamannya sebelum ini kerana melaporkan dia bekerja sebagai seorang pelacur.
Insiden itu memalukan Strauss-Kahn sehingga memaksa beliau meletak jawatan sebagai ketua IMF serta memusnahkan harapannya untuk menjadi Presiden Perancis.
Strauss-Kahn ditangkap selepas Diallo mendakwa pemimpin itu memaksanya melakukan seks oral di bilik hotel penginapannya di Hotel Sofitel, New York pada Mei 2011.
Dalam insiden tersebut, Strauss-Kahn mengaku berlaku hubungan seks tetapi menegaskan bahawa hubungan itu adalah secara suka sama suka.
Siasatan jenayah terhadap insiden itu gagal selepas Diallo menukar keterangannya dengan pihak pendakwa raya menganggap kesnya sebagai lemah.
Strauss-Kahn, 63, masih berdepan siasatan di Perancis berhubung dakwaan beliau terlibat melanggan pelacur selepas sebuah mahkamah tempatan menolak permintaan agar dakwaan ke atas dirinya digugurkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2IeK8LJU5 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, August 29, 2012

Remaja dicabul dalam kereta



WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Ogos 2012
ROMPIN - Gara-gara menjalin hubungan cinta songsang, seorang remaja dibelasah dengan tongkat kayu sebelum dicabul dua lelaki di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan dari Bandar Tun Razak ke Temerloh.

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Ina (bukan nama sebenar) bukan saja dibelasah dan dicabul, malah dia yang berada di tempat duduk penumpang belakang turut dimaki dengan kata kesat dan dipaksa makan cili api.
Lebih mengaibkan, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘bomoh’ sempat merakamkan gambar dan video Ina yang tidak berbaju itu dalam telefon bimbit sambil mengugut untuk menyebarkannya dalam Internet.
Ina yang berusia 19 tahun itu berkata, sepanjang perjalanan itu juga, dia didera fizikal dan mental apabila diasak pelbagai pertanyaan keluarga Tasha (bukan nama sebenar) dan bomoh terbabit tentang hubungan sejenisnya dengan wanita itu.

“Keluarga Tasha datang jumpa keluarga saya di rumah dan paksa saya supaya ikut mereka ke Temerloh kononnya untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kesalahan yang dilakukan saya terhadap Tasha,” katanya.

Menurutnya, ibunya yang bimbang sesuatu terjadi ke atas dirinya menghubungi abangnya memaklumkan tentang kedatangan keluarga Tasha ke rumahnya bagi menyelesaikan kes terbabit.

“Bagaimanapun keluarga Tasha tetap berkeras untuk membawa saya ke Temerloh untuk menyelesaikan perkara itu.

“Pada mulanya, mereka tidak membenarkan emak dan kakak saya ikut, namun setelah didesak beberapa kali akhirnya mereka terpaksa membawa kedua-duanya sekali ke Temerloh.

“Emak saya mula curiga, apabila saya dipaksa menaiki kereta berasingan sedangkan emak dan kakak menaiki kereta yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, atas alasan bomoh itu yang kononnya tidak berbuat apa-apa terhadap diri saya di dalam kereta terbabit, akhirnya ibu akur dengan alasan tersebut.

“Segala-galanya berubah apabila saya yang duduk di tempat penumpang belakang diapit abang Tasha dan bomoh telah bertindak kejam dengan memukul saya dengan tongkat kayu sambil melemparkan kata kesat,” katanya.

Ina berkata, bomoh itu turut merakamkan video dan gambar dia tidak berbaju sambil memaksanya untuk memandang kamera telefon bimbit tersebut.

Katanya, bomoh dan abang Tasha juga mengugut untuk membawanya ke sebuah penempatan Orang Asli kerana ada tujuh lelaki di situ yang sudah sedia menunggu untuk merogolnya.

“Bagaimanapun, ibu Tasha menghubungi anaknya itu supaya segera membawa saya ke rumah mereka kerana sudah lama menanti,” katanya.
Katanya, sebaik saja sampai di rumah ibu Tasha, dia dipukul wanita itu.

Menurutnya, kejadian dia dipukul itu hanya mampu disaksikan ibu dan kakaknya itu memandangkan mereka tidak dibenarkan untuk menghalang perbuatan kejam tersebut.

Bagaimanapun, katanya, sebaik dia tiba di rumah, dia menceritakan segala-galanya detik dia dicabul dan dipukul oleh bomoh dan abang Tasha kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat bagi menuntut keadilan bagi pihaknya.

“Pada mulanya, kita tak mahu memperbesarkan perkara ini, namun tindakan yang dilakukan oleh keluarga Tasha amat kejam hingga mendatangkan kecederaan dan mencabul kehormatan saya,” katanya.

Menurutnya, sehari selepas kejadian itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam sebelum membuat laporan polis seterusnya di Balai Polis Bandar Tun Razak, Keratong.
Sementara itu, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintendan, Zainul Mujahidin Mat Yudin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes terbabit.

Zainul Mujahidin berkata,  polis menahan seorang daripada suspek untuk membantu siasatan.

Datuk cabul cucu saudara ketika bersiar



WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Ogos 2012
Noor Mushar
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar
SABAK BERNAM - Seorang warga emas bakal berhadapan tindakan undang-undang setelah dipercayai cuba mencabul kehormatan cucu saudaranya yang berusia enam tahun, Ahad lalu.

Difahamkan, kejadian sekitar jam 11.30 pagi tersebut berlaku apabila suspek dipercayai membawa mangsa bersiar-siar di kawasan berhampiran dengan menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, suspek kemudiannya berhenti di satu lokasi di kawasan kebun di Parit 7 Sungai Leman sebelum mengarahkan mangsa untuk membuka seluar dan kemudian meraba mangsa.

“Mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan kemudian menangis dan merayu supaya suspek menghantarnya pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian menghantar mangsa pulang semula ke rumahnya sekitar jam 12 tengah hari.

“Kira-kira jam 8 malam, bapa mangsa mendapati mangsa menangis dan selepas didesak, mangsa memberitahu kejadian sebenar.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang oleh bapanya bagi menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar.

Noor Mushar berkata, selepas menerima laporan, polis bertindak menahan suspek yang berusia lingkungan 68 tahun itu sekitar jam 2 pagi di kediamannya.

“Polis masih menjalankan siasatan dan suspek kini ditahan di bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan sementara siasatan dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak mereka agar kes sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan.

"Ini juga sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan polis dalam mengambil tindakan awal terhadap mana-mana pesalah undang-undang negara ini,” katanya.

Friday, May 11, 2012

Askar Mesir dituduh cabul aktivis wanita selepas ditahan

KAHERAH: Kumpulan hak asasi dan penunjuk perasaan wanita kelmarin menuduh pasukan tentera Mesir dan pihak berkuasa penjara melakukan pencabulan seksual termasuk memeriksa kemaluan mereka selepas ditahan kerana terbabit dalam demonstrasi baru-baru ini.

Tuduhan terbaru itu menambah ketegangan dalam kempen pemilihan Presiden Mesir yang bakal diadakan dua minggu lagi.
Berpuluh-puluh wanita antara 300 penunjuk perasaan yang ditahan berikutan protes di luar Kementerian Pertahanan di sini, minggu lalu.
Mereka menghina kami. Mereka buka tingkap van dan cuba sentuh tubuh kami. Kami diancam diperkosa dan mereka mengancam jika ada yang membuka mulut, mereka akan dibiarkan berada di luar bersama askar dan tiada siapa tahu apa yang terjadi. - Kamal, tahanan penjara tentera.
Dalam pertuduhan yang membawa ingatan kepada pencabulan sama ketika protes terdahulu, seorang aktivis hak asasi, Aida Seif al-Dawla, berkata pengawal penjara wanita mencabul beberapa tahanan wanita dengan memeriksa kemaluan atas alasan mencari dadah.

“Ini pencabulan seksual. Wanita itu cedera fizikal dan emosi,” katanya. 

Sesetengah tahanan wanita yang dibebaskan berkata, mereka didera secara lisan dan seksual oleh pasukan tentera selepas ditahan.

Seorang bekas tahanan, Aya Kamal, memberitahu Jawatankuasa Hak Asasi Parlimen mengenai penderaan ketika beliau ditahan. 
Kamal memberitahu jawatankuasa dalam kenyataan yang dirakam dalam televisyen bahawa dia bersembunyi dalam masjid untuk mengelak tentera yang cuba meleraikan penunjuk perasaan. 

Dia berkata, askar menyerbu masuk masjid dan mereka meluahkan kemarahan selain meraba, menyepak dan meludahnya serta beberapa tahanan wanita lain. 

Katanya, tahanan lelaki juga dipukul dan diancam dengan serangan seksual. 

Seorang tentera memukul kepalanya dengan cotar menyebabkannya pengsan buat seketika, sementara yang lain cuba melucutkan tudung kepalanya.

Di sebuah penjara tentera, Kamal berkata anggota tentera meraikan ketibaan tahanan. 

“Mereka menghina kami. Mereka buka tingkap van dan cuba sentuh tubuh kami. Kami diancam diperkosa dan mereka mengancam jika ada yang membuka mulut, mereka akan dibiarkan berada di luar bersama askar dan tiada siapa tahu apa yang terjadi,” katanya sambil mengalirkan air mata. 

Seif al-Dawla berkata, kebanyakan wanita tidak bersedia untuk tampil ke khalayak kerana stigma sosial yang membabitkan isu sosial dalam masyarakat dan kerana mereka boleh dipanggil semula untuk siasatan lanjut. – AP

Sunday, February 19, 2012

Murdoch cabul etika wartawan



MEDIA pada hari ini adalah kuasa dan perniagaan. Apabila menjadi penanda aras kuasa dan lubuk yang menjanakan keuntungan, etika kewartawanan dan kebebasan media menjadi semakin terpencil dan dilihat sebagai anti kemajuan.
Tidak banyak media yang menjunjung prinsip demokrasi, sebaliknya berubah menjadi pendokong individu dan fahaman politik tertentu.
Organisasi media dan wartawan yang menjunjung etika kewartawanan dan berusaha membebaskan media dari cengkaman sesuatu pihak semakin kecil jumlahnya. Tidak banyak wartawan yang malu “menggadaikan” etika kewartawanan yang menjadi batu asas kerjayanya.
Mahu tidak mahu inilah realiti yang terpaksa kita akui. Kepentingan organisasi media dan wartawan sudah berubah. Ia diubah oleh kedudukan media itu sendiri yang menjadi penanda aras kuasa dan perniagaan. Apabila untung rugi menjadi kayu ukur dan organisasi media “dimiliki” oleh yang berkepentingan, prinsip untuk memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan sudah luntur.
Tahun lalu akhbar mingguan News of the World milik taikun media, Rupert Murdoch ditutup kerana memintas talian telefon mangsa bunuh dalam pengeboman di London. Kini akhbar The Sun juga milik Murdoch bawah empayar media News Corp bergoncang apabila sembilan pegawai kanan editorialnya disiasat polis kerana rasuah. Mereka merasuah polis dan pegawai kanan awam untuk mendapatkan maklumat.
Di tangan Murdoch, media adalah kuasa dan lubuk perniagaan. Dia peduli apa dengan etika kewartawanan dan kebebasan media asalkan impian berkuasa dan mengaut keuntungan tercapai. Murdoch kini yang berusia 80 tahun mempunyai impian yang cukup tinggi untuk menguasai dunia.
Pada zaman pengaruh media yang menentukan warna politik, Murdoch percaya bahawa menguasai media adalah menguasai dunia. Empayar News Corp misalnya menguasai semua media, daripada studio perfileman berpengaruh di Amerika Syarikat (AS), stesen televisyen satelit, akhbar politik hingga kepada akhbar picisan yang popular di pasaran. Ketika ini impiannya menguasai kepentingan dalam televisyen satelit British Sky Broadcasting (BSkyB) yang bernilai RM42 bilion.
Tahun 2010 News Corp mengaut keuntungannya antara lain dari studio filem 20th Century Fox sebanyak AS$7.6 bilion (RM22.8 bilion), kabel televisyen iaitu Fox News dan National Geographic Channel (AS$7 bilion (RM21 bilion), akhbar seperti News of the World, Daily Mirror, The Star, The Sun serta dua akhbar di AS, National Inquirer dan The Star, The New York Post, AS$6.1 bilion (RM18.3 bilion), saluran Fox TV, AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion) dan satelit TV, AS$3.8 bilion (RM11.4 bilion).
Politik
Akhbar News of the World yang berusia 168 tahun dan mencatatkan 7.5 juta pembaca setiap keluaran adalah alat kawalan jauh Murdoch menguasai politik Britain. Ketua Eksekutif News International yang mengendalikan akhbar News of the World, Rebekah Brooks mempunyai hubungan sangat rapat dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron. Antara tokoh lain yang mempunyai hubungan akrab dengan Rebekah Brooks ialah bekas Perdana Menteri Tony Blair, bekas Perdana Menteri Gordon Brown, bekas Datuk Bandar London Ken Livingstone dan Datuk Bandar London Boris Johnson.
Sembilan pegawai kanan editorial The Sun termasuk lima wartawan kanan dan berpengaruh mendepani tuduhan merasuah untuk mendapatkan berita panas adalah kelangsungan The Sun sebagai lubuk perniagaan. The Sun yang mencatatkan edaran 2.7 juta naskhah sehari mempunyai kedudukan penting dalam News Corp. Ini kerana ia menyumbangkan keuntungan selain pengaruh yang besar dalam menentukan percaturan politik Britain. Sebenarnya “budaya” bayar tunai bukan rahsia lagi dalam The Sun. Perkara ini diketahui umum apabila wartawan boleh menuntut wang yang dirasuahkan kepada polis, pegawai awam, tentera malah badan kehakiman seumpama menuntut elaun perjalanan. Inilah juga petua The Sun untuk terus berkuasa.
Di United Kingdom terdapat apa yang dipanggil Suruhanjaya Aduan Akhbar atau Press Complaint Commision (PCC). Ini adalah entiti untuk mengawal selia media bercetak iaitu akhbar dan majalah serta akhbar dalam talian. PCC adalah majlis akhbar tertua yang diwujudkan sejak 1953 dan penubuhannya dianggap selari dengan kedudukan media sebagai kuasa keempat selepas judisiari, legislatif dan eksekutif. Tetapi secara rasminya kedudukan media tidak pernah diiktirafkan setaraf dengan tiga kuasa itu.
Tetapi nampaknya selepas skandal News of the World dan kini skandal rasuah akhbar The Sun, PCC tidak mempunyai kuasa untuk mengawal selia media supaya sentiasa berada pada tahap etika yang tinggi. Ini membuktikan pemilik media mempunyai kuasa lebih besar untuk menentukan apa yang perlu dilakukan oleh wartawan-wartawannya. Apabila editor berpengaruh seperti Rebekah Brooks boleh menentukan kemenangan Cameron dari Parti Konservatif dalam pilihan raya, apakah ada yang masih berharap akan wujud lagi etika kewartawanan dan kebebasan media?
Kita terpaksa menerima realiti baru bahawa wartawan mendepani kesukaran mengangkat wibawa profesionnya ke tahap yang tinggi. Apa yang berlaku kepada News of the World dan The Sun menunjukkan wartawan tidak mempunyai pilihan kecuali setuju dengan dasar organisasi dan berkerja untuk kepentingan pemiliknya.
Semua ini boleh dijadikan cermin kepada organisasi media dan wartawan tempatan supaya terus berjuang menjulang tinggi etika kewartawanan untuk kepentingan rakyat. Walaupun tidak mungkin lahir sekali lagi “Bob Woodward” dan “Carl Bernstein” yang membongkar skandal Watergate dan menumbangkan Presiden Richard Nixon, tetapi etika kewartawanan perlu diletakkan di tempat yang selayaknya.

Bapa dakwa anak dicabul jurulatih



PETALING JAYA 18 Feb. - Seorang bapa membuat laporan polis berhubung kejadian cabul yang menimpa anak perempuannya kira-kira enam bulan lalu, di Balai Polis Bandar Sri Damansara di sini hari ini.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Liong, berusia lingkungan 40-an membuat laporan polis setelah dimaklumkan anaknya pernah diraba oleh seorang jurulatih pengakap.
Difahamkan, kejadian malang yang menimpa anak perempuan berusia 14 tahun itu berlaku di sekolah ketika mangsa dan beberapa pelajar lain sedang menjalani latihan.
Suspek turut dipercayai melakukan perbuatan tidak bermoral itu ke atas lebih 10 pelajar sekolah berkenaan yang mengikuti latihan pengakap.
Tambah Liong, pada mulanya dia mempercayai kejadian itu adalah kejadian yang tidak disengajakan, namun berasa ragu-ragu apabila insiden itu dilakukan berkali-kali.
"Jika ia berlaku sekali ia boleh dianggap satu yang tidak disengajakan tetapi menurut dakwaan anak saya, suspek melakukannya beberapa kali.
"Saya berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas ke atas suspek," katanya kepada pemberita di luar pekarangan balai polis itu hari ini.

Thursday, January 26, 2012

Warga emas dituduh cabul kehormatan cucu perempuan

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas,74, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.

Warga emas itu dituduh mencabul kehormatan cucunya di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di sini antara jam 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang juga pengadu dalam kes berkenaan, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya. 

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes. 

Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne. - BERNAMA 

Sunday, August 28, 2011

Penerbit cabul wanita diarah bayar RM9 juta

LOS ANGELES: Juri semalam mendapati penerbit filem, Jon Peters, 66, bersalah atas tuduhan mencabul dan mengarahkan lelaki itu yang terbabit dengan filem Batman supaya membayar lebih AS$3 juta (RM9 juta) kepada bekas pembantu peribadinya.
Keputusan panel juri terdiri daripada sembilan wanita dan tiga lelaki itu membolehkan Shelly Morita, 44, menuntut bayaran pampasan RM9 juta itu. Shelly mendakwa Peters merangkak ke arahnya di atas katil dan menyentuhnya ketika mereka berhenti rehat dalam penggambaran filem Superman Returns di Australia pada 2006. - Reuters

Friday, August 26, 2011

Tidak sempat lari



PORT DICKSON – Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes curi kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di Kampung Sawah Bukit Pelandok, semalam.

Sinar Harian difahamkan tangkapan itu dilakukan pada jam 5 pagi oleh sepasukan polis dari Balai Bukit Pelandok, di sini.

Jurucakap polis berkata, semasa serbuan dilakukan, empat lelaki itu sudah memotong kabel dan sedang menariknya menggunakan motosikal ke kawasan ladang berhampiran.

“Bagaimanapun tiga daripada mereka berjaya meloloskan diri dan lelaki yang tahan itu direman untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, pihaknya juga merampas peralatan dipercayai digunakan untuk memotong kabel selain 200 meter kabel yang dipotong suspek dan sebuah motosikal digunakan suspek untuk menarik kabel berkenaan.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

Pemandu teksi cabul penumpang



AYER KEROH - Gara-gara berang dengan tindakan jurukamera penyiaran merakam wajahnya, seorang tertuduh kes cabul bertindak menolak kamera dan mengejar jurukamera terbabit sebelum anggota polis datang menenangkan keadaan.

Tindakan tertuduh, M Ayasami, 54, membuatkan mahkamah yang sunyi bertukar menjadi kecoh seketika sebelum prosiding kes membabitkan tertuduh bermula di Mahkamah Majistret 1, di sini, semalam.

Tertuduh hadir bersama anak perempuannya di mahkamah untuk mendengar keputusan di akhir kes pembelaan selepas dibenarkan ikat jamin RM3,000 ketika pertama kali dituduh pada 3 Ogos tahun lalu.

Ayasami akhirnya dijatuhkan penjara dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret kerana mencabul seorang penumpang teksinya, tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan Majistret Muzila Mohamed Arsad selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah ketika tertuduh memberi keterangan bersumpah selepas diarahkan mahkamah untuk membela diri pada 4 April 2011.

Berdasarkan pertuduhan, Ayasami didapati mencabul seorang perempuan berusia 24 tahun dengan meraba seluruh bahagian badan daripada pusat hingga ke leher dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh yang juga bekerja sebagai pemandu teksi di dalam kenderaannya ketika perjalanan dari Bukit Baru ke Jalan Munshi Abdullah kira-kira jam 7.43 pagi pada 30 Julai 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebatan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah yang mendapati tertuduh bersalah menyatakan keterangan ‘after thought’ tertuduh, antara faktor pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan melampau terhadap pihak pendakwaan.

Peguam bela Ng Fun Boon memohon mahkamah memberikan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya sakit kerana pernah diserang strok, selain tidak mempunyai rekod jenayah serta faktor usia lanjut.

Thursday, August 25, 2011

Payu dara calon pramugari Garuda diraba

SEOUL: Beberapa bakal pramugari di Korea Selatan semalam mendakwa syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia membuatkan diri mereka hampir berbogel sepenuhnya sementara payu dara mereka diraba ketika menjalani pemeriksaan perubatan.
Berpuluh-puluh calon untuk 18 jawatan pramugari dengan Garuda diarah menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam mereka bagi kerja menyaring mereka yang bertatu atau implan payu dara, kata seorang pemohon.

Dia enggan mendedahkan namanya kerana masih menanti keputusan untuk jawatan berkenaan selepas menjalani pemeriksaan itu bulan lalu.

“Tindakan meraba payu dara diadakan bagi memastikan mereka tidak menjalani pembesaran buah dada. Mereka akan berdepan dengan masalah kesihatan jika tekanan udara jatuh ketika penerbangan,” kata agensi berita Yonhap, memetik kenyataan seorang pegawai Garuda.

Menurut pegawai itu, kru kabin diharam daripada memakai tatu.

Mereka yang diambil bekerja di negara lain seperti Jepun dan Australia juga menjalani proses serupa, katanya. — Reuters

Naik berahi dalam bas

SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai ‘gila seks’ bukan saja cuba mencabul kehormatan seorang gadis, malah bertindak samseng apabila cuba memperkosa mangsa di dalam bas yang sedang bergerak dan dipenuhi penumpang, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar kolej berusia 20 tahun itu menaiki bas berkenaan dari Terminal Bas Milimewa untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, kira-kira jam 4 petang. 
Bas terbabit berhenti dan dinaiki seorang penumpang lelaki berusia 35 tahun yang duduk di sebelah mangsa sebelum mereka berbual dan pada masa sama lelaki terbabit cuba meletakkan tangan di bahu gadis itu, tetapi dihalang mangsa.

Lelaki itu mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa dan penumpang lain menegur tindakannya dan mangsa yang berang dengan perbuatan itu menolak suspek menyebabkan dia berang.
Seperti dirasuk hantu, suspek cuba memeluk dan menanggalkan skirt dipakai mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan beberapa penumpang lain kemudian campur tangan sebelum menahan suspek dan diserahkan kepada polis.hmetro

Tuesday, June 14, 2011

Lelaki hadapi tuduhan cabul budak lelaki 11 tahun



SEORANG lelaki berusia 37 tahun dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang budak lelaki berusia 11 tahun.

Azmanshah Zailamshah dikatakan telah menyentuh bahagian sulit budak itu di ruang tangga besmen 1 pusat beli-belah Tiong Bahru Plaza pada Sabtu lalu.Sekitar 3 petang, para pegawai polis dari Divisyen Polis Central sedang meronda di kawasan pusat beli-belah itu apabila mereka ternampak pemuda berkenaan berada di ruang tangga bersama seorang budak lelaki.Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, para pegawai polis mengekori lelaki tersebut.Apabila para pegawai polis tiba di kawasan itu, mereka mendapati lelaki itu tidak memakai baju dan budak itu hanya memakai seluar dalamnya.Lelaki itu cuba meloloskan diri apabila terlihat para pegawai polis, tetapi dia dapat ditahan.Satu pemeriksaan ke atas lelaki itu menunjukkan dia memiliki satu tiub pelincir (lubricant) dan empat alat pengisian data atau thumb drive.Suspek kemudian ditahan dan barangan itu dirampas.Jika sabit kesalahan mencabul kehormatan, Azmanshah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, sebatan rotan atau gabungan hukuman- hukuman itu.Cyberita Online Singapura

Thursday, May 19, 2011

Mangsa cabul tak kenal Strauss-Kahn



MANGSA Strauss-Kahn meminta media tidak mengganggunya menerusi mesej pada pintunya.
MANGSA Strauss-Kahn meminta media tidak mengganggunya menerusi mesej pada pintunya.

Seorang wartawan Perancis juga mahu fail dakwaan terhadap Pengarah Urusan IMF

NEW YORK: Pekerja hotel yang menjadi mangsa cubaan rogol Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) tidak tahu siapa Dmonique Strauss-Kahn sehingga sehari selepas serangan.
Pekerja hotel Sofitel berusia 32 tahun itu ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 15 tahun, kata peguam, Jeffrey Shapiro. Mereka berhijrah ke New York dari Guinea di Afrika Barat, kira-kira tujuh tahun lalu, katanya.
“Wanita itu tidak kenal identiti penyerang dan tidak pernah berurusan dengannya,” kata Shapiro.

“Seorang rakan memberitahunya dan berkata adakah awak tahu siapa lelaki ini,” kata Shapiro yang memaklumkan anak guamnya kini bersembunyi.

Serangan itu didakwa berlaku jam 12 tengah hari waktu tempatan Sabtu lalu. Pendakwa menuduh Strauss-Kahn, 62, menyerang ketika mangsa bertugas dan tidak sedar bilik mewah itu masih ada tetamu.

Masalah dihadapi Strauss-Kahn semakin bertambah selepas seorang wartawan Perancis turut mendakwa menjadi mangsa cubaan rogol pada 2002 dan menimbang memfailkan aduan jenayah.
Peguam wartawan berkenaan, David Koubbi berkata, langkah itu sedang difikirkan oleh anak guamnya, Tristane Banon yang mendakwa diserang di pangsapuri Strauss-Kahn ketika sesi wawancara. Ketika itu, Banon berusia 22 tahun.

“Kami bergaduh dan bergelut di lantai. Saya tidak menamparnya. Saya menendangnya, dia cuba menanggalkan coli dan seluar jeans saya,” kata Banon.

Isnin lalu, ketika sesi perbicaraan pertama Strauss-Kahn di Mahkamah Jenayah Manhattan, dia didakwa cuba merogol mangsa tetapi tidak berjaya sebelum memaksa pekerja hotel itu melakukan seks oral terhadapnya.

Peguam bela menafikan tuduhan itu selain cubaan membunuh, penderaan seksual, dipaksa menjadi tahanan dan disentuh secara paksa.

Tertuduh tidak dibenar ikat jamin dan diarahkan untuk hadir di mahkamah esok. Beliau menghadapi hukuman penjara 25 tahun jika bersalah.

Shapiro berkata, selepas wanita lari daripada bilik hotel, dia terus melaporkannya kepada pihak keselamatan dan polis New York diminta melakukan siasatan.

“Mangsa adalah seorang yang menghormati fakta undang-undang di negara ini. Beliau datang dari tempat undang-undang belum bersedia dilaksanakan. Dia rasa adalah tanggungjawabnya untuk membuat laporan.

“Dia tiada agenda selain untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan menceritakan perkara sebenar,” katanya.

Wanita bukan rakyat Amerika itu berkata, dia mempunyai visa untuk bekerja di Amerika, ada pendidikan dan pengalaman tetapi perlu bekerja keras bagi memastikan terus dapat bekerja di Sofitel.

Shapiro yang diperkenalkan kepada wanita itu oleh seorang rakannya Ahad lalu, memberitahu sejak kejadian itu wanita itu tidak pulang ke rumahnya di Bronx dan hanya bertemu dengan anaknya kelmarin. – Reuters 

Thursday, May 5, 2011

AS cabul undang-undang antarabangsa



Penduduk Sudan yang simpati dengan Osama mengadakan sembahyang jenazah ghaib dipimpin oleh Zaid Mohammed Hamza, pemimpin pergerakan Islam tempatan di Khartoum, semalam. - AFP


BERLIN 4 Mei - Bekas Canselor Jerman Barat, Helmut Schmidt mengecam operasi tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan bagi membunuh Osama bin Laden.
Ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, katanya, semalam.
Pembunuhan Osama yang tidak bersenjata adalah melampaui batas dan AS bertindak seperti polis, hakim dan pelaksana hukuman mati ke atas orang paling dikehendaki di dunia itu, katanya.
Schmidt memberitahu televisyen Jerman, operasi pasukan SEAL tentera laut AS itu juga boleh mendatangkan kesan tidak dijangka di dunia Arab yang kini dilanda pergolakan.
Pandangannya disokong oleh peguam hak asasi manusia Australia, Geoffrey Robertson.
"Tindakan AS bukan keadilan, tetapi memutarbelitkan istilah itu, kerana keadilan bermakna membawa orang ke mahkamah, mendapati mereka bersalah berdasarkan bukti dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Robertson kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dari London.
Pakar undang-undang antarabangsa berpejabat di Belanda, Gert-Jan Knoops pula berkata, Osama sepatutnya ditangkap dan diekstradisi ke AS.
"Pihak Amerika berkata mereka memerangi keganasan dan boleh membunuh musuh mereka di medan perang, tetapi hujah itu sebenarnya tidak dapat dipertahankan," katanya.
Seorang ulama kanan di New Delhi, Syed Ahmed Bukhari, askar AS sepatutnya boleh menangkap Osama dengan mudah.
"Amerika menggalakkan hukum rimba di mana-mana sahaja, sama ada di Afghanistan, Iraq, Pakistan atau Libya.
"Orang sudah lama membisu tetapi kini segala batas telah dilanggar," katanya. - Reuters

Thursday, December 2, 2010

Doktor' kena tahan selepas sambut bayi



Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my
2010/12/02

Lelaki diburu berikutan cabul pembantu klinik 

KAPAR: Seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang doktor sejak 2008 dan diburu kerana mencabul seorang pembantu klinik wanita, ditahan selepas menyambut kelahiran seorang bayi di sebuah klinik swasta di Klang Utama di sini.
Bayi terbabit adalah yang ke-10 disambut kelahirannya oleh suspek yang bertugas di klinik swasta terbabit sejak enam bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata suspek berusia 41 tahun pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana dipercayai terbabit dalam satu kes cabul seorang pembantu klinik di klinik swasta terbabit. 

“Pembantu klinik yang berusia 18 tahun membuat laporan polis pada 15 November lalu mendakwa dirinya dicabul suspek yang berkahwin dengan dua wanita dan mempunyai sembilan anak itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Beliau berkata, sebaik menerima laporan itu, polis bergegas ke klinik swasta itu untuk menahannya tetapi gagal kerana suspek dikatakan pulang bercuti di kampung sempena Aidiladha. 

“Polis sekali lagi pergi ke klinik swasta terbabit untuk menahan suspek kira-kira jam 11.30 pagi pada 22 November lalu. 
“Ketika itu suspek sedang membantu menyambut kelahiran seorang bayi di klinik berkenaan dan selepas tugasnya selesai, polis terus menahannya untuk siasatan,” katanya. 

Beliau berkata, polis yang menjalankan siasatan susulan mendapati lelaki terbabit bukan doktor seperti didakwanya, sebaliknya hanya bertugas sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital tentera di Melaka. 

“Majlis Perubatan Malaysia (MMC) juga mengesahkan lelaki terbabit bukan seorang doktor. Siasatan men-dapati suspek hanya memiliki Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan, Seremban,” katanya. 

Katanya, siasatan juga mendapati, suspek pernah terbabit dalam penipuan sama di Rawang dan Batang Berjuntai. 

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyamar,” katanya.

Saturday, October 30, 2010

Bapa haruan

7 tahun dicabul bapa
BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.
BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.

KUALA LUMPUR: “Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.
Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.

“Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.

“Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlanjutan menyebabkan anak saudaranya itu trauma.

“Selepas membuat laporan, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan ada kesan menunjukkan anak saudara saya itu dicabul.
“Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri,” katanya.

Akibat perbuatan terkutuk itu, anak saudaranya itu juga dikatakan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.

Kamisah juga tidak berpuas hati apabila kakak iparnya merancang untuk menarik balik laporan yang dibuat kerana tidak mahu suaminya ditangkap.

“Saya hanya minta anak saudara dan dua adik perempuannya dilindungi bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

“Mereka masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang untuk dilalui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kes cabul berkenaan dan akan membuat siasatan lanjut sebelum melakukan sebarang tangkapan.

Wednesday, October 20, 2010

Cabul doktor semasa dirawat

SINGAPURA




SEORANG bekas jurutera didenda $8,000 semalam setelah didapati bersalah mencabul kehormatan seorang doktor semasa dirawat.
Pham Thai Ha, 30 tahun, seorang penduduk tetap, didadapti bersalah memegang bahu dan cuba mencium doktor berusia 26 tahun itu semasa menerima rawatan bagi sakit ruam di jarinya.Kejadian itu berlaku di sebuah klinik di Clementi pada 8 Jun tahun lalu.Hakim Daerah Kamala Ponnampalam turut mendapatinya bersalah menggunakan kekerasan dengan mencengkam tangan doktor itu dan cuba menarik beliau ke arahnya.Pada perbicaraan minggu lalu itu, doktor itu memberitahu, setelah memberi preskripsi krim antibiotik untuk ruam di tangannya, Pham mengadu terdapat ruam pada punggungnya.Ketika diperiksa, Pham dikatakan menjadi ghairah dan cuba memegang tangan doktor itu.Selepas memakai bajunya di belakang doktor itu, Pham kemudian memegang bahu doktor tersebut dan cuba menciumnya.Ini menyebabkan doktor itu menjerit memanggil jururawatnya.