Pages

Saturday, December 31, 2011

Ditindih kereta tiga hari



TERBALIK...keadaan kereta Deborah selepas terjunam ke dalam gaung.
TERBALIK...keadaan kereta Deborah selepas terjunam ke dalam gaung.
DEBORAH
DEBORAH
SYDNEY: Seorang nenek yang terperangkap dalam keretanya yang terbalik akibat kemalangan pada Hari Krismas lalu, begitu terdesak untuk melepaskan diri hingga terfikir untuk memotong kakinya sendiri.
Menurut polis semalam, bateri telefon bimbitnya mati dan Deborah McKnight tidak dapat membuat panggilan kecemasan apabila keretanya terbalik di benteng di laluan kampung di kawasan terpencil, Ahad lalu.
Kata anak perempuannya, Ebony, Deborah cuba berbuat demikian tetapi tidak dapat memotong tulangnya.

Katanya dia tidak tahu senjata apa yang mahu digunakan untuk memotong kakinya.

“Saya tak mahu memikirkannya,” katanya.

Ebony berkata, ibunya tidak tahu bagaimana dia boleh selamat.

“Katanya, dia hanya fikirkan anak dan cucunya. Dia sangat tabah,” katanya.

Deborah memandu berhampiran Batlow di tenggara Australia apabila keretanya terbabas ketika mengelak seekor kangaroo.

Keretanya kemudian melanggar pagar penghadang dan terus menjunam ke gaung.

Kereta jenis Holden Commodore itu terbalik dekat sebatang pokok menyebabkan separuh tubuh Deborah berada di luar kenderaan itu manakala kaki kirinya terhimpit antara bumbung kereta dan darat.


Dia akhirnya ditemui oleh seorang ramaja yang berjalan menuju ke rumah jirannya petang kelmarin apabila mendengar Deborah mengerang kesakitan. -AFP
-utusan

Bertaruh untuk pewaris diraja

LONDON: Kaki judi membuat taruhan hampir RM150,000 yang pasangan diraja, Kate dan Putera William akan mendapat bayi pada tahun depan.
Syarikat perjudian William Hill meletakkan taruhan 2/5 - dan 6/1 yang anak itu akan dinamakan John dan 8/1 untuk Diana.
Ladbrokes pula mengambil langkah meletakkan RM58,998 pada taruhan 5/6 daripada orang ramai yang menjangkakan pasangan itu, kedua-duanya berusia 29 tahun, menjadi ibu bapa.

Seorang bookie berkata, mereka menerima banyak wang pertaruhan.


Hills menawarkan pertaruhan 7/2 untuk Putera Harry dan Pippa Middleton memulakan hubungan pada 2012.

Manakala, Peter Andre dan Jordan untuk kembali bersama dipetaruhkan pada 25/1 dan taruhan 5/1 untuk Simon Cowell berkahwin.

Pertaruhan Olimpik pula diletakkan 6/4 untuk kumpulan lari berganti-ganti Britain terjatuh kayu baton dan 500/1 obor pembukaan akan menyebabkan rambut Boris Johnson terbakar. - TS

Gempa bumi landa Lampung

LAMPUNG: Gempa bumi dengan kekuatan 5.3 magnitud melanda Krui, Lampung Barat di Wilayah Lampung petang semalam, meyebabkan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Seorang penduduk Karyapenggawa di Lampung Barat, Ali Mukhsin, 48, berkata gegaran petang semalam sangat kuat hingga atap rumah saya bergegar kuat.
“Tiang elektrik turut bergoyang kuat,” katanya.

Katanya, sebahagian besar penduduk dekat pantai melarikan diri kerana melihat ombak semakin besar.

“Mereka lari menuju ke tanah lapang kerana gegaran berlaku agak lama. Kami takut rumah kami roboh,” katanya.
Seorang pendudukKota Liwa, Kecamatan Balikbukit di Lampung Barat, Sukemi, 51, berkata perabot besar dan berat turut bergegar.


Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik berkata, gempa bumi dengan magnitud 5.3, yang melanda pada jam 3.51 petang waktu tempatan itu, tidak menyebabkan tsunami. - Antara.

Askar Syria baling bom

NICOSIA: Lebih 250,000 orang berhimpun di wilayah Idlib di Syria, semalam sementara tentera kerajaan menembak mati sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan dan melancarkan serangan bom ke arah orang ramai di tempat lain, kata kumpulan hak asasi kemanusiaan.
Menurut kenyataan badan pemerhati hak asasi kemanusiaan, bantahan antiregim Bashar al-Assad di barat laut wilayah itu tercetus selepas solat Jumaat. “Lebih 250,000 orang melakukan demonstrasi bantahan dekat 74 lokasi di Idlib selapas solat Jumaat.

“Perhimpunan terbesar berlangsung di bandar raya Idlib, Banash, Aniha, Sarakeb, Maaret al-Numan dan Khan Sheikhun,” kata kenyataan itu.

Di kawasan pinggir bandar Douma di Damsyik, tentera kerajaan melepaskan serangan bom ke arah puluhan ribu penunjuk perasaan dan dibalas dengan balingan batu.

Bagaimanapun, penggunaan bom itu tidak dapat disahkan.

“Aktivis memberitahu pihak kami, dia cedera akibat terkena serpihan bom,” kata kenyataan itu.


Badan itu berkata penunjuk perasaan melemparkan batu ke arah tentera di kawasan dewan bandar raya apabila mereka mula melepaskan tembakan dan gas pemedih mata. Menurut kenyataan badan itu, seramai 70,000 penduduk membanjiri jalan raya di Douma dan menuju ke dewan bandar raya apabila pertempuran berlaku.

Sementara itu, di Damsyik, tentera dilaporkan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah orang ramai yang keluar dari Masjid al-Akhrass di kawasan kejiranan al-Kaddam. - AFP

Korea Utara tidak akan berlembut dengan jiran

PYONGYANG: Korea Utara memberi amaran, mereka tidak akan berlembut dengan kerajaan Korea Selatan selepas kematian Kim Jong II.
Pyongyang berkata mereka akan menambah kekuatan pemimpin baru mereka, Kim Jong Un, anak kepada Kim Jong II yang dikenali dengan gelaran Pemimpin Hebat.
Ia gelaran yang pernah digunakan oleh ayahnya sebelum ini.

Suruhanjaya Pertahanan Negara Korea Utara berkata, negara itu tidak akan berurusan dengan Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak, seorang konservatif yang menghentikan polisi “tidak mempunyai hubungan” terhadap Korea Selatan pada 2008.


Amaran keras itu turut menegaskan Korea Utara akan berpadu tenaga dengan Kim Jong Un.

Ia adalah satu amaran berterusan dalam langkah untuk meningkatkan personaliti Kim setelah kematian ayahnya pada 17 Disember lalu.

Kelmarin, Kim diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, ketenteraan dan rakyat dalam satu perhimpunan terbesar pada hari terakhir berkabung kematian bapanya.

Dia turut mendapat sokongan daripada anggota kerajaan tertinggi.

Kim Jong Un, lewat 20-an, dikatakan masih muda dan kurang pengalaman dan pemerhati luar mempersoalkan kewibawaannya untuk memerintah negara yang sedang berunding mengenai program nuklear. - AFP 

Taufan Thane badai India





2011/12/31

ORANG ramai melepasi papan tanda yang jatuh disebabkan angin kencang di  Puduchery, India, semalam. - AP
ORANG ramai melepasi papan tanda yang jatuh disebabkan angin kencang di Puduchery, India, semalam. - AP
16 maut, puluhan lagi cedera di wilayah Cuddalore, Puduchery

CHENNAI: Taufan Thane dengan kelajuan angin 140 kilometer sejam melanda pantai Tamil Nadu, semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera mengakibatkan kerosakan teruk di wilayah Cuddalore dan Puduchery yang masih lagi terputus hubungan dengan kebanyakan kawasan.

Pihak berkuasa berkata, lima maut di Cuddalore ditimpa dinding runtuh dan terkena renjatan elektrik. Seorang lelaki berusia 45 tahun dari kampung Vanarampet di Puducherry mati dalam kejadian runtuhan sebuah rumah.
Perkhidmatan kereta api dari selatan Tamil Nadu turut terjejas dengan kebanyakannya terlewat atau terhenti di stesen berhampiran manakala destinasi antarabangsa oleh syarikat penerbangan persendirian termasuk ke Kuwait dan Malaysia dari Chennai terpaksa dibatalkan.
Pegawai cuaca berkata, Taufan Thane, membadai kawasan sepanjang barat laut Teluk Benggala, bergerak merentasi pantai Tamil Nadu antara Cuddalore dan Puducherry antara 6.30 dan 7.30 pagi hari ini.”

“Ia kini semakin lemah dan mendarat kira-kira 30 kilometer ke barat Cuddalore dan 35 kilometer ke barat laut Puduchery,” katanya. 

Beliau berkata hujan lebat dan berterusan diramalkan turun di pantai Tamil Nadu, Puducherry dan bahagian utara wilayah itu.

Hujan lebat juga dijangka melanda kawasan pantai selatan Andhra Pradesh sepanjang 12 jam akan datang dan sepanjang Rayalseema, utara Kerala dan selatan Karnataka dalam tempoh 24 jam lagi. 
Daerah Cuddalore di Tamil Nadu paling teruk terjejas apabila Thane merosakkan jalan dan menyukarkan kerja pasukan penyelamat .

Talian komunikasi turut terjejas manakala lebih 5,000 rumah nelayan dilaporkan rosak.

Sementara itu, Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa memperuntukkan sejumlah wang untuk bantuan segera dan mengarahkan empat menteri melawat daerah yang terbabit dengan ribut ‘Thane’.

Selepas mempengerusikan satu mesyuarat dengan pegawai kanan jabatan, Jayalalithaa berkata, beliau meminta rakan Kabinetnya, B V Ramana, R K M Chinnaiah, K A Jeyapaul dan M C Sampath melawat daerah Kancheepuram, Villupuram, Nagapattinam dan Cuddalore yang teruk dilanda ribut.

Jayalalithaa turut mengarahkan penilaian terhadap kerosakan akibat Thane dan menghantar laporan.

Beliau berkata ratusan pokok dan tiang elektrik tumbang, menyebabkan jalan tersekat dan perhubungan terputus.

Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga 6,000 penduduk kawasan rendah dipindah. – AP/Agensi 
-utusan

Pasangan paling tua bercerai





2011/12/31

Lelaki 99 tahun marah jumpa surat bekas kekasih isteri curang

SARDINIA: Seorang lelaki Itali berusia 99 tahun memfailkan perceraian daripada isterinya berusia 96 tahun selepas menemui sepucuk surat isterinya berlaku curang 50 tahun lalu. 

Lelaki Rome berasal dari sini dikenali sebagai Antonio C yang berkahwin dengan isterinya selama 77 tahun, terjumpa surat yang dikirim bekas kekasih isterinya pada 1940 an, ketika dia menggeledah laci lama beberapa hari sebelum Krismas, lapor agensi berita ANSA kelmarin.
Apabila lelaki itu meminta penjelasan daripada isterinya dikenali sebagai Rosa C, isterinya mengaku curang namun akibat berasa bersalah beliau tidak mengambil langkah mencabar perceraian terbabit, kata ANSA. Pasangan itu memiliki lima anak, 12 cucu dan seorang cicit.
Sementara itu, akhbar The Telegraph melaporkan bahawa perkahwinan mereka memang sudah bermasalah sebelum penemuan surat cinta itu.Pasangan itu bertemu pada 1930 an apabila Antonio C berkhidmat sebagai pegawai muda di bandar asal isterinya di Naples. 

The Telegraph menyatakan Antonio C kini menjadi orang tertua di dunia bercerai. 

Pemegang rekod terakhir adalah pasangan dari British, Bertie dan Jessie Wood, keduaduanya berusia 98 tahun apabila berpisah pada 2009. 
-utusan

Tukar MyKad baru 3 Januari



Oleh Haika Khazi

2011/12/31

Kad pengenalan baru dilengkapi perlindungan antisalinan elak pemalsuan

PUTRAJAYA: Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini. 

Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak dan mudah dipalsukan.
“Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media memperkenalkan MyKad baru itu di sini, semalam. 

Berikutan itu, Jariah berkata, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan. 

Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad baru tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai digalakkan menggantikannya sebagai langkah keselamatan. 

“MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebih tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya,” katanya. 
Jariah berkata, cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari). 

JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari. 

11 larangan malam tahun baru




BANDAR raya Jakarta menjadi sesak setiap kali perayaan malam tahun baru.


SEMANGGI – Seramai 4,000 anggota polis akan ditempatkan di beberapa lokasi tertentu untuk memastikan lalu lintas ketika perayaan menyambut Tahun Baru 2012 di Jakarta berjalan dengan lancar.
Polis Metro Jaya dalam pada itu turut mengeluarkan 11 larangan kepada warga Jakarta yang mahu merayakan malam Tahun Baru itu di bandar raya ini, lapor Pos Kota.
Antara larangan itu ialah tidak melanggar lampu isyarat, tidak menggunakan kenderaan seperti pick up, trak atau kereta yang tidak berbumbung.
Orang ramai juga dilarang menaiki bumbung kenderaan, terutamanya kepada mereka yang menaiki bas atau pengangkutan awam pada malam perayaan Tahun Baru.
Kenderaan juga dinasihati supaya tidak diletakkan sembarangan, manakala bagi penunggang motosikal dilarang membawa secara laju, menggunakan topi keledar, sentiasa berada di bahagian kiri jalan dan menyalakan lampu utama.
Penunggang motosikal juga dilarang membuka penapis bunyi ekzos dan tidak melakukan konvoi kerana boleh menyebabkan kesesakan.
Orang ramai juga dilarang membawa senjata dan tidak boleh memasang siren pada kenderaan. – AGENSI
-utusan

Letupan bom kereta di Pakistan, 8 maut



31/12/2011 3:46am

QUETTA 31 Dis. – Sekurang-kurangnya lapan penduduk Pakistan terbunuh dalam letupan bom kereta di barat daya bandar Quetta, semalam.
Kereta tersebut yang meletup di depan rumah anak bekas Menteri Persekutuan, Naseer Mengal, turut menyebabkan kira-kira 18 orang yang lain cedera.
Pihak polis bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat pemandu di dalam kereta tersebut atau kenderaan itu sengaja diletakkan di lokasi kejadian. – AFP
-utusan

Perancis laksana cukai 'gemuk'



PARIS 30 Dis. - Perancis meluluskan satu cukai 'gemuk' ke atas minuman berkarbonat dalam usaha membendung obesiti di kalangan kanak-kanak dan membantu meningkatkan pendapatan negara.
Majlis Perlembagaan Perancis, semalam meluluskan cukai baru minuman berkarbonat itu selepas mengumumkannya pada Ogos lalu.
Kerajaan mengumumkan bahawa cukai baru itu hanya akan menambah satu pence (RM0.50) kepada satu tin minuman berkenaan seperti Coca-Cola atau Fanta.
Bagaimanapun, minuman 'diet' akan dikecualikan daripada cukai berkenaan.
Pendekatan baru itu iaitu kenaikan cukai daripada tiga kepada enam sen euro itu dijangka meningkatkan pendapatan negara lebih 100 juta pound (RM498 juta) setahun.
Menurut pengumuman itu, perolehan itu dijangka digunakan bagi membiayai bayaran keselamatan sosial untuk petani.
Dalam pada itu, syarikat-syarikat minuman termasuk Coca-Cola mengecam cukai berkenaan.
Coca-Cola pada September lalu berkata, pihaknya menangguhkan rancangan pelaburan bernilai 17 juta euro (RM69.85 juta) untuk membina kilang di selatan Perancis sebagai bantahan kepada cukai tersebut.
Cukai itu diperkenalkan selepas kerajaan mengumumkan penurunan cukai sos tomaro dan garam di kantin sekolah. - Agensi
-utusan

AS jual 84 jet F-15 kepada Saudi



WASHINGTON 30 Dis. - Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian dengan Arab Saudi untuk menjual 84 jet pejuang F-15 baru bernilai AS$29.4 bilion (RM93.33 bilion) kepada negara Arab itu.
Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama semalam berkata, ia merupakan usaha untuk meningkatkan keselamatan di Teluk ekoran peningkatan ketegangan dengan Iran.
Perjanjian itu merupakan jualan senjata AS paling besar kepada negara asing sejak beberapa tahun ini.
Pegawai pentadbiran AS menyifatkan jet pejuang baru itu akan membantu meningkatkan keseluruhan pertahanan Arab Saudi di wilayah tertentu.
''Di Asia Barat sekarang, terdapat sejumlah ancaman. Jelasnya satu ancaman yang dihadapi oleh mereka dan juga negara lain di rantau itu adalah Iran,'' ujar Penolong Setiausaha Negara AS dalam hubungan ketenteraan-politik, Andrew Shapiro.
Perjanjian itu turut melibatkan pembelian pejuang Boeing F-15SA dengan peralatan radar Raytheon Co dan sistem perang elektronik digital di mana pembekal utama adalah BAE Systems Plc.
Perjanjian itu termasuk menaiktaraf jet pejuang F-15 Arab Saudi sedia ada dan Peluru Berpandu Anti-Radiasi AGM-88 HARM, Laser JDM dan perkhidmatan berkaitan.
Perjanjian itu dicapai Sabtu lalu, beberapa hari sebelum Iran mengulangi ancaman untuk menutup Selat Hormuz ekoran sekatan AS dan Eropah berikutan program nuklearnya. - REUTERS
-utusan

Syria desak ketua misi Liga Arab digugur




Seorang penunjuk perasaan antikerajaan membaling semula gas pemedih mata ke arah pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad di bandar Homs, kelmarin. - AFP


KAHERAH 30 Dis. - Pembangkang Syria hari ini meminta ketua misi Liga Arab berasal dari Sudan yang dihantar bagi memantau pergolakan di negara itu digugurkan daripada misi itu kerana beliau didakwa memegang jawatan tertinggi keselamatan dalam rejim Presiden Omar al-Bashir, yang berdepan dakwaan antarabangsa kerana terlibat dengan pembunuhan kaum di Darfur.
Kontroversi berlegar kepada Leftenan Jeneral Mohamed Ahmed Mustafa al-Dabi yang menimbulkan tanda-tanya, sama ada negara-negara anggota Liga Arab yang mempunyai rekod buruk berhubung hak asasi manusia layak menyertai misi di Syria untuk memantau sejauh mana rejim mematuhi pelan untuk menghentikan tindakan kekerasan oleh tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad terhadap lawan politiknya dan menamatkan pergolakan di negara itu.
Pembangkang Syria juga telah melabelkan misi Liga sebagai sandiwara, dengan menyatakan keganasan tetap berlaku terhadap pemberontak anti-kerajaan di seluruh negara, walaupun pemantau sedang menjalankan tugasnya.
Pegawai rasmi Liga Arab, bagaimanapun berkata, mandat pemantau tersebut bukan membantu menghentikan pergolakan, namun untuk memantau dan melaporkan perkembangan di Syria kepada setiausaha agung liga itu.
Sebanyak 60 pemantau Liga Arab memulakan tugas mereka Selasa lalu, misi pertama dibenarkan oleh Syria sejak pemberontakan tercetus di negara itu sembilan bulan lalu.
Mereka juga akan memastikan rejim mematuhi terma pelan Liga itu bagi menghentikan pemberontakan.
Pelan itu termasuk menghendaki rejim al-Assad menarik balik tentera dan senjata berat dari jalan-jalan utama di negara itu, memulakan rundingan dengan pemimpin pembangkang, membebaskan tahanan politik dan membenarkan pekerja hak asasi manusia serta wartawan memasuki negara itu.
Di Beirut, aktivis pembangkang meminta rakyat berhimpun hari ini bagi menyatakan protes serta menyakinkan pemantau keamanan Liga Arab agar memberi perhatian terhadap keadaan getir yang sedang berlaku di Syria.
Gesaan itu dibuat berdasarkan tindakan pihak berkuasa keselamatan Syria yang menembak mati 25 penunjuk perasaan di negara itu dan yang menyebabkan 100 yang lain tercedera, semalam. - REUTERS
-utusan

Anak gajah enggan ditimbang



SEORANG pekerja menarik belalai anak gajah itu supaya haiwan itu berdiri di atas alat penimbang di Zoo Wuppertal, Jerman kelmarin.


WUPPERTAL, Jerman - Dua keping gambar menunjukkan seorang pekerja menarik belalai seekor anak gajah untuk memujuk haiwan itu menaiki sebuah alat penimbang di Zoo Wuppertal, di sini kelmarin.

Pekerja berkenaan menarik belalai anak gajah bernama Uli itu untuk merekodkan berat haiwan tersebut dalam prosedur rutin di zoo berkenaan.

Namun, Uli yang ketakutan enggan memberi kerjasama apabila haiwan tersebut meundukkan kepalanya bagi mengelak ia ditarik ke atas penimbang tersebut.

Anak gajah itu kemudian akhirnya berdiri di atas penimbang tersebut dengan seorang kakitangan membelai kepala haiwan tersebut. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

40 buah kenderaan berlanggar



SEJUMLAH kenderaan yang terlibat dalam nahas di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans kelmarin.


NEW ORLEANS, Amerika Syarikat - Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis.

Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans.

Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan.

"Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV.

Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya.

Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas.

Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap.

Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun.

Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta.

"Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Kapal selam Rusia terbakar



ASAP menjulang tinggi dari sebuah kapal selam nuklear Yekaterinburg yang terbakar di sebuah limbungan di wilayah Murmansk, Rusia kelmarin.


MOSCOW - Tentera Rusia menyatakan sejumlah kru sebuah kapal selam nuklear yang terbakar masih berada di dalam kapal selam berkenaan manakala tujuh lagi dihantar ke hospital selepas terhidu asap beracun.

Kementerian Pertahanan Rusia memberitahu, tiada kebocoran radiasi dalam kebakaran yang berlaku kelmarin di sebuah limbungan kapal di wilayah Murmansk.

Ketika kejadian, kapal selam terbabit, Yekaterinburg ditempatkan di sebuah limbungan kering di lokasi berkenaan.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran itu semalam.

Pihak tentera dalam satu kenyataan memberitahu, api bermula di sebuah perancah kayu di limbungan berkenaan sebelum merebak ke bahagian badan kapal selam tersebut.

Menurut kenyataan sama, reaktor kapal selam nuklear Yekaterinburg telah dimatikan manakala 16 buah peluru berpandu nuklear telah dikeluarkan sebelum ia dibaikpulih di limbungan itu.

Pada 18 Ogos 2000, kapal selam nuklear Rusia, Kursk tenggelam di Laut Barents selepas berlaku letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran pada sistem bahan api yang merebak ke tempat simpanan peluru torpedo kapal selam berkenaan.

Semua 118 kru kapal selam sepanjang 154 meter dengan berat sekitar 16 tan itu terbunuh dalam insiden tersebut. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Friday, December 30, 2011

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:

“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,

setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Love Love Islam:

'via Blog this'

Tentera, polis paling banyak serang media


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011

JAKARTA - Sebuah kumpulan penyokong media Indonesia melaporkan pasukan polis dan tentera negara itu bertanggungjawab ke atas sebahagian besar keganasan yang dihadapi oleh petugas media di Indonesia.
Yayasan Bantuan Guaman untuk Media (LBH Pers) melaporkan, polis dan tentera Indonesia terlibat dalam 22 daripada 96 kes keganasan ke atas wartawan, tahun ini, berbanding lapan kes keganasan yang dilakukan oleh samseng jalanan ke atas petugas media.
Selain itu, serangan ganas terhadap petugas media meningkat kepada 96 kes daripada 69 kes pada tahun lalu.
Pengerusi LBH Pers, Hendrayana mengecam serangan ke atas media dan menegaskan institusi keselamatan yang ditugaskan melindungi wartawan tidak sepatutnya menjadi pelaku keganasan.
Tentera, polis paling banyak serang media - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Perogol hampir dibakar


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011

JAKARTA - Seorang peniaga yang cuba merogol seorang wanita berumur 20 tahun di sebuah pangsapuri di utara Jakarta, Indonesia, hampir dihukum mati tanpa dibicarakan apabila orang ramai yang marah cuba membakarnya, kelmarin.

Orang ramai memukul Mindu Wijaya, 30, serta mengugut untuk menyimbah petrol dan membakarnya hidup-hidup, namun lelaki itu sempat diselamatkan polis.
Kes serupa berlaku pada 2009 di timur Jawa, apabila seorang bekas guru, Muhammad Zarkasyi terbunuh selepas dibakar sekumpulan pelajar sekolah yang berang dan menuduhnya melakukan hubu-ngan seks dengan pelajar perempuan di sekolah mereka.
Perogol hampir dibakar - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'