Pages

Wednesday, December 10, 2014

Patung ganti penduduk kampung yang berhijrah



AP - AYANO menunjukkan anak patung yang dijahitnya di kampung Nagoro yang terletak di wilayah Tokushima di selatan Jepun.


TOKYO – Seorang wanita yang bosan selepas kampungnya semakin sunyi mengambil keputusan membuat lebih 100 patung menyerupai manusia untuk menggantikan penduduk yang telah meninggal dunia dan berhijrah ke kawasan bandar.
Wanita itu, Tsukimi Ayano, 65, berkata, dia bosan selepas kampung Nagoro yang didiaminya menjadi seperti kampung hantu apabila ramai penduduk berhijrah dan sebahagian lagi meninggal dunia.

AP - AYANO turut membuat patung menyerupai guru dan murid yang diletakkan di sebuah sekolah di kampung Nagoro.


Katanya, dia pulang semula ke kampung halamannya yang terletak di wilayah Tokushima di selatan Jepun itu kira-kira 13 tahun lalu untuk menjaga kedua ibu bapanya yang telah uzur.
“Bagaimanapun, selepas ibu bapa saya meninggal dunia beberapa tahun lalu, saya mula berasa bosan dan sunyi kerana semua jiran saya sudah tiada.
“Kini kampung ini didiami oleh beberapa penduduk warga emas sahaja dan lebih membosankan saya adalah penduduk yang paling muda,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian menjahit patung-patung itu dengan menyerupai penduduk kampung yang dikenalinya dan meletakkan patung berkenaan di kawasan kedai, perhentian bas dan juga sekolah.
“Semua kawasan itu sunyi kerana tidak berpenghuni tetapi patung ini mengembalikan semula suasana ketika kampung ini sibuk dengan penduduk,” jelasnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3LRla2hKT 
Hakcipta terpelihara 

KL bandar raya ajaib

Berada dalam Senarai Tujuh Bandar Raya Ajaib Baharu

Bandar raya Kuala Lumpur dinamakan sebagai satu daripada tujuh
Bandar raya Kuala Lumpur dinamakan sebagai satu daripada tujuh bandar raya paling menakjubkan di dunia dalam kempen Senarai Tujuh Bandar Raya Ajaib Baharu, baru-baru ini. – AGENSI
DUBAI 9 Dis. - Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dinamakan sebagai satu daripada bandar raya menakjubkan di dunia dalam Senarai Tujuh Bandar Raya Ajaib Baharu oleh pertubuhan, New Seven Wonders Foundation di Dubai, kelmarin.
Selain Kuala Lumpur, bandar raya lain yang turut tersenarai adalah Beirut, Lebanon; Havana, Cuba; La Paz, Bolivia; Doha, Qatar; Durban, Afrika Selatan; dan Vigan, Filipina.
Mail Online melaporkan, keputusan itu diperoleh berdasarkan undian kempen yang diadakan sejak Oktober tahun lalu, membabitkan senarai akhir 28 bandar raya.
Pengarah filem Switzerland, Bernard Weber yang memperkenalkan kempen itu sejak tahun 2007 berkata, undian tersebut kemudian menyenarai pendek 21 bandar raya terbaik sehingga keputusan penuhnya diumumkan kelmarin.
“Kami memulakan undian dengan 1,200 pencalonan bandar raya dari 220 buah negara. Tujuh bandar raya yang terpilih ini mewakili kepelbagaian masyarakat moden masa kini.
“Untuk kali pertama dalam sejarah, lebih separuh daripada populasi manusia tinggal di bandar raya dan pemilihan yang diadakan ini menunjukkan cabaran perubahan dunia pada zaman moden,” kata Weber.
Kempen itu merupakan satu inisiatif yang diharap dapat menggalakkan debat tentang bagaimana bandar raya berkenaan menghadapi cabaran pada masa depan.
Weber berharap proses undian itu dapat mewujudkan satu forum perbincangan tentang pelbagai isu termasuk rancangan perbandaran dan pentadbiran metropolitan serta pelancongan dan reka bentuk.
Ini merupakan kali ketiga Weber mengadakan undian untuk mencari tujuh bandar raya terhebat bermula pada tahun 2007 yang menyaksikan lebih 100 juta undian diterima untuk mencari tujuh keajaiban dunia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kl-bandar-raya-ajaib-1.34773#sthash.t00pSGT0.dpuf

Penduduk Donetsk berenang dalam cuaca sejuk

Tiga penduduk Donetsk mempamerkan keberanian untuk berenang dalam
Tiga penduduk Donetsk mempamerkan keberanian untuk berenang dalam air sejuk yang bersuhu antara 2 dan 4 darjah Celsius di bawah paras beku. – AGENSI
KIEV 9 Dis. – Kebiasaannya, orang ramai akan duduk di rumah apabila musim sejuk tiba bagi mengelakkan jatuh sakit atau demam ekoran suhu persekitaran yang turun secara mendadak.
Namun perkara itu tidak berlaku bagi segelintir penduduk di Donetsk, timur Ukraine apabila mereka bukan sahaja bersuka-ria di luar rumah, malah berenang di dalam air yang sejuk pada setiap hujung minggu menandakan bermulanya musim ke-11 acara berenang di dalam ais.
Menurut laporan portal berita Mail Online, lebih mengagumkan, beberapa ahli politik dari Majlis Kebangsaan Republik Rakyat Donetsk tidak segan silu untuk menyertai acara aneh berkenaan.
Jelas Mail Online, aktiviti terbabit diadakan pada setiap tahun bagi memberi peluang kepada perenang yang berani untuk berenang dalam air bersuhu sekitar 2 sehingga 4 darjah Celcius di bawah paras beku.
“Mereka menganggap acara berenang dalam air yang sejuk bagus untuk peredaran darah selain melegakan kesakitan otot dan masalah pernafasan,” tambah laporan itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penduduk-donetsk-berenang-dalam-cuaca-sejuk-1.34608#sthash.sQSK3bpJ.dpuf

Mumia remaja Mesir didedah selepas 2,500 tahun

Mumia remaja lelaki berusia 14 tahun bernama Minirdis, dibuka
Mumia remaja lelaki berusia 14 tahun bernama Minirdis, dibuka buat pertama kali di Muzium Field, Chicago sejak kematiannya kira-kira 2,500 tahun dahulu. – AP
NEW YORK 9 Dis. – Mumia seorang remaja lelaki Mesir dibuka buat pertama kali di Muzium Field, Chicago baru-baru ini sejak kematiannya kira-kira 2,500 tahun dahulu.
Mail Online melaporkan, mumia remaja berusia 14 tahun bernama Minirdis itu dibuka oleh pakar sejarah dan tiga saintis lain bagi tujuan pameran pada tahun depan selepas dijumpai sekitar tahun 1920-an.
Tapak kaki Minirdis yang merupakan anak kepada tukang sihir hebat Mesir merupakan antara bahagian badan remaja itu yang masih dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, akibat terlalu lama berada dalam keadaan baring, agak mustahil untuk membalut semula kain kapan bercat emas yang meliputi wajahnya yang dikuatiri boleh hancur serta merta menjadi abu jika dibuka.
Saintis diketuai J.P. Brown menggunakan pengapit dan kepingan besi untuk mencipta sejenis buaian bagi mengangkat bahagian penutup mumia itu yang rapuh.
Mumia Minirdis merupakan satu daripada 30 koleksi mumia dari Mesir yang sempurna di muzium itu.
Mumia itu perlu kekal stabil supaya boleh dibawa pada pameran di Muzium Sejarah Semula Jadi di Los Angeles pada September tahun depan sebelum dibawa ke Muzium Sains dan Semula Jadi di Denver pada 2016.
“Risiko mumia itu untuk rosak sentiasa ada,’’ kata Brown yang menjalankan kerja-kerja membuka mumia itu di makmal.