Pages

Showing posts with label pancung. Show all posts
Showing posts with label pancung. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

17 dipancung kepala ketika berpesta



ANGGOTA kumpulan Taliban dipercayai mendalangi pembunuhan kejam di Musa Qala, Helmand, Afghanistan semalam.


KANDAHAR - Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai.
Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.
Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.
"Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban," kata Nimatullah.
Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan kekejaman tersebut.

Saturday, April 7, 2012

25 amah nanti dipancung

RIYADH: Seramai 22 warga Indonesia yang dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi telah dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asal mereka, manakala 25 pembantu rumah negara itu masih berdepan hukuman berkenaan atas pelbagai kesalahan.
Sehubungan itu, jurucakap Kedutaan Indonesia di Riyadh, Hendrar Pramutyo berkata, kerajaan negaranya akan menghantar 14 petugas khas presiden ke Arab Saudi hari ini untuk berbincang dengan pegawai negara itu dan mencari jalan menyelamatkan mereka yang menanti pelaksanaan hukuman itu.

“Di Riyadh saja, enam amah warga kami menghadapi hukuman mati, manakala 19 pekerja wanita berdepan hukuman itu di wilayah barat Saudi. Kami akan menghadiri satu perbicaraan di Dammam minggu depan,” katanya. Beliau juga berkata, kira-kira 1,700 rakyat Indonesia berada dalam penjara Arab Saudi ketika ini.

“Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada pertubuhan kemanusiaan kerajaan Saudi kerana bantuan mereka yang membolehkan sebilangan pesalah dibebaskan dan dihantar pulang ke Indonesia,” katanya.

Hendrar berkata, misi diplomatik Indonesia masih berusaha menguruskan pembebasan pekerja yang ditahan kerana jenayah kecil. “Kami juga telah meminta kebenaran daripada kerajaan Saudi bagi mengizinkan delegasi petugas khas kami melawat penjara negara berkenaan.

“Kami masih menunggu maklum balas daripada mereka,” katanya.


Menurutnya, ramai lagi pesalah lain mungkin tidak begitu bernasib baik. Bagaimanapun, pejabat kedutaan dan juga pejabat konsul Indonesia di Jeddah berusaha sedaya upaya membantu mereka dari segi undang-undang. Jun tahun lalu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengecam hukuman pancung di Arab Saudi terhadap pembantu rumah Indonesia dan menuduh Riyadh tidak mematuhi tatasusila hubungan antarabangsa.

Ruyati binti Sapubi, 54, dipancung pada 18 Jun 2011 selepas didapati bersalah membunuh majikannya, warga Saudi, mendorong Indonesia memanggil pulang dutanya di Riyadh untuk berbincang.

Dalam pada itu, menurut laporan akhbar Indonesia, The Presidential Post, sejumlah 167 warga Indonesia berdepan hukuman mati dan 11 lagi sudah dihukum mati di pelbagai negara, termasuk Arab Saudi, baru-baru ini. Kebanyakan rakyat Indonesia yang dijatuhkan hukuman mati bersalah kerana melakukan jenayah serius atau disabitkan dengan hukuman itu tanpa alasan yang kukuh. - AN

Monday, June 27, 2011

Tukang pancung pernah penggal kepala kawan

TIADA RASA BELAS: Encik Abdallah, dengan pedang bernama 'Sultan' yang digunakan bagi memenggal kepala pesalah, berkata tukang pancung tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancungnya. -- Foto TEMPOINTERAKTIF.COM

TIADA RASA BELAS: Encik Abdallah, dengan pedang bernama 'Sultan' yang digunakan bagi memenggal kepala pesalah, berkata tukang pancung tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancungnya. -- Foto TEMPOINTERAKTIF.COM[Image]MAKKAH: Encik Abdallah bin Said Al-Bishi mewarisi kerjaya ayahnya - tukang pancung bagi mereka yang dihukum mati di Arab Saudi.Beliau antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006.Tukang pancung seperti Encik Abdallah yang bertugas mencabut nyawa pesalah, termasuk warga Indonesia, Ruyati Satubi, yang dipancung baru-baru ini.Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia.Ruyati, 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.Encik Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia.Beliau berusia 32 tahun waktu itu. Pada hari pertama bertugas, beliau memancung tiga orang.Pedang bernama 'Sultan' warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter.Encik Abdallah mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang.'Setiap orang akan gugup ketika memulakan pekerjaan baru kerana takut gagal,' katanya.Beliau mengaku telah memancung lebih 100 kepala.Semasa kecil, Encik Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz.Beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolah.'Namun, yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi,' ujarnya.Malamnya, beliau susah tidur dan bermimpi ngeri.Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh.Hukuman itu biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah, yang diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa.Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak.Bagi memuluskan tugasnya, Encik Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang dibuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala.Jowhar sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara ibu kota Mogadishu.Ayah tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan.Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya yang dikenakan hukuman mati.Selain memenggal kepala, Encik Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki. Pesalah potong tangan dibius dulu.Encik Abdallah berkata syarat utama menjadi tukang penggal ialah seseorang itu tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancung.'Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan bakal gagal,' katanya. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Friday, June 24, 2011

Indonesia henti hantar pekerja ke Saudi



SEKUMPULAN warga Indonesia menunggu pemeriksaan polis di Bekasi, Jawa Barat, untuk menaiki pesawat menjadi pekerja di Arab Saudi, semalam. - Foto REUTERS
SEKUMPULAN warga Indonesia menunggu pemeriksaan polis di Bekasi, Jawa Barat, untuk menaiki pesawat menjadi pekerja di Arab Saudi, semalam. - Foto REUTERS

Susilo mahu perjanjian jamin perlindungan rakyat di negara asing diwujudkan terlebih dulu

JAKARTA: Indonesia menghentikan sementara penghantaran pekerjanya ke Arab Saudi mulai 1 Ogos selepas seorang pembantu rumahnya dihukum pancung di Riyadh Sabtu lalu kerana kesalahan membunuh wanita majikannya.

Langkah sementara itu dikuatkuasakan sehingga kedua-dua negara itu mencapai kesepakatan melalui perjanjian yang menjamin perlindungan dan pemberian hak kepada tenaga kerja Indonesia.
Indonesia juga akan menetapkan satu dasar nasional mengenai penghantaran pekerjanya ke luar negara pada masa depan, selepas pasukan khas selesai membuat kajian mengenainya.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan keputusan itu ketika berucap kepada rakyat menerusi siaran langsung stesen televisyen semalam.

Beliau membantah keras tindakan Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap pembantu rumah bernama Ruyati itu tanpa memberitahu Jakarta, tindakan yang melanggar prosedur antarabangsa.

“Langkah memperketat penghantaran pekerja Indonesia mulai semalam. Saya meminta warga negara Indonesia patuh menyokong moratorium ini dan tidak berusaha sendiri ke sana,” katanya.

Ketika berucap, Susilo meminta Menteri Luar, Marty Natalegawa; Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Patrialis Akbar dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Muhaimin Iskandar, menjelaskan tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi menyelamatkan Ruyati serta warga Indonesia lain di luar negara yang menunggu hukuman mati.
“Keputusan yang ketiga ialah saya akan mengutus surat kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz, yang berisi tiga hal, pertama hubungan Indonesia dan Arab Saudi sebenarnya dalam keadaan baik, kecuali kes dan persoalan tenaga kerja Indonesia,” kata Susilo.

Ketika ini, 23 warga Indonesia menghadapi hukuman mati di Arab Saudi.

Pelaksanaan hukuman pancung terhadap Ruyati oleh Arab Saudi itu mengundang kecaman dan kritikan pelbagai pihak di Indonesia, yang menuduh Jakarta gagal memberi perlindungan sewajarnya kepada warga di luar negara, yang menunggu pelaksanaan hukuman mati. Kini 1.2 juta pekerja Indonesia bekerja di Arab Saudi, kebanyakannya amah. – BERNAMA
Berita Harian Online | Indonesia henti hantar pekerja ke Saudi

Monday, June 20, 2011

Indonesia kecam amahnya dipancung di Arab Saud

JAKARTA - Jakarta mengecam tindakan pihak berkuasa Arab Saudi memenggal kepala seorang pembantu rumah Indonesia selepas dia didapati bersalah membunuh isteri majikannya, kata seorang pegawai semalam.
Pembantu rumah itu, Roiaiti Beth Sabotti Sarona (gambar) didapati bersalah membunuh majikannya di Arab Saudi iaitu Khairiya binti Hamid Mijlid.
Pembunuhan kejam itu dilakukan Roiaiti di bahagian kepala dengan menggunakan alat pemotong daging dan menikam leher mangsa.
Dia telah dihukum mati kelmarin di Mekah.
"Tanpa prasangka terhadap sistem undang-undang yang berkuatkuasa di Arab Saudi, pemerintah Indonesia mengkritik bahawa hukuman mati itu dilakukan tanpa mematuhi amalan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan konsulat," kata jurucakap Kementerian Luar, Michael Tene.
"Kami sedar berhubung kes itu dan Roiaiti telah mengaku melakukan pembunuhan.
"Namun, kami langsung tidak dimaklumkan mengenai waktu pelaksanaan hukuman itu," katanya. - AFP
Kosmo! Online - Dunia