Pages

Showing posts with label otak. Show all posts
Showing posts with label otak. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Otak milik pendakwah



SEBERANG PRAI - Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.

Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Mas­jid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.
Othman Hassan (gambar), 67, yang mengaku piut Allahyarham berkata, selepas bermastautin di sini kira-kira lima tahun, Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat.

“Masjid berkenaan dibina daripada kayu hutan dan menjadi tumpuan pedagang sebelum diubah suai penduduk selepas beberapa tahun kemudian,” katanya.

Othman berkata, Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.

“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak," katanya.
Othman berkata, Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Beliau berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai tiga anak. Sebelum meninggal dunia sekitar tahun 1940-an beliau dikatakan berwasiat agar dikebumikan bersebelahan masjid kerana ingin ‘melihat’ masjid itu terus diimarahkan sepanjang masa.
Othman berkata, beliau meminta maaf jika terdapat kesilapan dari segi fakta kerana beliau hanya menceritakan apa yang didengarinya daripada waris yang terdahulu.

Wednesday, January 5, 2011

Penemuan terbaru saiz otak manusia

Berita Harian Online | Penemuan terbaru saiz otak manusia:



2011/01/05

MADISON: Ketika manusia moden begitu bangga dengan kecerdasannya, penemuan terbaru menunjukkan saiz otak manusia hidup 20,000 tahun lalu lebih besar, iaitu hampir sebesar bola tenis.

“Dalam 20,000 tahun terakhir, isi padu otak manusia menyusut daripada 1.500 sentimeter padu menjadi sekitar 1.350 sentimeter padu. Terjadi kepada lelaki mahupun wanita, tidak mengira kumpulan etnik,” kata Pakar Antropologi dari University of Wisconsin, Kathleen McAuliffe, dalam akhbar Britain Daily Mail, semalam.
Pelbagai spekulasi dikembangkan pakar bagi menjelaskan penemuan mengejutkan itu. Antaranya dikaitkan dengan cara hidup masa purba termasuk tempoh zaman batu tua (Upper Paleolithic).

Ketika itu, kegiatan mereka mengalami perubahan besar berikutan tempat penginapan beralih dari dalam gua ke ruang terbuka. – Agensi"

Sunday, October 24, 2010

Otak ibu lebih besar selepas bersalin



CONNECTICUT - Saiz otak wanita yang baru melahirkan anak didapati membesar dalam tempoh beberapa bulan selepas bersalin, menurut kajian terbaru. 

Penyelidik dari Universiti Yale, Amerika Syarikat melaporkan, pertumbuhan dalam saiz otak itu dipercayai disebabkan oleh perubahan kandungan hormon selepas bersalin. 

Dalam kajian itu, penyelidik menemui perubahan saiz pada bahagian otak yang dikaitkan dengan tingkah laku dan motivasi. 

Kajian itu turut mendapati ibu yang 'sangat gembira' dengan kelahiran anak mereka mengalami pertumbuhan otak yang lebih besar di bahagian berkaitan motivasi dan pemprosesan emosi berbanding ibu yang 'kurang gembira' dengan bayi mereka. 

Pertumbuhan saiz otak itu dikatakan mungkin menjadi faktor yang mempengaruhi keinginan ibu untuk menjaga bayi mereka disebabkan oleh otak yang aktif berbanding apa yang dikenali sebagai naluri keibuan. 

Perubahan hormon sejurus selepas bersalin, termasuk peningkatan hormon estrogen, oksitoksin dan prolaktin, mungkin menyebabkan otak ibu yang baru melahirkan anak mampu bertindak balas dengan baik kepada bayi mereka.

Sunday, October 17, 2010

Ada apa pada otak, minda manusia?


RHODE ISLAND - Kewujudan manusia di muka Bumi memang amat istimewa dan penuh misteri, sama ada dilihat dari sudut agama, budaya, teknologi, sejarah mahu pun sains perubatan. 

Kajian sains menunjukkan wujud persamaan hampir 98 peratus antara manusia dan cimpanzi, tetapi kajian pakar neurobiologi dan primatologi membuktikan otak manusia adalah jauh lebih kompleks dan istimewa berbanding mana-mana hidupan lain. 

Robert Sapolsky dari Universiti Stanford, California menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan dasar pada Simposium Sains Otak di Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat pada 13 Oktober lalu. 

"Kuasa minda dan keistimewaan penuh misteri dalam otak manusia menjadikan kita sangat istimewa dan sekali gus tidak boleh disamakan dengan haiwan," katanya. sumber

Tidak dapat dinafikan bahawa secara saintifik, unit asas sel otak manusia tidak jauh berbeza dengan spesies haiwan lain. 

"Namun, manusia memiliki kemampuan untuk memanfaatkan neuron dalam sel otak dan jaringan otak yang kompleks untuk menjana kemampuannya ke tahap kognitif yang lebih tinggi dan menyeluruh. 

"Sama ada mahu diperakui atau tidak, dari segi fisiologi, manusia dan primat mempunyai banyak persamaan tetapi cara kita menggunakan anugerah otak membezakan kita dengan primat lain," kata Sapolsky. 

Kajian sains menunjukkan bahawa binatang juga mempunyai corak pemikiran yang hampir sama dalam soal budaya, cubaan untuk menguasai dan emosi, tetapi minda manusia lebih terkedepan. 

"Sekadar contoh, sewaktu menonton filem Avatar, rata-rata penonton berasa simpati dan empati terhadap watak makhluk asing yang ditampilkan," katanya

Sunday, October 3, 2010

Hospital simpan otak pelajar

NEW YORK: Sepasang suami isteri di Staten Island yang baru-baru ini mengebumikan mayat anak mereka berusia 17 tahun selepas kemalangan kereta terkejut apabila mengetahui pihak hospital masih menyimpan otak mangsa.
Andre dan Korisha Shipley bercadang menyaman hospital itu yang mendakwa ia tidak melakukan kesalahan apabila menyimpan otak itu untuk tujuan kajian tanpa memberitahu keluarga mangsa. - Agensi

Monday, May 31, 2010

10 Tabiat Punca Rosak Otak




kredit poor guy ~
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Merokok 
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
 Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.