Pages

Showing posts with label laju. Show all posts
Showing posts with label laju. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Polis sembunyi dalam belukar untuk tangkap pemandu laju


GAMBAR dalam bulatan menunjukkan lokasi persembunyian anggota-anggota polis di Dollar, Scotland pada 17 Ogos lalu.

DOLLAR, Scotland – Beberapa anggota polis bersembunyi di dalam belukar di sini untuk menahan pemandu yang memandu kereta dengan laju, lapor sebuah akhbar semalam.
Taktik itu tidak menyalahi undang-undang kerana mereka tidak menggunakan alat pengesan kelajuan yang perlu dilihat orang ramai.
Anggota-anggota polis itu akan menahan kereta yang dipandu laju dengan serta-merta di lokasi tersebut.
Perbuatan anggota-anggota polis itu dirakamkan oleh seorang penduduk tempatan, Mike Day.
Namun, beberapa pengkritik berkata, tindakan polis itu akan menyebabkan pemandu menekan brek dengan tiba-tiba kerana mereka melihat anggota-anggota polis tersebut keluar dari belukar.
– Agensi, kosmo

Tuesday, March 8, 2011

Kereta api Hayabusa bergerak 319 kilometer sejam

myMetro
TOKYO: Jepun mempamerkan kereta api laju terbarunya, Hayabusa, yang mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 318.6 kilometer sejam.
Laporan media menyatakan, Hayabusa - bermaksud helang - dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pesawat kelas bisnes.

Semalam, Hayabusa membuat perjalanan rasmi pertama dari Tokyo ke Aomori di utara Jepun.

Kereta api itu mengambil masa kira-kira tiga jam bagi melengkapkan perjalanan sejauh 676 kilometer.

Jepun mencipta sejumlah kereta api laju sejak 1960-an bagi menghubungkan pelbagai lokasi di negara pulau itu.


Dengan kejayaan terbaru melalui Hayabusa itu, pengeluarnya, East Japan Railway Co, berharap syarikat itu mampu memasarkan teknologi berkenaan ke luar negara, termasuk Amerika Syarikat.

Pengerusinya, Mutsutake Otsuka, berkata selain kelajuan, kereta api itu mementingkan aspek keselesaan, keselamatan dan mesra alam sekitar.

Bagi perjalanan sehala dari Tokyo ke Aomori, setiap penumpang dikenakan tiket RM967. - TS

Saturday, December 4, 2010

Kereta api terlaju China



BEIJING - Kementerian Kereta Api China mengumumkan bahawa kereta api penumpang terbaru negara itu mencatat rekod baru dunia dengan mencecah kelajuan sehingga 486 kilometer sejam semasa dalam satu jalanan ujian yang diadakan, semalam. 

Agensi Berita Xinhua melaporkan ujian tersebut dibuat di atas landasan baru yang belum dibuka yang akan menghubungkan dua bandar utama China iaitu Beijing dan Shanghai. 

Menurutnya, kereta api itu mampu tiba di tempat destinasi dengan hanya lima jam berbanding masa sebelum ini dan ia dijadualkan untuk beroperasi pada 2012.

China adalah negara pertama dan satu-satunya memiliki perkhidmatan kereta api komersial pada jalur rel konvensional yang mampu mencecah kelajuan sehingga 486 kilometer sejam. 

Sebelum ini, kereta api peluru Wuhan-Guangzhou mampu mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam untuk seluruh perjalanan dan ia dirasmikan pada 2009.