Pages

Showing posts with label khatam. Show all posts
Showing posts with label khatam. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Lebih 20,000 khatam Al-Quran serentak




SEBAHAGIAN daripada lebih 20,000 pelajar KAFA membaca ayat-ayat suci Al-Quran menggunakan e-Book pada majlis khatam beramai-ramai di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Terengganu semalam mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records apabila seramai 20,133 pelajar Kelas Fardu Ain (KAFA) negeri ini khatam Al-Quran.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata, jumlah itu meningkat berbanding catatan tahun lepas seramai 16,929 orang.
"Untuk majlis kali ini, kita mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records," katanya kepada pemberita selepas Majlis Khatam Al-Quran & Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian(UPKK) pelajar Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) negeri Terengganu 2011.
Khazan berkata, Melaka merupakan negeri kedua paling ramai pelajar KAFA membuat khatam al-Quran iaitu 15,033 orang.
Beliau berkata, majlis khatam Al-Quran di Terengganu semalam dibuat serentak di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu seramai 6,325, Besut (3,149), Setiu (2,311), Marang (2,744), Hulu Terengganu (1,910), Dungun (2,024) dan Kemaman (1,670).
Sebahagian besar daripada pelajar berkenaan menggunakan Al-Quran digital menerusi e-Book yang diagihkan kerajaan, katanya.

Monday, August 29, 2011

Dua juta jemaah hadir khatam Quran

PENDUDUK Islam Palestin  ketika mengadakan solat tarawih di masjid  Al Emari di Bandar raya Gaza, kelmarin.
PENDUDUK Islam Palestin ketika mengadakan solat tarawih di masjid Al Emari di Bandar raya Gaza, kelmarin.

Bacaan ketika solat Tarawih 

MAKKAH: Lebih dua juta jemaah dan pelawat menghadiri upacara khatam al-Quran malam tadi di dua masjid suci di sini dan Madinah.
Kitab al-Quran yang dibacakan ketika solat Terawih, biasanya dialunkan sebagai penutup pada malam Ramadan ke-28.
Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan semua badan terbabit menyelesaikan semua urusan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan pelawat.

Naib presidennya Sheikh Muhammad Al-Khuzaim, berkata pihaknya mengambil 6,600 kakitangan lelaki dan wanita untuk melaksanakan rancangannya malam tadi bertujuan membolehkan semua yang hadir di Masjid Agung menikmati bacaan ayat suci dalam keadaan selesa.

Badan itu menyediakan ribuan kerusi roda untuk warga emas menggunakannya secara percuma ketika melakukan ibadat saie, yang membabitkan ulang alik antara gunung Safa dan Marwah.

“Ada tangga khas bagi mereka yang memerlukan bantuan dan tangga bergerak untuk membawa jemaah ke tingkat dua dan bumbung masjid,” katanya. Al-Khuzaim berkata, pihaknya mengagihkan kuantiti besar air Zamzam sejuk di seluruh masjid.

Katanya, ada 176 pintu pagar menghala ke Haram, bumbung dan ruangan bawah dipantau 926 kakitangan bagi memastikan jemaah masuk dan keluar secara lancar.

Datuk bandar Makkah, Osama Al-Bar, berkata tukang cuci bekerja 24 jam sehari di Haram dan plazanya. – Agensi , bharian

Thursday, September 9, 2010

3 juta solat khatam Quran

MAKKAH: Kira-kira tiga juta umat Islam menyertai solat khatam al-Quran di dua masjid utama - Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah, semalam.
Di Masjidil Haram, orang ramai, termasuk jemaah umrah, bersama-sama menyertai solat Tarawih dan Qiamullail sehingga memaksa sebahagian daripada mereka mengerjakan ibadah itu di luar bangunan atau di atas jalan raya.
Kerajaan pula mengadakan persediaan khas bagi memastikan semua pengunjung masjid selesa beribadah.

Antara kemudahan disediakan, kira-kira 30,000 sejadah di tiga tingkat bangunan masjid berkenaan.

Seramai 3,000 tukang cuci juga digaji bagi menjamin persekitaran masjid kekal bersih dan selesa, selain 22,418 unit pendingin air di dalam dan luar bangunan.

Datuk Bandar Makkah, Osama al-Bar, berkata turut diberi perhatian adalah harga barangan keperluan serta amalan kebersihan di restoran.

Pengarah Pertahanan Awam Makkah, Jameel Arbaeen, berkata seramai 300 anggotanya bersiap sedia memberi bantuan kecemasan kepada pengunjung dan jemaah masjid yang memerlukan rawatan. - Agensi