Pages

Showing posts with label mona lisa. Show all posts
Showing posts with label mona lisa. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Tengkorak Mona Lisa ditemui di biara




TENGKORAK wanita yang dipercayai Mona Lisa ditemui di kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence baru-baru ini.


FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.
Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.
Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi.
Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo.
Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542.
Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.
Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.

KUMPULAN wartawan dibawa melawat ke kawasan penggalian kubur seorang wanita
dipercayai Mona Lisa di biara St. Ursula, Florence, Itali kelmarin.


Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.
Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.
Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Tuesday, January 11, 2011

Ahli sejarah dedahkan siapa sebenar Mona Lisa




POTRET gambar Mona Lisa yang dilukisLeonardo da Vinci.


ROM - Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.
Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.
"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.
Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.
Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya. - AgensiKosmo! Online - Dunia