Pages

Saturday, April 27, 2013

Masjid Fittja pertama laung azan di Sweden


STOCKHOLM 27 April - Sebuah masjid di pinggir bandar ini muncul sebagai masjid pertama di Sweden melaungkan azan daripada menara bangunan itu semalam.
Laungan azan yang mengambil masa selama tiga minit itu bergema dari Masjid Fittja, selatan Stockholm.
"Ia adalah satu hari yang amat penting bagi kami," kata Ismail Okur, pengerusi persatuan kebudayaan Islam yang memfailkan permohonan tahun lalu.
Ahli lembaga polis daerah Stockholm meluluskan permohonan masjid itu bahawa azan boleh dilaungkan pada setiap hari Jumaat bagi tempoh tiga hingga lima minit pada waktu tengah hari atau pukul 1 petang. - DPA


Artikel Penuh: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130427/lu_05/Masjid-Fittja-pertama-laung-azan-di-Sweden#ixzz2RfsgvvWN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tayang barang curi di FB



Foto
MURPHY menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan dengan dua roti.
Foto
MURPHY di depan kereta Porche yang dicuri.
Foto
ANGGOTA kumpulan itu hidup mewah dengan kegiatan jenayah mereka.
London: Sekumpulan pencuri yang melarikan beberapa kereta mewah dan berprestasi tinggi daripada sebahagian penduduk paling kaya di bandar raya ini ditangkap selepas memuatnaikkan gambar dalam Facebook.

Ia termasuk gambar yang menunjukkan seorang anggotanya memakan sandwic ‘wang.’ Menurut sumber polis, lapan lelaki itu mencuri sembilan kereta, termasuk BMW, Range Rover, Porsche dan sebuah Mercedes berharga RM500,000 di samping barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dalam 15 rompakan berasingan.


“Polis akhirnya berjaya menangkap mereka selepas seorang anggota memuatnaikkan gambarnya duduk di atas bonet sebuah Range Rover curi dalam Facebook”, katanya.

Gambar itu membolehkan polis menemui beberapa gambar lain dalam laman sosial itu dan pada telefon kumpulan berkenaan yang menunjukkan mereka berbangga mengenai kekayaan masing-masing. Ia menunjukkan mereka duduk di atas kereta curi, minum arak, memakai jam Rolex dan Cartier serta bergaya bersama-sama longgokan not £20 dan £50.


Satu daripada gambar itu menunjukkan Conor Murphy, 19, menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan dengan dua roti.


Polis turut menemui rakaman video pada telefon mereka yang menunjukkan anggota kumpulan itu berlumba dengan kereta yang mereka curi. Mesej Blackberry yang digunakan oleh anggota kumpulan itu untuk mengatur rompakan juga ditemui.

Tujuh anggota kumpulan itu mengaku bersalah terhadap jenayah itu. Seorang lagi, Rory Mason, 18, menafi terbabit dalam rancangan untuk mencuri kereta. Dia bagaimanapun didapati bersalah.


Mahkamah Isleworth diberitahu mengenai bagaimana kumpulan terbabit memberi tumpuan terhadap kediaman yang memiliki kereta mewah.

Kegiatan itu dijalankan antara April dan September tahun lalu dan kawasan yang menjadi sasaran ialah di Notting Hill, Kensington dan Kensal Green. - Daily Mail

Afghanistan digesa bina tandas selamat untuk polis wanita




BEBERAPA anggota polis wanita Afghanistan sedang melakukan latihan berkawad di Kabul.


KABUL - Sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mendesak pihak berkuasa Afghanistan menyediakan tandas dan bilik persalinan berasingan untuk anggota polis wanita di beberapa balai polis di sini.
Pertubuhan hak asasi manusia itu juga mendakwa, anggota polis wanita tersebut turut diganggu dan dicaci di tempat kerja.
Menurut pertubuhan Human Rights Watch (HRW), desakan itu dilakukan bagi mengatasi masalah anggota polis wanita yang sering menjadi mangsa keganasan dalam masyarakat Afghanistan.
Pertubuhan itu berkata, anggota polis wanita tidak mempunyai tandas yang sesuai dan selamat malah, beberapa aduan telah dilakukan kepada pegawai atasan tetapi permintaan mereka tidak dipedulikan.
"Pemerintah Afghanistan sepatutnya mengambil tindakan segera untuk memastikan anggota polis wanita di negara itu mempunyai tandas berasingan.
"Tandas itu juga perlu selamat dan bilik persalinan yang disediakan di balai polis perlu boleh dikunci," katanya dalam satu kenyataan.
HRW berkata lagi, seramai 1,500 anggota polis wanita di negara ini berhadapan dengan masalah gangguan seksual dan keganasan yang dilakukan oleh rakan sekerja lelaki. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2RcStAVze 
Hakcipta terpelihara 

Kapal angkasa kargo mendarat di ISS


MOSCOW - Sebuah kapal angkasa yang membawa kargo selamat berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kelmarin selepas ia mengalami masalah antena semasa berlepas, kata misi kawalan Rusia dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Kosmonaut Rusia, Roman Romanenko dan Pavel Vinogradov memberitahu, kapal angkasa tanpa manusia itu mengambil masa 10 minit untuk berlabuh di ISS pada pukul 8.25 pagi waktu Malaysia.
"Kami menyaksikan pendaratan kapal angkasa Progress di ISS," kata seorang komentator NASA.
Perkembangan tersebut berlaku ketika ISS melintasi langit negara Kazakhstan.
Kapal angkasa Progress dilancarkan pada Rabu lepas dan mengambil masa dua hari untuk sampai ke ISS.
Progress membawa 2 tan kargo termasuk bahan api, oksigen dan air, buku, buah-buahan serta makanan yang ditempah khas untuk kru ISS. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2RcSDKt9K 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki Tunisia hasilkan roti terbaik di Paris




Seorang peserta, Ridha Khadher yang berasal dari Turnisia bergambar dengan roti yang hasilkannya selepas memenangi gelaran Baguette Terbaik di Paris kelmarin.


PARIS - Jika anda mahukan roti baguette terbaik di sini, anda perlu menemui Ridha Khadher.
Penjual roti berusia 42 tahun itu membuat roti panjang tersebut sejak berumur 15 tahun lagi
Kelmarin dia memenangi anugerah berprestij Grand Prix sebagai pembuat roti baguette terbaik di sini.
Khadher yang dilahirkan di Tunisia merupakan antara 203 peserta pertandingan tersebut dengan 52 peserta lain digugurkan kerana gagal memenuhi syarat ketat acara tersebut.
"Saya menyertai pertandingan itu pada saat-saat akhir dan tidak menyangka baguette saya adalah yang terbaik," katanya.
Sebagai hadiah, dia memenangi kontrak membekalkan roti tersebut ke Istana Presiden Perancis selama setahun. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2RcS1op92 
Hakcipta terpelihara 

Wanita Austria obses perabot




Preschern-Hauptmann bergambar berlatarbelakangkan koleksi kerusi miliknya di Vienna.


VIENNA - Seorang wanita Austria yang obses dengan kerusi mengumpul pelbagai perabot terpakai di dalam apartmen miliknya.
Maria Preschern-Hauptmann memperoleh kebanyakan perabot lama itu daripada rakan-rakannya.
Setiap perabot terpakai itu akan dibaiki olehnya sendiri sebelum ia diguna semula.
Namun, selepas bilangan perabot tersebut semakin bertambah sehingga memenuhi setiap ruang apartmennya, Preschern-Hauptmann terpaksa menjual sebahagian koleksinya itu.
Minatnya juga telah mendorong Preschern-Hauptmann membuka perniagaan dalam bidang pengubahsuaian kerusi di sini.
Preschern-Hauptmann akan menukarkan sebuah kerusi yang uzur kepada rupa bentuk baharu.
Dia akan melakar, menjahit dan membaiki perabot usang sehingga kelihatan baharu sebelum dijual kepada pelanggan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2RcQnJsOM 
Hakcipta terpelihara