Pages

Showing posts with label ganjaran. Show all posts
Showing posts with label ganjaran. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Kerabat Arab Saudi tambah ganjaran



DUBAI 30 Okt. - Seorang kerabat diraja Arab Saudi menambah sebanyak AS$900,000 (RM2.7 juta) kepada ganjaran yang ditawarkan oleh seorang guru agama di negara ini bagi mana-mana penduduk Palestin yang menculik seorang askar Israel.
Putera Khaled Talal (gambar), abang kepada seorang hartawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal berkata, beliau mengambil keputusan untuk menambah kepada ganjaran yang ditawarkan Awad al-Qarni selepas guru agama itu menerima ancaman bunuh kerana menawarkan sebanyak AS$100,000 (RM300,000) bagi mana-mana penduduk Palestin yang menangkap seorang askar Israel.
''Awad menawarkan AS$100,000 untuk seorang askar Israel tetapi satu kumpulan Yahudi pula menawarkan AS$1 juta (RM3 juta) untuk membunuh Awad.
''Jadi saya memberitahu Awad, saya akan menambah sebanyak AS$900,000 kepada ganjaran yang ditawarkannya untuk menangkap seorang askar Israel supaya banduan Palestin lain boleh dibebaskan,'' kata Khaled dalam satu rakaman perbualan telefon yang disiarkan di laman web stesen televisyen Daleel.
Awad dalam akaun Facebooknya pada minggu ini berkata, beliau membuat tawaran itu sebagai maklum balas kepada tawaran sama yang dibuat oleh sebuah keluarga Israel kepada sesiapa yang berjaya menangkap mereka yang bertanggungjawab membunuh anggota keluarga Israel itu pada 1998, ekoran perjanjian pertukaran 1,000 tahanan Palestin dengan seorang askar Israel, baru-baru ini. - Reuters

Tuesday, September 6, 2011

Gadis diberi ganjaran kerana pulangkan jam Chris Brown

JAM tangan Rolex yang mempunyai hiasan berlian
 yang merupakan model yang sama milik Chris Brown.

LOS ANGELES - Seorang gadis, Alisha akan diberikan ganjaran apabila dia memulangkan semula jam tangan Rolex yang dihiasi berlian milik penyanyi R&B, Chris Brown yang berharga AS$22,000 (RM65,505), lapor sebuah akhbar semalam.
Jam tersebut dicampak oleh Brown kerana ia longgar di pergelangan tangannya semasa dia membuat persembahan pada Anugerah Muzik Video MTV di sini pada 28 Ogos lalu.
Brown mencampakkan jam itu ke satu sudut di pentas tetapi seseorang telah melompat dekat dengan jam tersebut menyebabkan ia melantun ke arah penonton.
Alisha yang mendapat jam itu kemudian memulangkan semula jam tersebut kepada seorang pengawal keselamatan yang mencarinya di kawasan penonton.
Brown berjanji kepada Alisha untuk memberinya tiket untuk menyaksikan konsertnya.
Menurut laman hiburan TMZ, Alisha menghubungi Brown selepas dia membaca di laman tersebut bahawa penyanyi itu mencarinya kerana dia telah memulangkan jam berkenaan. - Agensi, kosmo