Pages

Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Hikmah disebalik perubahan warna langit ketika masuk waktu Solat

1. Waktu solat Subuh

Jika kita sering memperhatikan waktu selepas subuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.

Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah: "Ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku di pagi harinya," (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempengaruhi kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.

Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermulanya saat azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


2. Waktu solat Zohor

Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangi beban kerja organ pencernaan.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


3. Waktu solat Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu solat Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini dengan menunaikan solat Maghrib dulu.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini.

5. Waktu solat Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relaks atau berehat. Allahu alam bi shawwab.sumber

Friday, January 25, 2013

Subhaanallah, solat berbahaya bagi wanita dalam haid tapi sebaliknya bagi yang hamil

Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi. Rehat ternikmat dalam hidup.

Kewajipan yang wujud ini sangat penting bagi manusia. Kerana dengannya kita sentiasa mengingati Nya dan berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah dan manfaat yang banyak sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa? Ini dia jawapan menurut perubatan.

Sejumlah kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan  seperti solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Namun begitu gerakan seperti ini berbahaya bagi wanita haid. Mengapa?

Ketika wanita bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah.

Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapatkan gizi dan untuk membersihkan pencemaran. Jika seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan membantunya membawa darah yang cukup ke janin.

Sementara wanita yang haid, jika menunaikan solat, akan menyebabkan banyak darah mengalir ke rahimnya. Akibatnya akan berlaku kehilangan darah bersih / baik kerana keluar bersama darah haid.

Semasa haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34 mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain. Jika wanita haid menunaikan solat, zat imuniti (ketahanan tubuh) di tubuhnya akan hancur. Sebab sel darah putih memainkan peranan sebagai imun akan hilang dibawa bersama darah haid.

Mengalirnya darah akan meningkatkan kemungkinan menularnya penyakit. Namun Allah menjaga wanita haid dari penularan penyakit dengan menumpukan sel darah putih di rahim semasa haid agar dapat menjaga tubuh dan melawan pelbagai penyakit.

Jika seorang wanita solat ketika haid, maka dia akan kehilangan darah dalam jumlah banyak. Ini bererti akan kehilangan sel darah putih. Jika ini berlaku maka seluruh organ tubuhnya seperti limpa dan otak akan diserang penyakit.

Mungkin inilah hikmah besar disebalik larangan syariat agar wanita haid tidak melaksanakan solat hingga dia dalam keadaan suci. Al-Quran dengan sangat cermat menyebutkan,

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. "(Al-Baqarah: 222).

Disamping itu, gerak fizikal ketika sujud dan rukuk semakin menambah aliran darah ke rahim dan akan hilang. Lebih dari itu, jika wanita haid bersolat maka akan menyebabkan kekurangan zat besi dari tubuh.

Begitu juga dengan larangan berpuasa ketika haid. Para perubatan menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan mengambil makanan yang berkhasiat. Ini selaras dengan larangan untuk berpuasa, kerana menurut perubatan darah, magnesium dan zat besi dalam tubuh yang berharga tidak terbuang begitu sahaja.

Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW bersabda: "... Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak puasa?" (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, "Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat."

Betapa banyak tanda-tanda yang Allah SWT berikan kepada umat manusia supaya berfikir. Allah SWT yang begitu penyayang terhadap manusia, sehingga segala hal yang Dia perintahkan dan larangan Nya pasti ada hikmah disebalik itu. Maka apa yang kita tunggu lagi dan pertimbangkan lah untuk segera mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahu a'lam.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Thursday, July 12, 2012

AS bebas tukang masak Osama




         
KHARTOUM: Bekas tukang masak Osama bin Laden kembali ke negaranya semalam, selepas dibebaskan daripada tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba, kata Kementerian Luar Sudan.

Jurucakap kementerian itu berkata Ibrahim al-Qosi kini berada di Khartoum sejak pagi semalam dari pangkalan tentera di Amerika Syarikat.


“Dia kini bebas,” katanya. - AFP

54 pelarian maut kehausan




         
GENEVA: Seramai 54 migran yang cuba memasuki Itali mati kehausan apabila bot angin mereka bocor di Laut Mediterranean, kata saksi semalam.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata, seorang pelarian terselamat kerana meminum air laut.


Katanya, sekumpulan nelayan ternampak mangsa berpaut pada tong kosong dan cebisan bot berkenaan di perairan Tunisia pada malam Isnin lalu.

Lebih separuh daripada imigran itu berasal dari Eritrea.


Jurucakap UNHCR itu berkata, mereka menaiki bot dari Tripoli, Libya, akhir Jun lalu dan tiba di pantai Itali sehari kemudian.


Bagaimanapun, angin kencang memaksa bot itu kembali ke laut dan selepas beberapa hari, ia bocor. - AFP

Wednesday, July 11, 2012

TUNAIKANLAH SOLAT MALAM BAGI MENGELAKKAN KESUNYIAN KUBUR



ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKAATUH dan Salam Mahabbah Fillah buat semua sahabat yang dirindui dan dikasihi....

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wassalam, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Pesanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam adalah menggalakkan umatnya mendirikan solat malam. Baginda shallallahu 'alaihi wassalam menjelaskan bahawa keutamaan 'ibadah solat pada waktu malam amat besar dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Baginda menyatakan:


وصل ركعتين في ظلمة الليل لو حشة القبور

Maksudnya:

"Tunaikanlah solat dua raka'at dalam kegelapan malam, demi kesunyian di kubur."


Solat ialah penggerak utama kebangunan Nubuwwah. Hal ini bermula dengan (يا ايها المزمل) dan berakhir dengan (يا ايها المدثرقم فانذر).


Solat malam tidak dapat ditandingi oleh sebarang 'ibadah. Solat malam membekalkan para mukmin dengan potensi dan daya juang yang tidak dapat digambarkan hebatnya. Itulah kurniaan Allah dan pemberian-Nya. Kenyataan ini diperkuatkan oleh firman Allah yang maksudnya:

"Sesungguhnya jiwa (orang) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap (keperibadiannya) dan lebih jitu kata-katanya."
(Surah Al-Muzzammil: ayat 6)


Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam pada suatu ketika pernah menjelaskan keutamaan dan fadhilat solat malam. Baginda shallallahu 'alaihi wassalam menyatakan yang maksudnya berbunyi:

"Hendaklah kalian mengerjakan solat pada waktu malam, justeru itu ialah amalan orang-orang soleh sebelum kamu dan yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu. Ia penebus segala dosa, pencegah daripada segala keburukan. Ia dapat menghapuskan penyakit yang ada dalam badan seseorang."
(Hadis riwayat Tabarani dan Tarmizi)

Diriwayatkan bahawa Jibril datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wassalam . Beliau berkata kepada Baginda shallallahu 'alaihi wassalam:

"Hai Muhammad, hiduplah seperti mana yang engkau mahu, namun engkau pasti akan mati. Berbuatlah apa yang kau mahu, namun engkau pasti berpisah dengannya. Ketahuilah bahawa keutamaan seseorang mukmin itu adalah dengan qiamullail (solat malam), manakala kemuliaannya adalah dengan sikap berdikari (tidak bergantung kepada orang lain)."
(Hadis Riwayat Tabrani)

Dengan huraian ini, jelas kepada kita bahawa solat malam dapat membentuk para da'ie menjadi hamba Allah yang 'Rabbani', kerap berhubung dengan Allah, berjiwa cerah, mempunyai hati yang peka, kewaspadaan yang tinggi serta kekritisan daya berfikir.

Jika seseorang itu tidak bersifat dengan sifat-sifat di atas, maka ia bukanlah da'ie. Bencana yang menimpa Islam kini adalah kerana adanya golongan-golongan penda'wah yang tidak mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan akhlak penda'wah yang sebenar sepertimana yang sewajarnya.

Selain daripada itu solat malam tidak akan dapat dijadikan amalan kebiasaan kecuali dengan menggagahkan diri, melawan syaitan dan nafsu, khasnya pada peringkat awal. Rasulullah dalam menggambarkan dalaman ini pernah bersabda yang terjemahannya berbunyi:

"Apabila seseorang hendak menunaikan solat malam, datanglah malaikat seraya berkata kepadanya: Bangunlah, hari telah pagi, solat dan ingatlah Tuhanmu. Syaitan pun datang memujuknya. Malam masih panjang, engkau boleh tidur lagi, nanti engkau boleh bangun. Kalau ia bingkas dari tempat tidurnya bersolat, maka badannya akan menjadi ringan (cergas) dan sihat. Kalau ia patuh kepada syaitan, tidur hingga ke siang, syaitan akan kencing di dalam telinganya."
(Hadis Riwayat Tabrani)


Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam mengaitkan antara solat antara solat tengah malam dengan mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa di dalam kubur. Baginda shallallahu 'alaihi wassalam mengatakan:

"Orang yang mencerahkan malamnya dengan 'ibadah dan patuh kepada Allah, nescaya Allah akan menerangkan kuburnya dengan rahmat dan kurniaan-Nya."

Wahai, alangkah hebatnya kurnia dan ganjaran Allah terhadap hamba-Nya. Dengan beberapa raka'at yang dikerjakan pada waktu malam, ia boleh selamat daripada seksa kubur, kesepian dan kelengannya. Ia akan merasa sejahtera dan damai.

Selamatlah orang-orang yang tidak nyenyak tidurnya kerana 'ibadah. Selamatlah mereka daripada kesengsaraan kesepian dalam kubur. Sesungguhnya suasana di dalam kubur amat sepi dan penuh denga penanggungannya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam pernah membayangkan tentang kubur dan seksanya. Baginda shallallahu 'alaihi wassalam mengatakan yang terjemahannya:

"Kubur ialah anak tangga pertama ke akhirat. Jika seseorang boleh selamat (daripada seksanya), maka peringkat selepas itu akan lebih mudah. Tetapi kalau ia tidak selamat, maka apa yang akan dihadapinya selepas itu lebih payah."

Mujahid mengatakan: "Yang pertama menyapa si mati ialah lubang kuburnya. Ia mengatakan: Akulah rumah ulat dan cacing-cacing, rumah sepi, gelap dan keseorangan. Inilah persiapanku untukmu, apakah pula yang engkau persiapkan untukku?"

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam menerangkan yang terjemahannya:

"Apabila seseorang manusia meninggal dunia, (setelah dikuburkan) maka datanglah dua malaikat kehitaman dan kebiruan warna mereka. Mereka dikenali sebagai Munkar dan Nakir. Kedua-duanya bertanya pada orang tersebut: Apa katamu (pandanganmu) terhadap Nabi? Sekiranya ia beriman, ia menjawab: Nabi ialah hamba Allah dan Rasul-Nya, saya naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah. Kedua-duanya lantas berkata: Kami memang tahu, engkau dahulu pun mengucap syahadat itu. Kemudian kuburnya dilapangkan seluas tujuh puluh hasta kali tujuh puluh hasta serta diterangkan kuburnya. Sekiranya ia seorang yang munafiq, ia menjawab: Saya tidak tahu, saya pernah mendengar orang mengatakan sesuatu dan saya mengatakannya. Kedua-dua malaikat itupun berkata: Kami pun memang tahu engkau ada mengata-ngatakan yang demikian. Kemudian diperintahkan kepada bumi supaya menghimpitnya sehingga berselang-seli tulang belulangnya."

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam pernah bersabda yang terjemahannya:

"Apabila seorang itu hendak dihimpit di dalam kuburnya dari sebelah kepalanya, maka datanglah 'ibadat tilawatul Quran (yang telah dilakukan semasa di dunia) menghalangnya. Apabila himpitan itu datang daripada depannya, ia dihalang oleh 'ibadat sedekahnya, dan apabila itu datang dari arah kakinya, ia dihalang oleh ('ibadah) pemergiannya ke masjid-masjid."

Dalam masa yang lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam pernah menceritakan kandungan shahifa Musa. Baginda shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang terjemahannya:

"Dalam shahifa Musa, kandungannya penuh dengan ibarat dan pengajaran. Antaranya: Aku merasa aneh terhadap orang yang yakin akan mati tetapi ia bergembira, orang yang yakin dengan neraka tetapi ia masih ketawa, orang yang yakin dengan qadar tetapi masih menolaknya. Aku merasa aneh melihat orang yang menginsafi hakikat dunia dan melihat sendiri akan putaran rodanya terhadap penghuni-penghuninya, tetapi ia masih merasa lega untuk merangkulnya. Aku hairan kepada orang yang yakin dengan perhitungan Allah kelak (Hari Qiamat) tetapi ia tidak berbuat apa."



Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

Tuesday, May 22, 2012

Kelebihan solat berjamaah




“Daripada Ubai bin Kaab katanya, telah bersabda Rasulullah: “Sembahyang seoranglelaki berserta seorang lelaki lebih baik daripada ia sembahyang seorang diri dan sembahyang seorang lelaki berserta dua orang lelaki lebih banyak ganjarannya daripada ia bersama-sama dengan seorang lelaki sahaja. Dan jemaah yang lebih banyak, jemaah itu lebih dikasihi Allah.” (Riwayat Abu Daud).

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Daripada Abu Darda’ r.a bahawasanya Nabi bersabda: Tiada tiga orang di dalam sebuah kampung atau dusun yang tidak diadakan di sana sembahyang jemaah, melainkan nyatalah bahawa mereka telah dikuasai oleh syaitan. Sebab itu, usahakanlah mengadakan sembahyang berjemaah. Sesungguhnya kambing yang terpencil daripada kawannya sahajalah yang dapat dimakan oleh serigala.” (Riwayat Abu Daud dan An-Nasai).

orang yang sembahyang berjemaah mendapat dua puluh tujuh darjat daripada orang sembahyang bersendirian. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih utama pahalanya daripada sembahyang sendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah bersabda: Sembahyang seseorang dengan berjemaah itu melebihi sembahyangnya di rumah atau di pasar sebanyak dua puluh lima kali ganda. Sebabnya ialah apabila dia berwuduk, dilakukannya dengan baik lalu pergi ke masjid sedang pemergiannya itu tidak lain daripada hendak sembahyang semata-mata, maka setiap langkah yang dilangkahnya, diangkatlah kedudukannya satu darjat dan dihapuskan satu dosanya. Dan jika dia sedang sembahyang, maka malaikat memohonkan untuknya rahmat selama dia masih berada di tempat sembahyang itu selagi dia belum berhadas, kata mereka, “Ya Allah! Berilah orang ini rahmat, ya Allah! Belas kasihanilah dia. Dan orang ini dianggap sedang bersembahyang, sejak dia mulai menantikannya.”


Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah memberitahu melalui hadisnya yang bermaksud: “Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah). Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran di dunia. Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksa kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya. Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar dan kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.”



Oleh yang demikian, marilah kita ke surau dan masjid menunaikan sembahyang fardu berjemaah setiap waktu. Tidak perlu menunggu Jumaat dan Aidilfitri atau di malam tertentu Ramadan kita ke surau dan masjid untuk sembahyang berjemaah. Jangan kita dilalaikan oleh aktiviti duniawi yang merugikan hidup di dunia dan akhirat.

Wednesday, April 11, 2012

AKIBAT JIKA MENINGGALKAN SOLAT





Siksaan ketika hidup di dunia

1.Allah mengurangan keberkatan umurnya.
2.Rezekinya disempitkan oleh Allah
3.Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
4.Hilang cahaya soleh dari wajahnya
5.Amal kebajikan yang dilakukannya lansung tidak diberi pahala
6.Siksaan Ketika Sakratul Maut
7.Ia akan menghadapi Sakratul Maut dalam keadaan hina
8.Matinya dalam menderita kelaparan
9.Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
10.Siksaan Ketika dalam Kubur
11.Allah akan menyempitan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
12.kuburnya akan digelapkan
13.Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Siksaan Ketika berada di Akhirat

1.Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang mahsyar oleh Malaikat
2.Allah tidak akan memandangya dengan pandangan belas kasihan.
3.Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah dosa meninggalkan sembahyang

Subuh : akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka ( bersamaan 60,000 tahun dunia )

Zuhur : Dosanya seperti membunuh 100 jiwa orang Islam.

Asar : Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib : Dosanya seperti dia berzina dengan ibu ( bagi lelaki ) atau ayahnya ( bagi perempuan )

Isyak : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah dan digesa agar ia mencari bumi yang lain.

WALLAHUALAM

Thursday, February 16, 2012

KEAJAIBAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH...


 


SEORANG penguasa Yahudi berkata: "Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jum'at..." (Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani)...

"Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah, kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan... Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak mampu bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangisan masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung". (Buku Keajaiban Solat Subuh oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain)...

Kenapa maka solat subuh itu memperoleh perhatian utama? Sebab Allah SWT sendiri telah menegaskannya dalam Al Quran: "Dan (dirikanlah pula solat subuh). Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)". ( Al Isra (17) ayat 78 )..

Salat subuh memang merupakan kayu ukur keimanan seseorang... Jika ada seorang mukmin-walaupun ia kerap puasa, tilawah Al Quran, berzikir atau bahkan ia seorang ustaz sekalipun, namun ia masih merasa berat untuk bangun menghadiri solat subuh berjemaah di masjid, maka ia harus banyak bermuhasabah, jangan-jangan ia termasuk dalam kategori sabda Rasulullah SAW : "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan solat subuh" (HR.Ahmad)... Dr. Raghib As-Sirjani, berkata: "Seorang ustaz yang tidak menjaga solat subuh dalam berjemaah, tetapi dia berbicara dan berceramah dalam sebuah majlis tentang tegaknya agama Allah dimuka bumi, Naif !"....

Diceritakan satu ketika Rasulullah SAW solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati puterinya Siti Fatimah masih tidur... Maka beliau pun membalikkan tubuh Fatimah dengan kakinya, kemudian berkata: "Hai Fatimah, bangun... dan saksikanlah rezeki Robbmu, karena Allah S.W.T. membagi-bagi rezeki para hamba antara salat subuh dan terbitnya matahari".. ( HR.Baihaqi )...

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Barangsiapa yang melaksanakan salat isya secara berjemaah , maka ia seperti solat separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan salat subuh secara berjemaah, maka ia seperti solat satu malam penuh"... Sudah pasti yang paling baik adalah istiqamah solat malam di rumah, sesuai kemampuan, dan diakhiri dengan solat subuh secara berjemaah di masjid.. Wallahualam.**
By Ramli Joned

Tuesday, January 24, 2012

Jagalah solat 5 waktu

Hajee Haramain

Dalam apa keadaan pun..
 Dalam apa situasi pun..
 Dimanapun kita berada..
 Dibumi manapun kita berada..
Janganlah kita tinggalkan solat..
Janganlah kita ringankan solat..
 Jagalah solat 5 waktu..
Solatlah diawal waktu..
 Berjemaahlah dimesjid..disurau termampu..
 Solat itu wajib...
 Solat mendidik kita rasa rendah diri dgn Allah..
 Solat mendidik kita rasa syukur dgn Allah..
walaupun kita tidak memiliki harta..
 Solat mendidiki kita tidak sombong..
walaupun kita kaya..
 Solat mendidik kita benci pada kemungkaran.
. Solat mendidik kita kenal siapa diri kita.. 
Solat mendekatkan diri kita dgn Allah..
 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat;
 dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yaqin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, 
dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya “ Surah Al-Baqarah Ayat 45-46

Wednesday, December 21, 2011

Asal solat 5 waktu

 ‎1. Subuh
 Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam AS iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam AS pun mendirikan solat dua rakaat. • Rakaat pertama: Bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam. • Rakaat kedua: Bersyukur kerana siang telah menjelma.
. 2. Zuhur
 Orang pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim AS iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan kepada baginda agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seruan itu diturunkan pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim AS sebanyak empat rakaat. • Rakaat pertama: Bersyukur di atas penebusan itu. • Rakaat kedua: Bersyukur kerana dukacita baginda bersama anaknya diangkat. • Rakaat ketiga: Bersyukur dan memohon keredhaan Allah. • Rakaat keempat: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. .
 3. Asar
 Orang pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus AS di tepi pantai. Kebetulan ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus AS lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada kegelapan iaitu: • Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan. • Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. • Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. • Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun. .
4. Maghrib 
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya. Sewaktu kejadian itu berlaku, matahari sedang terbenam. Bersyukurlah Nabi Isa AS, lalu baginda pun mendirikan sembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: • Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. • Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Maryam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. • Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga. .
5. Isyak 
Orang pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa AS. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Lalu Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur. • Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya. • Rakaat kedua: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun AS. • Rakaat ketiga: Dukacita terhadap Firaun. • Rakaat keempat: Dukacita terhadap anak Firaun. .

Sunday, September 18, 2011

Perancis larang umat Islam solat atas jalan





2011/09/18

PARIS: Perancis melarang umat Islam daripada mengerjakan solat di kawasan jalan berkuat kuasa kelmarin ketika dua tempat ibadat baru dibuka bagi menampung masalah kesesakan jemaah di Paris dan Marseille. 

Menteri Dalam Negeri, Claude Gueant berkata, pihak berkuasa tidak lagi membenarkan jemaah bersolat di tepi jalan bermula kelmarin September.
Jika masih ada lagi terus bersolat, kami akan menghentikannya, katanya.
Larangan itu berkuatkuasa serentak dengan pembukaan sebuah tempat masjid baru bagi umat Islam di utara Paris, di mana beratus-ratus orang dilaporkan terpaksa bersolat di jalan pada setiap Jumaat berikutan ruang yang terhad di dua masjid kecil berkenaan. 

Pemimpin kedua-dua masjid di daerah Goutte dOr itu bersetuju dengan pihak berkuasa Paris untuk menyewa dua berek yang terbiar selama tiga tahun. 

Masjid berkenaan akan tetap ditutup selama dua minggu bagi menggalakkan jemaah berpindah ke tempat baru, yang mampu untuk menampung lebih 2,700 orang, kata pihak berkuasa bandaraya terbabit. 

Pihak berkuasa di bandaraya kedua terbesar, Marseille di mana masjid turut mengalami masalah kebanjiran jemaah berkata bahawa mereka juga sudah menemui sebuah tempat yang lebih besar di mana jemaah boleh bersolat tanpa perlu bersesak hingga di kawasan jalan. 
Masalah bersolat di kawasan jalanan menjadi agenda tahun lalu oleh sayap kanan National Front di mana ia disifatkan sebagai fenomena sejak berdekad lamanya yang membuktikan mengenai dakwaan mereka bahawa Islam mengancam nilai-nilai sekular Perancis. 

Pemimpin National Front, Marine le Pen secara kontroversi pernah membandingkan masalah bersolat di jalanan dengan pendudukan Nazi Jerman di Paris manakala kumpulan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di jalanan membantah masalah itu di Goutte dOr. 

Kerajaan bersetuju bahawa amalan itu bertentangan dengan undang-undang yang melarang pemaparan simbol agama di kawasan awam. Agensi 

Monday, August 15, 2011

Solat panjang

MAKKAH: Seorang imam mungkin akan diambil tindakan kerana sengaja memanjankan bacaan dalam solat walaupun mendapat rungutan daripada jemaah.
Sheikh Bakur bin Hamid Mir, Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Bahagian Wakaf, Dakwah dan Bimbingan, cawangan Makkah telah menghantar surat kepada pengarah di Makkah untuk bertanyakan masalah yang dihadapi oleh jemaah tentang imam itu.
Hanya terdapat satu masjid saja di daerah itu. Jemaah membuat aduan imam telah menolak permintaan mereka untuk memendekkan bacaan dalam solat sejak tiga tahun lepas.

Sumber berkata, pihak kementerian akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini dan cuba memulihkan hubungan antara jemaah dengan imam itu.


Jemaah berkata, ramai penduduk telah pergi ke masjid di daerah yang berdekatan ketika bulan Ramadan.
Sheikh Bakur berkata, imam tidak boleh membaca surah terlalu panjang dalam solat.-hmetro

Sunday, July 31, 2011

Ancaman untuk mereka yang meninggalkan solat

by Jamil Md Noh 
1) Seluruh malaikat 7 petala langit dan bumi melaknat orang yg meninggalkan solat.
2) Tiada ada bahagian baginya pada syafaat Nabi bagi  orang yg meninggalkan solat.
    - Org yg tidak solat meninggalkan selawat yang wajib bagi Nabi, bermakna susah mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Malah orang yang tinggalkan solat juga menafikan hak muslim lain keatas dirinya kerana tidak mendoakan muslim yang lain.
3) Orang yang meninggalkan solat tidak di akui sebagai umat Muhammad. Bermakna tidak ada tempat baginya di dalam islam.
5) Sial yang ada pada orang yang meninggalkan solat akan terkena pada orang yang bersahabat dengannya.
6) Memberi makanan kepada anjing lebih baik daripada memberi makan kepada orang yang tidak mahu solat.
7) Tempat sujud dimana seseorang yang solat akan menjadi saksi baginya di akhirat kelak. Tempat itu akan menangis apabila seseorang yang sujud ditempat itu meninggal dunia.
 (Tempat orang yg beribadat itu ingin diambil tabaruk oleh haiwan sekali pun.)
8) Ada Nur dan tanda bagi orang yang mengerjakan solat 5x sehari di akhirat kelak. Mereka yang meninggalkan solat akan ditempatkan oleh Allah taala berserta firaun, haman dan ubai bin khalab.
-Tidak akan di terima puasa orang yang meninggalkan solat..    Oleh itu periksa lah solat anak-anak, saudara mara yg terdekat, Nasihati lah mereka agar memelihara solat dengan sebaiknya kerana semua amalan lain tak diterima Allah Taala.
Orang yang tak solat adalah Fasik.  Fasik itu membawa kepada kekufuran.
Didalam kitab taurat, injil dan zabur dan furqan, akan dilaknat oleh malaikat pada orang yang tak solat.
1000 kemurkaan Allah taala dan 1000 kebencian(laknat) oleh segala makhluk terhadap orang yang meninggalkan solat.

Sunday, July 3, 2011

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat


imageTIDAK SOLAT
Assalamualaikum, dipetik dari Islam-The Way Of Life. Semoga mendapat manfaat darinya Insyaallah.

"Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .
Air Tangan Orang Yang Tidak Solat | Firdaus Sani

Monday, June 20, 2011

Kisah Benar Solat Berjemaah



Berjalan menuju solat berjemaah di masjid merupakan salah satu cara memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Hal itu didasarkan pada firman Allah (lihat kitab Tuhfatu al-Ahwadzi bi Syarhi Jami' at-Turmudzi, IX/104);
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - QS. An-Nahl: 97
Ini adalah kisah benar dari daerah Bekasi, Jawa Barat.
Seorang lelaki bernama Haris (bukan nama sebenar) adalah dahulunya seorang pemuda yang jarang solat berjemaah di masjid.
Dia ke masjid hanya untuk solat Jumat atau solat di Hari Raya.
Malah dia dulu dikenali dengan panggilan 'Playboy'. Setiap tahun dia berganti pasangan. Dia juga dahulu bermain muzik (drummer).
Tidak pula memperhatikan sunnah Rasul. Padahal dia adalah anak Pak Haji dan Ketua majlis keamanan Masjid di perumahannya.
Baru ketika dia belajar, hidayah Allah menggiringnya untuk melakukan solat zohor berjemaah di masjid kampusnya.
Setelah selesai solat, ada tazkirah yang didengar Haris. Pemberi tazkirah itu menyebutkan hadits Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah shalat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." - Shahih Muslim, V/160
Sejak saat itulah Haris mulai memikirkan apa yang sebenarnya terkandung di dalamnya sehingga Rasulullah bersabda manusia akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.
Haris pun mulai melaksanakan solat Isyak berjemaah di masjid malam harinya, dan dilanjutkan dengan Subuh berjemaah di masjid dekat rumahnya untuk mencuba merasakan apa yang sebenarnya dimaksudkan Nabi.
Selalu terlindung dari musibah
Haris ketika itu masih belajar di jurusan sastera Inggeris.
Setiap kali setelah dia pulang kuliah, dia mengajar kelas tuisyen kepada anak-anak kecil maupun orang dewasa.
Hampir lulus ijazah pertama, dia sudah ditawarkan pekerjaan melalui panggilan telefon dari sebuah syarikat untuk menjadi wartawan.
Haris mulai merenungkan apakah ini yang dimaksud manfaat dari solat Isyak dan Subuh berjemaah di masjid, rezeki begitu mudah diraih tanpa susah-susah mencari sedangkan banyak temannya yang mencari ke mana-mana tapi tidak diterima.
Akhirnya Haris lulus ijazah dan sempat menjadi wartawan di syarikat tersebut.
Tetapi pekerjaan menjadi wartawan tidak menentu waktunya.
Hari Sabtu dan Minggu harus bersedia untuk dipanggil bekerja. Pulang dari kerja selalu lewat. Haris jadi jarang solat Isyak di masjid.
Waktu subuh dia perlu bertolak ke tempat kerja agar tidak terlewat.
Sejak itu pula dia mula meninggalkan kebiasaannya mendengar dan bermain muzik.
Semuanya terlalu memenatkan dan tidak sesuai dengan jiwa Haris yang terbiasa mengajar.
Kalau sudah kepenatan, dia sering mengantuk ketika menunggang motor.
Dia bernasib baik kerana Allah masih menjaganya walaupun Haris mulai leka dalam melaksanakan solat berjemaah di masjid kerana pekerjaannya itu. Allah sedang mengujinya.
Harris pun keluar kerja agar tidak terlalu penat, boleh berjamaah di masjid, dan berniat memulakan perniagaan sendiri.
Sebelum dia sempat memulakan perniagaannya, Allah telah memberinya rezeki yg telah dijanjikan.
Dia mendapat pesanan menerjemahkan buku luar negeri dari sebuah penerbit yang hasilnya boleh membuat dia bertahan beberapa bulan sampai dia mendapat pekerjaaan tetap yang lain.
Bekerja dari rumah membuat Haris makin rajin solat berjemah di masjid.
Dia mulai merasakan perubahan ke arah yang lebih baik dibanding dengan ketika dulu ia jarang solat berjemaah di masjid.
Ditinggikan Darjatnya oleh Allah
Allah memuliakan orang yang mendatangi masjid;
"Barangsiapa berwudhu di rumahnya kemudian dia mendatangi masjid, maka dia sebagai orang yang mengunjungi Allah, dan merupakan kewajiban bagi yang dikunjungi untuk memuliakan pengunjung-Nya." HR. Thabrani, VI/253, nombor 6139 dan 6145
Haris tetap sabar dan tekun terhadap terjemahannya.
Malah dia berpikir dan bersyukur masih diberi rezeki dan anugerah menerjemahkan buku seperti itu.
Berkat kesabaran dan rasa syukurnya, Allah kembali memberinya pekerjaan tetap dalam waktu terdekat.
Kali ini dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah antarabangsa, sebagai guru Bahasa Inggeris.
Tempat kerja Haris cukup jauh dari rumahnya.
Tapi dia menjalankannya dengan senang dan semangat, kerana serasi dengan jiwanya.
Dia juga masih boleh menjalankan solat Isya dan Subuh berjemaah di masjid.
Haris mulai merasakan inilah yang dimaksud Allah melalui sabda Nabi tadi. Banyak manfaat yang terkandung di dalam solat Isyak dan Subuh berjemaah di masjid:
Bagi Haris, mendapat ganjaran pahala kerana mengajarkan ilmu-ilmunya adalah suatu balasan dari Allah yang sangat baik.
Meskipun bekerja dengan senang hati dan penuh semangat, tidak bererti Haris tidak pernah kepenatan. Kerana lokasinya yang jauh, setiap kali pulang kerja Haris selalu mengantuk di motor.
Sudah lebih dari tiga kali dia hampir mengalami kemalangan motor.
"Dan (dirikanlah pula solat Subuh). Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)" - QS Al Isra: 78
Dia bercerita, pada ketika itu, dia tertidur di motor, dia hampir, melanggar ppembahagi jalan raya dan masuk ke tol.
Allah mengirimkan malaikat-Nya untuk membelokkan motornya ke jalan yang benar.
Di waktu yang lain, dia juga pernah menaiki motor sambil tidur dan mengarahkan motornya ke arah yang berlawanan dandia bernasib baik kenderaan dari arah bertentangan tidak melanggarnya dan Allah segera membangunkannya.
"... Dan seseorang yang berangkat ke masjid, dia akan selalu berada dalam jaminan Allah sehingga Dia mewafatkannya lalu memasukannya ke surga atau menyerahkan kepadanya pahala dan ganjaran yang diperolehnya. ..." - Shahih Sunan Abi Dawud, II/473
Dari Jundab bin Abdullah ra., dia bercerita, Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengerjakan sholat subuh, maka dia akan selalu berada dalam jaminan Allah." - Syarhu an-Nawawi 'alaa Shahih Muslim, V/164
Sekarang Haris sudah menjadi pengetua Sekolah di tempatnya bekerja.
Saat Haris ditawarkan jawatani menjadi pengetua, umur Haris saat itu baru 24 tahun dan dia baru bekerja di situ dua tahun! Maha Besar Allah lagi Maha Penyayang.
Mari kita semua berdoa agar diberi hidayah oleh-Nya, diberi rezeki dari-Nya, diberi kemudahan untuk melangkahkan kaki ke masjid, dan boleh mengajak orang lain untuk melaksanakan sholat berjamaah di masjid.
Nabi Nuh tidak mampu memberikan petunjuk kepada anak lelakinya, Kan'am; Ibrahim tidak mampu memberikan hidayah dalam hati ayahnya; dan Rasulullah tidak sanggup memberikan hidayah kepada pakciknya, Abu Thalib.
Maka tugas kita semua adalah memohon petunjuk kepada Allah.
Dia berfirman, "Maka mintalah hidayah kepada-Ku, nescaya Aku akan memberikan kalian hidayah."
Siapa sahaja yang meminta hidayah kepada Allah, Dia akan memberinya hidayah.
Hidayah ini meliputi hidayah ilmu dan hidayah taufik. Berapa banyak waktu terbuang untuk bermain di depan komputer?
Sedangkan kita sukar sekali meluangkan waktu beberapa minit saja untuk melangkahkan kaki ke masjid padahal melangkahkan kaki ke masjid satu langkahnya menghapus dosa dan langkah lainnya mengangkat darjat.
"Tidaklah seseorang bersuci lalu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya kemudian dia berangkat menuju ke salah satu masjid melainkan Allah telah menetapkan baginya kebaikan bagi setiap langkah yang diayunkannya, dengannya Dia akan meninggikan dirinya satu derajat, serta menghapuskan darinya satu kesalahan..." - HR. Muslim
http://www.iluvislam.com