Pages

Showing posts with label al-fatihah. Show all posts
Showing posts with label al-fatihah. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia




MAHYON ISMAIL


KUALA LUMPUR - Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, 69, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini semalam selepas tiga minggu mengalami demam dan batuk. Menurut anak sulungnya, Fadila Hussien, 47, ibunya terpaksa dipindahkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.
"Mulanya arwah dibawa ke klinik tetapi doktor menyarankan rawatan susulan di hospital. Sebelum ini ibu hanya demam dan batuk yang biasa. "Kami sempat pergi ke Wangsa Walk di Wangsa Maju dan membeli lauk-pauk semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Ampang Puteri. Tambah Dilla, arwah tidak menghidap penyakit serius kecuali penyakit diabetes. "Sebelum ini arwah tidak pernah mengalami sakit teruk dan sentiasa beringat terutama soal pemakanan kerana kandungan gula dalam darahnya tinggi," ujarnya.
Selain Fadila, Mahyon yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon terkenal, Allahyarham Hussein Abu Hassan dikurniakan tiga anak iaitu Fairuz (penyanyi), 46, dan Faizal (pelakon), 44, serta lima cucu. Hussein meninggal dunia pada 25 November 2007. Jenazah Mahyon telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota, Danau Kota di sini.
Kosmo! Online - Negara

Sunday, May 8, 2011

9 Fadhilat Besar Surah Al-Fatihah


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTHYJgzGg4c_DlTQiQZBoLes415FLmvu_290GFb0JFn_yO4KZ5p5w
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
1-”Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
2-”Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
3-”Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
4-Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal.
5-Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
6- Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah
7-Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
8-Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
9-Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.”
“Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
Langkah Pertama-Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
Langkah Kedua-Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
Langkah Ketiga-Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.”
Keempat-Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
Labgkah keempat-Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
“Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan”.
Rujukan :
http://www.lailahaillallah.com/
sumber: peribadirasulullah

Friday, November 5, 2010

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH


BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya..... =)

Saturday, October 23, 2010

Menyingkap Tabir Surah Al-Fatihah

sumber:http://daulatpang5.blogspot.com

Assalamualaikum Wbr


Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala ayat.  Di dalamnya terkandung kelebihan yang hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya.  Allahu Akbar !!!

Surah Al-Fatihah diagungkan dan diberi kelebihan oleh Allah untuk dibaca di dalam setiap yang dinamakan solat, tanpanya tidaklah sah solat seseorang itu.  Begitu besarnya surah ini di sisi Allah SWT.

Surah Al-Fatihah dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahimm !!! (Bismillahirrahmanirrahimm...dikira sebagai salah satu ayat di dalam Al-Fatihah)  Terlupa membaca Bismillahirrahmanirrahimm...maka tidak sah solat seseorang itu mengikut Mazhab Shafiee.

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah bersifat Pemurah dan Penyayang kepada semua makhluknya tidak kira orang Islam mahupun orang kafir.
* Tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulai dengan menyebut nama Allah, seperti : makan, minum, menyembelih binatang untuk dimakan dan sebagainya.  Allah ialah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak memerlukan makhlukNya, tetapi makhluk memerlukan Nya.   Ar-Rahman (Maha Pemurah) : salah satu daripada nama Allah yang memberi pengertian, bahawa Allah melimpahkan kurniaNYA kepada makhluk Nya. 

Sebab itulah kita dapati.....bukan sahaja orang Islam...orang kafir pun hidup senang dan kaya raya dengan Limpah Rahmat dan Kurnia... yang Allah beri kepada mereka tanpa memilih sempadan kafir mahupun Muslim.   Itu yang Allah nak tunjukkan kepada kita semua sebenarnya.  Tetapi kita pula membeza bezakan dan mengagung-agungkan serta memperjuangkan bangsa sendiri lebih daripada memperjuang dan mempertahankan Islam yang mana Allah perintahkan untuk kita menjaganya (Islam sebagai Amanah). Perintah ini datang semasa kita berada di alam Roh lagi.  Bukan kita tidak boleh memperjuangkan bangsa tetapi janganlah sampai mengenepikan konsep dan ajaran Islam itu sendiri dan menzalimi kaum dan bangsa lain dengan jalan yang tidak adil.
 Islam itu tinggi dan lebih tinggi dari bangsa dan segala-galanya.  Apabila Islam datang...maka apa yang rendah dan berada dibawahnya janganlah ditinggikan pula.  Itu tak betul.

2. Segala Puji bagi Allah, Tuhan semesta  Alam.
Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang menguasai Langit dan Bumi juga Tuhan kepada alam semesta ini.
Lain halnya dengan Syukur yang bererti : mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. Dan kita menghadapkan segala puji-pujian kepada Allah kerana Allah jua lah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.  Semua yang diciptakan Allah yang tergolong di dalam Alam Semesta ini memujiNYA termasuklah alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya.

Sekiranya Allah Swt...membuka hijab manusia, nescaya kita akan lari bertempiaran... Terkejut kita bilamana mendengar seluruh isi hutan riuh rendah berzikir memuji Allah Swt.  Sekarang kita tidak mendengar kerana dihijab oleh Allah.

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sifat pemurah dan penyayang Allah melebihi pemurah dan penyayang mahkluk.  Maha Suci Allah.

4. Yang Menguasai hari pembalasan.
Allah adalah Raja dan Hakim di hari Kiamat iaitu hari manusia diadili di Mahkamah Allah nanti.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Hanya kepada Allah jua Tuhan yang kita sembah dan tiada tuhan selainNya.  Allah jua lah tempat kita meminta dan memohon pertolongan.  Ini adalah suatu lafaz pengakuan di hadapan Allah ketika solat kepadaNya. Di mana kita sebagai hamba... hanya menyembah dan memohon hanya kepada Allah tuhan seru sekalian alam.

Tetapi ramai yang tidak SEDAR yang kita masih menyembah selain dari Allah.???  Mana taknya....Hukum yang Allah perintahkan dan turunkan di dalam Al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW untuk kita laksanakan ketika hidup di dunia ini, kita tak ambil pusing...malah turut bersekongkol mempertikaikannya bersama golongan-golongan yang mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ???  Mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ....tidakkah itu sama seperti menyembah selain dari Allah.  Tidakkah tindakan itu tergolong dalam mensyirikkan Allah. Nauzubillahiminzalik.

Apa alasan kita di Mahkamah Allah nanti..apabila Allah bertanya...mengapa engkau menjadi pengikut kepada golongan yang tidak menggunapakai hukum Ku ketika hidup di dunia..???  Boleh ker..kita jawab....uhh...hukum ituu tak sesuai di dunia kerana di Malaysia..masyarakatnya Majmuk.  ha ha....ha....!! Jangan diperbodohkan tuan-tuan.

Apa yang kita lafaz dan ikrarkan di dalam solat hendaklah di bawa bersama di luar solat.   Dilafazkan dengan lidah, dibenarkan dalam hati dan dilakukan dengan perbuatan.   Kita mengaku yang kita sembah Allah...kita sembah betul-betul, sembah itu bukan hanya di dalam solat sahaja....itu perlu kita ingat.  Sembah Allah itu merangkumi semua aspek termasuklah hukum hakam, pemerintahan, syariat, jual beli dan bermacam-macam lagi dalam semua aspek kehidupan.  Zina hukumnya sebat atau rejam.....tapi kita ambil hukum selain dari hukum Allah.  Kita denda mereka yang berzina sebanyak RM1000-2000 sahaja.  Esok lusa dia buat lagi...pasal denda buang sampah pun lebih mahal lagi.  Sebab itulah zina dan buang anak bermaharajalela di negara kita.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Kita bermohon kepada Allah agar menunjuki kita jalan yang lurus lagi jalan yang diredhoi.....tetapi kita masih cakap tak serupa bikin, kita masih memilih pemimpin-pemimpin yang membina pusat-pusat perjudian, pub dan disko, tempat tempat dan sarang maksiat dan menghina mereka yang menyeru amal maaruf dan nahi mungkar.  Kita hina ulamak, kita hina mereka yang bangun untuk solat malam, kononnya solat malam mengganggu pelajaran mereka di siang hari.

Dan apabila pegawai penguatkuasa agama menangkap mereka yang meminum arak, ramai dikalangan orang yang mendakwa dirinya Melayu...bangkit marahkan penguatkuasa dan membela mereka yang minum arak kononnya itu melanggar hak kebebasan dan hak asasi manusia. Tapi bila solat ...tahu pulak sebut perkataan "tunjukilah kami jalan yang lurus"..  Sungguh tak tahu malu betul.


7. (yaitu) jalan orang-orang  yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.

Kita mohon pada Allah, jalan yang Allah kurniakan nikmat terhadap orang-orang yang terdahulu daripada kita.  Siapa orang-orang yang terdahulu itu ?  Tidak lain dan tidak bukan... jalan para nabi, Rasulullah SAW, para Sahabat, Tabiit Tabien.  Itulah jalan menuju kejayaan.

Dan kita mohon pada Allah jauhi jalan orang-orang yang Allah murkai.  Siapakah orang yang Allah murkai?  Itulah jalan orang-orang Yahudi yang Allah murkai dan laknati.  Jadi jangan sekali-kali kita ikut dan mencontohi jalan orang-orang Yahudi ini (dari keturunan Bani Israel).  yang banyak membunuh para nabi dan mempertikaikan hukum Allah dan perintah 25 Rasul.

Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.  Sesat di sini merujuk kepada orang-orang Nasrani. (Kristian)  Yang mendakwa Allah itu mempunyai anak. Tuhan itu beranak.    Mereka mendakwa Nabi Isa itu anak tuhan.  Itulah jalan orang-orang yang sesat. Jalan orang-orang yang mensyirik dan menyengutukan Allah SWT.  Nauzubillah.

Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.  Aaminn.

Panglima7.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan pengikut atau penyokong yang mengambil dan menggunapakai hukum selain dari hukum Allah SWT.