Pages

Tuesday, July 30, 2013

Tidur di bawah kerlipan bintang di New York

PEMANDANGAN bilik tidur di bahagian atas Hotel AKA Central Park di New York yang menawarkan pengalaman unik kepada pelanggannya.


NEW YORK - Sebuah hotel bertaraf lima bintang di sini, AKA Central Park menawarkan penginapan mewah di bawah cahaya bintang yang sukar dialami di mana-mana hotel lain.
Hotel berstruktur moden dengan dinding kaca itu menawarkan pemandangan terus ke langit tanpa sebarang panel tingkap atau langsir.
"Apabila kami mengenal pasti cara untuk menggembirakan pelanggan dan memberi mereka peluang penginapan yang tidak boleh didapati di tempat lain, kami dengan segera cuba merealisasikan impian tersebut," kata jurucakap rangkaian hotel mewah AKA, Elana Friedman.
Hotel mewah AKA Central Park menjanjikan bilik tidur di luar bertaraf lima bintang yang lengkap dengan katil kelamin, makan malam romantik, sesi perapian, makanan ringan dan teleskop untuk melihat bintang di langit.
Hotel tersebut menawarkan harga berpatutan yang bermula daripada AS$1,995 (RM6,432) untuk penginapan semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2aVnyyKz8 
Hakcipta terpelihara 

Penyokong Morsi anjur protes sejuta orang


PARA penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi bersolat beramai-ramai di Bandar Nasr, Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi meminta protes baharu diadakan semalam, sekali gus meruncingkan lagi krisis dalaman negara berkenaan.
Perkembangan itu berlaku ketika ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan pembangkang Mesir.
Dalam satu kenyataannya, Ashton meminta supaya proses peralihan kuasa di Mesir melibatkan semua pihak termasuk pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin.
"Saya juga mengulangi gesaan supaya semua keganasan dihenti- kan. Saya amat kesal dengan kehilangan nyawa yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Perikatan Anti-Rampasan Kuasa yang meng- anjurkan bantahan menentang tindakan tentera menggulingkan Morsi menggesa penunjuk perasaan berarak menuju bangunan-bangunan keselamatan semalam.
Kumpulan tersebut turut meminta agar sejuta penduduk Mesir keluar mengadakan bantahan hari ini.
Gesaan itu dibuat selepas Majlis Pertahanan Negara memberi amaran kelmarin pihaknya akan bertindak tegas terhadap penunjuk perasaan jika mereka melampaui batas.
Ketegangan di negara itu memuncak selepas sebanyak 72 penunjuk perasaan terbunuh dalam perhimpunan pro-Morsi yang diadakan di sini pada Sabtu lalu.
"Kami menyeru sejuta orang berarak esok (hari ini)," kata seorang wakil Perikatan Anti-Rampasan kuasa dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beribu-ribu penyokong Morsi masih berkhemah di dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, tempat tunjuk perasaan menentang kerajaan peralihan Mesir bermula.
Terdahulu, sumber kumpulan tersebut menyatakan, dua pemimpin parti politik yang menyokong Ikhwanul Muslimin, Abul Ala Mady dan penolongnya, Essam Sultan telah ditahan pihak berkuasa Mesir kelmarin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2aVc17Z7w 
Hakcipta terpelihara