Pages

Showing posts with label bisu. Show all posts
Showing posts with label bisu. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Filem bisu buat penonton marah

LONDON: Pengunjung pawagam di Liverpool menuntut wang yang mereka bayar untuk membeli tiket bagi menyaksikan filem The Artist, dikembalikan selepas mereka menyedari bahawa ia sebuah filem bisu.

Filem arahan pengarah Perancis yang memenangi tiga anugerah Golden Globe dan menerima jumlah pencalonan paling tinggi Akademi Seni dan Perfileman Televisyen Britain (BAFTA) minggu ini, diramal mencapai banyak kejayaan pada majlis Oskar bulan depan.
Bagaimanapun, sekumpulan pengunjung pawagam di Liverpool di barat laut England ternyata kurang senang dan meninggalkan panggung sebagai tanda protes, kerana filem berkenaan kurang menggunakan dialog dan ditayangkan menerusi skrin yang lebih kecil daripada biasa.
Jurucakap panggung Odeon Liverpool One, mengesahkan bahawa pihaknya sudah memulangkan bayaran wang tiket kepada sebahagian penonton yang tidak menyedari bahawa The Artist adalah filem bisu. 

“Pawagam kami berbesar hati untuk mengembalikan wang tiket berkenaan, apabila sebahagian mereka membuat aduan selepas 10 minit tayangan filem berkenaan bermula,” katanya. 

Seorang penonton, Nicola Shearer, 25, memberitahu akhbar Daily Telegraph, kakitangan panggung ada bertanya sama ada beliau mengetahui bahawa The Artist adalah sebuah filem bisu. 

“Saya memberitahunya memang mengetahui filem bisu itu. 
Beliau berkata, sebahagian penonton yang menyaksikan filem berkenaan meminta wang tiket mereka dikembalikan kerana filem itu tiada dialog, manakala skrin tayangan lebih kecil. – AP 

Sunday, June 20, 2010

Bisu akibat tiup kuat vuvuzela Piala Dunia



RAMAI penonton gemar meniup vuvuzela sepanjang Piala Dunia bagi memeriahkan perlawanan sehingga membingitkan suasana stadium.


CAPE TOWN - Seorang wanita kulit putih Afrika Selatan, Yvonne Mayer, 29, hilang suara selama dua hari selepas meniup trompet tradisi masyarakat negara itu, vuvuzela pada satu parti jalanan Piala Dunia 2010 di Fan Park di sini baru-baru ini.
Dia yang bekerja sebagai jurujual insurans tempatan diberitahu seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Medi-Cross di sini yang mendapati tekaknya pecah namun, pegawai perubatan menasihatkan Mayer untuk tidak makan dan minum dalam tempoh 48 jam.
"Ini kali pertama saya meniup trompet popular itu Isnin lalu dan kemudian langsung tidak boleh bercakap. Pada mulanya saya menyangka tertelan kumbang sebelum doktor yang memeriksa tekak saya mendapati ia sudah pecah," katanya.
Akibatnya, Mayer terpaksa berpuasa maraton dua hari untuk mengembalikan semula tisu tekak menjadi pulih manakala Dr. Scott Barker yang merawat wanita itu menyifatkan ia kes pertama seumpamanya disebabkan meniup vuvuzela. - Agensi