Pages

Showing posts with label najis. Show all posts
Showing posts with label najis. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Nenek tak terima mel angkara najis


Seorang wanita menggunakan payung bagi mengelak terkena tahi burung merpati ketika melalui laluan Wheelbarrow Lane yang dipenuhi najis haiwan itu. - AGENSI

LONDON 18 Jan. - Seorang nenek berumur 63 tahun mengadu dia tidak menerima surat sejak Oktober lalu ekoran pekerja pos enggan menghantarnya kerana laluan ke rumahnya di Heston, Cornwall 'terlalu licin' akibat tahi burung yang terlalu banyak.
Heather Rogers berkata, dia menyedari keadaan itu selepas sebuah syarikat telekomunikasi, BT menghubunginya pada Oktober lalu, memaklumkan bahawa mereka tidak menerima bayaran bil telefon daripada warga emas itu.
''Saya juga dihubungi bank kerana penyata akaun saya turut dikembalikan semula ke bank.
''Saya pergi ke pejabat pos dan mereka memaklumkan bahawa pekerja mereka tidak menghantar surat ke rumah saya kerana laluan ke rumah saya terlalu licin ekoran tahi burung,'' katanya.
Heather kemudian dimaklumkan oleh syarikat pos, Royal Mail bahawa tahi burung di rumahnya terlalu banyak di laluan dikenali sebagai Wheelbarrow Lane, sehingga ia membahayakan kesihatan dan keselamatan pekerja pos.
Jurucakap Royal Mail berkata, pihaknya menggantung perkhidmatan di dua alamat di Helston kerana pekerja melaporkan terdapat serpihan gelas dan laluan yang licin.
''Kami telah memaklumkan kepada pelanggan kami itu tentang perkara itu dan meminta pihak berkuasa membersihkan laluan tersebut,'' katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130119/lu_07/Nenek-tak-terima-mel-angkara-najis#ixzz2IOL97Sra
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, October 26, 2012

Kopi najis gajah RM76 secawan


         
BANGKOK: Untuk mereka yang sukakan kopi, mungkin Thailand adalah destinasi terbaik apabila sebuah hotel mewah mula menjual kopi daripada najis gajah.

Campuran dinamakan Black Ivory, diperbuat daripada biji kopi yang dimakan, dihadam dan kemudian dikeluarkan sebagai najis oleh gajah di negara itu, dikatakan menghasilkan secangkir kopi yang sedap.
Namun, harganya tidak murah.

Menurut Anantara Hotel, kopi yang ‘ditapis secara semula jadi’ berharga AS$1,100 (RM3,344) sekilogram, menjadikan ia campuran kopi termahal di dunia.




“Kajian mendapati, ketika penghadaman, enzim gajah itu memecahkan protein kopi,” kata kenyataan yang dikeluarkan rangkaian hotel yang berpusat di Thailand itu.


Ia menjual dua cawan kopi yang berbau kuat itu pada harga AS$50 (RM152).

“Oleh kerana protein adalah faktor utama bertanggungjawab menghasilkan kepahitan dalam kopi, ke kurangan protein bermakna tiada rasa pahit,” katanya.

Sebaik saja gajah mengeluarkan najis, penjaganya akan mengasingkan biji kopi daripada najis itu dan mengeringkannya.

Proses itu dibuat di pusat menyelamat gajah hotel berkenaan di utara Thai.

Kira-kira 30 haiwan itu dipelihara di pusat itu dan tinggal bersama penjaga dan keluarga mereka. - AFP

Tuesday, March 20, 2012

Ahli perniagaan buat eksperimen najis panda


AN YANSHI yang memakai kostum kepala beruang panda menolak najis haiwan itu dari sebuah lori di ladang teh miliknya di Ya'an pada Sabtu lalu.



YA'AN - Seorang ahli perniagaan, An Yanshi menggunakan najis beruang panda sebagai baja untuk ladang teh miliknya di sini.
Dia menjadikan baja itu sebagai bahan eksperimen untuk membesarkan pokok teh hijaunya.
Ahli perniagaan itu juga akan menjual satu cawan teh hijau yang dibaja dengan najis tersebut pada harga AS$200 (RM611.43).
Yanshi memperoleh bekalan najis tersebut dari sebuah pusat pembiakan haiwan itu yang terletak berhampiran ladangnya. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia:

Thursday, October 20, 2011

Motosikal guna najis manusia

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan sebuah motosikal menggunakan najis manusia di Jepun.


TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.
Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.
Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.
Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.
Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.
Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi

'via Blog this'

Saturday, February 19, 2011

NAJIS KOCIK...NAJIS BOSAR



Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.


Kesilapan besar;

Belajar fardu untuk keperluan tertentu contoh; untuk lulus peperiksaan, nak kahwin, etc
Bukan untuk kehidupan harian. 

Friday, October 8, 2010

Najis manusia bertaburan di ladang ternakan




IAN CLEGG menemui tuala wanita dan najis manusia di ladang miliknya di Brooklands, Britain pada Selasa lalu.


NORHAMPTON - Seorang penternak diarah oleh pihak berkuasa haiwan membakar tanaman bernilai £8,000 (RM39,406) di ladang ternakannya di Brooklands, Britain selepas bahan buangan manusia bertaburan di tanah miliknya itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Penternak itu, Ian Clegg percaya bahan buangan manusia itu seperti tuala wanita yang terdapat di ladangnya terjatuh dari sebuah pesawat.
"Saya pergi untuk mengawasi ternakan dengan seorang anak lelaki saya pada Selasa lalu dan kami menemui najis manusia itu bertaburan di kawasan seluas 10.11 hektar," katanya.
Menurutnya, bahan buangan manusia itu bertaburan di ladang yang menjadi tempat haiwan ternakannya meragut rumput.
Clegg berkata, semua haiwan ternakannya diarahkan diperiksa oleh doktor haiwan.
"Kami diberitahu oleh Agensi Alam Sekitar bahawa ladang ini tidak boleh digunakan lagi sehingga musim bunga depan.
Beberapa pegawai dari agensi itu melawat ladangnya kelmarin dan mereka berasa bimbang pencemaran itu mungkin menjejaskan sebatang sungai dekat ladang tersebut di Northamptonshire.
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan, Richard Taylor mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mencari pesawat yang terbang di atas ladang Clegg.
"Saya perlu menegaskan bahawa pesawat tidak sepatutnya mengepam keluar najis semasa pesawat berada di udara," katanya. - Agensi