Pages

Showing posts with label Planet. Show all posts
Showing posts with label Planet. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Planet kembar Bumi ditemui 2013?

planet Bumi
Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Foto: ESA/Hubble, NASA
SAN JUAN - Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.

Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009. - SPACE.com

Thursday, February 23, 2012

Planet baru diliputi air ditemui

Lakaran artis yang disediakan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah
 dan dikeluarkan kelmarin merakamkan planet baru GJ1214b
berada 40 tahun cahaya dari bumi. - AFP

NEW YORK 22 Feb. - Beberapa penyelidik dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka menemui sebuah planet baru yang diliputi air.
"GJ1214b adalah sebuah planet diliputi air serta diselubungi atmosfera yang tebal dan berwap," jelas Pusat itu dalam satu kenyataan selepas meneliti planet itu dengan Teleskop Angkasa Lepas Hubble (HST) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
"GJ1214b adalah sebuah planet baru dan sebahagian besarnya terdiri daripada air.
"Andainya seorang angkasawan mendarat di planet itu, dia akan mendarat di dalam air panas," kata Zachary Berta, seorang ahli astronomi.
Planet itu ditemui pada 2009 oleh Projek MEarth yang berpangkalan di bumi.
Planet GJ1214b yang digambarkan sebagai ''super-Earth'', sebesar 2.7 kali diameter bumi dan beratnya hampir tujuh kali ganda bumi.
Kajian lanjut pada 2010 memberi petunjuk kepada saintis untuk mengandaikan sebahagian besar planet GJ1214b (suhu sekitar 232 darjah Celsius) diliputi air.
Andaian itu disahkan oleh Berta dan penulis bersama yang menggunakan HST untuk mengkaji planet GJ1214b apabila melintasi di hadapan bintang.
Cahaya bintang yang ditapis melalui atmosfera planet itu, membuktikan campuran gas serta menyokong teori wap air.
"Ukuran HST mempunyai keseimbangan atmosfera yang berwap," kata Berta.
Ukuran dan anggaran selanjutnya turut memberi petunjuk kepada saintis bagi memutuskan bahawa planet GJ1214b mengandungi lebih banyak air berbanding bumi. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Tuesday, January 31, 2012

60 planet, 11 sistem solar ditemui

WASHINGTON - Pen­tadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) mengesahkan penemuan baru 60 planet dan 11 lagi sistem solar melalui pemantauan teleskop Kepler selama dua tahun.
“Kepler telah menemui lebih dari 60 planet baru, sekali gus, menunjukkan galaksi yang kita diami ini sebenarnya dipenuhi dengan planet dan orbit dalam pelbagai saiz,” menurut saintis Nasa, Doug Hudgins.
Hudgins turut mendedahkan teleskop Kepler itu turut mengesan sebuah sistem solar paling tua dan mempunyai lima planet.
Penemuan tersebut telah diterbitkan dalam empat laporan berbeza menerusi Astro­physical Journal dan The Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.60 planet, 11 sistem solar ditemui - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Saturday, September 17, 2011

Planet dalam filem Star Wars ditemui



LAKARAN artis menunjukkan sebuah planet mempunyai dua matahari.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - fiksyen sains bertukar menjadi realiti apabila beberapa saintis menemui sebuah planet yang dikelilingi dua matahari, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan itu dibuat lebih tiga dekad selepas fenomena tersebut pertama kali digambarkan dalam filemStar Wars. Satu adegan filem fiksyen sains berkenaan menunjukkan aktor Luke Skywalker berjalan di permukaan sebuah planet dengan dua matahari kelihatan di langit planet itu yang dikenali sebagai Tatooine.
Lebih tiga dekad kemudian, saintis-saintis AS menemui sebuah planet serupa yang dikenali sebagai Kepler-16b.
Saiz planet berkenaan sebesar Planet Zuhal dan ia terletak pada jarak 200 tahun cahaya dari Bumi.
Saintis-saintis AS membuat penemuan itu dari kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).
"Kita akan dapat melihat dua matahari pada waktu senja di planet itu," kata beberapa saintis berkenaan.
Seorang saintis Institut Carnegie di AS, Alan Boss memberitahu, planet Kepler-16b dikelilingi dua bintang.
Satu tahun di planet itu bersamaan dengan 229 hari di Bumi.
"Sekali lagi, apa yang dipaparkan dalam sains fiksyen bertukar menjadi realiti," kata Boss. - Agensi

Wednesday, February 23, 2011

Saintis kesan 50 bilion planet



WASHINGTON 22 Feb. – Para saintis menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.
Jumlah planet itu dikenal pasti melalui pemerhatian awal menggunakan teleskop Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) selama hampir dua tahun walaupun misi tersebut dijangka mengambil masa selama tiga tahun setengah dan mencecah kos sehingga $600 juta (RM1.86 bilion).
Ketua Sains Kepler, William Borucki berkata, kiraan oleh saintis itu dibuat berdasarkan jumlah planet yang ditemui pada tahun pertama untuk mencari satu bahagian kecil di langit, sebelum menganggarkan kewujudan planet berdasarkan bilangan bintang yang mempunyai planet.
Kepler mengesan planet ketika ia mengelilingi laluan antara Bumi dan bintang yang diorbitnya.
Sehingga kini, Kepler telah mengenal pasti 1,235 planet dengan 54 daripadanya berada dalam zon Goldilocks dan misi utamanya bukanlah untuk mengenal pasti planet mana mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.
Sementara itu, Borucki dan rakan saintis lain mengumumkan pihaknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami pada Sabtu lalu semasa persidangan tahunan Sains Lanjutan Persatuan Amerika di Washington.
“Itu adalah jumlah maksimum kerana bintang-bintang yang ditemui ini boleh mempunyai lebih daripada satu planet dan Kepler masih membuat pemerhatian terhadap planet yang jauh dari bintang, seperti Bumi,” kata Borucki.
Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti namun pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.
Tambah Borucki, jumlah tersebut hanya melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.
“Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui,” ujar Borucki. – Agensi

Tuesday, January 11, 2011

Luar biasa!! Pernahkan Anda membayangkannya?



[]
Pada waktu benda-benda angkasa ini diperbandingkan

[]

kita menjadi sadar betapa kecilnya bumi dan kita para penghuninya. 

[]


Jagad raya yang sangat besar.
 

[]

Dalam skala ini bumi kita tidak kelihatan lagi
 

[]
Di sini matahari hanya sebesar debu! 

Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa.
 


Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.
  Lalu . . .
siapakah kita?
apakah tujuan hidup kita?
Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?
Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata "inilah aku!"...??
Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Tuhan yang mencipta sekelian alam.

Sunday, January 2, 2011

Empat planet kelilingi bintang ditemui


Empat planet kelilingi bintang ditemui


2011/01/02

LAKARAN artis mengenai sistem planet mengelilingi   matahari.
LAKARAN artis mengenai sistem planet mengelilingi matahari.
HR8799 seperti sistem suria bumi bersaiz lebih besar

FLORIDA: Sekumpulan ahli astronomi antarabangsa berjaya menemui dan mengambil gambar planet keempat terbesar di luar sistem suria, penemuan yang menguatkan lagi teori persamaan luar biasa antara sebuah planet yang jauh daripada sistem planet kita sendiri.
Penyelidikan yang disiarkan secara online oleh jurnal Nature menyatakan, setakat ini sistem itu membabitkan empat planet mengelilingi bintang yang diberi nama HR8799.
Pakar astronomi berkata, sistem planet berkenaan menyerupai sistem suria planet bumi, tetapi bersaiz jauh lebih besar.

“Selain mempunyai empat planet bersaiz gergasi, kedua-dua sistem juga mengandungi ‘rantaian puing’ hasil himpunan objek termasuk ais dan batu, selain zarah debu,” kata Profesor Fizik dan Astronomi Universiti California Los Angeles (UCLA), Benjamin Zuckerman, penulis bersama hasil penyelidikan itu.

Katanya, planet yang baru ditemui itu mengelilingi sebutir bintang bercahaya terang yang berada pada jarak 129 tahun cahaya dari bumi dan dapat dilihat samar-samar dengan mata biasa.

Sistem planet mengelilingi bintang HR8799 adalah amat besar berbanding sistem suria. Pakar astronomi menganggarkan saiz keempat-empat planet berkenaan mungkin 20 kali ganda lebih besar berbanding gabungan semua planet dalam sistem suria.
Penemuan planet terbaru berkenaan menyusul selepas penemuan tiga planet sebelum ini disiarkan jurnal Science pada 2008 yang melaporkan imej pertama sistem planet mengelilingi bintang selain matahari.

“Ini imej keempat planet dalam sistem berkenaan. Setakat ini, hanya sejumlah kecil planet di luar sistem suria sudah dikenal pasti dan berjaya dikesan selain sistem planet HR8799,” katanya.

Beliau berkata, semua empat planet yang mengorbit bintang itu mempunyai saiz hampir sama dan berkemungkinan lima hingga tujuh kali lebih besar berbanding planet Musytari. Planet baru itu mengorbit bintang pada jarak lebih dekat berbanding tiga planet lain.

“Jika planet itu mengorbit matahari, ia mungkin berada pada kedudukan antara planet Zuhal dan Uranus,” katanya.

Pakar astronomi menggunakan teleskop Keck ll di Pusat Pemerhatian WM Keck di Hawaii untuk mendapatkan imej planet keempat itu.

Rakan Zuckerman yang menyertai penyelidikan itu dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Kanada (NRC), Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore (LLNL) di California dan Pusat Pemerhatian Lowell di Arizona.

“Penemuan ini satu kejayaan besar dalam penyelidikan membabitkan ‘dunia lain’ sejak 2008, apabila sistem planet HR 8799 dikesan,” kata pakar astronomi Suruhanjaya Peraturan Nuklear (NRC) Christian Marois, yang juga ketua penulis kajian itu.

Katanya, gambar planet baru itu kemuncak kejayaan hasil usaha hampir 10 tahun, dengan pencapaian yang hebat dan memberi peluang untuk meningkatkan lagi semua aspek pemerhatian dan analisis. – Agensi
Berita Harian Online | Empat planet kelilingi bintang ditemui

Thursday, December 16, 2010

Planet baru ditemui penyelidik Qatar



LAKARAN artis menunjukkan planet Qatar-1b.


DOHA - Sepasukan ahli astronomi diketuai Qatar bagi mencari planet baru di cakerawala telah menemui sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang yang terletak sejauh 500 tahun cahaya dari Bumi.
Planet tersebut dinamakan Qatar-1b, sempena nama negara Asia Barat itu.
Planet itu sebahagian besarnya terbentuk daripada gas dan 20 peratus lebih besar berbanding Musytari iaitu planet kelima dan terbesar dalam sistem suria.
Yayasan Qatar Bagi Pembangunan Pendidikan, Sains Dan Komuniti semalam memberitahu, penemuan planet baru itu akan dilaporkan dalam jurnal bulanan, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.
"Penemuan planet Qatar-1b merupakan pencapaian yang hebat sekali gus membuktikan komitmen Qatar untuk menjadi pelopor dalam bidang sains inovatif dan penyelidikan," kata ketua bancian sistem planet luar suria yang juga pengarah penyelidikan yayasan berkenaan, Dr Khalid Al Subai.
Seorang lagi ahli astronomi dalam penyelidikan itu, Professor Keith Horne dari Universiti St. Andrews di Scotland berkata, planet Qatar-1b membuat pusingan lengkap mengelilingi bintangnya setiap 1.4 hari bermakna satu tahun di planet itu menyamai 34 jam di Bumi.
Sebahagian planet itu menghadap bintangnya berbeza dengan Bumi yang berputar pada setiap 24 jam yang menyebabkan berlakunya siang dan malam. - AFP

Saturday, November 20, 2010

Planet berputar laju ditemui di tepi Bima Sakti



Lakaran artis merakamkan HIP 13044 b, sebuah planet panas mengorbit sebuah bintang dan memasuki galaksi Bima Sakti. - AFP


WASHINTON 19 Nov. - Sebuah planet yang panas, mengandungi gas dan cepat berputar pada paksinya ditemui mengorbit bintang dan sedang mati di tepi Bima Sakti, penemuan pertama planet di luar galaksi.
Ia dikatakan menyempurnakan setiap orbit hanya dalam masa 16 hari dan mungkin sedang berada pada hujung hayatnya, tambah pakar astronomi itu.
Selain saiznya yang sedikit besar daripada Jupiter, planet terbesar dalam sistem solar kita itu juga mengorbit sebuah bintang yang berada 2,000 tahun cahaya dari bumi dan ditemui sedang menuju ke Bima Sakti.
Ia dipercayai sebahagian daripada aliran Helmi, sekumpulan bintang yang kekal selepas mini galaksinya dikuasai Bima Sakti antara enam hingga sembilan bilion tahun lalu, menurut penyelidik di Science Express.
"Penemuan ini sangat mengujakan kerana ia melibatkan jarak yang jauh. Sebelum ini, tidak ada pengesahan penemuan planet di luar galaksi kita ini.
"Namun penggabungan kosmos ini membawa planet galaksi tambahan di dalam lingkungan kita," kata Rainer Klement dari Institut Astronomi Max Planck.
Menurut penyelidik, pakar astronomi dapat menentukan kedudukan planet itu iaitu 'HIP 13044 b' dengan menumpukan pada getaran ketara sangat kecil dicetuskan oleh bintang itu dengan tanda tarikan graviti yang diorbit oleh planet itu.
Mereka berjaya mengesan planet itu menggunakan teleskop berkuasa tinggi milik European Southern Laboratory di Balai Cerap La Silla, Chile, kira-kira 600 kilometer ke utara ibu negara Santiago.
Planet itu sangat rapat dengan bintang yang diorbitnya, sekali gus menjadikannya sangat panas. - AFP

Friday, October 1, 2010

Planet digelar Bumi Baru ditemui




LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.
Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.
Bintang itu diberi nama Gliese 581.
Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.
Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.
Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.
Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.
Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.
Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.
Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.
Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.
Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi