Pages

Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Lebih 700 warga Palestin terkorban dalam konflik Syria



KAHERAH: Lebih 700 penduduk Palestina terkorban di Syria sejak konflik tercetus kira-kira 21 bulan lalu, kata pegawai Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

"Lebih 700 warga Palestin terkorban di Syria sejak permulaan konflik termasuk di khemah pelarian Yarmuk di selatan Damsyik.
"Kami sudah meminta pihak berkuasa Syria supaya tidak mengheret rakyat Palestin ke dalam konflik ini," kata pegawai PLO, Zacharia al-Agha.

Lewat semalam, beberapa roket dilepaskan ke khemah pelarian yang menjadi lokasi pertempuran di antara penyokong dan angkatan anti regim selama beberapa hari sepanjang minggu lalu. - AFP

Wednesday, December 19, 2012

Syria kepung kem pelarian Palestin



Sedutan video yang dimuatnaik di YouTube kelmarin, menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di lantai masjid selepas tentera Syria melancarkan serangan udara ke atas sebuah kem pelarian Palestin di Yarmuk, di Damsyik, Syria. - AFP
DAMSYIK 18 Dis. - Tentera Syria dilapor mengepung sebuah kem pelarian Palestin di sini, sehari selepas melancarkan serangan udara yang membunuh sekurang-kurangnya lapan orang yang berlindung di sebuah masjid di kem tersebut.
Ramai penduduk Syria melarikan diri dari kawasan tersebut semalam, ekoran pertempuran sengit antara kumpulan Palestin yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan penentang kerajaan.
Seorang aktivis yang tinggal di Yarmuk, Rasim Abu Thawra memberitahu stesen televisyen al-Jazeera, kawasan penempatan itu dibedil sekali lagi dalam serangan udara semalam.
"Beratus-ratus keluarga melarikan diri dari kem tersebut ke kawasan yang lebih selamat pada hari ini.
"Mereka berpecah ke destinasi berbeza. Sesetengah pelarian berlindung di rumah saudara-mara di kawasan berhampiran dan yang lain berlindung di masjid-masjid di al-Midan dan al-Zahira," jelasnya.
Beratus-ratus pelarian Palestin turut dilapor melarikan diri ke Lebanon.
Serangan udara di kem pelarian Yarmuk itu berlaku ketika aktivis mendakwa sebuah lagi kem pelarian Palestin di bandar selatan Deraa dibom tentera udara kerajaan.
Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin berkata, kem pelarian di Yarmuk menjadi kawasan pertempuran.
Agensi PBB itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan hampir 500,000 pelarian Palestin yang tinggal di kem itu, yang turut menempatkan penduduk Syria yang berlindung.
Pertempuran sengit meletus dua minggu lalu antara kumpulan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin- Pemerintah Umum (PFLP-GC) yang menyokong kerajaan Syria dan kumpulan pemberontak yang disokong pejuang Palestin yang lain. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121219/lu_02/Syria-kepung-kem-pelarian-Palestin#ixzz2FThMijg4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelarian Palestin lari dari Syria



SEJUMLAH kenderaan yang membawa pelarian Palestin berbaris untuk memasuki pintu sempadan Masnaa di Lebanon bagi melarikan diri dari serangan tentera Bashar di selatan Damsyik semalam.


DAMSYIK – Sejumlah pelarian Palestin di kem Yarmuk di selatan Damsyik melarikan diri selepas pertempuran sengit antara tentera rejim dan para penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad menggegarkan kem itu malam kelmarin.
Ketiadaan hospital, anggota bomba dan jalan yang tidak selamat menjadikan kem tersebut kini dilanda krisis kemanusiaan yang teruk.
Seorang penduduk yang dihubungi wartawan agensi berita AFP memberitahu, pihak tentera mengarahkan kesemua 150,000 penduduk berpindah menjelang tengah hari semalam.
Peperangan menentang pemerintahan Bashar yang meletus pada Mac tahun lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 43,000 nyawa.
Beberapa jet pejuang tentera Syria melancarkan serangan udara ke atas kem tersebut.
Dalam serangan pada Ahad lalu, seramai lapan orang awam terbunuh di kem berkenaan di selatan Damsyik.
Ratusan orang pelarian Palestin dilihat memasuki Lebanon semalam dari pintu sempadan Masnaa.
Seramai 2,000 orang pelarian Palestin memasuki Lebanon sejak tiga hari lalu, menurut anggaran sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian tersebut.
Menurut wartawan agensi berita itu, puluhan bas dan kereta membawa pelarian Palestin tiba di Lebanon semalam.
Beberapa penumpang memberitahu wartawan bahawa mereka datang dari kem pelarian Yarmuk yang diserang jet-jet tentera Bashar.
“Terdapat serangan di beberapa kawasan di kem tersebut dan kebanyakan orang meninggalkan kem itu,” kata seorang pemuda.
Sementara itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam, kira-kira 100 orang cedera akibat peperangan dimasukkan ke hospital setiap hari di Damsyik sehingga menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ubat-ubatan.
Beberapa laporan menyatakan Rusia telah menghantar beberapa buah kapal perang untuk membawa ribuan warga negara itu keluar dari Syria.
Kelmarin, Naib Presiden Syria, Faruq al-Sharaa menyatakan tidak ada siapa yang bakal memenangi peperangan di negara ini.
Para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan menentang Bashar selepas beliau didakwa gagal untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara di Syria. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2FRZxqSaF 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, November 29, 2012

Palestin mohon status negara pemerhati hari ini




GAMBAR fail menunjukkan Abbas mengemukakan salinan surat untuk menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Perhimpunan Agung PBB di New York pada 23 September tahun lalu.


NEW YORK - Pertukaran status Palestin sebagai entiti pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi sebuah negara pemerhati bukan anggota PBB bakal diketahui pada hari ini.
Palestin perlu mendapat undian majoriti daripada 193 negara anggota PBB pada Perhimpunan Agung badan dunia itu.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) dan Israel me nentang resolusi tersebut dengan alasan ia akan membantutkan usaha mengembalikan semula perjanjian damai antara Palestin dan Israel.
Pengiktirafan PBB terhadap status tersebut bakal meletakkan Palestin setara dengan Vatican sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB.
Status itu akan membolehkan Palestin menyertai beberapa agensi PBB seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan mengemukakan permohonan pada perhimpunan agung itu.
Palestin mengemukakan resolusi untuk menaik taraf status mereka kerana permohonan untuk menjadi negara anggota penuh PBB pada September 2011 telah ditolak Majlis Keselamatan PBB apabila AS melakukan veto terhadap permohonan tersebut. - Agensi

Tuesday, November 27, 2012

Warga Gaza bangkit dengan semangat baharu selepas 8 hari diserang




26 November 2012
GAZA CITY - Selepas lapan hari menjadi sasaran serangan Israel yang meragut 168 nyawa, kehidupan di Gaza kini kembali seperti biasa.   

Berikutan gencatan senjata yang dicapai antara Hamas dan Israel, para nelayan menarik nafas lega kerana perjanjian itu turut menambah keluasan kawasan mereka mencari rezeki sejauh enam batu lagi.

Sebelum itu, mereka hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan kawasan tiga batu di Laut Mediterranean.

Di pasar ikan utama Gaza, peniaga menjual pelbagai jenis ikan dan penduduk berpusu-pusu ke situ untuk membeli ikan kegemaran mereka.

“Ini suatu permulaan yang baik dan kami harap suasana ceria ini akan berkekalan. Tapi, kami memerlukan pemantauan antarabangsa kerana orang Israel tidak menghormati perjanjian berlandaskan undang-undang," kata penjual ikan bernama Khaled Shamalekh.

Beratus ribu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dengan penuh gembira menyambut kemenangan mereka menentang Israel selepas lapan hari menjadi mangsa serangan berdarah.

Satu lagi petanda yang memberi harapan kepada rakyat Palestin ialah apabila para petani dan orang ramai kini boleh menghampiri pagar keselamatan yang memisahkan Israel dan Semenanjung Gaza.

Mereka berdiri berhampiran tentera Israel sambil menjulang sepanduk yang menggambarkan kemenangan mereka serta meneriakkan slogan penentangan.

Hasil daripada perjanjian gencatan senjata itu, rakyat Palestin kini mempunyai hak untuk bekerja berhampiran kawasan sempadan Israel-Palestin.

Kanak-kanak kembali bersekolah setelah 10 hari tidak dapat berbuat demikian, walaupun mereka belum menerima sebarang bantuan pemulihan psikologi.
  
Sesetengah kanak-kanak memulakan hari pertama mereka kembali bersekolah dengan meninjau keadaan bangunan yang rosak akibat serangan udara Israel.

“Mereka mahu kami hidup dalam kebodohan dan sebab itulah mereka memusnahkan sekolah kami.

"Walaupun mengalami pelbagai kemusnahan, kami harap suatu hari nanti, kami akan mendapat kebebasan," kata Rahma Abu Dayer, pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Yasser Fathi, yang bertugas sebagai wartawan dengan akhbar 'al-Resala', berkata beliau kagum dengan semangat kental yang dimiliki penduduk Gaza.

“Penduduk Gaza mempamerkan contoh unik tentang maruah, keazaman dan penentangan. Saya amat kagum dengan semangat mereka yang begitu tinggi," katanya.

 Kata wartawan ini anggota masyarakatnya mendapat satu pengajaran baharu: mereka perlu berjuang di bawah satu panji-panji iaitu panji-panji Palestin.

“Walaupun ramai yang terkorban, menjadi mangsa serangan bom yang dahsyat dan mengalami kemusnahan teruk, mereka tetap bersedia untuk terus berkorban. Mereka tidak menuntut gencatan senjata ini diadakan dan mereka yakin sepenuhnya bahawa tanah air adalah lebih daripada harta benda, nyawa dan kemusnahan," katanya.

Penduduk Gaza juga berharap serangan Israel baru-baru ini akan mempercepatkan tercapainya perdamaian antara dua puak yang bertelagah - Fatah dan Hamas.

“Kita hanya boleh menghadapi musuh kita jika kita berstu. Sekiranya dua puak bersenjata ini bersatu dan menentang musuh, mereka akan menang," kata Ahmed Mezhar, yang bertugas di Kementerian Ekonomi.- Bernama

Bapa intifadah Palestin, Ahmed Yassin juang atas kerusi roda



LIZA HASAN
26 November 2012
 Sheikh Ahmed Yassin
Sheikh Ahmed Yassin
22 Mac 2004 , tarikh keramat tidak mungkin dilupai segenap rakyat Palestin. Subuh itu, suasana hening diiringi suara Azan di bandar Gaza. Hamba ALLAH SWT yang datang berduyun-duyun untuk menunaikan solat juga tidak ada bezanya.
Tetapi sejurus berakhirnya solat Subuh... bandar Gaza tiba-tiba dikejutkan deruman helikopter. Sheikh Ahmed Yassin yang muncul dari masjid ditembak dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera Israel.
Bandar Gaza bergegar kerana sebutir peluru berpandu meluncur tepat ke arah pemimpin agung Hamas (Al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah) yang dicintai seluruh rakyat Palestin itu. Beliau syahid!
Suasana menjadi kelam kabut. Orang lari bertempiran. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Impian Sheikh Ahmed syahid tercapai. Jasadnya hancur bersama kerusi roda yang setia menemaninya sekian lama. Hampir seluruh tubuh hancur kecuali kepalanya.
Tindakan Israel itu amat kejam kerana pemimpin Palestin itu hanya seorang tua yang lumpuh lagi lemah. Pergerakannya hanya menggunakan kerusi roda selain mengalami pelbagai lagi keuzuran.
Namun, buat Israel, beliau dilihat sebagai ancaman kepada rejim Zionis itu dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun. Asap tebal memenuhi ruang angkasa Gaza.

Lima minit sebelum kejadian, anaknya, Abdul Ghani yang terselamat daripada serangan itu berbisik kepada bapanya, "Ayah, di luar kedengaran bunyi helikopter yang ingin memburumu.”
Syeikh Ahmed dengan tenang menjawab, “Biarkanlah. Aku juga sedang menunggu.”

Hari itu, enam orang termasuk dua pengawal dan seorang anak lelakinya terkorban manakala 17 yang lain cedera. Seluruh rakyat Palestin berkabung. Air mata mengalir dari pencinta jihad hingga kanak-kanak, golongan kaya, marhaen, semua umat Nabi Muhammad SAW dari seluruh Gaza hingga ke serata pelosok dunia.
Hari itu gugurlah seorang pejuang yang mengorbankan seluruh hidupnya untuk Islam. Seorang pejuang yang tidak membuatkan jihad itu terhenti walau sesaat. Jihad hingga ke titisan darah terakhir yang membuatkan rejim Zionis tidak senang duduk.

Ketika hayatnya, As-Syahid Sheikh Ahmed pernah berkata dengan berani, “Yakinlah, akan tampil mujahid baru menyambung tugas mereka yang telah pergi. Hamas bersiap sedia untuk mempersembahkan serangan berani mati setiap hari sehingga 20 tahun akan dat ang. Kini Palestin menunggu generasi masa depan iaitu jil al-tahrir (generasi pembebas).”
Peribadi mulia

Sheikh Ahmed ialah mujahid yang sangat taat kepada perintah ALLAH SWT. Beliau menjadikan amalan membaca dan menghafal al-Quran sebagai rutin hidup.
Beliau terkenal sebagai peribadi yang mencintai dan menyayangi sesama muslim. Baginya hati yang bersih asas kepada penerusan perjuangan yang tulen. Berbekalkan sifat itu beliau disayangi anak muda Palestin.  
Bagi Sheikh Ahmed, seluruh kehidupannya adalah untuk pembebasan bumi Palestin. Beliau berdakwah dan menyampaikan kuliah pengajian, sekali gus menyedarkan anak muda Palestin untuk bangkit menentang kekejaman rejim Zionis yang merampas tanah air mereka secara zalim.
Dengan berteraskan tarbiah (didikan) imaniyah beliau melahirkan pemuda Islam yang layak untuk memikul tugas sebagai seorang mujahid. Beliaulah ikon mukmin yang telah menyemarakkan semangat mereka untuk melakukan penentangan terhadap Israel terkutuk itu secara bersemuka.
Hidup mereka tiada ketakutan terhadap manusia atau sesiapa sahaja kerana mereka adalah generasi yang berimejkan takut hanya kepada ALLAH SWT. Dalam keadaan lumpuh dan berkerusi roda, ia tidak menghalang dirinya untuk bergerak.  
Beliau juga bersifat zuhud dan rumah didiami amat daif. Antara kata-katanya, "Aku lebih memilih untuk memiliki rumah mewah di Syurga.”
Sheikh Ahmad Yassin menerima ujian semenjak awal kehidupannya, apabila keluarganya diusir dari kampung halaman mereka di Kufr Yunus ke Gaza pada 1948. Di Gaza, beliau melibatkan diri dengan perjuangan pembebasan Palestin.
Ketika beliau sedang menuntut di Mesir, beliau ditangkap dan dibuang dari universitinya kerana penglibatannya dengan gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Itu semua tidak menjadi alasan buatnya untuk meninggalkan gerakan jihad dan dakwah demi membebaskan bumi Palestin yang dijajah oleh rejim Zionis.
Di Gaza pula, dari dulu sehinggalah zaman Intifadah 1987, beliau sering keluar masuk penjara kerana usaha jihadnya.
Lebih menyedihkan, keadaan lumpuhnya menjadi semakin parah ketika beliau berada di dalam penjara. Kesihatannya semakin teruk hingga menyebabkan mata sebelahnya buta dan telinganya kirinya hampir pekak.
Zionis dikutuk suara antarabangsa kerana bodoh sanggup berlawan dan menggadai jutaan wang dan maruah hanya ingin membunuh pejuang Hamas yang tua dan lumpuh, yang hanya duduk di atas kerusi roda.
Rejim itu sebenarnya dayus dan amat hina di sisi mata masyakat dunia kerana sanggup membunuh jutaan nyawa yang tidak bersalah, kanak-kanak dan wanita. Rumah, sekolah dan hospital dibedil.
Di saat ini, berapa banyakkah nyawa terkorban dan tangisan anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah angkara Zionis Israel? Ayuh bangunlah! Berjihadlah untuk pembebasan rakyat Palestin.

Perang online Hamas-Israel



WARTAWAN SINAR HARIAN
26 November 2012
Perang online Hamas-Israel
Poster propaganda seperti ini dikeluarkan IDF secara konsisten untuk meraih simpati serta memberi justifikasi berhubung serangan mereka ke atas Gaza. - FOTO: TWITTER/IDF
Perang online Hamas-Israel
Penduduk Palestin mengangkat jenazah seorang kanak-kanak daripada keluarga Al-Dalo semasa pengebumiannya di Gaza, 19 November lalu. FOTO: REUTERS
Konflik terbaru antara pejuang Hamas di Gaza dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) kali ini menyaksikan sesuatu luar biasa, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana konflik sebelum ini.

Kedua pihak menggunakan akaun media sosial, terutama Twitter untuk memberi amaran kepada satu sama lain serta menyampaikan perkembangan serangan dalam masa sebenar kepada orang awam.

Perang Twitter itu bermula apabila IDF menggunakan akaun Twitter rasmi miliknya untuk mengumumkan pelancaran Operasi Tiang Pertahanan ke atas Gaza, wilayah kecil diduduki 1.5 juta rakyat Palestin yang telah lama menderita dan ditindas akibat sekatan kejam rejim Zionis.
“IDF telah memulakan serangan besar-besaran ke atas pusat pengganas di Genting Gaza, dengan sasaran utama adalah Hamas dan Jihad Islam,’ menurut Twitter rasmi tentera Israel, @IDFSpokesperson pada 14 November lalu.

Dipercayai ini adalah kali pertama sebuah pasukan tentera mengumumkan perang melalui media sosial sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.

Serangan ke atas Gaza itu membunuh 163 orang, separuh daripadanya orang awam termasuk 37 kanak-kanak. Ia adalah keganasan terburuk sejak Israel menyerang kawasan diperintah pejuang Hamas itu pada akhir 2008-2009, di mana hampir 1,500 orang Palestin terbunuh.

Serangan itu terhenti, Khamis lalu, selepas kedua pihak mencapai persetujuan untuk melakukan gencatan senjata. Namun apa yang menjadi perhatian adalah penggunaan tanpa henti Twitter dan akaun media sosial lain oleh tentera Israel untuk memaklumkan setiap serangan dilakukan ke atas Gaza dan individu yang berjaya dibunuh mereka dengan penuh bongkak.

Selepas tentera Zionis membunuh pemimpin tentera Hamas, Ahmed Al-Jabari menggunakan bom kawalan tepat pada 14 November lalu, mereka mengumumkan pembunuhan itu melalui Twitter.

“Sasaran pertama yang ditembak beberapa minit lalu adalah Ahmed Al-Jabari, pemimpin cabang tentera Hamas,” menurut Twitter rasmi IDF.

Tentera Israel kemudian menampal gambar wajah Al-Jabari dengan latar belakang berwarna merah pekat besrerta tulisan ‘DIHAPUSKAN’ pada bahagian bawah, tindakan yang dilihat tidak profesional serta amat biadap.

Tentera Zionis turut menggunakan medium sama untuk mengugut pejuang Hamas.
“Kami cadangkan semua anggota Hamas, sama ada berpangkat rendah atau pemimpin kanan, supaya tidak menunjukkan wajah mereka secara terbuka dalam tempoh beberapa hari ini,” menurut satu mesej Twitter daripada IDF.
Ugutan itu menyebabkan Briged Al-Qassam, iaitu cabang tentera Hamas yang menggunakan nama akaun @AlqassamBrigade membalas secara terus kepada kenyataan IDF di Twitter:

“Tangan kami yang dirahmati ini akan mencari pemimpin dan tentera kamu di mana sahaja mereka berada (kamu membuka pintu neraka kepada diri kamu sendiri)”.

Akaun kedua pihak yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris itu membuktikan Hamas dan Israel sedar pandangan masyarakat antarabangsa adalah elemen penting dalam konflik itu.

Tetapi Israel, negara haram yang mempunyai reputasi buruk di pentas antarabangsa, lebih agresif berkempen menggunakan Facebook, YouTube, Twitter, Instagram serta beberapa laman popular lain untuk mempertahan
keputusan rejim itu menyerang orang awam di Gaza dan cuba meraih sokongan dunia.
Pejuang Hamas juga tidak ketinggalan menggunakan Twitter untuk menangkis dakwaan Israel sepanjang konflik terbaru ini serta menyampaikan berita terkini kepada dunia mengenai apa yang berlaku di Gaza.
Selain itu, Briged Al-Qassam juga dari semasa ke semasa memaklumkan kejayaan Hamas melancarkan roket ke Israel bagi menaikkan semangat penduduk wilayah tertindas itu yang dihujani peluru berpandu Israel setiap saat.

Sebar propaganda di media sosial

Tentera Israel secara konsisten menyebarkan propaganda mereka melalui poster atau statistik bagi menghalalkan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza.

IDF berulang kali memainkan isu tiga rakyatnya terbunuh akibat serangan roket oleh pejuang Hamas di Gaza untuk meraih simpati dan sebagai justifikasi terhadap tindakan mereka membunuh ratusan orang di Palestin. Antara mesej Twitter IDF yang kerap diulang-ulang dalam pelbagai versi kepada pengguna Twitter adalah:
“Rakyat Israel yang menetap berhampiran Genting Gaza telah hidup di dalam serangan roket sejak 12 tahun lalu” dan “Sejak awal 2012, pengganas Palestin di Genting Gaza telah melancarkan 768 roket ke #Israel”.

Selain itu, IDF melalui akaun Twitternya juga mengumumkan rejim itu mungkin melancarkan serangan darat di Gaza: “Kami sedang mempertimbangkan semua pilihan. Jika keadaan memerlukan, IDF sedia memulakan operasi darat di Gaza,” menurut tentera rejim itu.

Pelbagai infografik serta poster juga dimuat naik dari masa ke semasa untuk meraih sokongan dunia dengan IDF meminta orang ramai menyebarkan serta berkongsi maklumat tersebut sebagai tanda sokongan.

Selain Twitter dan Facebook, akaun gambar Flickr milik IDF digunakan untuk menayangkan gambar tapak pelancaran peluru berpandu milik Hamas bersama infografik yang dihasilkan bersungguh-sungguh untuk mengumumkan kepada dunia kononnya jutaan rakyat Israel hidup di bawah ancaman serangan roket.

Media sosial Tumblr milik rejim itu pula menunjukkan risalah dalam bahasa Arab yang disebarkan di seluruh Gaza melalui jet Israel, mengandungi kata-kata amaran bahawa penduduk Palestin “bertanggungjawab atas keselamatan mereka sendiri”.

Pada masa sama, Hamas turut menggunakan Twitter untuk berkongsi maklumat mengenai tragedi di Gaza. Twitter milik Briged Al-Qassam menunjukkan gambar Jihad al-Masharawi, petugas agensi berita BBC di Gaza menangis sambil memangku mayat bayi lelakinya yang terbunuh dalam satu serangan Israel.
Perkembangan konflik direkodkan

Pada 15 November lalu, Hamas memuat naik video di laman YouTube yang didakwa menunjukkan peluru berpandu Fajr 5 dilancarkan ke arah Bandar Tel Aviv.
Tidak mahu kalah dalam peperangan siber itu, IDF pula memberi pautan kepada sebuah video yang didakwa menunjukkan serangan Israel ke atas ‘kilang roket Gaza’ pada hari kedua operasi itu.
Profesor Undang-Undang Antarabangsa dan Pengurusan Konflik Harvard, Gabriella Blum berkata, tujuan utama IDF menggunakan media adalah untuk mendapatkan sokongan ramai.
“Selain digunakan untuk mengugut Hamas, komunikasi melalui media sosial seperti ini juga dianggap rakyat Israel sebagai tanda semangat juang yang tinggi oleh askar mereka.
“IDF juga ingin memberitahu dunia antarabangsa bahawa setiap pembunuhan hanya disasarkan kepada ‘pengganas’ sahaja tanpa melibatkan banyak nyawa orang awam,” katanya.
Ramai pemerhati melihat penggunaan media sosial untuk memberi publisiti kepada perang seperti dilakukan pasukan tentera Israel adalah tidak beretika.
Ini bukanlah kali pertama perkembangan sesebuah konflik direkodkan melalui penggunaan media sosial oleh pasukan tentera tetapi penggunaannya dalam perang di Gaza adalah paling meluas setakat ini.
Twitter adalah alat penting yang pernah digunakan sebelum ini ketika pergolakan politik sebagai cara rakyat berkomunikasi di luar sekatan kerajaan yang menindas seperti kebangkitan rakyat di Timur Tengah tahun lalu.
Namun apa yang berlaku dalam konflik di Gaza ini adalah penceritaan mengenai keganasan sebenar yang berlaku secara fizikal.
Penganalisis, Benedict Evans berkata, Twitter berada dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan berhubung penggunaan laman itu bagi aktiviti peperangan.
“Twitter mahu menjaga kedudukan mereka sebagai perkhidmatan mesej yang tidak menyunting isi kandungan ditulis oleh pengguna laman itu.

“Tetapi dalam masa sama, mereka juga mempunyai syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi semua pengguna,” katanya.
Sementara itu, Israel melampaui batasan apabila memuat naik sebuah video di YouTube menunjukkan serangan yang membunuh Al-Jabari.
Rakaman itu didakwa menunjukkan saat IDF melancarkan peluru berpandu terhadap sebuah kereta yang sedang membawa Al-Jabari. Tindakan biadap IDF itu jelas mencabuli syarat YouTube bahawa rakaman menunjukkan keganasan tidak boleh dimuat naik di laman itu.
Media sosial berat sebelah

Penggunaan agresif media sosial dalam konflik di Gaza kali ini menimbulkan banyak pertanyaan mengenai pendirian sebenar laman ini.
Jika sebelum ini media sosial sering menyekat mesej menghasut atau ancaman keganasan daripada dimuat naik oleh pengguna, kali ini IDF dibenarkan mengugut Hamas dan menunjukkan video ganas pembunuhan di Gaza secara terbuka.

Pada awalnya Twitter menyekat akaun @IDFSpokesperson manakala YouTube membuang rakaman menunjukkan IDF membunuh Al-Jabari tetapi kedua-duanya kemudian kembali beroperasi seperti biasa.

Walaupun garis panduan YouTube secara jelas menyebut ‘jika video anda menunjukkan seseorang disakiti secara fizikal, diserang atau dimalukan, rakaman seperti itu tidak patut dimuat naik’, ia tetap hanya dianggap sebagai panduan.
Syarikat Internet Google yang memiliki YouTube sebelum ini pernah menyuarakan bahawa laman itu lebih cenderung untuk memberikan penggunanya hak kebebasan untuk menaik muat apa sahaja video.
Syarat dan peraturan Twitter pula secara jelas melarang ‘ancaman keganasan kepada orang lain secara terus’.

Tidakkah ‘cadangan’ @IDFSpokesperson supaya semua anggota Hamas tidak menunjukkan wajah mereka dalam beberapa hari adalah ancaman langsung kepada orang lain?

Twitter diketahui mempunyai dasar isi kandungan mengikut negara, di mana syarikat itu akan menyekat sebarang akaun pada permintaan sesebuah kerajaan.
Polisi itu dilaksanakan untuk kali pertama, bulan lalu, apabila polis Jerman meminta Twitter menyekat warga negara itu daripada melihat mesej yang ditulis di sebuah akaun pro-Nazi.

Tidak lama selepas itu, Twitter bersetuju membuang mesej Twitter mengutuk Yahudi yang disertai tanda Yahudi Baik.

Sebarang penafian mengenai peristiwa Holocaust di Twitter pula tidak boleh dibaca oleh pengguna laman itu di Perancis dan Jerman atas permintaan kedua negara tersebut.

Jadi bagaimana pula jika sebuah negara sendiri yang melanggar etika kebebasan bersuara, dan bagaimana pula apabila negara itu adalah Israel?

Pengarah Kebebasan Bersuara Antarabangsa di Yayasan Sempadan Elektronik, Jillian York berkata, sesebuah syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk melaksanakan dasar kebebasan bersuara.
“Saya terperanjat bagaimana laman seperti Twitter kadang kala mengetepikan isu hasutan dan membiarkan akaun kepunyaan kumpulan militan terus aktif.

“Melihat cara Twitter berfungsi, saya yakin laman itu akan hanya membiarkan penggunaan bahasa hasutan atau keganasan termasuk oleh sesebuah kerajaan,” katanya.

Akta Kesopanan Komunikasi di Amerika Syarikat melindungi laman web sosial daripada bertanggungjawab terhadap isi kandungan yang dikirim pengguna ke laman itu.

Setakat ini, Twitter tidak memberikan sebarang komen berhubung perang di media sosial itu dan pemilik laman sosial Flickr berkata mereka tidak akan menyekat isi kandungan akaun dimiliki IDF.

Google pula memaklumkan mereka telah mengadakan perbincangan rumit antara pegawai tertinggi di syarikat itu sama ada untuk menyekat video IDF yang menunjukkan Al-Jabari dibunuh.

Mereka akhirnya memutuskan untuk membiarkan sahaja video itu.
“Masalahnya, jika kami menyekat video itu, laman web lain akan tetap menyebarkannya. Jadi bagaimana untuk menyekat semuanya?,” soal pengerusi Google, Eric Schmidt.

Tindakan laman sosial tidak menyekat sebarang isi kandungan mungkin tidak salah kerana dunia luar perlu mengikuti perkembangan konflik di Gaza termasuk dari sudut pandangan penduduk Palestin, seperti akaun Twitter milik Hamas.

Namun yang menjadi persoalan adalah kebiadaban tentera rejim Zionis mempermainkan tragedi kemanusiaan dan menjadikan perang seolah perkara remeh dengan berterusan menghantar mesej ancaman serta mengirim status untuk memberi justifikasi terhadap keganasan mereka di Gaza.

Sunday, November 25, 2012

Kehidupan di Gaza kembali pulih


Seorang remaja Palestin yang diperhatikan dua rakannya, menggunakan cangkul bagi memperbaiki terowong penyeludupan yang musnah akibat bedilan tentera Israel di selatan Genting Gaza berhampiran sempadan Rafah, kelmarin. - Reuters


TEL AVIV 23 Nov. - Penduduk Palestin dan Israel di kedua-dua belah sempadan Gaza kembali menjalani kehidupan seperti biasa semalam, sehari selepas gencatan senjata yang menamatkan lapan hari keganasan di wilayah itu.
Namun, Israel memberi amaran jika Hamas melanggar perjanjian damai sementara itu, mereka tidak teragak-agak melancarkan serangan semula sebagai tindak balas.
Pada sebelah pagi, penduduk Palestin di Gaza meluangkan masa untuk melawat rakan-rakan dan ahli keluarga mereka yang cedera di hospital atau memantau kesan kemusnahan akibat serangan udara rejim Zionis Israel.
Menjelang petang, saksi berkata, kehidupan kembali pulih dengan kenderaan dan pejalan kaki kelihatan di jalan-jalan raya, manakala kedai-kedai kembali dibuka.
Penduduk turut mengambil peluang untuk menambah bekalan simpanan makanan selepas seminggu tidak dapat berbuat demikian ekoran serangan udara Israel.
Namun, sekolah-sekolah di Israel yang terletak dalam lingkungan 40 kilometer dari Gaza masih ditutup dan pihak berkuasa menasihati agar penduduk sentiasa berjaga-jaga.
Sekurang-kurangnya 164 penduduk Palestin maut, separuh daripada mereka orang awam dalam serangan udara rejim Zionis Israel selama lapan hari lalu, manakala di pihak Israel, enam penduduknya terbunuh akibat serangan roket dan mortar Hamas.
Sementara itu, China hari ini menyuarakan sokongan kepada Palestin berhubung konflik dengan Israel dan usaha wilayah itu untuk meningkatkan status mereka di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Menurut wakil Palestin, Bassam al-Salhi yang mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China, Yang Jiechi, Beijing menyokong 'penghentian sebarang tindakan agresif rejim Zionis itu ke atas penduduk Palestin, selain turut menyalurkan bantuan sebanyak AS$1 juta (RM3.07 juta).
Jurucakap tentera Israel, hari ini dalam pada itu mengumumkan pasukan keselamatan telah menahan pelaku pengeboman bas yang menyebabkan sekurang-kurangnya 17 penduduk Israel cedera dalam serangan di Tel Aviv, kelmarin.
Suspek berasal dari Tebing Barat, tetapi telah diberi kerakyatan Israel di bawah skim penduduk Palestin berkahwin dengan Arab Israel.
Beberapa anggota Hamas yang dikatakan berasal dari perkampungan Beit Lakia di Tebing Barat, berhampiran Ramallah yang merancang serangan itu, turut ditahan.
Sementara itu, kematian pertama dicatatkan hari ini sejak Hamas dan Israel mencapai gencatan senjata apabila seorang penduduk Palestin ditembak mati tentera rejim Zionis berdekatan sempadan Gaza, lapor pasukan perubatan Palestin. - DPA/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121124/lu_01/Kehidupan-di-Gaza-kembali-pulih#ixzz2DEZeqkgv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, November 23, 2012

Penduduk Gaza gembira



PARA pejuang Hamas berarak bagi meraikan gencatan senjata dengan Israel di kem pelarian Jebaliya, utara Genting Gaza semalam.


BANDAR GAZA, Palestin - Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan tahniah di atas 'kemenangan' menentang Israel.
"Dalam satu perbualan telefon, Abbas mengucap tahniah kepada Haniyeh di atas kemenangan Hamas dan takziah buat mereka yang mati syahid," kata satu kenyataan pejabat Haniyeh.
Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, Abbas menerima panggilan telefon daripada Haniyeh bagi memaklumkan mengenai situasi di Gaza selepas persetujuan gencatan senjata dicapai pada Rabu lalu
"Presiden 'tabik' di atas kesabaran penduduk Palestin ketika menghadapi serangan dan menekankan kepentingan gencatan senjata," lapor Wafa.
Pergerakan Hamas menguasai Gaza manakala Abbas daripada pergerakan Fatah menguasai pentadbiran Tebing Barat di Palestin.
Sementara itu, jalan-jalan raya di Gaza yang lengang ekoran serangan udara dan laut tentera Israel sebelum ini kembali dipenuhi dengan kereta dan orang ramai selepas gencatan senjata tersebut dipersetujui kedua-dua pihak.
Penduduk juga bersorak kegembiraan kerana sempadan Gaza yang ditutup Israel dibuka semula ekoran persetujuan gencatan tersebut.
Para pemimpin Hamas turut mengisytiharkan kemenangan ke atas Israel semalam.
Ribuan penyokong pergerakan itu mengibarkan bendera pada satu perhimpunan pada hari pertama gencatan senjata.
Serangan Israel berlaku selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Palestin.
Haniyeh yang berucap menerusi televisyen meminta para pejuang menghormati gencatan senjata itu.
Gencatan senjata itu diusahakan oleh Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana peranannya melakukan rundingan gencatan senjata itu.
"Presiden mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana usaha-usahanya untuk mencapai satu gencatan senjata dan disebabkan kepimpinannya dalam rundingan (gencatan senjata)," kata satu kenyataan White House.

HANIYEH (kiri) melambaikan tangan ke arah penduduk pada perhimpunan meraikan gencatan senjata di Bandar Gaza.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan beliau menerima cadangan AS supaya memberi peluang terhadap gencatan senjata tersebut dilaksanakan.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan, Israel telah mencapai semua matlamat ketenteraan semasa serangan selama lapan hari itu.
Beliau juga mengarahkan pihak tentera memantau gencatan tersebut.
Gencatan senjata itu meminta Israel menghentikan semua aktiviti ketenteraan di daratan, laut dan udara termasuk melakukan serangan terhadap individu Palestin.
Serangan roket para pejuang Hamas juga akan dihentikan ekoran gencatan itu.
Israel juga akan membenarkan pergerakan penduduk Palestin dan barang melalui sempadan Gaza berdasarkan persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak.
Semasa serangan itu, tentera Israel menyatakan lebih 1,500 sasaran di Gaza telah diserang.
Para pejuang Palestin melancarkan 1,354 serangan roket ke wilayah Israel.
Menurut Kementerian Kesihatan Hamas, seramai 163 penduduk Palestin mati dan 1,235 lagi cedera.
Seramai lima penduduk Israel terbunuh dan 280 lagi cedera.
Sementara itu, Ketua Hamas, Khaled Meshaal menyatakan Israel gagal dalam serangan tersebut.
"Selepas lapan hari, Tuhan menjauhkan tangan mereka daripada penduduk Gaza.
"Semua matlamat Israel menemui kegagalan," katanya. - Agensi

Thursday, November 22, 2012

Palestin Peristiwa Akhir Zaman


Jika disebut kota suci ketiga setelah Mekah dan Madinah, maka dalam beberapa saat akan terlintas dalam benak kita bahawa yang dimaksudkan tiada lain kecuali Al-Quds. Benar, Al-Quds, atau Al-Aqsa, Palestin adalah kata yang tidak asing bagi majoriti kaum muslimin.
Al-Aqsa, atau Baitul Maqdis disebutkan dalam banyak riwayat hadis dan atsar. Tentang keagungan dan keutamaannya, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menyebutkan bahawa Masjidil Aqsa adalah masjid tertua kedua di dunia. Masjidil Aqsa juga merupakan kiblat pertama kaum muslimin. Baitul Maqdis sendiri merupakan salah satu daripada tiga kota suci yang dianjurkan untuk diziarahi dengan niat ibadah. Tentang keutamaan solat di Baitul Maqdis, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menyebutkan bahawa ia setara dengan 500 kali berbanding dengan masjid lain. Palestin sendiri termasuk wilayah yang didoakan agar mendapat berkat. Dan terakhir, Rasulullah pernah berkunjung ke Palestin dan solat di Masjidil Aqsa pada malam Isra ‘.
Secara geografi, Palestin mempunyai kedudukan yang sangat strategik di mata dunia antarabangsa. Tanah bukit Moria, sebuah dataran tinggi yang di atasnya berdiri Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbatush Shahra, yang luasnya kurang dari 4 kali padang bola sepak, kini telah rebut lebih dari 3 juta umat manusia.
Di samping faktor geografi dan keutamaan lain, Palestin juga menyimpan banyak misteri di akhir zaman. Negara ini telah dikisahkan oleh Rasulullah shalallahu alaihi wasallam sebagai negara yang paling unik. Realiti yang kita saksikan sehingga hari ini tentang Palestin merupakan gambaran kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah shalallahu alaihi wasallam. Pergolakan politik dan pertikaian serta konflik antara umat Islam dengan Yahudi sebenarnya telah diberitakan oleh Rasulullah shalallahu alaihi wasallam. Ini juga merupakan penjelasan dari nabi tentang Palestin di akhir zaman.
1. Palestin Akan Menjadi Bumi Ribath Sehingga Akhir Zaman
Mu’awiyah bin Abi Sufyan berkata, “Saya mendengar Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda,” Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang menegakkan agama Allah, orang-orang yang memusuhi mereka dan tidak mahu menyokong mereka sama sekali tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka. Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah. “Malik bin Yakhamir menyahut: Mu’adz bin Jabal mengatakan bahawa mereka berada di Syam.” Mu’awiyah berkata, “Lihatlah, ini Malik menyebutkan bahawa ia telah mendengar Mu’adz bin Jabal mengatakan bahawa kumpulan tersebut berada di Syam”
Tentang negeri Syam yang disebutkan dalam hadis di atas, riwayat di bawah ini menjelaskan bahawa negeri Syam yang dimaksudkan adalah Palestin. Hal itu sebagaimana yang disebutkan dari Abu Umamah, dia berkata: Rasulullahshalallahu alaihi wasallam bersabda, “Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang berada di atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya, dan orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka kecuali sedikit musibah semata. Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah. “” Wahai Rasulullah, di manakah kelompok tersebut? “Tanya para sahabat. “Mereka berada di Baitul Maqdis dan pelataran Baitul Maqdis.”
Maka, pelbagai soalan yang terus menggelayuti benak setiap muslim; mengapa konflik di Palestin dan pertikaian antara umat Islam dan Yahudi tidak kunjung usai, barangkali bila dikesan dari sudut pandang takdir boleh dijawab dengan hadis ini. Sungguh, negeri Palestin tidak akan pernah sepi daripada peperangan antara kaum Muslimin dengan musuh-musuhnya. Dan, sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat di atas, musibah apa pun yang ditimpakan oleh musuh-musuh Islam terhadap kaum muslimin di Palestin, hal itu tidak memberikan mudarat kecuali sedikit musibah. Maknanya, bahawa sehebat apapun gempuran musuh yang ditimpakan terhadap umat Islam di Palestin, maka hal itu tidak akan pernah membuat komuniti di negeri itu lenyap. Ada semacam jaminan bahawa umat Islam di negeri itu akan tetap wujud. Dan jihad di negeri itu akan terus berlanjutan hingga ke akhir zaman hingga kaum muslimin berjaya mengalahkan Dajjal.
Riwayat di atas juga boleh jadi menjadi isyarat tentang mustahilnya bagi umat Islam untuk berhijrah meninggalkan Palestin secara total, sedahsyat apapun serangan musuh keatas mereka. Janji Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bahawa serangan musuh hanya akan menimpakan sedikit musibah atas mereka menjadi bisyarah (khabar gembira) bahawa negeri ini tidak akan pernah mampu ditawan oleh musuh. Pasti, akan selalu ada segelintir umat yang akan berjihad untuk mempertahankan negeri ini!
2. Palestin Akan Menjadi Bumi Hijrah di Akhir Zaman
Kisah lain yang juga menakjubkan adalah bahawa negeri Palestin ini akan menjadi bumi hijrah akhir zaman. Hal itu sebagaimana yang disebutkan dari Abdullah bin Amru bin Ash berkata: Saya mendengar Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda, “Akan berlaku hijrah sesudah hijrah, maka sebaik-baik penduduk bumi adalah orang-orang yang mendiami tempat hijrah Ibrahim, lalu yang tinggal di muka bumi hanyalah orang-orang yang jahat. Bumi menolak mereka, Allah menganggap mereka kotor, dan api akan mengiringi mereka bersama para kera dan babi. “
Jika riwayat tersebut dikorelasikan dengan hadis lain yang menceritakan perjalanan Imam Mahdi dan kaum muslimin dalam memerangi musuh-musuhnya, maka boleh jadi nubuwat di atas terjadi di masa Al-Mahdi. Hal itu Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah riwayat, Rasulullah shalallahu alaihi wasallambersabda: “Allah memberitahu kepada Nabi Isa dengan firman-Nya,” Tiada seorang pun yang mampu melawannya, karena itu bawalah hamba-hamba-Ku (yang baik-baik) ke gunung Thur. “Lalu Allah membangkitkan (mengutus) Ya’juj dan Ma’juj, mereka akan datang dari seluruh tempat yang tinggi.
Gunung Thur, sebagaimana yang terkandung dalam riwayat di atas merupakan sebahagian daripada negeri Syam, walaupun ia tidak berada tepat di dalam Palestin. Tetapi kawasan tersebut masih masuk dalam bahagian negeri hijrahnya nabi Ibrahim as. (Syam). Wallahu A’lam.
3. Palestin Akan Menjadi Tempat Tegaknya Khilafah di Akhir Zaman
Hal itu sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Hawalah Al-Azdi. Rasulullah shalallahu alaihi wasallam pernah bersabda kepadanya, “Wahai Ibnu Hawalah, jika engkau melihat kekhilafahan telah turun di bumi Al-Maqdis (Baitul Maqdis, Palestin), maka itu petanda telah dekatnya berbagai goncangan, kegundah-gulanaan, dan peristiwa-peristiwa besar. Bagi umat manusia, kiamat lebih dekat kepada mereka daripada dekatnya telapak tangan kepada kepalamu ini. “
Jika merujuk pada riwayat yang menyebutkan penaklukkan kaum muslimin di akhir zaman, maka kemungkinan tegaknya khilafah di bumi Baitul Maqdis itu berlaku di zaman Al-Mahdi. Sebagaimana disebutkan dalam banyak riwayat, bahawa di masa Al-Mahdi kelak Dajjal akan dikalahkan, dan tempat terbunuhnya Dajjal sendiri berada di Bab Ludd-Palestin. Setelah terbunuhnya Dajjal di tangan Nabi Isa as, maka kaum muslimin terus memburu Yahudi di mana mereka bersembunyi. Setiap benda, baik pokok, batu mahupun yang lain akan bercakap dan memberitahu di mana Yahudi yang bersembunyi. Hanya satu jenis pokok yang akan diam dan melindungi Yahudi, iaitu pohon Gharqad, sesungguhnya ia termasuk salah satu dari pohon Yahudi.
4. Palestin Akan Menjadi Tempat bertahannya Iman di Akhir Zaman
Ada beberapa riwayat yang menjelaskan tentang hal ini:
Dari Salamah bin Nufail Al Kindi ia berkata, ‘Saya duduk di sisi Nabi shalallahu alaihi wasallam, maka seorang lelaki berkata, “Ya Rasulullah, manusia telah meninggalkan kuda perang dan meletakkan senjata. Mereka mengatakan, “Tidak ada jihad lagi, perang telah selesai.” Maka Rasulullah shalallahu alaihi wasallammenghadapkan wajahnya dan besabda, “Mereka berdusta!!! Sekarang, sekarang, perang telah tiba. Akan sentiasa ada dari umatku, umat yang berperang di atas kebenaran. Allah menyesatkan hati-hati sebahagian manusia dan memberi rezeki umat tersebut dari hamba-hambanya yang tersesat (ghanimah). Begitulah sampai tegaknya kiamat, dan sampai datangya janji Allah. Kebaikan sentiasa tertambat dalam ubun-ubun kuda perang sampai hari kiamat. Dan Allah telah mewahyukan kepadaku bahawa aku akan diwafatkan. Aku tidak akan kekal di dunia ini, dan kamu akan saling menyusulku, sebahagian kamu memerangi sebahagian yang lain. Dan kampung halaman kaum beriman adalah Syam. “
Dari Abdullah bin Amru, ia berkata: Rasulullah shalallahu alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya saya melihat seakan-akan tonggak Al-Kitab telah tercabut dari bawah bantalku. Maka aku mengikuti pemergiannya dengan pandangan mataku. Tiba-tiba muncul seberkas cahaya yang terang-benderang mengarah ke Syam. Ketahuilah, sesungguhnya iman pada saat terjadi pelbagai fitnah berada di Syam. “
5. Palestin Menjadi Salah Satu Tempat Berlindung Dari Dajjal
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam telah bersabda:
“Aku peringatkan kamu tentang Dajjal. Aku peringatkan kamu tentang Dajjal. Aku peringatkan kamu tentang Dajjal. Dia menetap di bumi selama empat puluh hari. Dia boleh mencapai setiap jengkal muka bumi kecuali empat masjid iaitu masjidil Haram, masjidi Madinah, masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa. Dia tidak akan samar-samar lagi bagi kalian, kerana Rabb kalian tidaklah buta mata sebelah (sementara Dajjal buta sebelah matanya).

Gencatan dikuat kuasa di Gaza

Gencatan dikuat kuasa di GazaSeorang rakyat Palestin memerhatikan balai polis Hamas di Gaza City yang musnah akibat serangan udara Israel, kelmarin. - Foto EPA
[DIKEMAS KINI] GAZA CITY - Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia) selepas lapan hari serangan menyasarkan wilayah Gaza, menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.
Gencatan berkuat kuasa 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).
Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu. Seramai 13 orang terbunuh semalam, sebelum gencatan dikuatkuasakan.
Konflik di Gaza selepas Israel menembak mati ketua sayap tentera Hamas, Ahmed al-Ja'abari pada 14 November lalu.
Beberapa jam sebelum perkembangan itu diumumkan sebuah bas di Tel Aviv letup, menyebabkan lebih 10 penumpang cedera.
Persetujuan gencatan ini sebenarnya dijangkakan akan dicapai kelmarin tetapi hanya menjadi kenyataan malam tadi.
Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel.
Menteri Luar Mesir, Kamel Amr mengumumkan perkembangan ini pada satu sidang media Kaherah bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton. Clinton turut menyertai perundingan bersama merundingan gencatan senjata.
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menyifatkan tindakan ketenteran Israel telah gagal.
Menurut laporan BBC, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Mesir yang menggerakkan usaha ke arah gencatan dan menghentikan konflik terbaru di wilayah Gaza yang ditadbir oleh Hamas.
Katanya, perjanjian gencatan senjata memenuhi tuntutan-tuntutan Hamas.
Sehubungan itu katanya, kesemua laluan ke Gaza akan dibuka semula termasuk yang bersempadan dengan Mesir.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berkata, beliau bersetuju dengan pandangan AS bahawa harus diberi satu peluang untuk melaksanakan syor Mesir dan mewujudkan kestabilan di rantau itu.
Katanya, Israel akan mengambil tindakan tegas jika perjanjian gencatan dicabuli.
Clinton dipetik berkata, bagi memastikan perjanjian gencatan senjata menjadi kenyataan, serangan roket dari Gaza mesti dihentikan dan suasana tenang yang menyeluruh mesti diwujudkan kembali.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menyambut baik keputusan ini.
Laporan media juga menyebut penduduk Palestin di Gaza menyambut baik perkembangan tersebut.

6 lagi mangsa korban Zionis



Foto
Penduduk Palestin membawa jenazah dua beradik yang terbunuh untuk dikebumikan Biet Lahia utara Semenanjung Gaza.

Foto
Pegawai polis Palestin hadir pada majlis pengkebumian, Rushdi Tamimi yang maut ketika pertempuran dengan askar Israel, semalam.

Foto
Penduduk Palestin membawa jenazah remaja, Osama Shehada yang terkorban dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat, Semenanjung Gaza, semalam.

Menteri luar Arab, Turki ke Gaza beri sokongan kepada Hamas

Bandar Raya Gaza: Enam lagi penduduk Palestin terkorban dalam serangan di Gaza pagi semalam, selepas malam yang tenang buat kali pertama sejak serangan Israel tujuh hari lalu, kata jurucakap perkhidmatan ambulans.

“Enam penduduk mati syahid dalam dua serbuan di kawasan Mughraqa di selatan Bandar Gaza dan yang ketiga terkorban di Beit Lahiya,” kata Adham Abu Selmiya.

Beliau berkata, korban terbaru dikenali Abdel Rahman Hamed yang terbunuh di Safina dan Mohammed Badr yang terkorban dalam serangan di Deir al-Balah di tengah Gaza.

Kematian terbaru meningkat angka kematian di pihak Palestin kepada 116 orang dengan mereka yang cedera lebih 920 orang.

Sokong usaha Mesir

Semalam, 10 menteri luar negara Arab dan Turki, menyeberang ke Gaza bagi menyatakan sokongan padu kepada wilayah Palestin ditadbir Pergerakan Hamas.

Lawatan itu dirancang pada mesyuarat tergempar Liga Arab di Kaherah Sabtu lalu, ketika negara Arab menyatakan sokongan kepada usaha Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata antara Israel dan Palestin.
“Menteri berkenaan adalah dari Mesir, Maghribi; Palestin; Iraq; Sudan; Qatar; Lubnan; Jordan dan Turki. Mereka diiringi pemimpin Liga Arab, Nabil Elaraby,” kata sumber pertubuhan itu.

Sementara itu tentera Israel berkata, ia menyerang kira-kira 100 sasaran di jaluran pantai pada waktu malam, menggunakan pesawat, kapal perang dan meriam.

Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata serbuan itu merosakkan Bank Islam Nasional yang ditubuhkan kerajaan Hamas.

“Sebuah institusi kewangan yang digunakan Hamas untuk membantu aktivitinya menjadi sasaran tentera Israel di utara Semenanjung Gaza,” kata kenyataan tentera.

Rumah di bom

Kementerian dalam negeri Palestin dan saksi juga memberitahu AFP bahawa serangan itu mengenai rumah beberapa pemimpin militan, termasuk Raed Aatar, seorang komander kanan dalam sayap senjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam.

Rumah Abu Anza, seorang pegawai Qassam di Khan Yunis, juga dibom bersama pejabat Jihad Islam di bandar sama selatan Gaza.

Seorang jurucakap tentera memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya tiga roket mengenai selatan Israel semalaman, dan dua lagi dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome (Kubah Besi).

Kelmarin, adalah hari paling berdarah operasi Israel sejak ia dilancarkan Rabu lalu dengan 32 orang terbunuh. - AFP

Bangunan pejabat AFP bergegar diserang roket




         
GAZA CITY: Sebuah bangunan menempatkan pejabat agensi berita AFP di Gaza City terkena serangan udara tentera Israel malam kelmarin, kata petugas agensi itu semalam.

Jurugambar AFP, Mahmud Hams, berkata dia berada di tingkat empat bangunan berkenaan ketika serangan berlaku.


Bagaimanapun, Mahmud bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

“Sekurang-kurangnya tiga roket mengenai bangunan ini,” katanya. Walaupun bergegar, Mahmud berkata, dia tidak menyangka bangunan berkenaan diserang. Selepas lima minit, katanya, mereka terdengar dua lagi letupan kuat yang turut menggegarkan bangunan berkenaan. “Saya mencapai kamera dan meninggalkan pejabat bersama peralatan lain dengan meredah asap di laluan keluar,” katanya. Sementara itu, Israel mengesahkan mereka mengebom sebuah bangunan lapan tingkat di kawasan penempatan Rimal. Jurucakapnya berkata, sasaran mereka ialah tingkat tujuh bangunan itu yang menempatkan bilik operasi perisikan Hamas. - AFP

Rumah penasihat PM Hamas ranap dibom




         
GAZA: Pesawat tentera Israel mengebom rumah Ketua Penasihat Perdana Menteri Hamas dalam serangan yang masuk hari kelapan, semalam.

Penduduk setempat berkata, jet tentera rejim Zionis itu melepaskan tembakan amaran ke arah rumah Essam al-Daalees yang bekerja rapat dengan dengan Ismail Haniyeh.


Sejurus kemudian, kata saksi, tentera Israel mula menembak terus ke bangunan berkenaan yang berada di Kem Pelarian Nusseirat, tengah Gaza, menyebabkan ia ranap sepenuhnya. Seorang penduduk yang berada berhampiran cedera akibat serangan itu. Saksi berkata, rumah berkenaan dikosongkan sebelum ini.

Sejurus selepas serangan itu, Essam berkata, Hamas akan terus menjalankan tanggungjawabnya dan pencerobohan Zionis akan ditumpaskan. Israel mendakwa serangan ke atas Gaza dilancarkan untuk menghentikan ancaman roket berterusan dari situ. Lebih 140 orang terbunuh - dengan lebih separuh orang awam - sejak kempen keganasan itu dilancarkan Israel. - Reuters

Wednesday, November 21, 2012

Remaja Palestin tampil tentang kekejaman rejim di pejabat Kedutaan Amerika Syarikat



MAHMUD Samouni, seorang remaja Palestin berusia 15 tahun mempunyai episod sedih yang cukup menyayat hati apabila menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis membunuh adik, sepupu dan bapa kandungnya di Palestin. Beliau semalam mewakili kanak-kanak Gaza meluahkan rasa kecewa dengan memegang sepanduk mempersoalkan mengapa kekejaman Israel berlaku lagi, di hadapan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Seorang remaja Palestin hari ini tampil memegang sepanduk menentang kekejaman Israel di Gaza sebagai tanda mewakili suara kanak-kanak di wilayah itu sambil berjalan ke pekarangan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini hari ini.
Mahmud Samouni, 15, memegang sepanduk tertulis, ‘I am Mahmud Samouni from Palestine, my age is 15 years old. Why do you let same thing to happen again in Gaza,’ (Saya Mahmud Samouni dari Palestin, umur saya 15 tahun. Kenapa anda biarkan kejadian sama berlaku di Gaza.)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_08/Remaja-Palestin-tampil-tentang-kekejaman-rejim-di-pejabat-Kedutaan-Amerika-Syarikat#ixzz2CpUOsULq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera Israel tiada belas kasihan, kata rakyat Palestin

Sh4KUALA LUMPUR - Saksi rakyat Palestin hari ini menceritakan pengalaman perit kehilangan orang kesayangan mereka di tangan tentera rejim Israel dengan seorang ayah berkata: "Askar terbabit langsung tidak menunjukkan belas kasihan."
 
Salah Al Sammouni, 33, saksi pertama yang memberi keterangan pada pendengaran Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mengenai Palestin, berkata askar Israel membunuh 21 anggota keluarganya termasuk anak perempuannya pada 5 Januari 2009, ketika menyerang kampungnya di Gaza.
 
"Pada hari berkenaan, 21 anggota keluarga saya mati di rumah yang sama pada masa yang sama," katanya menerusi penterjemah, dengan air mata berlinangan.
   
Menjawab soalan Prof Gurdial Singh Nijar yang mengetuai pasukan pendakwaan sama ada mereka yang membunuh keluarganya berpakaian seragam, Salah berkata: "Ya. Saya lihat mereka selama beberapa jam. Mereka memakai seragam tentera...sudah tentu saya mahu pembunuh terbabit dipenjarakan.
 
"Hari ini mereka masih mengebom Gaza. Gaza telah musnah dan tiada siapa melakukan sesuatu mengenainya. Isteri dan anak-anak saya berpindah dari satu rumah ke satu rumah, mencari perlindungan daripada serangan Israel," katanya.
 
Sementara itu saksi kedua, Mahmoud Al Sammouni, 15, yang juga sepupu Salah, berkata ayahnya ditembak mati pada 4 Jan 2009, sekalipun telah mengangkat tangan tanda menyerah diri. Turut terbunuh adik lelakinya yang berusia empat tahun.
 
Suruhanjaya itu dijadual mendengar testimoni daripada 11 saksi yang mendakwa kekejaman dan kemungkinan berlaku jenayah perang di Palestin. Empat daripada mereka memberi keterangan hari ini.
 
Lima anggota suruhanjaya yang mendengar testimoni itu ialah peguam Musa Ismail;  bekas pembantu setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan penyelaras kemanusiaan untuk Iraq, Hans-Christof Graf von Sponeck; Denis J.Halliday, juga bekas penyelaras kemanusiaan PBB; Dr Zulaiha Ismail, bekas Dekan Pusat Pengajian Siswazah di Universiti Teknologi Mara; dan  Michel Chossudovsky, seorang pensyarah di University of Ottawa.
 
Suruhanjaya itu merupakan badan penyiasat yang diberi kuasa untuk menerima dan menyiasat aduan daripada mangsa perang dan konflik bersenjata berkaitan jenayah terhadap keamanan, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan kesalahan lain yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.
 
Selepas siasatan, suruhanjaya itu akan menyerahkan laporan kepada bahagian pendakwaan yang akan memutuskan sama ada untuk memfailkan dakwaan dengan pendaftar Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) terhadap mereka yang dianggap mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
 
Jika dakwaan dibuat, KLWCT akan bersidang untuk mengadili kes tersebut.
 
Prosiding bersambung esok. - Bernama