Pages

Friday, September 13, 2013

Lamborghini emas RM23.9 juta

goldaventador



London: Kereta paling mahal dan berharga di dunia, Lamborghini Aventador yang dibuat daripada 500 kilogram emas dan platinum, selain bertatahkan permata dipamerkan buat kali pertama di luar Eropah oleh Lamborghini Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dibina di Jerman oleh pengeluar yang menghasilkan model kereta mewah daripada logam padu berharga sejak 12 tahun lalu, kualiti pertukangan, ketepatan, gaya tersendiri dan nilainya menjadi identiti kenderaan itu yang kini dipamerkan di UAE. Ia mampu menjadi milik anda dengan harga serendah mulai 5.5 juta Euro (RM23.9 juta). Pameran itu adalah untuk melelong kenderaan tempahan khas itu, tetapi jika pembeli mahu memintas proses bidaan dan membelinya sekarang, pengeluar menawarkan Dh26.75 juta (RM23.8 juta) atau tawaran yang hampir.


Sebahagian daripada wang itu akan disumbang kepada kebajikan. Kenderaan itu dibina berasaskan gentian karbon yang kemudian disalut emas dan lampu besarnya bertatahkan berlian. Setiap tempat duduk mempunyai 700 batu permata berharga yang dijahit pada fabriknya. Projek itu melayakkannya meraih empat gelaran Rekod Dunia Guinness model paling mahal di dunia, kereta paling selamat yang diperbuat daripada kaca kalis peluru, logo paling berharga dan satu-satunya kereta yang dibina daripada 500 kilogram bongkah emas padu. - Agensi

Wanita paling kerdil di dunia

Jyoti bersama rakan sekelas

News Photo: Jyoti with her mother Ranjana Amge father Kishanโ€ฆ

New York: Ketika bulan terakhir kehamilan Ranjana Amge, dia bimbang tidak mampu mendakap bayinya itu selepas doktor menjangkakan ada sesuatu yang tidak kena pada janinnya.

Selepas 20 tahun kemudian Ranjana mempunyai sebab untuk berbangga apabila anak perempuannya itu hidup sihat, gembira dan dikenali di seluruh dunia.


Kata Ranjana, semua kebimbangannya kini menjadi sejarah.

“Apa yang ada adalah kegembiraan dan kami berasa sangat bertuah,” katanya. Dengan ketinggian cuma 63.5 sentimeter dan berat 5.4 kilogram, Jyoti Amge adalah wanita paling kerdil di dunia.


Berasal dari Nagpur, India, Jyoti memasuki kolej dan bercita-cita menjadi pelakon.


Walaupun di kalangan orang kerdil, Jyoti memang lebih kerdil.

Keadaan itu diakui menyukarkan hidupnya pada ketika tertentu.


“Saya susah mencapai barang, tetapi nasib baik saya ada adik-beradik lain untuk membantu,” katanya. Dalam lawatan pertamanya ke New York, Jyoti dibawa melawat Statue of Liberty sebelum menghadiri pelancaran Rekod Dunia Guinness edisi 2014 serta sidang media di puncak Bangunan Empire State. - Agensi

Telan sotong hidup

Seoul: Amalan memakan ikan mentah yang lazim di timur Asia sudah diterima baik di seluruh dunia, tetapi memakan sotong hidup mungkin memerlukan masa untuk diterima ramai.
Tetapi ia bukan menjadi masalah kepada sebahagian pengunjung pesta makanan di Seoul.

Tanpa banyak masalah mereka menarik keluar sotong hidup dari bekas dan cuba memasukkan hidupan itu ke mulut masing-masing. Pada masa sama tentakel sotong itu melekap pada jari, bibir dan pipi menjadikan ia agak sukar untuk dimakan pengunjung pesta makanan itu.
Bagaimanapun, pada akhirnya pengunjung yang “kebuluran” itu mula mengunyah sotong hidup berkenaan walaupun tentakelnya jelas kelihatan bergerak-gerak.

Walaupun amalan berkenaan mungkin memerlukan masa lebih lama untuk diterima di negara lain, sebahagian penduduk Korea Selatan jelas gemar dengan apa yang dilakukan.

Bandar Donghae menganjurkan Pesta Sotong pada setiap Disember dan menarik kedatangan sehingga 70,000 pelawat dari seluruh dunia setiap tahun. Pengunjung boleh menangkap sotong itu dengan tangan serta menyertai acara yang diadakan bagi meraikan hidangan makanan tempatan. Antara pertandingan diadakan ialah “merawat sotong” serta “menyiang sotong mentah.” Pesta berkenaan diadakan ketika Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskan seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya selepas wanita terbabit didakwa tercekik ketika makan sotong hidup.
Foto
PASANGAN suami isteri bersama-sama cuba makan sotong hidup.
Sebelum ini, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dihukum penjara seumur hidup. - Agensi

Suami isteri tangkap aligator gergasi



SEORANG ibu, Ally Labar menunjukkan seekor aligator yang ditangkap oleh pasangan suami isteri, Ben dan Louann Williams kepada anak perempuannya di Jacksonville, Florida kelmarin.- AP


MIAMI - Seorang lelaki, Ben Williams sudah lama memburu aligator dan pernah mencatat antara 10 tangkapan terbesar di negeri Florida.
Aligator merupakan sejenis reptilia menyerupai buaya yang hidup di sungai dan tasik di beberapa buah negeri di Amerika Syarikat (AS) termasuk Florida.
Kelmarin, Williams dan isterinya, Louann terserempak dengan seekor aligator gergasi di Tasik George di negeri ini.
"Kami melihat aligator jantan itu timbul di permukaan air seperti batang balak," kata Williams yang berusia 57 tahun.
Pasangan itu kemudian menembak haiwan tersebut dan menaikkannya ke dalam bot mereka.
Aligator itu mempunyai ukuran panjang 4.2 meter.
"Kami mendapat lebih 90 kilogram (kg) daging reptilia itu di samping kulit dan kukunya," ujar Williams.
Sebelum ini, mereka pernah menangkap seekor aligator seberat 380kg dengan panjang hampir sama pada tahun 2008.
Aligator terpanjang yang pernah ditangkap di Florida mempunyai ukuran 4.3 meter.
Reptilia tersebut ditangkap pada November 2010 di Tasik Washington manakala rekod aligator terbesar di AS adalah seberat 473kg.
Ia ditangkap di Tasik Oren pada tahun 1989. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2eiq7fK7l 
Hakcipta terpelihara 

Vila atas bumbung kilang



"VILA KAYANGAN" yang dibina di atas bangunan kilang di Dongguan, Guangdong, di tengah China.


DONGGUAN - Pengguna internet tempatan kecoh berhubung dua buah vila yang dibina di atas bumbung sebuah bangunan kilang di China.
Mereka menggelarkan kediaman itu "vila kayangan" kerana kedua-dua banglo tersebut cuma disokong oleh 10 buah tiang konkrit.
Kediaman dua tingkat itu dibina di atas bumbung bangunan kilang tiga tingkat di sini, dalam wilayah Guangdong, di tengah China.
Media tempatan melaporkan "vila kayangan" itu wujud sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada dalam pelan asal pembinaan bangunan kilang tersebut.
Seorang pegawai tempatan memberitahu, kediaman megah itu adalah menyalahi undang-undang tempatan.
"Kami akan menangani isu ini berlandaskan undang-undang," katanya tanpa mengulas lanjut.
Masyarakat China sebelum ini digemparkan dengan kewujudan empat vila di atas bumbung yang dibina di bandar raya Zhuzhou dalam wilayah Hunan.
Sebuah banglo berbentuk bongkah batu yng dibina di atas bumbung bangunan apartmen setinggi 26 tingkat di Beijing turut mendapat perhatian orang ramai dan media asing. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2eioFE8s6 
Hakcipta terpelihara 

Kereta hiasan besi tempa



KERETA dengan dekorasi awan larat dipamerkan sempena Festival Hartanah Kemboja 2013 yang berakhir semalam.- AFP


PHNOM PENH – Sebuah syarikat di Kemboja menggunakan besi tempa untuk menghias sebuah kereta miliknya.
Dekorasi unik itu ditampilkan kepada orang ramai sempena Ekspo Hartanah Kemboja 2013 yang berlangsung di sini selama tiga hari bermula Selasa lalu.
Keseluruhan rangka kereta tersebut termasuk bumbung dan pintu digantikan dengan besi tempa bercorak awan larat.
Festival berkenaan diadakan untuk mempromosi besi tempa yang diimport dari China, Thailand, Singapura dan Taiwan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2einTIs21 
Hakcipta terpelihara