Pages

Showing posts with label Harry Potter. Show all posts
Showing posts with label Harry Potter. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Harry Potter cecah kutipan RM2.94 bilion

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Filem terakhir Harry Potter iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 memperoleh kutipan tiket mencecah AS$1 bilion (RM2.94 bilion), kata pihak pengedarnya, Warner Bros semalam.
Filem tersebut dijangka mengatasi filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides yang memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$1.03 bilion (RM3.02 bilion) .
Sebelum ini, filem berkenaan meraih kutipan AS$318.5 juta (RM936.5 juta) ketika minggu pertama ia ditayangkan.
Filem Avatar yang ditayangkan pada 2009 masih menjadi filem yang meraih kutipan paling tinggi iaitu sebanyak AS$2.8 bilion (RM8.23 bilion) diikuti filem Titanic dengan AS$1.8 bilion (RM5.29 bilion).
James Cameron mengarahkan filem Avatar dan Titanic. - Agensi

Wednesday, July 20, 2011

Harry Potter kutip RM1.4 bilion


SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2.


LOS ANGELES - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2 terus memecah rekod di pawagam antarabangsa hujung minggu lalu dengan kutipan tiket melepasi setengah bilion dolar dalam jumlah penerimaan di seluruh dunia selepas beberapa hari ditayangkan.
Pada malam Ahad lalu, filem itu telah mencapai kutipan AS$481.5 juta (RM1.4 bilion) di seluruh dunia dengan memecah rekod AS$312.3 juta (RM940.8 juta). kutipan itu datang dari 59 wilayah antarabangsa termasuk rekod di Britain iaitu AS$36.6 juta (RM110.2 juta) dan Australia AS$26.7 juta (RM80.4 juta).
Filem Transformers: Dark of the Moon pula meneruskan tarikan penonton antarabangsa pada minggu ketiga ditayangkan.
Selepas mendominasi carta selama dua minggu, filem arahan Micheal Bay itu masih menjadi kegemaran ramai apabila ia menambah kutipan sebanyak AS$39 juta (RM117.4 juta) di 9,300 lokasi.
Penambahan itu menyebabkan kutipan tiket filem tersebut bertambah kepada AS$460 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia.
- Agensi
Kosmo! Online - Dunia