Pages

Saturday, May 29, 2010

Aktres Bollywood berbogel di Twitter



SHERLYN CHOPRA



MUMBAI - Model yang menjadi penyanyi dan aktres India, Sherlyn Chopra menyiarkan beberapa gambar bogelnya di laman Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Sherlyn yang pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Game dan Red Swastik sebelum ini pernah menolak tawaran untuk berbogel oleh majalahPlayboy.
Namun pelakon itu mengemukakan alasan untuk mendapatkan maklum balas daripada peminatnya di Twitterjika dia berbogel.
Apabila ditanya kenapakah gambar itu disiarkan untuk tatapan umum, Sherlyn memberitahu dia terlihat koleksi gambarnya dan terfikir bahawa ia boleh dikongsi dengan rakan-rakan serta peminatnya di Twitter.
"Maklum balas mengenai gambar saya sangat bagus. Ada yang membencinya.
Gambar-gambar itu dirakam oleh jurugambar fesyen dan selebriti terkenal, Vishal Saxena yang merupakan rakan rapat Sherlyn. - Agensi

gaji pekerja naik selepas bunuh diri



TAIPEI - Syarikat elektronik Taiwan, Foxconn Technology Group akan menaikkan gaji pekerja secara purata sehingga 20 peratus selepas 10 pekerja membunuh diri di beberapa kilangnya di China.
Kebanyakan pekerja itu membunuh diri dengan terjun dari bangunan.
Seorang pegawai itu berkata, rancangan untuk menaikkan gaji pekerja sudah dirancang ekoran faktor kekurangan buruh di China.
Percubaan terbaru melibatkan seorang pekerja lelaki berusia 25 tahun yang mengelar pergelangan tangannya di dalam sebuah bilik asrama kilang tersebut.
Kes bunuh diri itu dikaitkan dengan bebanan kerja.
Syarikat itu merupakan sebahagian daripada syarikat Hon Hai Precision Industry Co. yang bertanggungjawab membekalkan peralatan elektronik kepada Apple Inc., Sony Corp., Dell Inc., Nokia Corp. dan Hewlett-Packard Co.
Sementara itu, pengerusi syarikat berkenaan, Terry Gou pernah berjanji akan berusaha keras bagi menangani masalah kes bunuh diri di kilang tersebut. - Agensi

Keseorangan dalam pesawat selepas terjaga



SOUTHFIELD, Michigan - Seorang wanita, Ginger McGuire menyatakan dia mendapati dirinya keseorangan selepas terjaga daripada tidur di dalam sebuah pesawat United Express ke Philadelphia, Amerika Syarikat.
Menurutnya, dia berjalan mundar-mandir di dalam pesawat itu selama 15 minit pada Selasa lalu sebelum pintu pesawat dibuka dan 'disambut' oleh beberapa anggota polis.
Wanita itu berkata, anggota-anggota polis itu meminta pengenalan dirinya.
Dia berkata, tidak ada sesiapa yang mengejutkannya daripada tidur.
Menurutnya, dia tertidur sehingga pukul 4 pagi waktu tempatan lebih tiga jam selepas pesawat itu mendarat. - AP

Detik cemas bayi 5 bulan dijemur melecur




DUA anggota polis mengiringi seorang ibu muda yang membawa bayi lelakinya yang melecur di Brighton, Ahad lalu.


BRIGHTON, England - Pengunjung-pengunjung sebuah pantai merakamkan detik-detik cemas seorang ibu diiringi oleh beberapa anggota polis di sini selepas beberapa orang menjerit ke arahnya: "Bayi anda terbakar."
Beberapa orang itu menjerit setelah mendapati tubuh anak wanita yang berusia lima bulan yang berbogel di tepi pantai melecur lebih 40 peratus.
Menurut saksi-saksi, bayi itu dibalut dengan sehelai tuala tetapi tubuhnya melecur kemerahan dan menangis kerana sakit.
Seorang guru, Alex Coulson, 26, menenangkan ibu muda berumur 29 tahun itu selepas melihat anaknya melecur pada Ahad lalu semasa suhu mencecah 25 darjah Celsius.
Guru itu menemani ibu itu menemui dua anggota polis yang berada berdekatan pantai tersebut.
Anggota-anggota polis itu memeriksa bayi berkenaan dan mendapati kulitnya melecur dan melepuh.
Sebuah ambulans dihubungi anggota polis itu yang kemudian membawa bayi berkenaan ke sebuah hospital untuk dirawat.
Seorang jurucakap Hospital Royal Sussex County mengesahkan 40 peratus tubuh bayi lelaki itu melecur.
Pakar promosi kesihatan, Carolyn Syverson menyatakan kelmarin bahawa kulit bayi mudah melecur kerana ia mengeluarkan melanin yang kurang untuk melindungi kulitnya daripada sinaran matahari. - Agensi