Pages

Showing posts with label mahal. Show all posts
Showing posts with label mahal. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Satu petak tempat letak kereta dijual RM509,190



BEBERAPA buah kereta berada di petak parkir di sebuah bangunan kediaman di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Satu petak tempat letak kereta individu dijual pada harga AS$166,666 (RM509,190) di Hong Kong, menurut beberapa laporan semalam.
Petak itu kini menjadi salah satu cara untuk para pelabur memperoleh keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi.
Pada minggu lalu, seorang hartawan Hong Kong, Li Ka-shing menjual 514 petak tempat meletak kereta dan memperoleh sebanyak AS$77 juta (RM235.24 juta), menurut akhbar South China Morning Post danThe Standard.
Petak tempat meletak kereta di Hong Kong boleh disewa pada harga AS$490.30 (RM1,497) hingga AS$606.43 (RM1,852) sebulan. - AFP

Thursday, November 3, 2011

Sewa rumah mahal untuk jemaah haji



MEKAH - Musim haji membawa 'durian runtuh' kepada penduduk di sini yang mengaut keuntungan daripada kebanjiran jemaah haji dengan menyewakan kediaman mereka pada harga yang mahal.
Lebih 2.2 juta jemaah haji menuju ke sini untuk mengerjakan ibadat dan mereka memerlukan tempat tinggal.
"Penduduk Mekah memperoleh manfaat daripada ibadat haji kerana mereka memperoleh pendapatan mencukupi untuk setahun dalam tempoh cuma sebulan," kata Fawzi Fatani, 45, yang memiliki beberapa buah rumah di sini.
Dia berkata, kebanyakan penduduk Mekah berpindah ke bilik-bilik yang dibina di atas bumbung kediaman atau ruang tambahan supaya rumah atau apartmen mereka boleh disewakan kepada para jemaah.
Sewa yang dikenakan pula bergantung kepada jarak sesebuah rumah dengan Masjidilharam.
Sewa bangunan tiga tingkat berhampiran masjid berkenaan boleh mencecah AS$80,000 (RM250,600) untuk penginapan selama enam minggu.
Kota Mekah kini dipenuhi jemaah yang tiba dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini yang bermula esok.
Lebih 1.7 juta umat Islam telah tiba dari luar negara daripada anggaran 1.8 juta jemaah pada tahun ini manakala 700,000 hingga 800,000 lagi merupakan jemaah haji Arab Saudi. - AFP

Saturday, October 15, 2011

Kereta termurah mahal di Bangladesh

Kosmo! Online - Dunia:

TATA Nano dijual pada harga tiga kali ganda lebih mahal di Bangladesh berbanding harga asalnya di India.


DHAKA – Kereta buatan India, Tata Nano yang dilabel sebagai kereta termurah di dunia mula dijual di Bangladesh hari ini.
Namun, kereta kompak itu dijual pada harga hampir tiga gali ganda lebih mahal berbanding harga jualan di India.
Pengarah syarikat Nitol Motors yang merupakan pengedar tunggal Tata Nano di Bangladesh, Abdul Matlub Ahmad berkata, harga model asas Tata Nano di negara itu ialah AS$7,900 (RM24,707) kerana cukai import yang dikenakan oleh pemerintah.
Sedangkan di India, model sama cuma berharga sekitar AS$2,870 (RM8,975).
Tata Nano dianggap kereta yang amat ekonomi kerana menggunakan hanya satu liter minyak untuk perjalanan sejauh 25 kilometer. – AFP
'via Blog this'

Saturday, August 27, 2011

Harga sewa bilik, hotel meningkat di Mekah




PEMANDANGAN di Masjidilharam di Mekah pada 20 Ogos lalu.


MEKAH, Arab Saudi - Penduduk tempatan yang mengerjakan ibadat umrah mengadu tentang harga bilik hotel dan unit kediaman yang melonjak tinggi semasa Ramadan berbanding bulan-bulan lain, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang penduduk tempatan dari Riyadh, Saleh Al-Mutlaq berkata: "Saya berkunjung ke Mekah untuk melakukan umrah pada setiap Ramadan sejak 40 tahun lalu. Namun harga penginapan hotel-hotel berdekatan Masjidilharam kini melonjak tinggi."
"Saya dan ibu saya membayar sekitar 130,000 riyal (RM103,816) untuk tinggal di Mekah selama sebulan pada bulan Ramadan," tambahnya.
Menurut Saleh, pada masa lalu, sewa sebuah apartmen berhampiran Masjidilharam untuk sebulan cuma 25,000 riyal (RM19,955).
Seorang lagi warga tempatan dari Jeddah, Umm Thamir memberitahu: "Saya menghabiskan masa 10 hari terakhir pada bulan Ramadan di Mekah. Harga penginapan meningkat dengan drastik. Sebuah bilik untuk dua orang lengkap dengan berbuka puasa dan sahur dikenakan sewa 39,900 riyal (RM31,847) selama 10 hari."
Pendapat mereka turut dipersetujui seorang lagi warga tempatan, Hanan Muhammad yang mengakui harga penginapan hotel-hotel sekitar Masjidilharam melambung tinggi.
"Saya dan suami membayar sekitar 10,000 riyal (RM7,966) untuk tinggal tiga hari di sebuah bilik hotel yang tidak menyediakan makanan berbuka puasa atau bersahur," katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai isu terbabit, Jawatankuasa Kebangsaan Untuk Haji dan Umrah (NCHU), sebaliknya memberitahu, sudah menjadi perkara biasa untuk para peniaga menaikkan harga pada bulan Ramadan supaya mereka dapat membayar kos operasi hotel selain meraih keuntungan daripada pelaburan mereka.
Kos penginapan tinggi itu dijangka menurun sebaik sahaja projek-projek pembangunan di Mekah siap dengan pengguna memiliki lebih banyak pilihan ketika tinggal di Mekah. - Agensi

Monday, August 15, 2011

Rumah paling mahal di Britain




RUMAH yang pernah didiami anak George II, Frederick dijual pada harga RM684 juta.


OXFORD - Sebuah rumah lama di Britain dipercayai telah dijual kepada seorang hartawan dari Rusia dengan harga kira-kira £140 juta (RM684 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Rumah Park Place yang berusia 300 tahun itu terletak di kawasan luar bandar berkeluasan 80.93 hektar di Oxfordshire.
Harga itu mengatasi rumah paling mahal di Britain sebelum ini iaitu £136 juta (RM664 juta) yang dijual di One Hyde Park, Knightsbridge, tengah London, awal tahun ini.
Terdapat sejarah unik mengenai rumah itu kerana ia pernah didiami oleh anakanda lelaki sulung George II yang pernah memerintah England.
Anak lelaki George II itu, Frederick (gambar) memegang gelaran Putera Wales.
Namun, baginda mangkat semasa berusia 44 tahun sebelum sempat menjadi Raja England.
Rumah itu kemudian dijual oleh balu Frederick, Augusta kepada seorang pegawai tentera England yang dikenali sebagai Jeneral Conway. - Agensi, kosmo

Tuesday, August 9, 2011

Ramai mengeluh caj hotel di Makkah mahal

Kos tinggi sekat hayati Ramadan lebih lama di Masjidilharam MAKKAH: Sewa yang terlalu tinggi penginapan di sekitar Masjidilharam sepanjang bulan Ramadan memusnahkan hasrat ramai jemaah yang mahu menghayati bulan mulia dengan memperbanyak ibadat lebih lama di Tanah Suci itu. Hasrat saya menjalani ibadat Ramadan dalam suasana kerohanian di Masjidilharam tidak kesampaian kerana sewa hotel di sekitar masjid itu terlalu mahal,” kata jemaah tempatan, Muhammad Husain. Begitupun, kebanyakan tempat menginap di Makkah penuh sejak permulaan Ramadan tahun ini, walaupun harga bilik hotel melambung.Apa yang pasti, keluarga berpendapatan sederhana tidak mampu tinggal di kawasan berdekatan Masjidilharam kerana sewa tinggi sehingga 7,000 riyal (RM5,604) sehari.Bagi jemaah yang tidak terlalu kaya, selepas menunaikan umrah mereka segera meninggalkan Makkah menuju Taif atau Jeddah kerana sewa hotel lebih berpatutan, lapor akhbar al Riyadh.Atas sebab itu, pelbagai pihak menuntut kerajaan bertindak ke atas pemilik hotel yang tamak kerana lebih mengutamakan keuntungan besar.Sewa bilik pada musim Ramadan meningkat dua kali ganda dengan purata harga sewa semalam di hotel satu bintang mencecah 4,000 riyal (RM3,202) pada minggu pertama Ramadan dan ia dijangka meningkat di akhir bulan itu.Bagaimanapun, 90 peratus bilik hotel sudah penuh ditempah untuk akhir Ramadan.Bagi suite hotel pula sewanya 10,000 riyal (RM8,005) sehari untuk 10 hari pertama bulan Ramadan. Sewa bilik hotel berbeza kerana bergantung kepada kategori penginapan dan jarak paling dekat di antara hotel ke Masjidilharam, tambah laporan itu yang dipetik akhbar di sini.Kenaikan melampau harga sewa di Makkah disebabkan permintaan pasaran yang tinggi berikutan kekurangan jumlah bilik yang ditawarkan.Lebih 3,000 hartanah kebanyakan hotel dan apartmen untuk penginapan jemaah dirobohkan ketika pembersihan tanah untuk perluasan pekarangan utara Masjidilharam.Walaupun ada lebih 700 hotel di lokasi yang tidak jauh dari zon pusat, sebab utama kenaikan sewa yang melambung kerana cuti sekolah dan Ramadan jatuh pada tarikh sama tahun ini.Adalah perkara biasa bagi keluarga Arab Saudi mahu menghabiskan cuti mereka di satu daripada dua kota suci. Perkara inilah yang menyumbang peningkatan harga sewa bilik,” kata pengusaha hotel, Saeed Al-Saleh. – Agensi bharian

Thursday, June 16, 2011

Anak Ecclestone beli rumah paling mahal di AS



Petra Ecclestone membeli rumah agam milik Aaron Spelling berharga AS$150 juta di Los Angeles. - REUTERS


LOS ANGELES 15 Jun - Rumah paling mahal di Amerika Syarikat (AS) telah dijual kepada waris perempuan Formula 1, lapor The Wall Street Journal hari ini.
Rumah yang terletak di Holmby Hills, Los Angeles itu telah dijual oleh balu penerbit Hollywood legenda, Aaron Spelling lebih dua tahun lalu.
Candy Spelling membelanjakan sebanyak AS$150 juta (RM454 juta) untuk memiliki rumah yang berkeluasan 5,700 meter persegi ini.
Rumah itu turut memiliki lorong boling, sebuah salun kecantikan dan tempat meletak kereta untuk 100 buah kereta.
Petra Ecclestone, 22, anak perempuan kepada ketua Formula 1, Bernard Ecclestone yang membeli rumah itu merancang untuk membahagikan masa antara rumah agam tersebut dengan rumahnya di London yang bernilai AS$90 juta (RM272 juta).
Aaron Spelling dikenali sebagai orang yang menerbitkan rancangan televisyen yang terkenal seperti Charlie's Angels, Dynasty dan Beverly Hills 90210. - dpa

Thursday, March 17, 2011

Rumah kecil berharga RM465,777




SEORANG wanita berdiri di balkoni sebuah rumah kecil di bandar Framligham yang mahu dijual pada harga RM465,777.


FRAMLINGHAM, Britain - Sebuah rumah kecil dua tingkat yang mempunyai sebuah bilik tidur di Britain bakal dijual pada harga £95,000 (RM465,777) walaupun lebarnya cuma 2.1 meter dan luas 28.6 meter persegi, lapor sebuah akhbar semalam.
Kediaman itu yang terletak di sini, dinamakan Rumah Petak dan merupakan antara rumah paling kecil di Britain.
Rumah tersebut pada asalnya merupakan sebahagian daripada struktur bangunan wap.
Sebuah agensi hartanah tempatan yang menjual rumah itu memberitahu, harganya melambung tinggi kerana lokasinya di pusat bandar di sini.
Walaupun ia kecil, kediaman itu tetap selesa kerana dilengkapi sebuah dapur, bilik mandi dan tandas serta ruang tamu kecil. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Wednesday, March 2, 2011

Pakar bedah diheret ke mahkamah kerana bil $26j


PERTAHAN BIL: Dr Lim berhujah kadar bayaran yang dikenakannya telah disetujui Pengiran Anak Hajah Damit, yang akhirnya meninggal dunia pada 2007. -- Foto fail


SINGAPURA


Antara lain dikata naikkan lipat kali ganda bil khidmat doktor lain kepada pesakit diraja Brunei


KES seorang pakar bedah mengenakan bil setinggi $26 juta terus mendapat perhatian ramai, terutama sektor perubatan, selepas doktor terbabit, Dr Susan Lim, mendakwa jumlah 'menjolok mata' itu telah dipersetujui pesakitnya, seorang kerabat diraja Brunei.
Dr Lim mendakwa pesakitnya, Pengiran Anak Hajah Damit, adik perempuan Permaisuri Brunei dan sepupu Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, tahu dan setuju tentang kadar rawatan purata antara $100,000 dengan $200,000 yang dikenakan sehari itu.Jumlah tinggi itu bagi khidmat pakar yang disediakan Dr Lim antara 15 Januari 2007 dengan 16 Jun 2007 dan termasuk bayaran yang dikenakan doktor-doktor dan kakitangan perubatan lain yang merawat pesakit barah buah dada itu.Pengiran Anak Hajah Damit, 51 tahun, namun meninggal dunia lewat Ogos 2007.Fakta itu dibentang dalam kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi antara Dr Lim dengan Majlis Perubatan Singapura (SMC), yang mendakwa beliau mengenakan bayaran terlalu tinggi.Dakwaan SMC itu timbul setelah Dr Lim meminta Mahkamah Tinggi mengadakan Semakan Kehakiman ke atas langkah SMC membentuk jawatankuasa disiplin (DC) kedua bagi menyiasat kesnya.Ini selepas perbicaraan DC pertama ditamatkan pada Julai lalu ekoran pengunduran anggotanya menyusuli dakwaan peguam Dr Lim bahawa ia tidak berlaku adil.Namun, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengenakan ke atas Dr Lim tuduhan menyalah guna kepercayaan pesakit yang dikenali dengan mengenakan bayaran terlalu tinggi.Kesemuanya, MOH mengenakan 94 tuduhan ke atas Dr Lim, 10 daripadanya melibatkan khidmat yang disediakan para pakar lain.Sebanyak 10 tuduhan itu mendakwa Dr Lim menaikkan bil, salah satunya sehingga 526 ganda.Antara bil itu ialah invois $3,000 daripada Dr Chan Tiong Beng yang dinaikkan Dr Lim kepada $285,000, dengan beliau mengenakan bayaran tambahan bagi tugas 'kontraktor utama'.Menurut Dr Lim, beliau perlu berada di sisi Pengiran Anak Hajah Damit setiap masa, bahkan pesakitnya itu tidak akan meneruskan sebarang prosedur tanpa kehadirannya.Dr Lim berkata malah beliau perlu mengorbankan banyak masa keluarga dan janji temu dengan pesakit lain, termasuk dari luar negara, kerana terpaksa melayan kehendak pesakitnya itu.Beliau dikenali sebagai doktor Asia pertama berjaya melakukan pembedahan pemindahan hati.Sejauh ini, lima doktor telah memfailkan afidavit masing-masing berkenaan 10 dakwaan itu.Kandungan afidavit yang difailkan Dr Chan Tiong Beng, Dr Koo Chee Choong, Dr Khor Tong Hong, Dr Yap-Whang Hwee Yong dan Dr Tanny Chan, yang dibentangkan di mahkamah kelmarin rata-rata menyatakan mereka tidak rasa ditipu atau dipermainkan oleh Dr Lim.MOH mula mendapat tahu tentang kes Dr Lim pada Julai 2007 setelah pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan Brunei (MOHB) menemui rakan sejawatannya di sini, Profesor K. Satku, untuk mendapatkan diskaun bagi bil Dr Lim.Profesor Satku bagaimanapun menggesa MOHB menulis surat kepada MOH mengenai bil itu, yang dianggapnya 'terlalu tinggi dan boleh memberi kesan buruk pada Singapura'.Profesor Satku kemudian mengarahkan klinik Dr Lim digeledah bagi mencari bukti.Pada Ogos 2007, Dr Lim menulis surat kepada pegawai di Brunei supaya mengabaikan bayaran bagi khidmat yang disediakan doktor-doktor lain dan memberi diskaun 25 peratus ke atas khidmat yang beliau berikan.Beliau juga memohon maaf atas 'kesilapan yang tidak disengajakan'.Namun, MOHB meminta MOH campur tangan setelah mendapati beberapa invois yang dikeluarkan Dr Lim - termasuk bagi khidmat yang belum dilakukan - terlalu tinggi dan tidak dapat diterima.Menyusuli itu, Dr Lim mengurangkan lagi bil yang dikenakan kepada $3.25 juta.Malah beliau dan suaminya, pegawai bank Deepak Sharma, pergi ke Brunei pada Januari 2009 bagi menyarankan semua bil bagi khidmat yang disediakannya dan pihak ketiga tidak dikenakan, dengan syarat kerajaan Brunei mengeluarkan kenyataan tidak meneruskan kes itu.Tawaran beliau tidak diterima.



Urutan kes Dr Susan Lim

  • 2001: Pengiran Anak Hajah Damit hidap barah buah dada dan menemui pakar bedah swasta, Dr Susan Lim, bagi mendapatkan rawatan. Kerajaan Brunei membayar semua bayaran yang dikenakan sehingga 27 Mac 2007. Antara 2004 dengan Mac 2007, Dr Lim menerima $40 juta.




  • 2007: Antara 8 Mac hingga 28 Jun, Dr Lim menghantar beberapa invois, yang terakhir turut mengandungi anggaran bil bagi khidmat yang belum disediakan antara Jun dengan Ogos.




  • Jun 2007: Dr Lim ke Brunei selama 33 hari untuk mendirikan kemudahan perubatan bagi pesakitnya.




  • 16 Julai 2007: Keadaan Pengiran Anak Hajah Damit bertambah buruk. Dr Lim pulang ke Singapura. Dr Lim mengenakan baki bil $26 juta (termasuk GST) bagi khidmat dari 15 Januari hingga 16 Jun 2007. Dokumen mahkamah mendedahkan beliau mengenakan bayaran antara $29,600 dengan $660,000 sehari (sebelum GST).




  • Lewat Julai 2007: Pengarah perkhidmatan perubatan Brunei menemui rakan sejawatannya dari Singapura, Profesor K. Satku, bagi mendapatkan diskaun bil tinggi. Pegawai Brunei menemui Ketua Eksekutif Parkway Group, Dr Lim Cheok Peng, bagi mendapatkan bantuan agar bil dikurangkan. Kumpulan itu mengendalikan Hospital Gleneagles dan Mount Elizabeth, yang menempatkan dua klinik Dr Lim.




  • 1 Ogos 2007: Dr Lim menulis kepada pegawai di Brunei supaya mengabaikan bil bagi perkhidmatan yang disediakan doktor-doktor lain dan memberi diskaun 25 peratus bagi perkhidmatan yang beliau beri.




  • 18 Ogos 2007: Dr Lim mohon maaf pada MOHB atas 'kesilapan yang tidak disengajakan' oleh pihaknya.




  • 27 Ogos 2007: MOHB minta agar MOH campur tangan kerana bil tinggi itu tidak boleh diterima.




  • Lewat Ogos 2007: Pengiran Anak Hajah Damit, 51 tahun, meninggal dunia.




  • 12 November 2007: Dr Lim menulis kepada MOHB untuk mengurangkan bil kepada $3.25 juta. Ia termasuk bayaran perkhidmatan oleh pakar perubatan lain dan sewa pesawat untuk membawa pesakit dari Singapura ke Brunei.




  • Januari 2009: Dr Lim dan suaminya, pegawai bank Deepak Sharma, ke Brunei dan menawarkan semua bayaran bagi khidmat yang disediakannya dan pihak ketiga tidak dikenakan, dengan syarat MOHB mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Brunei tidak akan meneruskan isu tersebut.




  • Januari 2010: Dr Lim dihadapkan ke SMC bagi perbicaraan disiplin berkaitan bil tinggi itu menyusuli aduan MOH.




  • 29 Julai 2010: Jawatankuasa disiplin (DC) SMC letak jawatan dan menamatkan siasatan tanpa memberi sebarang keputusan. Dr Lim diberitahu DC kedua dibentuk.




  • Februari 2011: Dr Lim memohon agar Mahkamah Tinggi menghentikan langkah SMC membicarakan kesnya.




  • 21 Februari 2011: Kes Dr Lim dengan SMC mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi secara terbuka




  • Cyberita Online Singapura

    Friday, February 11, 2011

    Harga cili cecah RM33 sekilogram





    2011/02/11

    Warga Jakarta marah kenaikan 10 kali ganda

    JAKARTA: Penduduk Indonesia dianggap semakin marah kerana harga cili melambung sehingga 10 kali ganda dalam beberapa bulan kebelakangan ini menjejaskan kuasa beli sehingga menjadi perbincangan semua pihak daripada suri rumah hinggalah presiden.

    Ada sesetengah pihak mencadangkan penduduk menggunakan sos cili botol. Tanaman cili musnah kerana hujan yang melebihi kebiasaan menyebabkan harganya meningkat antara AS$10 hingga AS$11 (RM30 hingga RM33) sekilogram, harga lebih tinggi daripada daging.
    Harga cili merah dan hijau meningkat sehingga 600 peratus daripada AS$2.20 kepada AS$15 sekilogram (RM6.70 hingga RM45.60) pada Disember yang turut mencetuskan situasi panik di kalangan pembeli.
    Beberapa hari pada Januari, harga meningkat 10 kali ganda kepada AS$22.20 (RM67.6) sekilogram.

    Situasi ini menjadi serius, terutama bagi negara dengan kepadatan penduduk 237 juta orang dan pendapatan sekitar AS$200 (RM609) sebulan, tetapi ada sesetengah sanggup berbelanja untuk cili.

    Di India, bukan hanya pengeluaran teh menurun, tetapi cuaca juga turut merubah rasa dalam minuman teh mereka.

    Bagi peminat arak Perancis, anggur turut terjejas. Di Korea Selatan, hujan merosakkan tanaman kubis, sekali gus menjejaskan masakan kimchi.
    Di Indonesia, indeks harga pengguna meningkat sehingga tujuh peratus pada Disember, paling tinggi dalam tempoh 10 bulan dan hampir satu peratus melepasi sasaran kerajaan, harga makanan yang tinggi dan cili terus mendapat tempat teratas.

    Menteri Pertanian dan Perdagangan turut meminta pengguna mengurangkan penggunaan cili buat sementara waktu atau bertukar kepada sos cili botol.

    Bagaimanapun, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mempunyai ideanya sendiri, iaitu tanam di kebun sendiri. – AP
    Berita Harian Online | Harga cili cecah RM33 sekilogram

    Thursday, December 9, 2010

    Buku paling mahal dilelong RM36.23 juta




    ANTARA lukisan yang terdapat pada buku termahal di dunia yang dilelong kelmarin.




    LONDON - Sebuah buku dilelong malam kelmarin pada harga £7.3 juta (RM36.23 juta) yang merupakan paling mahal di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
    Buku yang dihasilkan pada abad ke-19 itu merupakan naskhah John James Audubon berjudul Bird of America.
    Ia dilelong oleh Rumah Lelongan Sotheby's manakala identiti pembelinya tidak diumumkan.
    Buku itu mengandungi 435 lukisan tangan yang berwarna dan dianggap sebagai koleksi penting hidupan liar Amerika Syarikat.
    Audubon menghasilkan buku yang berukuran 90 sentimeter kali 60 sentimeter kerana dia mahu melukis hidupan liar dalam bentuk saiz sebenar. - Agensi

    Saturday, June 12, 2010

    Bilik hotel RM110,847 satu malam



    RUANG dalam bilik Hotel Four Season.


    NEW YORK - Pelanggan perlu membayar sebanyak AS$33,723 (RM110,847) semalam untuk tidur di salah sebuah daripada sembilan bilik suite di tingket 52 Hotel Four Seasons di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
    Keistimewaan bilik hotel itu ialah ia mempunyai televisyen yang mempunyai rangkaian siaran dari seluruh dunia dan pemandangan ke arah Manhattan termasuk bangunan Empire State dan mercu tanda bandar raya ini, Statue of Liberty.
    Keunikan lain ialah ia mengandungi sebuah perpustakaan, bilik bersantai yang mempunyai air terjun dengan batu granit diimport dari Afrika Selatan dan bilik spa.
    Sinki bilik air diperbuat daripada kristal dan kolam mandi minimenghadap pemandangan kawasan Manhattan manakala lampu di ruang tamu berharga lebih AS$117,284 (RM385,399).

    Pengunjung-pengunjung disediakan sebuah kereta Rolls Royce selain orang gaji dan pelatih persendirian.
    Setakat ini, hotel berharga AS$43.98 juta (RM144.52 juta) itu dianggap sebagai yang termahal di New York. - Agensi