Pages

Saturday, November 22, 2014

Kerang naik darat

FOTORosli Ilham
Oleh Rosli Ilham
Dungun: Rezeki musim hujan. Itu yang berlaku di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang dan Pantai Sura Hujung Dungun, di sini, apabila orang ramai berpusu-pusu ke pantai terbabit untuk mengutip kerang yang memenuhi dua pantai berkenaan, semalam.
Kehadiran kira-kira 200 orang yang tidak melepaskan 'rezeki terpijak' itu menjadikan keadaan sekitar pantai seumpama pesta.
Difahamkan, lambakan kerang ditemui penduduk sejak jam 2 petang dan kejadian itu dipercayai disebabkan spesies bercengkerang itu dihanyutkan ombak kuat ke pantai.
Mizan Mamat, 36, dari Marang, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan seorang rakan sebelum segera ke pantai Rhu Muda untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu.
"Saya memperoleh kira-kira 20 kilogram kerang dan ada antara penduduk yang mempeoleh lebih daripada 50 kilogram," katanya ketika ditemui di pantai Itu, semalam.
Mohamad Shafeeq Mohamad Nasir, 19, dari Dungun pula berkata, walaupun lambakan kerang di Pantai Sura tidak sehebat Pantai Rhu Muda, dia tetap mengumpulkan kira-kira lima kilogram.
"Saya dapati kerang naik di pantai ini dalam jarak 500 meter saja di depan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidaklah banyak sebagaimana yang dilaporkan di Marang," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 8:49 PM

Tidak sedar ‘bela’ cacing pita dalam otak


Imbasan menunjukkan gambar cacing pita dalam otak pesakit
Imbasan menunjukkan gambar cacing pita dalam otak pesakit
SEORANG warga emas berusia 50 tahun terkejut apabila mengetahui seekor cacing telah hidup di dalam otaknya selama empat tahun.

Kehadiran parasit yang dikenali sebagai cacing pita itu hanya dikesan setelah saintis daripada Hospital St Thomas di London melakukan biopsi ke atas otaknya.

Menurut warga emas itu, dia sering berulang alik ke hospital sejak tahun 2008 setelah dikatakan hilang ingatan dan mengalami sakit kepala yang agak teruk.

“Saya sering mengadu sakit di bahagian tangan kanan. Saya dapat mengingat semula peristiwa lampau dan deria bau saya berubah.

“Saya pernah didiagnos dan diperiksa untuk pengesahan HIV, sifilis, dan batuk kering, namun semuanya negatif,” katanya seperti yang dipetik melalui portal Metro.co.uk pada semalam.

Pakar perubatan kemudiannya melakukan pembedahan bagi mengeluarkan parasit tersebut dari otaknya.

Menurut pakar bedah, semasa melalui prosedur tersebut, cacing pita sepanjang 1 cm itu bergerak sejauh 5 cm ke bahagian kanan otak, menjadikan proses pembedahan lebih sulit dari jangkaan doktor.

Semasa pembedahan dilakukan, pakar bedah melaporkan turut menemui sebilangan telur cacing di dalam otak warga emas terbabit.

Menurut ketua pasukan saintis Institut Wellcome Trust Sanger, Dr Hayley Bennett, cacing pita jenis Spirometra erinaceieuropaei, adalah spesis parasit yang jarang ditemui.

Katanya, spesis itu hanya dilaporkan sebanyak 300 kali dalam tempoh 60 tahun lepas.

“Penemuan ia (cacing pita jenis ini) sangat  jarang berlaku tetapi yang paling biasa dijumpai di Asia Tenggara, China dan Jepun.

“Pesakit terdedah kepada parasit jenis ini dengan memakan makanan tercemar atau melalui bahan yang digunakan dalam perubatan Cina khusus untuk sakit mata termasuk katak mentah,” katanya.

Menurut doktor, mangsa mempunyai latar belakang dari keluarga Cina dan menetap di UK selama 20 tahun namun mangsa didapati sering melawat negara China.

Aliran lava gunung berapi ancam hutan Hawaii


Aliran lava yang memusnahkan hutan di pulau tersebut.
Aliran lava yang memusnahkan hutan di pulau tersebut.
PAHOA - HAWAII. Kawasan hutan hijau di pulau percutian Hawaii dilapor mengalami kebakaran akibat aliran lava Gunung Berapi Kilauea yang meletus secara berterusan sejak 31 tahun lepas.

Menurut laporan melalui portal FoxNews semalam, aliran lava yang mengalir ke kawasan hutan tersebut menyebabkan kebakaran dan mencemarkan kualiti udara di pulau tersebut.

“Imej aliran lava tersebut diperoleh daripada sebuah kajian yang dilakukan oleh pihak Geologi Amerika Syarikat,” katanya seperti yang dipetik melalui laporan tersebut.

Pulau Hawaii mempunyai lima gunung berapi dan gunung berapi Kilauea adalah gunung berapi paling aktif di pulau tersebut.

Dengan ketinggian 1247 meter, Kilauea juga dikatakan gunung berapi paling aktif di bumi.

Pada Jun lalu, aliran lava yang meletus daripada gunung tersebut telah mengancam bandar Pahoa, iaitu sebuah bandar kecil di pulau tersebut.

Setakat ini, hanya satu rumah dilaporkan musnah akibat bencana itu.

Bagaimanapun setakat ini tiada perkembangan terbaru dilaporkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Hawaii.

Pertandingan ratu Muslimah cabar ratu cantik Barat


Dua finalis terakhir World Muslimah Awards menggayakan tekstil batik koleksi Danar Hadi di Yogyakarta, Indonesia. - Foto: AFP
Dua finalis terakhir World Muslimah Awards menggayakan tekstil batik koleksi Danar Hadi di Yogyakarta, Indonesia. - Foto: AFP
PRAMBANAN - INDONESIA. Pertandingan Ratu Muslim Indonesia yang disertai wanita dari seluruh dunia dilihat mempunyai daya tarikan tersendiri dan boleh dikatakan sebagai mencabar pertandingan ratu cantik Barat.

Seramai 18 peserta akhir dikehendaki memakai hijab dan dinilai bukan sahaja pada penampilan, tetapi juga kebolehan mereka membaca ayat suci al-Quran serta pandangan terhadap Islam dalam dunia moden lapor Channel News Asia.

"Kami mahu melihat pemahaman mereka tentang cara hidup Islam, melalui apa mereka makan, apa yang dipakai dan bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian," menurut salah seorang penganjur, Jameyah Sheriff.

World Muslimah Awards pertama mula menarik perhatian global tahun lalu apabila penganjur menganjurkan pertandingan berkenaan sebagai bantahan secara aman terhadap pertandingan ratu cantik dunia.

Pengantin ‘emas’


Andhra Pradesh: Seorang pembuat manisan benar-benar memastikan anak perempuannya menjadi wanita emas pada hari perkahwinannya apabila dia dilitupi dengan barang kemas bernilai lebih £400,000 (RM 2.1 juta).
Perkahwinan yang berlangsung Tirupati, Andhra Pradesh itu turut menyaksikan si bapa bergaya dengan barang kemasnya, hampir mengalahkan pengantin.
Tindakan mereka menyebabkan polis mengerahkan beberapa anggota mereka bagi memastikan lelaki berkenaan dan anaknya tidak diserang dan dirompak ketika berulang-alik ke tempat majlis itu diadakan melalui kawasan kejiranan miskin.
"Memakai barang kemas sebanyak itu bukanlah satu jenayah, tetapi jenayah boleh terjadi sebaik sahaja orang mendengar mengenainya. Kami hanya mahu memastikan tidak berlaku sebarang masalah," kata jurucakap polis Tirupati, Sandeep Kumar.
Bapa pengantin perempuan dilaporkan menjadi kaya hasil menjual manisan di seluruh Andhra Pradesh, negeri di selatan India.
Perbuatan mereka dikutuk secara meluas menerusi media sosial sebaik saja imej si bapa dan anaknya dimuat naik ke Internet dengan ramai yang menyifatkannya sebagai bodoh. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:13 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10853#sthash.JZ2DTimK.dpuf

Bapa cat muka anak nakal


KEDUA-DUA kanak-kanak ini kelihatan ketakutan apabila didenda oleh bapanya dengan mengecat muka mereka akibat nakal.


HELENA, Amerika Syarikat – Rakaman video pasangan adik-beradik didenda bapanya kerana terlalu nakal dengan mewarnakan keseluruhan wajah mereka menggunakan cat menjadi popular internet.
Video menunjukkan bapa kanak-kanak tersebut meletakkan kedua-dua anak lelakinya itu di dalam sebuah bilik mandi dan memarahi mereka kerana terlalu nakal.
Bagaimanapun, keadaan muka kedua-dua mereka yang comot menyebabkan bapa tersebut akhirnya mentertawakan anak-anaknya.
Video berdurasi empat minit 37 saat itu telah mendapat tontonan hampir 800,000 kali selepas dua hari dimuat naik dilaman perkongsian video YouTube.
Menurut seorang pengguna laman tersebut, Kelly Goodacre, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu kelihatan comel dan lucu ketika masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain akibat dimarahi.
“Meraka sungguh comel dan kelakar sehinggakan saya ketawa tanpa henti melihat rakaman tersebut,” jelasnya.
Beberapa pengguna lain turut mengakui rakaman tersebut terlalu lucu dan percaya tindakan lelaki terbabit mampu mendisiplinkan kedua-dua anaknya. – Agensi

Masjid Nabi alami proses pembesaran

Masjid Abu Bakar Assiddiq di Madinah. – AGENSI
Masjid Abu Bakar Assiddiq di Madinah. – AGENSI
JEDDAH 21 Nov. – Pembesaran Masjid Nabawi di Madinah tidak akan menjejaskan masjid-masjid bersejarah yang terletak berhampiran, kata pegawai kanan Kementerian Kewangan Arab Saudi, semalam.
Katanya, Masjid Abu Bakr, Masjid Omar ibn Al-Khattab, Masjid Ali ibn Abi Talib, Masjid Al-Ejaba dan Masjid Abu Dhar (Al-Sajdah) akan kekal terpelihara kerana struktur binaan masjid-masjid itu berada di luar sempadan kawasan kerja-kerja pembesaran tersebut.
Menurut sumber itu sebagaimana dilaporkan portal Arabnews.com, pemulihan Masjid Al-Ejaba dan Masjid Al-Sajdah hanya akan bermula selepas projek pembesaran Masjid Nabawi siap.
Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Panggilan dan Bimbingan di Madinah, Mohamed Al-Amin Al-Khatri berkata, terdapat 131 buah masjid yang akan menjalani proses pemulihan.
Katanya, antara masjid yang mengalami proses pemulihan ialah Masjid Abu Bakr, Masjid Omar ibn Al-Khattab, Masjid Ali bin Abi Talib dan Masjid Fatima Al-Zahra.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/masjid-nabi-alami-proses-pembesaran-1.27527#sthash.dahYqSRy.dpuf

Bayi pakai aksesori mewah RM129,563


LONDON 21 Nov. - Seorang wanita sanggup berbelanja sebanyak 24,700 pound (RM129,563) semata-mata mahu memastikan bayinya yang baharu dilahirkan memiliki pakaian dan kelengkapan aksesori mewah.
Witney ROWLAND sanggup berbelanja besar semata-mata mahu memastikan bayinya Romany Rose memiliki pakaian dan kelengkapan aksesori mewah. – AGENSI
Mail Online melaporkan, bayi yang diberi nama Romany Rose Rowland itu bukan sahaja mempunyai pakaian yang direka khas dengan setiap satunya berharga 70 pound (RM367), malah turut memiliki anting-anting berlian dan jam jenama Rolex dengan masing-masing berharga 800 pound (RM4,196) dan 2,800 pound (RM14,687).
Ibu bayi berkenaan, Witney Rowland, 20, berkata, Romany juga memiliki bekas mandi yang direka khas bernilai 400 pound (RM 2,098) serta tas tangan dan kasut buatan Gucci.
Witney berkata, dia berbuat demikian kerana mahu menjadikan anaknya yang kini berusia enam bulan seperti bintang realiti televisyen kanak-kanak terkenal Amerika Syarikat iaitu Honey Boo Boo.
“Semua ini dilakukan bagi memudahkan proses pembesaran Romany. Saya mahu dia mempunyai segala-gala termasuk duit, dan dia boleh lakukan apa yang dia suka.
“Anak saya kelihat gembira dan tersenyum setiap kali dia memakai pakaian yang telah saya sediakan, dia juga sering mendapat perhatian,” jelas Witney, seorang ibu tunggal yang berasal dari sebuah keluarga kaya.
Selain itu, wajah yang comel dimiliki Romany telah melayakkan dia menyertai banyak pertandingan ratu cantik dan menerima banyak undangan untuk menyertai pertunjukan fesyen.
Romany turut memiliki akaun laman sosial Facebook bagi membolehkan kawan-kawan serta pengikutnya mengetahui perkembangan terbaharunya melalui gambar dan status yang dimuat naik.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-pakai-aksesori-mewah-rm129-563-1.27523#sthash.LcZJJ3bk.dpuf