Pages

Showing posts with label ancam. Show all posts
Showing posts with label ancam. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Paras air laut ancam bandar pesisir pantai

Berita Harian Online | Paras air laut ancam bandar pesisir pantai:
KAWASAN hartanah tepi pantai terdedah kepada peningkatan paras air.
KAWASAN hartanah tepi pantai terdedah
 kepada peningkatan paras air.
 

Kajian dapati 32 peratus kawasan hartanah AS terdedah 

NEW YORK: Bandar dan perkampungan kecil di sepanjang pesisiran pantai popular Amerika Syarikat lebih terdedah kepada peningkatan paras air laut berbanding yang diramalkan sebelum ini, lapor dua kajian terbaru.
Kajian itu mendapati sehingga 32 peratus lebih banyak kawasan hartanah tepi pantai terdedah kepada peningkatan paras air sehingga satu meter, sementara penduduk yang terdedah kepada peningkatan paras air bertambah kepada 87 peratus.
Angka itu berbeza mengikut rantau dengan selatan Florida, selatan Louisiana dan Carolina mengungguli senarai negeri dengan banyak kawasan tanah bakal ditenggelami air. Penduduk paling ramai terjejas ialah di Florida, Louisiana, California, New York, dan New Jersey, kata kajian. 

Sejak 1880 an, paras air laut meningkat secara purata lapan inci atau 20.32 sentimeter akibat pemanasan global. Pada kurun ini, paras itu dijangka meningkat sehingga sebanyak satu hingga dua meter, bergantung kepada berapa banyak tambahan karbon dioksida dilepaskan manusia ke atmosfera daripada pembakaran bahan api fosil dan daripada perubahan penggunaan tanah. 

Sesetengah penyelidik berselisih pendapat mengenai Greenland dan Antartika Barat yang mungkin kehilangan ais lebih cepat berbanding yang dijangka ketika ini. 

Secara keseluruhan, 3.7 juta penduduk tinggal pada atau di bawah paras satu meter itu, kata kajian. Florida saja memiliki anggaran hartanah bercukai bernilai AS$30 bilion (RM91.71 bilion) di sepanjang pantai tenggara yang terdedah, memberi gambaran kos amat besar jika pemanasan global memacu paras air laut kepada keadaan diramalkan menjelang akhir kurun. 
Menjelang penghujung abad ini, peningkatan paras air laut yang dianggap di bawah satu hingga dua meter masih memberi ancaman sementara, kata kajian. 
Antara kini dan 2030, ancaman banjir tepi pantai sekali dalam tempoh sekurun kemungkinan meningkat dua kali ganda untuk sekurang-kurangnya dua pertiga daripada lokasi dalam kawasan liputan kajian. Lebih separuh daripada lokasi mungkin menyaksikan bencana banjir tepi pantai sekali dalam tempoh sekurun meningkat tiga kali ganda. - Agensi
'via Blog this'

Friday, February 17, 2012

Ancam bunuh diri selepas tahu akan dibuang kerja


SEORANG wanita (dalam bulatan) duduk di tepi balkoni di bangunan. tempatnya bekerja di Athens kelmarin.


ATHENS, Greece - Seorang pekerja wanita mencetuskan detik-detik cemas apabila dia mengancam untuk terjun dari bangunan tempat dia bekerja di sini kelmarin.
Pekerja wanita itu duduk di tepi balkoni bangunan Pertubuhan Perumahan Pekerja seperti dia mahu terjun.
Seorang saudara wanita itu kelihatan menangis sambil ditenangkan oleh beberapa anggota polis.
Dia mengancam untuk terjun selepas pemerintah memutuskan untuk menutup pertubuhan tersebut dan membuang pekerja.
Bagaimanapun, wanita itu dilaporkan tidak bertindak untuk terjun dari tingkat dua menyebabkan drama tersebut berakhir selepas lebih empat jam rundingan dibuat antara para perunding dengannnya.
Greece kini berdepan dengan masalah hutang negara sebanyak AS$350 bilion (RM1.07 trilion) yang menyebabkan pihak pemerintah melaksanakan dasar berjimat- cermat termasuk mengurangkan pekerja bagi mengelakkan negara daripada menjadi bankrap. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Friday, June 3, 2011

Bapa ancam bunuh anak dengan pedang samura


i


SAMBIL menjerit, Zhang Gang memegang anaknya.


BEIJING - Seorang bapa mengancam mahu membunuh anak perempuannya dengan sebilah pedang samurai jika polis mahu menahannya selepas dia melanggar sebuah kereta lain, lapor sebuah akhbar semalam.
Bapa itu yang dikenali sebagai Zhang Gang, 32, bertindak mengacukan sebilah pedang ke arah dada seorang anak perempuannya yang dirangkulnya dan sedang menangis di tepi keretanya.
Gang yang mengacukan pedang itu menjerit bagi meminta tidak ditangkap selepas dia dikehendaki polis bagi memberikan keterangan kerana kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta lain.
Sebelum itu, dia bertindak membrek keretanya di luar sebuah pasar petani di daerah Yongren, wilayah Yunan apabila dua buah kereta polis membuat sekatan dengan menghalang laluan keretanya.
Orang ramai di pasar itu turut menyaksikan detik-detik cemas tersebut manakala isteri Gang hanya mendiamkan diri di dalam kereta tersebut dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Gang kemudian memasuki semula keretanya tetapi dia masih mengacukan pedang itu ke arah dada anaknya itu.
Seorang anggota polis yang mahir berunding dengan penjenayah kemudian mendekati kereta lelaki itu manakala beberapa saudara-maranya termasuk ibunya turut dihantar polis ke tempat kejadian untuk memujuknya menyerah diri.
Ketika rundingan itu rancak berjalan, beberapa anggota polis menyerbu kereta tersebut dan menangkap Gang serta menyelamatkan anak perempuannya dalam serbuan yang menurut beberapa saksi hanya berlaku dalam tempoh beberapa saat selepas drama itu berlaku selama dua jam. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Sunday, July 25, 2010

Korea Utara ancam guna nuklear


SEOUL 24 Julai - Korea Utara hari ini mengancam untuk menggunakan 'pencegahan nuklear berkuasa tinggi' sebagai respons kepada latihan bersama tentera laut Korea Selatan-Amerika Syarikat (AS) ketika ketegangan semakin meningkat berikutan insiden kapal perang Seoul yang karam Mac lalu.
"Korea Utara bersedia untuk satu tindakan balas perang," kata Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan (NDC) yang dipengerusikan oleh pemimpin tertinggi, Kim Jong-Il dalam satu kenyataan yang dilaporkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
AS dan Korea Selatan mengumumkan satu latihan bersama tentera laut yang bermula esok, dalam satu tindakan yang disifatkan sebagai cubaan mencegah perlakuan agresif Korea Utara.
"Semua tindakan ini tidak bermaksud apa-apa kecuali provokasi bertujuan menyekat Korea Utara menggunakan tentera bagi pelbagai tujuan dan maksud.
"Tentera dan rakyat Korea Utara akan menggunakan pencegahan nuklear berkuasa tinggi untuk membalas latihan perang nuklear terbesar yang akan dijalankan AS serta tentera boneka Korea Selatan," lapor NDC.
Ulasan itu dibuat selepas Korea Utara semalam mengancam untuk melaksanakan satu 'respons fizikal' terhadap latihan ketenteraan itu ketika AS menuduh Pyongyang melancarkan kempen provokasi.
Topik berkaitan perang menguasai forum sidang kemuncak keselamatan Asia Pasifik di Hanoi yang dihadiri Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dan Menteri Luar Korea Utara, Pak Ui-Chun semalam.
Ketegangan kian memuncak di semenanjung Korea berhubung kejadian kapal perang Korea Selatan yang karam Mac lalu, meragut 46 nyawa.
Korea Selatan dan AS menuduh Korea Utara melancarkan torpedo, mengakibatkan kapal perang itu karam berhampiran sempadan Laut Kuning yang menjadi pertikaian.
Dalam satu pertunjukan kekuatan, dua negara sekutu itu mengumumkan satu latihan tentera laut bersama bermula esok melibatkan 200 pesawat dan 20 kapal termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat di Laut Jepun.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan ia adalah yang pertama dalam kira-kira 10 siri latihan tentera laut yang akan berlangsung selama beberapa bulan.
Pyongyang menafikan pembabitan dalam insiden kapal perang Cheonan yang karam dan telah memberi amaran perang sekiranya ia dihukum, memetik kenyataan Majlis Keselamatan PBB pada 9 Julai lalu yang mengutuk serangan tersebut namun tidak menyatakan dalangnya.
China selaku sekutu kuat Korea Utara juga menentang latihan ketenteraan tersebut dan meminta semua pihak bertenang.
Jepun bagaimanapun memberi sokongan malah menghantar empat pemantau tentera.
AS turut mengumumkan lebih banyak sekatan bagi menghalang Korea Utara dari menjual senjata nuklearnya atau sebarang bahan berkaitan. - AFP

Thursday, July 22, 2010

Diancam tembak

SEPANG: “Kini, kebanyakan penduduk Palestin di Gaza tidak berani menghampiri kawasan sempadan kerana bimbang ditembak tentera rejim Israel.
“Malah, apa yang saya perhatikan, ramai penduduk Palestin terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan dan menganggur disebabkan sekatan ekonomi rejim Israel, sejak beberapa tahun lalu,” kata Naib Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Datuk Wira Dr Bahari Abu Mansor, semalam.
Bukan itu saja, Dr Bahari mengakui kebanyakan penduduk Palestin yang ditemui mengakui sedih dengan sekatan ekonomi dilakukan Israel selain tidak boleh meninggalkan negara sendiri. “Ada seorang penduduk Palestin memberitahu kami...dia memiliki tanah pertanian di sempadan, tetapi tidak boleh menghampiri kawasan itu kerana bimbang rejim Israel menetapkan peraturan bahawa mereka yang memasuki jarak tertentu ditembak,” katanya ketika ditemui sebaik tiba bersama kumpulan sukarelawan PBSM termasuk wakil media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kaherah, Mesir, kira-kira jam 2 petang, semalam.

Rombongan itu yang berjaya memasuki Gaza melalui pintu sempadan Rafah di Mesir, Jumaat lalu, disambut keluarga masing-masing yang menanti dengan sabar dan kegembiraan sebaik pulang dari negara bergolak itu.

Turut sama dalam rombongan itu, Pengerusi Jawatankuasa Publisiti PBSM Malaysia, Datuk Ahmad A Talib dan Pengurus Pengurusan Bencana, Nasir Khan Abdul Rahman.

Kehadiran rombongan PBSM Malaysia ke Gaza itu bagi memantau perbelanjaan sumbangan RM1.7 juta yang diserahkan kepada PBSM Palestin untuk membeli peralatan perubatan dan keperluan pesakit di Gaza, tahun lalu.

Tanpa berselindung, Dr Bahari mengakui penduduk Palestin memerlukan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka membeli ubat-ubatan dan peralatan baru untuk merawat pesakit di kebanyakan hospital.

Oleh itu, katanya, beliau meminta rakyat Malaysia supaya menderma dana kepada PBSM bagi membantu persatuan itu membeli ubat, peralatan baru dan membaik pulih hospital untuk memenuhi keperluan rakyat Palestin.