Pages

Showing posts with label Tahi bintang. Show all posts
Showing posts with label Tahi bintang. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Serpihan jatuh dari langit




SERPIHAN tahi bintang yang terjatuh ke dalam sebuah pondok kebun milik Anne Margrethe Thomassen dipamerkan di Oslo kelmarin. - Reuters


OSLO - Sebuah keluarga di Norway terkejut apabila mereka menemui serpihan tahi bintang yang terjatuh dan menembusi pondok kebun mereka di tengah bandar raya ini, lapor media kelmarin.
Batu itu jatuh ke dalam sebuah pondok kosong milik keluarga Anne Margrethe Thomassen di sini.
Ahli astrofizik, Knut Joergen Roed Oedegaard dan isterinya, Anne Mette Sannes mengesahkan ia merupakan batu breccia yang terbentuk daripada mineral.
"Ini ialah penemuan sensasi dalam dua aspek. Aspek pertama yang menjadikan ia sensasi adalah kerana serpihan tahi bintang itu menembusi bumbung dan ia jarang berlaku. Satu lagi aspek disebabkan ia daripada batu breccia yang sukar ditemui," kata Sannes.
Katanya, keluarga berkenaan mahu menyimpan objek itu di Norway.
Batu tahi bintang itu seberat 585 gram dan ia terbelah dua.
Mengulas mengenai penemuan tersebut, penyelidik Institut Astrofizik Paris, Serge Koutchmy memberitahu, batu berkenaan jatuh dari angkasa lepas dan terbelah apabila ia memasuki atmosfera Bumi.
Namun katanya, serpihan batu tersebut jarang terhempas di kawasan penempatan penduduk.
"Keluarga itu amat bertuah," kata Koutchmy.
"Serpihan tersebut berharga dan ia juga jatuh tanpa menyebabkan kerosakan besar," tambahnya. - AFP

Tuesday, January 31, 2012

Artis seni rancang hantar batu tahi bintang 4,000 tahun


GAMBAR fail menunjukkan sebongkah batu tahi bintang berusia 4,000 tahun
yang dipamerkan di Gancedo, wilayah Chaco, Argentina.
GANCEDO, Aregentina - Seorang artis seni Argentina, Nicolas Goldberg dan Guillermo Faivovich dari Perancis merancang satu projek untuk membawa sebongkah batu tahi bintang gergasi untuk dipamerkan di Kassel, Jerman pada September depan.
Batu tahi bintang itu kini dipamerkan di Gancedo, wilayah Chaco, Argentina.
Kedua-dua artis seni tersebut mahu membawa batu tahi bintang yang seberat 37 tan itu dari tempat ia dipamerkan kini.
Batu tahi bintang itu jatuh kira-kira 4,000 tahun lalu dan dikeluarkan dari lokasi tempat ia jatuh pada 8 Julai 1980 di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Piguen Nonralta. - AFP
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Friday, January 14, 2011

Tahi bintang melintas di tujuh negeri di AS



GAMBAR yang disiarkan laman TheWeatherSpace.com menunjukkan objek misteri dipercayai tahi bintang yang dilihat dari Arkansas, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.


MIAMI - Satu objek misteri melintasi tujuh buah negeri di Amerika Syarikat pada malam Selasa lalu lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak berkuasa berkata, cahaya misteri yang dipercayai tahi bintang itu dapat dilihat dari negeri Oklahoma hingga ke Florida.
Beberapa laporan menyatakan terdapat warna hijau pada objek itu yang dipercayai tembaga.
Kakitangan-kakitangan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menerima berdozen-dozen panggilan berhubung objek itu di langit.
Pengarah Pengurusan Kecemasan di Daerah Copiah, Randle Drane menyatakan beberapa orang melihat cahaya itu dan mendengar satu bunyi kuat telah bertindak menghubungi pihak berkuasa.
"Sebuah jabatan bomba sukarela melakukan gerakan mencari (objek itu) tetapi gagal membuat sebarang penemuan," katanya.
Cahaya misteri yang kelihatan seperti bebola api itu dapat dilihat di Greenwood, Jonesboro, Jackson, Mississippi, Biloxi, dan Florida. - Agensi